Kebiasaannya bila kita selalu masak, periuk belanga yang digunakan akan berkerak hitam dan payah nak dibersihkan walaupun dah sental dengan macam-macam cara. Namun tukang masak ini, ada cara tersendiri dalam memastikan periuk belanga yang digunakan disental setiap 2 minggu sekali dan jadi bersih berkilat! Hanya menggunakan 3 bahan iaitu gosok periuk kasar, gosok periuk halus dan sabun mandi.
Mak-mak boleh baca perkongsian Puan Tinie Razak ini sebagai rujukan;
“Baru selesai menggosok periuk belanga dengan 3 barang ni je.Memang selama ni, saya guna 3 barang ni untuk tonyoh periuk belanga saya.Semoga bermanfaat untuk semua.”
1. Gosok periuk kasar (scotch brite)
2. Gosok periuk halus (steel wool)
Ads
3. Sabun mandi popinjay hijau (sabun cap burung)
Dan semestinya air lah.
Ads
Update:
Saya guna sabun popinjay ni sebab dia cepat kembang (macam sabun kapak) bila terendam air, kebanyakan sabun mandi yang lain, dia lambat sikit. So, saya akan tekapkan kat sabun dan gosok. Sabun ni saya beli dekat nsk. Tapi dekat kedai runcit or pasaraya pun ada je.
Ada yang komen cakap, kononnya saya jarang masak, sebab tu periuk belanga bersih. Saya owner Tinie’s Kitchen. Seorang tukang masak dan kerja saya memang memasak.
Cumanya, setiap 2 minggu sekali saya akan kumpulkan periuk belanga dan gosok sekali harung. So, tak sempatlah nak berkerak tebal. Dan usia periuk belanga ni dah 5 tahun pun.
Mana yang berkerak tebal pulak, sis semua boleh kikis dulu dengan pisau, kemudian gosok dengan yang kasar kemudian yang halus pulak. (Nak seribu daya kan?)
Tak semua steelwool berkesan, so kena pandai cari. Yang saya guna ni jenis yang bungkus besar, pastu nak guna kena tarik-tarik dulu.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak-mak yang ada masalah periuk belanga berkerak hitam, payah nak bersihkan jadi berkilat tu boleh cuba cara berkesan yang dikongsikan ini.
Jika selalu dinding utama rumah hanya dicat kosong dan tiada deko, boleh cuba DIY ‘Accent Wall’ ni. ‘Accent wall’ ni kebiasaannya merupakan dinding utama yang menjadi titik tumpu, bila tetamu berada di ruang tersebut. Manakala rekaan bentuk dan warna pula menjadikan ia berbeza dengan bahagian dinding di ruang lain.
Nak tahu macam mana nak buat sendiri ‘Accent Wall’ yang lawa ni, boleh rujuk perkongsian Fuad Abdul Rani sebagai panduan. Hanya perlukan 4 hari untuk tempoh siapkan dengan bajet kurang dari RM200 je.
Kurang 7 hari sebelum Syawal tiba, saya dan isteri bersepakat untuk menceriakan mood kami yang akan menyambut hari raya buat pertama kalinya dalam sejarah beraya di Melaka. Inilah definisi sebenar Wawasan 2020 rupanya. Semua orang tak boleh balik beraya. Padan muka!
Ok, langkah pertama adalah mencari info dari group deko-deko di FB, Pinterest dan Google. Sebelum ni banyak kali dah aku tengok orang dok post deme punya hasil wainscotting (tah betul ke tidak eja gitu). Lawa semuanya, tapi bila terlalu ramai buat benda yang sama, aku jadi tak minat. Jadiiii kena laa aku buat benda lain sikit iaitu ‘accent wall’.
Barang-barang yang diperlukan.
1. Kayu saiz 5/8″ x 1 1/2″ (1cm x 3cm) = RM60
Satu batang 10′. Aku beli 15 batang untuk 150′. Main agak je ni, ingatkan terlebih, rupanya ngam-ngam. Kayu ni dah siap ketam, tapiii tak berapa nak sempurna, ada yang OK lurus, ada jugak yang meleding.
Dalam gambar ada 3 gam kayu dan 2 sealant. Bila dah mula projek, gam kayu tu pakai 2 tiub je, yang lebih tu aku pergi tukar ambik sealant sebab tak cukup 2 tiub. Mujur apek hardware Malim tu ok.
3. Kertas pasir 2 keping = RM0.40
4. Cat ICI Dulux = RM95
5. Lain-lain barang semua memang aku dah ada, yang takde dalam gambar cuma penukul dan paku. Konfiden tinggi takyah guna paku langsung sebab gam dah kuat. Tapiii rujuk balik point No.1 aku cakap tadi kayu ada yang meleding, memang taklah nak harap gam tu je. Kena la paku jugak beberapa tempat.
Petang pergi cari barang-barang, malam tu gigih terus aku nak siapkan kononnya. Gila semangat. Dapat la buat frame keliling bahagian dinding tu.
Kiri tu gambar sebelum, kanan gambar selepas.
Sebelum mula kena la sketch dulu ye dok. Jadi selepas sesi tolak tambah bahagi darab, dapat laa ukuran lebih kurang dekat gambar kiri tu.
Gambar yang kanan tu pulak cara untuk cari panjang segitiga. Gunalah formula Teorem Phytagoras ye tuan dan puan.
p/s : Ye, tulisan saya memang lawa. Tak payah nak puji sangat.
Selepas ada ukuran, bolehlah kita potong kayu menggunakan gergaji seperti di dalam gambar sebelum ni. Power gergaji tu, beli RM5 je dekat Pasaraya COWBOY Cheng. #BangsaCheng
Nampak pembantu saya tu. Nama dia Faiq. Kalau takde dia, tak semangat saya nak buat semua ni. Lagi seorang pembantu dan pembakar semangat saya untuk menyiapkan semua ini tentulah isteri saya Nurul Farhana Husain..
Cara nak lekatkan gam kayu tu buat la bentuk apa yang anda minat. Seeloknya buat laa zig zag, lagi kuat mencengkam dekat dinding.
p/s : Gambar terpaksa dicensored. Panas woi!
Selesai untuk kerja hari ke-2. Babah dia dah mula sakit kaki dok naik turun tangga. Dengan puasanya di siang hari, Allahuuuuu tobat lahum nak buat lagi lepas ni time puasa.
Masuk hari ke-3. Ingatkan semalam punya proses dah teruk, rupanya harini punya proses lagi memenatkan. Keliling celah kayu kena sumbat dengan sealant. Tak sumbat tak cantik pulak nanti ada rongga-rongga degil mencacatkan pemandangan.
Cara nak sumbat benda ni mula-mula kena laa picittttt dulu sealant dekat celahan tepi kayu-dinding, lepastu teruss cepat-cepat sapu guna jari. Jari kena basah-basah lembab barulah cun hasilnya. Teknik ni aku baca dalam group dekorasi di FB. Mantap! Kagum betul aku bila first time buat.
Lepas dah selesai sumbat semua celahan. Boleh lah gosok kayu dengan kertas pasir jenis halus. Jangan lupa tutup mata dan hidung seperti model di atas.
Hari terakhir naik turun tangga. Kerja paling mudah untuk seorang tukang cat yang berwibawa. Langkah pertama cat dulu kayu dan semua bucu menggunakan berus. Bila dah kering, baru gelek dengan roller cat saiz sederhana. Yup memang senang, tengah hari dah selesai dan boleh berehat menanti isteri pulang dari kerja. Cian kena kerja.
Selesai. Mantap jugak finishing dia.
TAMAT. Ok bye nak tido. Dah boleh raya!
p/s : Gudluck kepada para suami yang akan ditagged oleh isteri masing-masing.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat bagi yang nak deko dan serikan dinding rumah dengan ‘Accent Wall’ ni. Bajet taklah besar mana, paling penting puas hati bila rumah cantik hasil bila buat sendiri. Berseri-serilah raya nanti.
Setiap kali tibanya musim raya kuih tart nenas memang menjadi pilihan ramai. Buat sendiri tart nenas ni lebih jimat, puas hati dan berbaloi. Tapi bab renyahnya bila nak gentel jem nenas satu persatu sebelum diletakkan pada doh. Memang makan masa nak menggentelnya.
Rupanya ada teknik lebih mudah selain menggentel inti nenas ni dengan menggunakan piping bag. Ikut cara begini, inti tak perlu digentel lagi satu persatu, hanya tinggal potong-potong je.Lebih senang dan jimat masa.
“Saje nak share cara saya prepare inti nenas untuk tart nenas. Saya pun first time try. Maybe ramai dah guna teknik ni. Harap membantu pada siapa yang masih belum try cara ni.”
*lumur tapak tangan dengan minyak biar inti nenas tak berlengas kat tangan sepanjang proses ni*
2. Terbalikkan semula. Gunting hujung plastik ikut size inti yang nak digulung nanti.
3. Masukkan inti nenas, mula pipe memanjang. Pressure tekan kena steady biar size sama. Tengok kat video saya tu, no 1 sampai 3 nampak macam ular kena palu sebab belum dapat rentak. No 4 baru steady.
4. Potong pendek pendek ikut size acuan tart nenas. Siappppp!
*kalau susah nak potong bila dah panjang, boleh jugak pipe pendek, gunting, pipe pendek, gunting. Ikut selesa dan senang yang mana.
MW: Mudah rupanya teknik ni dan tak perlulah mak-mak nak gentel jem nenas satu persatu. Ikut cara ni memang memudahkan keje, cepat siap tinggal potong-potong je.
DIY memang memerlukan kreativiti. Tapi yang paling penting, RAJIN! Kalau pun ada sifat kreatif dalam diri, tapi malas pun tak jadi jugak! Dengan DIY (buat sendiri), banyak kos boleh dijimatkan dan ia juga mencabar kita dalam berkreativiti.
Di antara hikmah bila PKP dan PKPB s, ramai yang mula timbul dengan idea-idea kreatif untuk menghias rumah/laman, mencipta resipi baru dan sebagainya lagi. Begitu juga dengan Azrina Abu Naim. https://www.facebook.com/agnna74. Dia bersama ayahnya telah DIY pasu gantung bajet hanya menggunakan palet dan pasu plastik. Kreatif kan?
Pasu-pasu nampak lebih tersusun bila digantung pada palet begini. Selain itu, memudahkan kalau nak alihkan. Angkat je palet tu. Bajet? Jangan risau. Tak tinggi mana bajetnya. Bahan-bahan yang diperlukan pun tak susah sangat nak cari.
BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN:
1 Palet kayu
Pasu plastik – beli di kedai 2 Ringgit ( 2 biji pasu @RM2.10)
Tali guni utk ikat pasu – beli kat kedai 2 Ringgit
Benih sayur/bunga
Tanah secukupnya
Sediakan bahan-bahan iaitu palet, pasu, tali guni dan tanah serta biji benih. Benih sayur dah disemai awal.
Setelah itu, ikat pasu pada palet dengan menggunakan tali guni. Asalnya Azrina hendak guna paku untuk gantung pasu di sekeliling palet. Tapi mungkin teknik yang salah, paku asyik senget bila diketuk dan asyik terkena tangan sendiri masa mengetuk. Maka dia tukar cara lain.
Selepas selesai mengikat pasu, isikan pasu dengan tanah sesuai dengan tanaman. Seterusnya taman benih yg dah disemai awal. Kalau nak semai terus benih sayur dalam tu pun boleh…)
INFO TAMBAHAN/TIP: 1. Pertama kali cuba bercucuk tanam semasa PKPB ni, tak ada ilmu yang cukup. Sekadar belajar di google, youtube dan fb group berkenaan tanaman. Banyak yang boleh dipelajari di dalam itu. Di fb group, boleh tanya pada mereka yg berpengalaman tentang tanaman. Semua memberikan feedback yang berguna. 2. Boleh guna dawai sebab ia lagi kukuh, tali guni bimbang rapuh dimakan hari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.