12 Item Cuci Cuci RM2 Wajib Beli, Bahagiakan Kerja Mak Mak Dalam Rumah

Share

Mak-mak jangan tak tahu, kedai barang murah tak semestinya tak berkualiti. Lagi-lagi untuk mudahkan kerja mak-mak dalam rumah. Haa.. Puan Maryam Salleh ini kongsi 12 item cuci cuci wajib mak-mak beli dari kedai eco.

Jangan pandang sebelah mata dengan kuasa barangan eco ni . Walau hanya RM2 tapi sangat membahagiakan hati pembeli.”

Dulu saya ragu-ragu juga dengan produk Eco ni tapi bila dah guna dan terjebak dah macam kena saka pula. Kalau dah masuk kedai eco mustahil Kalau tak beli apa-apa.”

Sebagai pengguna tegar, maklumnya pada 15/10/2018, barangan Eco telah pun naik 0.10 sen.

So lepas ni akan jadi RM2.10 setiap item. Apadehal dengan 10 sen kan? Masih lagi jimat jika nak compare beli di hypermarket yang besau-besau di bandar ni

.”

12 Item Barang Eco Ni Wajib Beli

Gambar di bawah saya kongsikan item yang best dan korang patut beli dan cuba di rumah.

Tak cuba tak tau.

*Semua item ni saya beli di kedai Eco, Aeon Big Wangsa Maju.*

 

1. Kitchen Cleaner

Sembur- sembur jer kat dapur yang ada percikan minyak dan sebagainya kompem berkilau dapur uols.

RM2 jer.

 

2. Cecair Pencuci Pinggan Mangkuk

Giler best sabun cuci pinggan ni. Dah la berbuih banyak dan kotoran pun mudah tanggal.

RM2 / 1 liter.

 

3. Anti Bacterial Handwash

Bau lavender dah tentunya wangi. Dah la 500ml dengan harga RM2.

 

4. Pencuci Lantai

Saya mop lantai marble rumah pakai pencuci lantai RM2 ni. Not bad. Lantai pun bersih dan licin jer lepas kering.

 

5. Mandian Badan

Tolong percaya mandian ni hanya RM2 dan baunya harum.

 

6. Pewangi Kereta

Biasa beli RM10 kan? Sekarang beli kat eco jer hanya RM2 ada macam-macam aroma. Saya beli ni bau rose gitu.

 

7. Cecair Pembersih Mosaic Dan Tandas

Ni power beb. Picit jer dekat tandas yang berkerak kuning dan berlumut dan biarkan selama 10-15 minit. Lepas tu sembur jer air…. tak perlu kudrat yang banyak nak menyental.

Kotoran tanggal dengan mudah sekali. Very rekemended. Opkoz hanya RM2.

 

8. Penyegar Udara

Satu set ada 4 ketul. Letak lah kat mana korang suka. Ada 4 jenis bau. RM2 jer.

 

9. Mop Lantai

Batang dan mop ni RM4 satu set. Nampak flowy kan?

 

10. Cecair Pencuci Baju

Sabun ni bau sedap wei. Cubalah beli. Stok tak banyak kat kedai eco. Ramai yang borong buat stok kot. Yer lah RM2 jer.

 

11. Pembersih Kaca

Serius best glass cleaner ni hanya spray pada permukaan cermin dan lap. Memang berkilau. Tak padan dengan harga RM2.

 

12. Pelembut Pakaian

Ini softlan pun RM2. Wangi.

 

Ekstra! Bakul Pun RM2

Penuh bakul tu dengan barang pencuci dari eco . Bakul tu pun RM2.

Inilah Hasil Selepas Cuci Bilik Air Guna Item RM2

Ni contoh sebelum saya guna clorin stain remover yang saya share kat atas tadi. Selepas 10 minit, bilas dan sental sikit-sikit jer dah bersih.

 

 

 

Sumber/Foto : Maryam Salleh

IKLAN