Sebenarnya meskipun dalam keadaan haid dan nifas, wanita tetap boleh melakukan beberapa amalan bagi mendekatkan diri padaNya sekaligus memperolehi ganjaran pahala sepanjang tempoh tersebut.
Sedia maklum, didalam tempoh tidak suci ini, wanita dilarang sama sekali untuk mengerjakan beberapa ibadat seperti solat fardhu dan sunat serta tidak boleh berpuasa. Pada masa ini, juga dilarang bersetubuh bagi wanita yang telah berkahwin.Oleh demikian pasti timbul rasa ingin tahu tentang apa perkara yang wanita boleh dilakukan sepanjang ‘tempoh cuti’ tersebut.
Berikut adalah beberapa perkara yang wanita boleh lakukan bagi mengisi kekosongan didalam hati.
1. Mendengar Bacaan Al-Qur’an
Oleh kerana wanita yang sedang haid tidak boleh membaca Al-Quran, gantikan bacaan al-Quran yang dipasang di radio atau pemain mp3.
2. Membaca Tafsir Al-Qur’an
Kaji dan cuba fahami isi Al-Quran melalui terjemahannya
3. Mengulang Hafalan
Sekiranya ada surah-surah dari Al-Quran yang sudah dihafal, anda boleh menggunakan masa ini untuk mengulang hafalan anda.
4. Berzikir
Basahkan lidah dengan zikir seperti bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
5. Membaca Al-Mathurat
Baca Al-Ma’thurat dengan niat untuk berzikir.
IKLAN
6. Berselawat
Rajinkan berselawat kepada Nabi.
7. Bertaubat
Gunakan masa ini untuk memperbanyakkan istighfar, memohon keampunan dari Allah.
8. Berdoa
Banyakkan berdoa sama ada doa itu termasuk dalam Al-Quran atau tidak.
9. Membaca Buku Agama
Tambahkan ilmu pengetahuan dengan membaca buku-buku agama.
10. Hadir Ke Majlis Ilmu
Tambahkan ilmu dengan mendengar ceramah, atau mendengar ceramah melalui televisyen dan youtube.
IKLAN
11. Menyampaikan Dakwah
Turut serta dalam menyebarkan dakwah.Gunakan masa ini untuk menyampaikan atau berkongsi ilmu agama walaupun dengan ahli keluarga.
12. Muhasabah Diri
Ambil sedikit masa untuk mengingati semua kekurangan diri, mensyukuri pemberian Allah, memikirkan bahagian yang perlu diperbaiki.
13. Memperelokkan Akhlak
Elokkan akhlak dengan suami, ibu bapa, dan mereka yang berada di sekeliling. Jadikan ini ruang untuk berbakti kepada keluarga terutama ibu bapa.
14. Beramal Kebajikan
Mudahkan hati untuk bersedekah atau membantu mereka yang memerlukan.
IKLAN
15. Cuci Telekung
Ini adalah masa untuk mencuci telekung sebelum menggunakannya semula selepas anda mandi wajib.
Menurut Ustazah Siti Noor Bahyah Mahamood dalam bukunya bertajuk Hadiah Buat Muslimah: Panduan Asas Fiqah Wanita, wanita yang sedang haid dianggap tidak suci (Perjanjian Lama). Dalam tempoh itu, wanita tersebut bukan sahaja dipulaukan suaminya, malah tidak dibenarkan menyentuh makanan untuk keluarganya.
Namun, Islam bersikap adil terhadap wanita. Walaupun beberapa ibadat diharamkan, wanita Islam yang sedang dalam haid terlepas daripada pelbagai label yang memalukan.
Semoga bermanfaat!
Fiqh Wanita 1; Darah Wanita – Ustazah Isfadiah- JAIS Hulu Langat
Jadi wanita lebih-lebih lagi dah berkahwin dan bergelar isteri, bukan sahaja kena cantik luaran, dalaman pun kena cantik dan terjaga untuk suami tersayang.Nak cantik memang kena RAJIN. Nak cantik memang kena USAHA.Cantik luaran memanglah boleh nampak dengan pandangan mata, tapi kecantikan dan kesihatan dalaman agar mantap dan bertenaga tetap kena ambil perhatian.
Jadi jangan terus abaikan penjagaan dalaman jika mahu benar-benar cantik di mata suami. Amalkan 4 Jenis Air Rebusan Ini guna bahan semula jadi je.
1. Rebusan Halia, Serai, Cengkih & Kunyit
Bahan-Bahan:
3 batang serai-diketuk,
3cm halia-diketuk
2cm kunyit hidup-di ketuk
1 helai daun pandan
sedikit kulit kayu manis dan bunga cengkih
sedikit Madu
Cara Membuat:
Rebus semua bahan di dalam peruk. Minum airnya ketika suam.
Khasiat Kesihatan:
Mewangikan bahagian kewanitaan anda dan menyegarkan badan serta membuang toksid dan lemak dalam tubuh. Sebaiknya minum air rebusan ini sekali sebulan dan sebaik-baiknya selepas darah haid berhenti.
2. Rebusan Sirih & Daun Inai
Bahan-Bahan:
5 helai daun sirih
Segenggam daun inai
Cara Membuat:
Rebus daun inai dan daun sirih dengan 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.
Khasiat Kesihatan:
Sesuai bagi perempuan yang mengalami keputihan dan berbau. Elok diamalkan selepas bersih daripada haid.
3. Rebusan Sirih
Bahan-Bahan:
5 helai daun sirih
Cara Membuat:
Rebuskan daun sirih dengan 3 gelas air sehingga menjadikan 1 gelas. Minum setelah suam.
Khasiat Kesihatan:
Hilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan. Amalkan setiap seminggu sekali.
4. Rebusan Serai & Halia
Bahan-Bahan :
3 batang serai
4cm halia
Cara Membuat:
Kedua-dua bahan ini perlu diketuk. Direbus dengan 3 gelas air dan dijadikan sehingga 1 gelas air. Minum ketika suam. Amalakan dalam seminggu 2 atau 3 kali.
Khasiat kesihatan:
Elok bagi yang sering letih dan lenguh-lenguh badan, kolestrol tinggi & sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan siang.
Masalah perut buncit buatkan wanita hilang keyakinan diri. Bukan sedikit wanita yang mengalaminya, sekarang ini jumlahnya makin ramai. Urutan mudah ini berkesan kempiskan perut buncit.
“Ramai orang yang dah dapat berat ideal namun perut buncit selalu menghantui jiwa. Nak pakai baju idaman memang boleh Namun bila perut buncit selalu cacatkan penampilan tu. Dalam semua part badan, perut la yang lambat turun.”
Ikut 6 langkah urutan mudah yang dikongsikan oleh Puan Sarifa Redzuan, Spa Trainer at World SPA Therapy & Consultancy ini.
“Lepas ini taklah tersangkut zip seluar lagi.”
6 Langkah Urutan Mudah Perut Jadi Kempis
1. Rendam tuala dalam air panas dan perah perlahan lahan serta lap seluruh perut.
2. Masak sedikit minyak sunflower bersama sedikit serbuk halia. Dan suam suam guna minyak tersebut sapu seluruh perut.
3. Urut perut dengan tapak tangan secara putaran lawan jam selama beberapa minit. Teknik ini di namakan Alternate Palm.
4. Guna penumbuk dan urut putaran kecil secara lawan jam. Teknik ini di namakan Alternate Circle Knucle. Buat beberapa minit.
5. Guna scrapper atau guasa atau alat bantuan urut sambil lurut ke bawah
beberapa minit.
6. Guna pembalut plastik dan balut seluruh perut. Biarkan semalaman. Esok pagi bangun mandi terus. Lagi bagus lepas balut dengan plastik pakai bengkung.
Buat la setiap hari untuk dapat kesan yang positif. Paling bagus buat sebelum tidur.
Mana Nak Cari Semua Bahan Atas Tu
√ Serbuk halia boleh beli di mydin atau pasaraya.
√ Minyak sunflower juga beli di pasaraya atau mydin. Paling murah jenama sunlico @naturel.
√ Scrapper atau guasa atau alat bantuan urut boleh beli di kedai MR DIY @ Magic Boo.
√ Pembalut Plastik boleh guna plastik balut makanan. Boleh beli di pasaraya atau MR DIY.
√ Siapa dah buat minyak warisan atau minyak herba yang cikgu kongsi sebelum ini, boleh guna minyak tersebut. Lagi power. Bagi yang ada minyak boreh lagi lah bertambah tambah kepowerannya.
Selamat mencuba urutan mudah kempiskan perut buncit ini.
Tak dinafikan gigi anak-anak yang rosak dan bermasalah juga berpunca daripada ‘kesilapan’ mak ayah sendiri yang gagal jaga gigi anak dengan sempurna. Kegagalan menjaga gigi anak ini seperti menzalimi anak sendiri, bila mana menjadi rapuh, rosak, bengkak bernanah sehingga terpaksa dicabut pada usia yang masih kecil. Kerosakan pada gigi boleh menyebabkan anak sukar makan, bercakap malah boleh menghilangkan keyakinan diri mereka.
Penting mak ayah, mengambil berat pemakanan dan penjagaan gigi anak. Biasakan dan latih anak-anak memberus gigi selalu untuk memastikan gigi mereka kekal bersih dan sihat.
Jemput baca dan fahamkan perkongsian pengalaman peribadi daripada Doktor Gigi ini, Dr Abdul Rahman Fauzi sebagai panduan.
Jangan biar anak terdera kerana gigi. Ini gambar anak sulung saya Umar dan adiknya Hanan. Apa yang berbeza tentang dua-dua anak saya ini? Muka?Kening?Hidung? Rambut? Mata?
Jawapannya terang lagi bersuluh! Gigi!
Gigi Hanan adalah manifestasi usaha saya menebus semula kesilapan saya semasa membesarkan Umar. Sewaktu Umar lahir, saya masih belajar dalam tahun 3 ijazah. Isteri pun sama. Kehidupan kami sangat sibuk dengan pelajaran dan tidak dapat menumpukan perhatian pada penjagaan makanan dan gigi Umar.
Kesannya, pada usia setahun lebih, gigi depan Umar mula menjadi warna coklat kekuningan dan rapuh.Sedikit demi sedikit gigi mereput dan patah. Dan beberapa kali juga bengkak bernanah kerana dah agak teruk. Akhirnya selepas Umar dah masuk 5 tahun, gigi susu pertamanya telah dicabut. Dan masuk 6 tahun, semua gigi susu kacip atas terpaksa dicabut kerana sudah bernanah.
Kesukaran Makan & Bercakap
Walaupun Umar nampak tak kisah, tapi nampak kesukarannya untuk makan dan bercakap. Dan saya berdoa moga kawan-kawannya di sekolah tidak mengejeknya kerana tiada gigi. Kesian. Disebabkan kecuaian saya, gigi susunya terpaksa dicabut lebih awal daripada waktu sepatutnya. Saya bernasib baik kerana gigi belakang dan gigi bawah lain tidak ada yang rosak.
Apabila Hanan lahir, sudah tentu antara azam saya untuk jaga giginya sebaik mungkin. Lebih-lebih lagi saya sudah bekerja sebagai doktor gigi. Urusan penjagaan gigi anak-anak, saya ambil tanggungjawab sepenuhnya. Saya tidak harapkan isteri saya untuk buat. Kerana bagi saya, kalau tak jaga gigi anak, adalah seperti menzalimi anak sendiri.
Kerana kita yang beri mereka makan.
Kita yang perkenalkan mereka makanan dan minuman manis.
Tapi kenapa apabila bab memberus gigi, kita nak salahkan anak kita yang malas?
Anak-anak kita masih terlalu kecil untuk memberus gigi sendiri. Umar umur 6 tahun pun belum mampu pegang berus gigi dengan betul. Apa yang boleh kita harapkan daripada anak sekecil 2 tahun untuk jaga giginya?
Susah memang susah. Semua ibu bapa akan lalui. Umar dan Hanan, mula-mula nak gosok memang meraung menangis. Tapi apabila dah terbiasa, mereka akan tawarkan diri, ambil berus dan ubat gigi sendiri untuk saya berus gigi mereka. Saya tabik pada ibu bapa yang begitu konsisten menjaga gigi anak-anak mereka. Anda memang terbaik!
Latih Anak Berus Gigi
Apa tips terbaik untuk latih anak berus gigi?
1. Mulakan Dari Awal
Sebelum gigi tumbuh, biasakan lap gusi guna kain. Apabila gigi anak mula tumbuh, boleh bersihkan guna berus jari atau kain. Biasanya gigi susu akan mula tumbuh pada usia 6 bulan. Anak yang hanya menyusu memadai hanya dilap dengan kain. Nak berus pun biasanya saiz gigi terlalu kecil.
2. Waktu Guna Berus Gigi Dan Ubat Gigi
Guna berus gigi dan ubat gigi apabila mereka sudah pandai meludah. Tapi kalau keadaan gigi anak sudah ada warna coklat kekuningan(tanda-tanda awal karies), boleh mula guna ubat gigi untuk kanak-kanak lebih awal. Kalau risau tertelan, guna ubat gigi yang rendah kandungan fluoridanya tidak kurang daripada 1000ppm. Jangan guna yang tiada langsung fluorida kerana ia tidak banyak membantu. Dah habis gosok, suruh anak ludah. Kalau anak tak pandai ludah, lap sikit.
3. Berus 2 Kali Sehari
Semasa mereka mandi pagi sekali dan sebelum tidur. Anak saya Hanan biasa tidur dengan botol susu. Saya akan pastikan sedaya upaya untuk gosok giginya juga sebelum tidur. Kalau dia dah minum susu dulu, ambil botolnya dan gosok giginya sebelum bagi dia minum susu balik. Dan sebaiknya, apabila dah tertidur, tarik botol daripada mulutnya. Jangan bagi anak gonggong puting botol susu masa tidur kerana ia akan meningkatkan risiko karies gigi.
4. Bawak Berus Dan Ubat Gigi Di Mana Sahaja
Pergi ke mana-mana, jangan lupa bawak berus dan ubat gigi. Ini kena disiplin. Kita kadang-kadang bila balik kampung dan melancong kita tidak disiplin dengan penjagaan gigi anak-anak. Kalau 10 orang anak, bawaklah semua 10 berus gigi tu. Kalau tertinggal, beli je baru.
5. Bagi Banyak Minum Air Masak
Anak saya juga makan dan minum yang manis. Tak salah tapi kena kawal. Bagi mereka banyak air masak. Yang penting gosok gigi tu wajib.
Ada yang tanya kalau gigi anak saya dah teruk macam mana? Tak sampai 4 tahun lagi.
Tak perlu rasa down. Anggaplah semua tu kekurangan kita. Mula-mula bawak lah anak le klinik gigi untuk buat pemeriksaan menyeluruh. Mungkin ada yang patut dirawat. Dapatkan nasihat tentang penjagaan gigi anak kita daripada doktor gigi yang bertauliah.
Berazam Jaga Gigi Kekal Anak
Tahukah anda gigi kekal pertama akan tumbuh sekitar umur 6 tahun? Berazamlah untuk jaga gigi kekal anak kita sebaik mungkin. Ini masanya untuk betulkan balik kesilapan kita.
Yang dah rosak macam mana? Teruskan jaga seperti biasa. Kalau ada masalah, jumpa doktor segera. Rajin-rajin lah periksa gigi anak anda
sendiri.
Tengok gigi anak lengkap, bersih, tiada lubang merupakan satu anugerah tak ternilai. Mulakan dari sekarang.
Biarlah gigi kita sendiri mungkin tak sempurna, tapi jangan biarkan anak kita mewarisinya.
Kerana kita mampu mengubahnya.
~Saya sertakan jadual pertumbuhan gigi susu, waktu gigi susu patut luruh dan jadual pertumbuhan gigi kekal untuk rujukan anda.
Jadual gigi susu tumbuh(erupt) dan luruh(shed)Jadual pertumbuhan gigi kekal
-Dr AR-
Klinik Pergigian Al-Huda Balok
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menjadi panduan buat mak ayah agar menjaga gigi anak-anak agar terus kekal sihat.
Percaya atau tidak dengan membiasakan diri menyebut panggilan sayang ini, ia mampu mengeratkan lagi hubungan suami isteri agar rasa lebih disayangi dan dihargai.