Dua hari lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin nyatakan kebimbangan dengan 13 kluster baru sepanjang PKPP. Sejak semalam, bertebaran gambar individu dengan ’wristband’ atau gelang pink keluar rumah bersenang-lenang.
Jangan jadikan kebimbangan ‘Abah’ kesayangan ramai ini jadi semakin parah ya. Sebenarnya Malaysia, belum pun bebas dari Covid-19 ini. PKPP ini kitalah kena jaga kita. Kitalah yang kena sedarkan diri kita. Jika rasa diri bergejala janganlah keluar rumah, bimbang menjangkitkan dekat orang lain.
Pesan cikgu ini, Mohamad Hakim yang pernah terpaksa memakai gelang dari KKM ini hanya kerana membuat perjalanan dari Semenanjung ke Sarawak.
Bagaimana sukarnya dia dan rakan-rakan guru kuarantinkan diri di kuarters sekolah selama 14 hari. Tetap.. mereka akur dan tak sesuka hari keluar tanpa kebenaran.
Tolonglah Jangan Pentingkan Diri Sendiri
Sekalipun tak kasihankan diri sendiri, tolong kasihankan mereka yang lain. Terutamanya untuk anak-anak yang masih kecil.
Ads
Mak cik kira beruntung kerana balik sahaja dari luar negara, terus berkuarantin di rumah sendiri. Kemudahan banyak. Bila lapar mak cik boleh picit butang telefon dan order makanan yang makcik idamkan.
Saya dan sebilangan guru-guru yang mengajar di Sarawak terpaksa berkuarantin di sekolah masing-masing yang lokasinya jauh dari bandar.
14 hari saya duduk di kuaters sekolah. Dengan gensetnya yang rosak masa itu. Maka bermandi peluh lah pada waktu tengah hari.
Tak Boleh Lari, Selagi Gelang Masih Di Tangan
Tak boleh nak lari mana-mana selagi ‘gelang’ masih di tangan.
Atas rasa tanggungjawab. Rasa bersalah yang tersangat jika keluar dari kawasan kuaters sekolah. Risau pun iya. Sedangkan saya dari semenanjung. Bukan balik berjalan dari negara orang.
Ads
14 hari mengharapkan ihsan kawan-kawan untuk hantarkan makanan ke rumah. Jika mereka keluar ke pekan, mereka tawarkan diri untuk belikan keperluan.
Hari ke-10 berkuarantin baru saya keluar. Itu pun ke hospital yang jaraknya 80km untuk buat swab test.
Selesai sahaja swab test, atas rasa tanggungjawab, terus pulang ke kuaters sekolah semula. Kira total perjalanan 160km semata-mata untuk buat swab test yang tak sampai berapa minit.
Buat mak cik dan kawan-kawan di luar sana, kita perlu sama-sama melawan virus ini. Jangan kerana kita, wujudnya kluster baru. Lagi kasihan jika anak-anak kecil yang polos wajah mereka itu turut terlibat sama.
Ads
Cukuplah pengalaman sekali buat swab test. Memang tak sakit, tapi berair juga mata. Tak boleh bayang jika anak-anak yang masih kecil turut melalui pengalaman yang sama. Puncanya dari kita orang dewasa yang tak bertanggungjawab.
Jadi bila dapat berita yang kerajaan mewajibkan kuarantin di pusat bagi mereka yang baru balik dari luar negara, saya lega. Lega kerana masalah mereka yang tak bertanggungjawab ini dapat dikurangkan.
Kawan-kawan, Sepatutnya bila kalian banyak travel, banyak melihat negara orang, kalian lebih matang dan bertanggungjawab. Pepatah ada mengatakan, jauh perjalanan luas pemandangan. Tapi tidak untuk mak cik. Tak ada kesan dan ibrah selain penat berjalan.
Sigh~ Saya harapkan agar pihak KKM sediakan ‘lidi’ yang lebih besar untuk cucuk hidung mereka. Baru padan dengan muka. Haha.
MW :Jangan kerana segelintir yang degil ini, orang lain yang tak bersalah pula jadi mangsa.
Sumber/ Foto : Mohamad Hakim , Dua-dua lubang hidung dicucuk masa swab test. *Artikel diterbitkan dengan keizinan penulis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ramai antara kita yang mendirikan solat, namun sayangnya hanya sekadar mengingat bacaan dalam solat tanpa memahami maksud disebalik bacaan tersebut. Hakikatnya, setiap butir bacaan didalam solat merupakan satu doa, pengharapan dan kata-kata pujian buat yang Maha Esa yang perlu difahami maksudnya.
Pengertian disebalik bacaan duduk antara dua sujud ini contohnya, jika diteliti dan difahami setiap baris bacaannya mampu memberi kekuatan jiwa yang luar biasa buat kita.
Maksud Disebalik Bacaan Duduk Antara Dua Sujud;
ROBIGHFIRLII
(Wahai Tuhan ampunilah dosaku)
Ia mengingatkan kita pada dosa yang telah dilakukan.Dosa adalah beban yang menyebabkan kita berat melangkah menuju redha Allah SWT. Dosa adalah kotoran hati yang membuat hati kelam sehingga hati kita merasa berat untuk melakukan kebaikan.
WARHAMNII
(Sayangilah aku)
Ia mengingatkan hanya mengharapkan kasih sayang Allah berbanding cinta pada manusia.Jika kita disayangi Allah SWT, hidup akan terasa nyaman. Kerana dengan kasih sayang Allah SWT akan dapat dicapai semua cita-cita baik didunia mahupun akhirat.
WAJBURNII
(Tutupilah kekuranganku)
Ia mengingatkan banyak sekali kekurangan yang kita ada seperti kurang bersyukur, kurang sabar, mudah marah, pendendam dan sebagainya. Kekurangan ini sebenarnya hanya mampu ditutup/diperbaiki oleh Allah SWT, yang menjadikan kita dilihat seperti ‘insan sempurna’dimata manusia.
WARFA’NII
(Tinggikanlah darjatku)
Meskipun kita mempunyai banyak dosa dan kekurangan, namun tetap mengharapkan agar Allah SWT dapat meninggikan darjat kita.
WARZUQNII
(Berilah aku rezeki)
Sebagai hamba, kita mengharapkan agar dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah. Sesungguhnya hanya Allah SWT mampu mendatang kan rezeki dari arah yang tak terduga dari pelbagai cabang dan bentuk.
WAHDINI
(Berilah aku petunjuk/bimbinglah aku ke jalan kebahagiaan)
Pengharapan agar diberikan jalan petunjuk dan keredhaan menuju jalan Allah. Diberi jalan keluar,penyelesaian dan kekuatan jiwa diatas segala kesukaran dan masalah yang dihadapi.
WA’AAFINII
(Berilah aku kesihatan)
Pengharapan kesihatan yang baik agar dapat memberi kebaikan dan manfa’at serta tidak menjadi beban orang lain. “Health is not everything, but without health everything is nothing.”
WA’FUANNII.
(Aku mohon maafkanlah segala kesalahan ku)
Permulaan dan pengakhiran bacaan doa disertai pengharapan pengampunan kepada Allah. Meskipun sering lalai dalam melakukan pelbagai dosa dan kesilapan, tetap mengharapkan keampunan dariNya dan mengharapkan agar doa diperkenankan.
Semoga kita beroleh kekuatan jiwa luarbiasa apabila menghayati dan benar-benar memahami setiap maksud bacaan ini, setiap kali mendirikan solat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Anak-anak merupakan harta yang tidak ternilai buat mak ayah. Setiap mak ayah pastinya inginkan anak yang memiliki jiwa yang lembut agar mudah mendengar kata dan nasihat yang diberikan. Dalam mendidik jiwa anak-anak ini, sebenarnya ada doa-doa tertentu yang boleh diamalkan bagi melembutkan hati mereka, sekaligus dimurahkan rezeki yang melimpah ruah didalam kehidupan.
Doa ini merupakan ayat 19 surah As Syura, yang diajar dan diamalkan oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias.Menurut beliau, caranya dengan letakkan tapak tangan didada atau ubun-ubun anak-anak sambil membaca dan mendoakan mereka agar dilembutkan hati.
Berikut perkongsian beliau;
“Saya selalu amalkan ayat ini iaitu ayat 19 surah As Syura untuk melembutkan hati dan amalan berzikir jugak memohon supaya dimurahkan rezeki.”
“Kalau dengan kanak-kanak saya selalu letakkan tapak tangan didada atau ubun-ubun mereka memohon agar Allah memberi jiwa yang lembut kepada mereka.”
“Begitu juga dizaman sekarang ini mudah sangat kata-kata nista, keji dan fitnah dilemparkan maka setiap kali saya dikeji dinista atau difitnah saya akan baca ayat ini sebagai zikir mohon kelembutan hati dan dimurahkan rezeki.. Alhamdulillah ,Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengkabulkan.. “
Selamat beramal!
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak ayah bolehlah amalkan doa ini selalu agar anak-anak dilembutkan hati mereka dan mudah menerima nasihat yang diberikan. Bahkan semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Kehilangan remaja OKU warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 tahun selama 10 hari berakhir dengan tragedi. Mayatnya ditemui semalam kira-kira jam 1.57 tengahari dan disahkan identitinya oleh ahli keluarga kira-kira 8.40 malam.
Dalam pada itu, ibu dan ayah, Nora Anne, Maebh Jasephrine Quoirin dan Sebastian Marie Philipe melalui satu kenyataan yang diwakili Lucie Blackman Trust Foundation berkongsi rasa hati.
Kredit foto : Lucie Blackman Trust/Famili
Kata mereka, “Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak yang telah berusaha sebaik mungkin mencari Nora. Kami juga merakamankan rasa terima kasih kepada penduduk tempatan dan mereka yang terus menyokong dan mendoakan kami dari kejauhan.
“Nora telah menyatukan kita semua, terutama dari Perancis, Ireland, Britain dan Malaysia. Bersatu hati dalam sokongan dan kasih sayang terhadapnya dan ahli keluarganya.
“Sesungguhnya, Nora telah menyentuh hati seluruh dunia.
“Kepada rakan-rakan kami dan ahli keluarga di tanahair, ucapan terima kasih yang tak terhingga di atas kasih sayang anda.
“Nora gadis yang cukup berharga, paling berharga dan kami sangat menyayanginya. Kejadian yang menimpa Nora sesuatu yang sukar untuk kami tanggung. Hati kami retak..”
“Kasih sayang kami untuk Nora tak pernah ada batasan.”
Bedah Siasat Nora Anne Dirujuk Ke Peguam Negara
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman menjelaskan proses bedah siasat remaja berkenaan dijangka mengambil masa lebih tiga jam. Sebelum laporan penuh diperoleh.
Peguam keluarga Nora Anne, Sankaran Nair memaklumkan laporan bedah siasat itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. Disamping meminta Peguam Negara mempertimbangkan sama ada inkues diperlukan merujuk kematian Nora Anne sebagai kematian mengejut.
Maklumnya, masih terlalu awal untuk menentukan kematian mangsa ada wujud unsur jenayah atau sebaliknya.
Uqasha Senrose tampil memohon maaf secara terbuka selepas hantaran di media sosial mencetuskan kontroversi. Pelakon ini mengakui dirinya terlalu marah, sedih dan letih ketika membuat tindakan tersebut serta berjanji untuk memperbaiki diri dan menjadi ibu yang lebih kuat.