Tidak dinafikan selepas berkahwin, setiap pasangan kena menerima keluarga kedua belah pihak termasuklah mak ayah serta adik beradik suami/isteri. Namun ramai yang mengambil remeh hubungan diantara adik beradik ipar. Hubungan ipar masih mempunyai hukum dari segi aurat serta boleh berkahwin jika ditakdirkan berlaku perceraian.
Sebolehnya elakkan kebiasaan berduaan dengan ipar sendiri, malah ada batasan yang perlu dijaga.Ini kerana walaupun anggap ipar macam adik beradik sendiri, syaitan akan jadi ‘orang ketiga’ dan takkan pernah berputus asa mengambil kesempatan dalam merosakkan hubungan suami isteri.
Berikut perkongsian daripada Muhammad Hassan sebagai peringatan buat kita;
Minggu lepas lepak dengan seorang sahabat di kedai mamak. Sedang kami berbual isteri sahabat saya ini call minta ambil adik ipar perempuan di sekolah.
Adik ipar sahabat saya ini tingkatan 5,sekarang kan musim ada kelas tambahan waktu malam. Saya tanya biasanya kau pergi ambil tanpa isteri atau adik beradik yang lain ke?
Dia jawab Ya. Dah selalu sangat. Kadang-kadang kebetulan aku ada kerja di KL balik kampung di utara tumpangkan sekali adik ipar aku,tapi dengan kereta lah. Alah matt adik ipar ini dah tanggungjawab kita juga,macam adik beradik sendiri dah.
Ads
Aurat Adik Beradik Ipar Sama Seperti Wanita Lain
Saya ambil masa juga nak jawab. Saya kata,sebenarnya tak boleh beb,walaupun adik ipar,walaupun kita anggap dia macam adik beradik sendiri. Adik beradik ipar ini kita tak boleh tengok aurat mereka,tak boleh bersentuhan dengan mereka,tak boleh berduaan dengan mereka,apatah lagi tumpangkan adik ipar untuk perjalanan jauh. Sebab aurat adik beradik ipar ini sama seperti wanita lain.
Aku awal-awal kahwin dulu pun tak ambil cakna sangat pasal ini,tapi bila tanya beberapa ustaz mereka jawab tak boleh tumpangkan ipar perempuan sehingga adanya mahram,lagi lah tak boleh jika tumpangkan adik ipar perempuan dengan motor.
Sekarang walaupun kebetulan lalu depan sekolah adik ipar,tetap juga pergi ambil isteri atau mertua,walaupun terpaksa patah balik ke sekolah.
Ads
Rupanya masih ada lagi yang pandang remeh tentang perkara ini. Pernah tahun lepas rakan facebook kongsi kepada saya. Adik ipar perempuan tinggal bersama di rumah,untuk jimatkan sewa rumah. Pada awalnya tutup aurat,lama kelamaan dah biasa terus free hair.
Setiap hari tumpangkan adik ipar pergi kerja. Akhirnya adik ipar jatuh cinta dengan abang ipar sendiri. Bila cinta di tolak adik ipar buat laporan polis kes cabul. Maka terpaksalah meringkup dalam lokap sehingga kes selesai.
Fitnah Terbesar
Inilah fitnah besar tanpa kita sedari. Pada awalnya kita anggap adik beradik ipar seperti adik beradik sendiri,tapi syaitan tidak akan pernah berputus atas untuk kita jatuh dalam FITNAH sehingga rosak hubungan suami isteri.
Ads
Sebab itulah saya pesan kepada rakan-rakan lelaki yang tumpangkan adik ipar perempuan di rumah. Sebolehnya elakkan perkara ini berlaku tanpa sebab. Kita mungkin tak mampu nak tegur,tapi gunakan hikmah dari isteri atau mertua untuk adik ipar fikir supaya tidak terlalu lama tinggal di rumah kita.
Moga ambil cakna.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat sebagai peringatan buat kita. Walaupun anggap ipar macam adik beradik kita sendiri, pastikan jaga perhubungan, batasan aurat dan mahram. Paling penting elakkan berdua-duaan, kerana setiap yang berdua pasti akan ada yang ‘ketiga’ untuk menggoda dalam menghasut merosakkan rumahtangga.
Bila masuk dunia perkahwinan, setiap isteri pasti berangan dapat suami terbaik. Bukan sahaja mampu memberikan apa yang dituntut malah istiqamah melengkapkan isteri dan anak-anak dengan ilmu agama.
Namun real
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ternyata rumah tangga bukan sekadar tempat melepaskan keinginan fitrah, tetapi ia memerlukan tanggungjawab kedua pihak sama ada dari suami ataupun isteri. Kedua-duanya harus saling bertanggungjawab atas ikatan yang telah terjalin.
Perkahwinan bukan perjanjian untuk hidup bersama sehari, dua sebaliknya hingga ke hujung nyawa. Bersamalah untuk belajar ilmu rumah tangga dan berusaha yang terbaik untuk rumah tangga.
Tanpa perlu menjadi orang lain, sebaliknya jadilah diri sendiri untuk menyempurnakan tanggungjawab mak,ayah kepada pasangan masing-masing. Tidak perlu bandingkan pasangan, sebaliknya terimalah dia seadanya.
Rumah Tangga Bukan Sekadar Tempat Melepaskan Keinginan Fitrah
Kongsi Ustaz Firdaus Mokhtar, sebuah perkahwinan adalah jalan untuk kita tenteram. Jalan untuk sepasang suami isteri mencari ketenangan.
Namun banyak berlaku hari ini bila suami isteri menjadikan rumah tangga cuma sebagai tempat melepaskan keinginan fitrah. Soal tanggungjawab hilang dan dibiarkan.
Kawan-kawan, Rumah tangga itu laluan ke syurga. Pertahankanlah biar apa pun berlaku. Kita tak diuji pasangan kita sakit. Kita tak Tuhan uji pasangan kita meninggal saat kita masih di awal perkahwinan.
Saya ada ramai kawan yang kehilangan pasangan dalam tempoh awal rumah tangga. Ada juga kawan yang sampai hari ini, temankan suami yang sedang sakit.
Gembiralah Dengan Rumah Tangga
Mereka tabah. Mereka sabar dan tak pernah merungut. Malah gembira ceritakan tentang rumah tangga mereka.
Ujian kita kecil kawan-kawan. Sikit sangat. Pertahankanlah rumah tangga kita. Sampai akhir umur dunia kita.
Moga kalian semua ke syurga bersama pasangan kalian. Amin. Firdaus Mokhtar, Syukurnya ya Tuhan.
Mingguan Wanita : Sememangnya bukan mudah untuk mempertahankan rumah tangga. Namun jika mak, ayah saling bertanggungjawab, bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik, insyallah semuanya menjadi lebih mudah untuk membina bahagia bersama.
Sebaiknya perlu kawal pelajar sekolah kebangsaan dan didiklah ibu ayah dulu sebelum nak kawal sekolah tahfiz, inilah isu yang masih belum tamat disebabkan kes kebakaran baru-baru ini yang berpunca daripada kes balas dendam di kalangan remaja. Untuk bacaan penuh daripada pandangan Ustaz Hanafi, baca perkongsian ini…
Rasanya tak penting sangat kawal Sekolah Tahfiz, rasanya lah.. rasa je..
Yang tersangat penting ialah kawal pelajar Sekolah Kebangsaan dan didiklah ibu ayahnya.
1. Kenapa mereka ponteng. 2. Kenapa mereka bermasalah. 3. Kenapa mereka ganas. 4. Kenapa mereka dibuang sekolah. 5. Ke mana mereka selepas dibuang sekolah. 6. Ke mana remaja lepasan sekolah.
BUkan semua bermasala, ramai yang ok.
Ustaz… ini isu kebakaran dan keselamatan.
Alhamdulillah terima kasih fikirkan keselamatan kami.
Cuma fikirkan lah dan bertindaklah untuk selamatkan pelajar atau bekas pelajar sekolah kebangsaan atau sistemnya yang sedang musnah dan terbakar.
Sistem pendidikan Sekolah Kebangsaan semakin goyang, anak-anak semakin tenat. Guru-guru semakin penat, masyarakat semakin melarat sebab keluarga tak bahagia. Sebab ayah tak pandai jaga, sebab tak ada ilmu , sebab tak belajar. Dari Al-Quran sebagai panduan hidup.
Maka kerajaan kena wajibkan ibu bapa atau pasangan nak berkahwin ambil kursus KEIBUBAPAAN sebagaimana kursus kahwin dan beritahu pada semua suami atau lelaki wajib faham dan amal apa yang disuruh oleh Allah dalam Al Quran.
Sehingga berapa ramai bekas pelajar bermasalah sekolah kebangsaan di hantar ke Sekolah Tahfiz untuk di Tarbiyah, akhirnya mendatangkan masalah pada Sekolah Tahfiz.
Sekolah Tahfiz tak sempurna, kekurangan bantuan. Maka bantulah bukan dipantau. Kalau tak selamat, selamatkanlah.
Kehilangan nyawa kerana menuntut ilmu lebih Mulia kehilangan nyawa ketika merempit.
Ibu bapa arwah Wan Ahmad Faris tak pernah putus asa 'berjuang' tuntut keadilan. Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.