Berita Sosial

15 Hari Hilang Di Hutan, Ini Luahan Suami Jaslinda Saludin Selepas Isterinya Dijumpai

Share
Jelas tergambar di wajah suami Jaslinda, luahnya, “Orang rumah saya… dia kuat.” Itu kata-kata suami kepada pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, sejurus dipertemukan semula dengan isterinya di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Tapah.

15 Hari Hilang Di Hutan

Dalam suasana penuh emosi, Haszman Othman, 61, dilihat memeluk dan mencium isterinya sebaik Jaslinda tiba selepas ditemukan selamat di Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh.
Haszman ketika ditemui media merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) isterinya sepanjang 15 hari kehilangan itu.
“Terima kasih kepada semua yang terlibat… polis, bomba, NGO, badan berkanun dan semua pihak yang membantu,” katanya.
Beliau turut menzahirkan penghargaan khusus kepada komuniti Orang Asli yang memainkan peranan penting dalam membantu usaha pencarian.
“Dengan Orang Asli sekali yang beri kerjasama cukup baik…Alhamdulillah,”
katanya.

Ini Luahan Suami Jaslinda Saludin Selepas Isterinya Dijumpai

 

Ditanya mengenai keadaan Jaslinda, beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk memberikan laporan rasmi.
“Kita kena tunggu laporan daripada pihak polis. Saya tak berani nak cakap apa-apa,”
katanya.
Beliau berkata, isterinya berada dalam keadaan stabil dan mempunyai kekuatan luar biasa sepanjang tempoh kehilangan tersebut.
“Saya tahu orang rumah saya… saya tahu dia kuat,” katanya.
Apa pun, kita tumpang gembira dengan khabar baik ini dan semoga Puan Jaslinda cepat sihat seperti biasa.
Sumber: Sinar Harian
Published by
Nadia Mohamad