Ads

10 Tahun Baru Tukar Cat, Aliff Syukri Akui Kos RM250,000 Cat Rumah Agam Agak Mahal

10 tahun baru tukar cat, Aliff Syukri akui kos RM250,000 cat rumah agam agak mahal. Wow! Siapa sangka, selepas hampir 10 tahun mendiami mahligai serba mewah, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat keputusan besar rumah agamnya bakal dicat semula sepenuhnya buat pertama kali!

Bukan calang-calang kediaman. Rumah yang dibina atas tanah seluas 42,000 kaki persegi dengan 28 buah bilik itu memang sudah lama menjadi perhatian ramai. Tapi rupanya, sepanjang hampir sedekad, Aliff hanya mengecat sendiri bahagian bawah dan depan rumah sahaja.

Kali ini lain macam.

10 Tahun Baru Tukar Cat, Aliff Syukri Akui Kos  RM250,000 Cat Rumah Agam Agak Mahal

Menurut Aliff, dia sendiri berfikir “10 kali” sebelum bersetuju untuk mengecat keseluruhan bangunan. Mana tidaknya, kos cat spray sahaja hampir mencecah RM250,000!

Saya nak cat rumah pun fikir 10 kali 😭😭 Ramai tak percaya rumah saya ini hampir 10 tahun pindah dan ini adalah kali pertama saya cat rumah keseluruhannya.

Ads

“Mungkin ramai yang tak percaya, kos nak cat spray rumah amatlah mahal hampir mencecah rm250k😳 Saya hampir tak percaya agak mahal sebab sebelum ni saya hanya cat sendiri saja.

“Tetapi saya tak mampu untuk cat keseluruhannya, saya hanya cat di bahagian bawah dan juga depan. Baru saya tahu sebenarnya kos duduk cat rumah bukan mudah seperti saya dijangkakan.

“Alhamdulillah tahun ni saya ada rezeki lebih, boleh bayar kontraktor dan rumah ini akan dicat buat julung kalinya seluruh bangunan selepas 10 tahun.

 

Ads

10 Tahun Baru Tukar Cat, Aliff Syukri Akui Kos  RM250,000 Cat Rumah Agam Agak Mahal

“Kesimpulannya sebelum beli rumah fikir kena juga maintenance tahunan sebab nak maintenance harga rumah bukan murah.

“Terima kasih Allah atas rezeki apa yang ada ini. Dulu saya berimpian untuk ada rumah besar seperti mahligai istana, tapi saya tak fikir panjang berkenaan kos yang perlu ditanggung pada masa akan datang.

“Saya bukan nak merungut, tetapi sebagai pedoman dan pengajaran untuk usahawan atau anak muda di luar sana supaya tidak salah pencaturan seperti saya, masa muda memang darah berkobar-kobar nak kehidupan mewah.

Ads

10 Tahun Baru Tukar Cat, Aliff Syukri Akui Kos  RM250,000 Cat Rumah Agam Agak Mahal

“Perlu fikir kos luar jangka, forecast maintenance yang perlu ditanggung. Dengar memang macam mewah, tetapi hanya yang berhadapan tahu. Besar periuk, besarlah kawahnya.

“Tetapi saya bersyukur diberikan rezeki untuk terus menampung kos maintenance rumah saya.”

Jelas, di sebalik simbol kejayaan yang tersergam indah, ada tanggungjawab besar yang perlu dipikul. Perkongsian Aliff bukan sekadar tentang cat baharu bernilai hampir RM250,000 tetapi tentang realiti sebenar memiliki sesuatu yang besar, komitmennya juga turut membesar.

Semoga perkongsian ini menjadi pedoman buat kita semua bahawa setiap impian yang direalisasikan datang bersama kos dan tanggungjawab yang perlu dirancang dengan teliti.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

kanser paru-paru

Punca Kanser Paru-Paru: Bukan Perokok Sahaja Berisiko, Ini Faktor Yang Ramai...

Ramai beranggapan kanser paru-paru hanya menyerang perokok tegar. Hakikatnya, penyakit ini juga boleh berlaku kepada individu yang tidak pernah menyentuh rokok. Kanser paru-paru terjadi apabila...