ubat kumur mulut

Selalunya ubat kumur mulut digunakan untuk membersihkan dan menghilangkan bau yang kurang enak selepas makan. Berus gigi sahaja tak cukup ya sebab itulah kena ada cecair pembersih mulut di rumah.

Namun begitu, melalui perkongsian Shairy Hanapiah beliau mendedahkan sebenarnya ada banyak lagi kegunaan cecair ini selain mencuci mulut, yang ramai tak tahu pun kelebihannya, ini memang awesome!

Antaranya…

1.Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah

Jika rasa malas hendak basuh tong sampah di rumah dan tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak dipakai dan rendam dengan sedikit cecair pencuci mulut. Kemudian, tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Cecair tadi akan menyerap bau tersebut.

2.Membasmi kuman pada mangkuk tandas

Cecair antiseptik ini bukan hanya boleh membasmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas. Caranya, tuangkan sedikit dan sental mangkuk tandas dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas pun berbau wangi.

3.Bersihkan skrin tv atau monitor komputer

Caranya semburkan sedikit cecair pembersih mulut ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata.

IKLAN

4.Membasmi kuman pada berus gigi

Berus gigi sering digunakan untuk menghilangkan kekotoran dan kuman pada gigi, tapi bagaimana pula jika berus gigi yang digunakan itu pula berkuman? Tuangkan sedikit cecair antiseptik ini ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi tadi selama 2-3 jam ia membantu mematikan segala kuman dan bakteria yang ada.

5.Menghilangkan kutu di bulu haiwan

Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan cecair pembersih mulut ini dengan air dan semburkan ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut.

6.Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga

Bagi anak-anak kecil yang sering digigit nyamuk atau semut. Boleh sapukan sedikit cecair ini di bahagian yang terkena gigitan serangga tersebut. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam.

IKLAN

7.Membersihkan muka yang berjerawat

Jika telah mencuba pelbagai produk pencuci muka namun tidak berkesan, boleh cuba gunakan cecair antiseptik pula.Caranya, sapukan sedikit cecair ini ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Hasilnya, jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang.

8.Hilangkan bau busuk pada ketiak

Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Ia akan menghilangkan bau busuk dan memberikan bau yang lebih segar.

9.Membantu hilangkan kelemumur

Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan cecair antiseptik ini secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya.

IKLAN

Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut. Apa yang penting ia lebih menjimatkan daripada membayar rawatan bagi kulit kepala di salun.

10.Melegakan masalah kaki

Tuangkan cecair ini ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki berbau busuk dan bercagu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat.

Jadi jangan berkira nak beli ubat kumur mulut, ya! Selamat Mencuba!