Malang sememangnya tidak berbau. Namun kemalangan boleh dielakkan sekiranya mengambil langkah lebih berhati-hati. Jangan biasakan tinggalkan anak-anak yang masih kecil dalam kenderaan tanpa pengawasan. Apatah lagi dalam keadaan enjin masih hidup.
Tindakan seorang wanita meninggalkan keretanya dalam keadaan enjin tidak dimatikan membawa padah apabila kenderaan itu merempuh pintu kaca sebuah bank di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, wanita berusia 29 tahun berkenaan turut meninggalkan dua anaknya yang berusia dua dan lima tahun di dalam kenderaan terbabit.
Urusan Bank
Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, kejadian berlaku apabila pemandu wanita bertindak meninggalkan dua anaknya di dalam kereta Proton Saga untuk berurusan di sebuah bank.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, wanita itu meletakkan kenderaannya di hadapan bank terbabit dan keluar beratur di mesin juruwang automatik (ATM).
Ads
“Ketika itu dua anaknya iaitu lelaki berusia dua tahun dan perempuan berusia lima tahun berada dalam kereta berkenaan.
“Ketika wanita itu sedang beratur di luar ATM, tiba-tiba orang awam menjerit dan mendapati kereta yang ditinggalkannya telah melanggar pintu utama bank terbabit dan menyebabkan cermin pintu rosak,” katanya.
Ads
Tidak Mengalami Kecederaan
Champin berkata, dua kanak-kanak di dalam kenderaan dan orang awam yang berada di dalam di bank tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Siasatan lanjut mendapati, kecuaian berlaku disebabkan wanita itu meninggalkan kenderaannya dalam keadaan enjin masih hidup dan gear terletak di posisi ‘drive’.
Ads
“Kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 iaitu gagal mengawal kenderaan semasa memandu dan menyebabkan kemalangan,” katanya.
MW: Jadikan pengajaran iya. Hati-hati, jangan tinggalkan anak kecil dalam kereta tanpa pengawasan, boleh akibatkan kemalangan sebegini berlaku.
Ternyata watak Nurul Ain yang digalas dalam drama tersebut berjaya memberikan impak besar, sekali gus memberi ruang baharu buat gadis ini meniti populariti. Meski memulakan kerjaya seni dalam bidang nyanyian, tuah ternyata menyebelahi Wafariena dalam lakonan apabila namanya mula dikenali ramai menerusi drama 7 Hari Mencintaiku 2.
Dalam pada itu, anak kelahiran Pulau Pinang itu turut mengakui menerima banyak kecaman daripada netizen yang terkesan dengan lakonannya dalam drama tersebut sehingga terbawa-bawa dalam dunia nyata.
“Sepanjang drama tersebut disiarkan saya menerima pelbagai kecaman daripada netizen sehingga dihujani dengan pelbagai mesej langsung di Instagram.
“Tidak hanya itu, pengurus saya juga menerima nasib sama dan dijadikan tempat meluahkan kebencian mereka, selain diganggu menerusi mesej dan panggilan telefon tanpa mengira waktu.
“Saya tidak ambil hati pun dengan kecaman tersebut kerana faham mereka hanya terbawa-bawa dengan watak dalam drama itu.
“Cuma ada masa rasa terkilan bila ada yang melampaui batas sehingga mencetuskan rasa kurang selesa pada saya dan keluarga,” akuinya.
Tidak Sangka Dapat Perhatian Sebegitu
Menurut pemilik nama lengkap Wafariena Roslan, 25, dia sendiri tidak menyangka mendapat perhatian sebegitu kerana masih baharu dalam bidang lakonan.
“Saya bermula dalam bidang nyanyian dan sebelum ini berusaha keras mencari peluang untuk mengetengahkan bakat dalam bidang itu. Tidak sangka pula apabila muncul dalam drama ini, orang mula nampak dan menerima saya.
“Saya percaya perhatian itu kerana watak Nurul Ain dan tempias populariti drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang berjaya menambat hati penonton,” ujarnya seperti yang ditemui di baru-baru ini.
Sumber Foto: TV3 & Instagram Wafariena
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kerana wang, manusia sanggup lakukan apa sahaja hingga tidak mampu membezakan mana yang salah, mana yang betul. Bila kemewahan yang dikejar, manusia sudah hilang rasa malu untuk menggadai maruah diri demi kepentingan diri.
Taktik wanita yang menyamar sebagai pengemis akhirnya terbongkar, gunakan kerusi roda untuk kaburi mata orang ramai padahal dia berharta dan memiliki banyak aset. Sepandai-pandai tupai melompat Akhirnya jatuh ke tanah juga.
Sanggup Menipu Untuk Kaburi Mata Orang
Kaherah: Sanggup menipu dirinya kudung kaki dan berkerusi roda untuk menagih simpati dan mengaburi mata orang ramai.
Itu taktik licik seorang wanita di Mesir yang aktif melakukan aktiviti mengemis meminta sedekah di beberapa wilayah di negara itu
Namun, sandiwara wanita berusia 57 tahun itu terbongkar apabila dia ditahan pihak berkuasa negara itu.
Selain itu, dia didapati memiliki wang berjumlah tiga juta pound Mesir (RM793,700) dalam dua akaun banknya.
Akhbar tempatan, Al Masry Al Youm melaporkan selama ini, wanita itu berpura-pura kudung kaki apabila mengemis.
Gunakan Kerusi Roda Untuk Kaburi Mata Orang
Selain itu, dia menggunakan kerusi roda untuk meminta sedekah di beberapa wilayah di negara itu.
Pada awalnya, polis menyangka wanita itu benar-benar orang kurang upaya (OKU) apabila duduk mengemis di atas kerusi roda.
Bagaimanapun, ada saksi memberitahu bahawa wanita itu dapat berjalan dengan normal apabila selesai mengemis.
MW: Mengemis bukanlah satu pekerjaan, sebaliknya menggunakan simpati orang lain untuk kepentingan diri. Kisah ini harus menjadi iktibar buat mak,ayah di luar sana. Cubalah mencari rezeki yang halal untuk keluarga walaupun perit.
Tahniah MW ucapkan buat penyanyi Noryn Aziz yang telah selamat bergelar isteri malam tadi. Berita pernikahan pasangan ini memberi kejutan buat peminat seni hiburan tanahair tempatan.
Tidak ada sebarang gosip yang menular, Noryn bijak menyimpan kisah cintanya.
Menurut Noryn seperti mana kenyataan yang dikeluarkan, dia berasa sangat bersyukur.
Mas Kahwin Sebentuk Cincin
“Terlebih dahulu, dipanjatkan rasa syukur kapada Allah SWT dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
“Dengan izinNya juga, saya dan suami selamat diijabkabulkan dalam majlis akad nikah yang diadakan dalam suasana yang sangat sederhana dengan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat seramai 30 orang jemputan semuanya. Pada malam akad nikah yang diadakan di kediaman suami saya di Bukit Damansara, dengan bermas kahwin sebentuk cincin kepada saya.
Sepatutnya Nikah 25 Oktober Namun Diawalkan
“Sebetulnya, saya dan suami pada awalnya ingin melangsungkan majlis akad nikah pada 25 Oktober ini. Bagaimanapun, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 14 Oktober hari ini, majlis tersebut akhirnya diputuskan untuk diadakan lebih awal. Ini kerana, kami berhasrat untuk hari bahagia mereka dihadiri oleh kaum keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat kami.
Persiapan dalam Jangkamasa 24 Jam
“Alhamdulillah segala persiapan dapat dilaksanakan dengan baiknya dalam jangkamasa 24 jam dengan pertolongan padu kaum keluarga terdekat, sahabat-sahabat handal dan juga ahli “team” saya semuanya. Alhamdulillah, hajat dan keinginan itu tercapai dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Kami bersyukur kerana semuanya diatur dengan mudah. Saya percaya semua ini kerana kebesaran Allah.”
“Majlis akad nikah itu juga diadakan dalam suasana norma baharu dan mengikut prosedur operasi standard (SOP).
“Saya percaya ramai yang tertanya-tanya bagaimana permulaan kepada perkenalan kami berdua. Kami mula berkenalan pada penghujung 2019 sebagai kawan kenalan perniagaan pada mulanya dan cuma pertengahan 2020 kami mulai rapat dan serius yang akhirnya membawa kami ke alam rumahtangga.
Semuanya Berlaku Sekelip Mata
“Semuanya berlaku sekelip mata. Baik saya dan Rizal sendiri pada awalnya tak ada pula terfikir untuk menjadi kekasih. Hubungan kami benar-benar secara profesional namun suami saya banyak mendorong saya untuk lebih berjaya dalam industri seni sehinggalah lama-kelamaan saya dapat rasakan kehadiran Rizal amat menyenangkan saya dan juga keluarga terdekat. Keperibadiannya memikat saya. Dia seorang yang sangat positif dan banyak memberi sokongan moral yang padu kepada saya dalam segala urusan bisnes saya. Untuk makluman, suami saya adalah seorang ahli perniagaan dalam industri pembangunan dan pembinaan.
“Selepas beberapa bulan kami menjadi lebih akrab (terutama sekali dalam waktu MCO bermula Mac lalu), banyak bercerita soal masa depan yang akhirnya kami sepakat untuk mengakhiri hubungan persahabatan kepada ikatan yang lebih suci.”
Allah Makbulkan Hajat Kami
“Pada usia saya 44 tahun dan suami 48 tahun, tiada apa lagi yang kami harapkan selain majlis pernikahan kami dirahmati oleh Allah SWT dan rumah tangga kami akan berkekalan sehingga ke akhir hayat kami berdua. Bagi saya adalah penting persahabatan cinta kita harus dihalalkan secara betul kerana ini bukan main-main buat saya dan suami. Alhamdulillah Allah SWT telah makbulkan hajat kami ini.
“Saya gembira kerana keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat bersama-sama kami dalam majlis itu, Ia amat memberi makna buat kami.
“Kepada rakan-rakan media, terima kasih atas sokongan dan doa buat kami berdua. Saya cuma berharap perkahwinan kami dapat dihormati tanpa apa apa gosip dan fitnah yang tidak diingini. Kami amat pentingkan soal privasi kami secara peribadi dan keluarga amnya,” ungkap Noryn Aziz yang begitu cantik dirias oleh Sheila Mohamad dan berbusana pengantin ciptaan Rizman Ruzaini. Selain itu Noryn juga turut dibantu stylist Tym Fatimah.
Untuk makluman Noryn pernah bernikah dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dan berpisah pada tahun 2018. Hasil pernikahan mereka, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Raja Bariq Umar Shah.
Sumber Foto: Instagram Noryn Aziz, Instagram Sheila Mohamad dan Instagram Rizman Ruzaini.