Mas kahwin atau mahar wajib diberikan oleh pihak suami kepada isteri sebagai pemberian hadiah ketika akad nikah. Nilai serta jenis pemberiannya pula bergantung pada persetujuan bersama. Kebiasaan berupa wang ringgit atau barang kemas, mengikut kemampuan diri.
Mas Kahwin, Ular Sawa
Namun, sebaliknya bagi pasangan pengantin di Bogor ini apabila memecah tradisi biasa dengan menjadikan ular sawa sepanjang satu meter sebagai mas kahwin.
Portal Tribunnews melaporkan pengantin lelaki Sigit Agus Setiawan menghadiahkan ular sawa sebagai mas kahwin buat isteri tersayang, Tiara Puspita Dewi selepas mengunjungi pameran reptilia sebelum majlis pernikahan.
Tiara berkata, dia mengunjungi pameran itu bersama suaminya dan mengaku teruja melihat reptilia berkenaan.
“Ketika datang ke pameran, saya suka seekor ular di situ,” kata Tiara.
Suaminya kemudian membeli ular sawa itu dengan harga 2.7 juta rupiah (RM773) dan menjadikannya sebagai mas kahwin pernikahan mereka.
“Saya tidak tahu dia membelinya (ular itu) untuk mas kahwin,” kata Tiara.
Pencinta Reptilia
Pasangan itu menjalin hubungan cinta selepas dipertemukan melalui hobi yang sama iaitu pencinta reptilia.
Ads
Ketika meraikan majlis perkahwinan mereka di Kampung Pasir Jambu, Sukaraja, Bogor, ular itu juga dibawa dan dipamerkan untuk tetamu. Ia juga ditayangkan ketika sesi bergambar kedua-dua mempelai di pelamin.
“Ketika resepsi pun ular itu kita bawa…cuma ke pejabat urusan agama…tidak bawa,” ungkap Tiara.
Bagi Sigit pula, akibat reptilia itu, majlis pernikahan mereka itu heboh dalam kalangan jiran.
“Jiran dari yang jauh sampai yang dekat bercakap mengenainya, semuanya menceritakan mas kahwin ular,” kata Sigit.
Mas Kahwin Tak Rasmi
Selain itu, pihak keluarga sebenarnya menolak mas kahwin ular itu namun selepas diterangkan, keluarga mereka akhirnya mengizinkan.Meskipun dijadikan mas kahwin, kata Sigit, ular sawa itu tidak secara rasmi tercatat di pejabat agama sebagai mas kahwin.
Ads
Bagaimanapun, rekod rasmi menunjukkan mas kahwin sebenar adalah cincin dan kelengkapan solat demi mengelak masalah berbangkit.
Ular itu kini menemani rumah tangga pasangan itu sebagai tanda janji suci dan juga sebagai kenangan yang menyatukan mereka.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Tahniah buat pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad, 35, yang bakal menimang cahaya mata ketiga.Nabil berkongsi berita gembira tersebut didalam Instagramnya dengan memuat naik gambar sekeluarga beserta imbasan kandungan bayi.Malah turut berkongsi kapsyen berikut;
Nabil mengakui teruja apabila doktor mengesahkan isterinya, Nazirah Ayub,30 atau Zira, kini hamil lima minggu.Nabil berkata, berikutan kedua-dua puteri mereka sudah pun besar, justeru kehadiran cahaya mata ketiga yang dijangka kelahirannya pada Jun tahun depan sangat dinantikan.
“Jika diikutkan perancangan keluarga, kami mahu jarakkan anak setiap dua tahun. Dua anak pertama kami pun sudah besar, jadi rezeki cukup bermakna Allah berikan ini dikira tiba pada masa sangat sesuai.
“Alhamdulillah, selepas isteri membuat pemeriksaan doktor semalam, kandungannya sudah mencecah lima minggu,” katanya.
Harap Anak Lelaki & 8 Orang Anak
Tambah Nabil, dia berharap kali ini mereka dikurniakan anak lelaki pula selepas memiliki dua cahaya mata perempuan, Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3 tahun.
Calon beberapa kategori Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31 itu turut memberitahu dirinya mahu sekurang-kurangnya lapan anak kerana yakin kemeriahan keluarga lebih dirasa dengan zuriat yang ramai.
“Adik-beradik saya sendiri ada tujuh orang, jadi kalau boleh saya mahu memiliki sekurang-kurangnya lapan anak. Apapun, semua itu terpulang pada rezeki yang diberikan.
“Paling penting, semoga isteri dipermudahkan menjalani proses kehamilannya. Doakan kami ya!” katanya yang mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah buat Nabil Ahmad dan isteri. Semoga dipermudahkan segala urusan kehamilan dan bayi yang dikandung membesar dengan sihat dan sempurna hendaknya.
Sesungguhnya mati itu PASTI. Bila, di mana dan bagaimana cara kematian kita adalah rahsia Allah SWT. Tragedi kemalangan maut melibatkan suami isteri ini cukup menjentik emosi. Pasangan ini maut selepas Perodua Myvi dinaiki merempuh lori membawa muatan baja di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Seremban, dekat Keratong, di Rompin awal pagi, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Noor Idham Ramli, 31, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala sementara isterinya Surawati Mohd, 33, meninggal dunia beberapa jam selepas mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah, di sini.
Meninggalkan 3 Anak Masih Kecil
Lebih menyayat hati, pasangan ini meninggalkan 3 orang anak-anak yang masih kecil. Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kemalangan itu turut mengakibatkan tiga anak pasangan itu yang berusia dua hingga enam tahun cedera.
“Siasatan awal kita mendapati kereta dipandu Muhammad Noor Idham dari arah Kuantan menuju ke Seremban dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori.
“Pemandu lori Md Kamarudin Ibrahim, 43, turut cedera dan keterangannya sudah diambil bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, anak pasangan suami isteri itu dikenali Aryan Rizqy, 6, Areesh Razeen, 4, dan Arfan Rakeen, 2, menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Muadzam Shah.
Katanya, mayat dibawa ke hospital sama bagi urusan bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MW: Cuma terfikir andai berada dalam situasi sebegini, kematian berlaku tiba-tiba..bersedia kah kita menghadapinya? Usia muda bukan jaminan hidup lama..Ajal menjemput tak kira masa dan peringkat usia. Paling terkesan pasti anak-anak yang masih kecil, rasa kehilangan dan masih mengharap kasih sayang daripada kedua ibu bapa. Salam takziah buat keluarga mangsa, semoga roh kedua-dua mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Rezeki datang dalam pelbagai cara tanpa disangka.Tahniah buat pelakon Zizie Ezette mengumumkan dirinya sedang hamil anak ketiga hanya selepas lapan bulan melahirkan kembar lelaki pada Disember tahun lalu.
Zizie, 39, berkongsi usia kandungannya sudah memasuki usia tiga bulan termasuk gambar kit ujian kehamilan yang menunjukkan dua jalur merah menandakan dia hamil.
Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin itu turut memuat naik gambar bersama anak-anaknya yang lain ketika mereka sedang bercuti bagi mengumumkan berita gembira itu.
“Gambar keempat akan mengejutkan anda! #stpetersburg #russia #summereurope2018 #threemonthspregnant,” tulisnya di Instagram.
Doakan Yang Terbaik
Meskipun mengharapkan untuk dapat anak lagi, Zizie tidak menyangka mengandung dengan terlalu awal, hanya selepas 5 bulan kelahiran anak kembarnya.
Berkongsi perasaan diri disahkan hamil dengan jarak kehamilan yang rapat, Zizie rasa bimbang dan risaukan keadaan dirinya. Namun doktor sakit puan menyakinkan dirinya selamat untuk meneruskan kehamilan.
“Saya memang mahukan anak lagi tapi tak sangka ia terlalu awal.Ia hanya lima bulan selepas bersalin secara pembedahan c section.”
“Rasa bimbang, takut semua memang ada. ye lah perut nak kena potong lagi, tapi doktor sakit puan menyakinkan saya, bahawa selamat untuk mengandung kembali.Jadi doakan yang terbaik okay”
Zizie pada 29 Disember tahun lalu selamat melahirkan anak kembar yang diberi nama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette menerusi pembedahan.Aktres itu turut mempunyai dua anak angkat Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, setahun.Zizie berkahwin dengan Bung, 58, pada 2009.
Mingguan Wanita mengucapkan tahniah kepada Zizie Izette, semoga dipermudahkan segalanya sepanjang tempoh kehamilan dan kandungan membesar dengan sihat dan sempurna hendaknya. Insya Allah.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...