Perasan tak, setiap kali selepas mak-mak cuci tuala dan bila ia kering, tekstur tuala ni rasa keras kejung dan tak lembut macam kita mula-mula beli dan pakai.
Hah, sebenarnya ada cara dan penjagaan mudah agar tuala yang kita gunakan tetap lembut selepas dibasuh dan tidak mudah rosak atau reput mahupun mengeluarkan bau yang menyenangkan setiap kali selepas digunakan.
Sebaiknya ikut cara ini.
Tip Menjaga Tuala:
1.Jemurkan tuala di tempat yang ada cahaya matahari setiap kali selepas menggunakannya agar tiada bakteria yang dapat membiak pada Tuala mandi kita.
Ads
2.Bagi menjaga kebersihan tuala, cucilah tuala sekerap yang mungkin, sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
3.Untuk membasuh tuala, rendamlah tuala dengan sabun pencuci selama 30 minit bersama air suam untuk membunuh bakteria. Sebaiknya, rendamkan tuala berasingan dengan pakaian lain.
4.Untuk bersihkan tuala yang baru beli, rendamkan tuala selama 1 jam bersama air suam, ½ cawan cuka dan ½ sudu garam halus dan bilas hingga warna dari tuala hilang sepenuhnya. Jangan tergoda dengan warna kain tuala yang warna warni, kerana fungsi menyerap air adalah fungsi utama yang harus di beri perhatian.
Ads
Pilihlah kain tuala yang mempunyai material yang elok, dan paling penting, gunalah banyak kain tuala agar kain tuala tidak cepat rosak.
Petua Cari Tuala:
Belilah tuala yang 100% egyptian cotton.
Ads
Petua Elak Tuala Berbau & Kusam:
Gunakan 1 cawan cuka atau ½ cawan soda bikarbonat ketika melakukan bilasan terakhir ketika membasuh tuala. Langkah ini akan menyegarkan tuala yang kelihatan kusam dan berbau.
Selamat mengguna tuala mandi dengan bijak dan berhemah. Semoga jangka hayat tuala mandi anda akan panjang hayatnya jika anda tahu menjaganya dengan bijak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekali sekala bercuti bersama keluarga memang seronok. Tiak kiralah bercuiti tempat peranginan mahu pun balik kampung. Inilah masa untuk tenangkan fikiran selepas penat bekerja dan uruskan rumah tangga. Namun, bab yang paling ’malas’ adalah packing pakaian, nak-nak bila anak ramai ini.
Ini bab mengemas baju anak, belum lagi nak kemas baju sendiri. ‘Bercinta’ betul bila nak mengemas ni. Boleh dikatakan memang mak-mak kena buat semua ni. Kalau ada tertinggal, boleh hilang mood pula.
Biasanya kalau mak-mak nak packing pakaian kena tengok berapa hari pula, ini termasuklah baju siang, pakaian untuk pergi jalan-jalan dan baju tidur. Mesti kena lengkap semua. Belum lagi barang keperluan lain, botol susu atau peralatan mandian bagai.
Tak perlu susah-susah hati, perkongsian daripada Susun Atur Sioca boleh membantu mak-mak untuk packing pakaian dan barang keperluan lain. Mungkin ia boleh membatnu mak di luar sana.
Tip packing ini bergantung juga beberapa faktor, contoh nak balik beraya lain packingnya, bercuti lain pula, nak masak ke tidak waktu travel, pergi berenang ke nak pergi pantai, duduk berapa hari dan sebagainya. Semua itu kena fikir.
Selain packing, sayajuga ambil kira sususnan dalam kereta dan semasa transit. Saya akan bayangkan beg ini siapa bawa, beg ini siapa pula, bergabung dengan beg mana, barang ini senang capai tak dalam kereta dan sebagainya.
Kalau nak membeli-belah semasa bercuti juga dihadkan supaya tak berlaku ‘pemberanakan’ beg yang keterlaluan.
Harap perkongsian kali ni dapat membantu ibu ayah di luar sana bab kemas mengemas pakaian dalam beg.
Ini tip mak ayah untuk 4 orang anak.
Yang asasnya ada 3 beg ni:
a) beg besar untuk baju
b) beg kecil selain baju
c) beg belang untuk toiletriesSelain 3 beg asas ni, ada:
a) beg makanan/minuman
b) beg swimming
c) beg laptop
Bagi keluarga 6 ahli, rasanya cukup dah 1 beg besar untuk baju. Biasanya saya akan bawa 3 baju siang dan 2 baju malam untuk anak-anak. Nak rotate hantar je dobi atau basuh sendiri.Beg kanan sekali tu ada tuala, telekung, sejadah, toto dan selimut tambahan.
Dalam beg belang ada:
a) beg toiletries
b) beg bersiapBeg toiletries belakang tu dah 10 tahun. Beli di Cosway Rm13.Beg bersiap pula dari Mr Diy.Barang dalam beg ni semua tak unpack lepas balik. Dok dalam ni sampai next travel.
Botol sabun dan syampu beli di Mr Diy, ada lock supaya tak terkeluar isinya kalau tertekan.
Bekas berus gigi pula beli di Shopee. Saiznya tak bulky dan muat 2 berus gigi dewasa.
Selain tu, saya letakkan plastik kecil (warna merah tu) untuk buang diapers. Plastik kecil macam tu ada jual di Mr Diy, cari bahagian pet.
Barang bersiap, semua beg ni beli di Mr Diy.
Dalam beg ‘others’ ada barang-barang ni.
9. Bekas minyak rambut beli di Mr Diy. Barang lain dalam bekas asal sebab saiz travel already.
10. Beg makanan (merah) dan minuman (biru).
Guna beg sandang berbanding bakul supaya lebih mudah transit. Beli di Shopee.
11. Barang dalam beg makanan. Kadang penuh juga dengan keropok, ayam goreng, bihun goreng, dll. Kalau travel jauh mudah siap-siapkan makanan camni, lapar terus berhenti makan.
Barang yang bertanda lepas ni semua saya letak dalam beg biru merah ni ya.
12. Suplemen wajib
13. beg membasuh
Selain tu, bekas biru ni pula untuk storan keperluan membasuh; berus pinggan, berus botol, dan sabun.
14. Ada 4 beg ni untuk anak-anak. Seorang satu beg dan setiap beg ada:
a) 1 tuala mini
b) 1 baju swimming
c) 2 hanger
Beg ni juga akan letak baju ganti. Jadi, lepas mandi, anak-anak akan ambil beg sorang satu, pergi bersiap, masukkan baju basah, dan balik terus gantung.
15. Keadaan susunan beg di hotel.
16. Luggage di lantai.
Susunan dalam kereta.
Beg makanan/minuman di depan dan beg swimming dalam bonet.
Habis minimum dah packing ni.
MW: Begitulah mak-mak, kalau nak bercuti atau balik kampung kena fikir semua barang. Ikutkan semua nak bawa, nanti tak muat kereta pula. Jadi, mana yang boleh minima, kita minimakan.
Biasanya kalau masak nasi, ia boleh bertahan sampai 2-3 hari. Tapi, peliknya ada juga hanya bertahan sehari selepas itu basi. Mulalah fikirkan tentang periuk nasi tak elok atau cara kita membasuh beras tak berapa bersih.
Kalau orang dulu-dulu, mula berfikiran nasi basi kerana ada ‘benda’ di rumah kita. Bergantung pada cara pemikiran masing-masing.
Ada juga mak-mak guna petua tertentu untuk elak nasi basi. Bakar periuk nasi terlebih dahulu, ada juga yang masukkan bawang putih dan sebagainya. Dalam perkongsian kali ini, disarankan untuk letak bunga cengkih dan secubit garam.
Dikatakan pada zaman dulu, ada seorang wanita telah terjatuhkan beberapa bunga cengkih kedapa periuk nasi yang dimasak. Selepas makan dan ada baki nasi, ia biarkan di atas dapur sehingga keesokkan hari.
Selalunya, bila sehari, nasi akan basi tapi sebaliknya dan masih elok. Apabila diingatkan kembali, barulah dia perasan telah menjatuhkan beberapa tangkai bunga cengkih semasa memasak nasi.
Jadi, inilah cara yang boleh mak-mak lakukan untuk elak naso cepat basi.
1. Ambil sedikit bunga cengkih, lebih kurang 2-3 tangkai bersama secubit garam.
2. Campurkan bahan tadi ke dalam beras yang ingin dibasuh.
3. Basuh beras seperti biasa dan masak.
Hasilnya, mak-mak akan dapat nasi yang wangi dan tahan lebih lama.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Kalau sebelum ini, macam-macam cara tak membantu. Boleh cuba cara ini pula.
Tahukah anda bulan Februari adalah bulan kesedaran terhadap penyakit kanser. Mendengar mengenai penyakit ini sudah pasti akan membuatkan semua orang takut. Begitu juga dengan saya yang diberi tanggungjawab untuk mengelolakan ruangan Kesihatan dalam Mingguan Wanita.
Jika sebelum menjadi wartawan Mingguan Wanita, saya sebenarnya bukannya pandai bab-bab kesihatan dan perubatan ini. Namun setelah lebih sedekad mengelolakan ruangan ini boleh dikatakan saya sering jugalah bertemu doktor. Bertemu doktor bukannya untuk mendapatkan rawatan tetapi untuk menemuramah mereka.
Kembali semula kepada kesedaran terhadap penyakit kanser ini, tahukah anda apa yang perlu dilakukan bagi sebagai langkah-langkah pencegahan penyakit ini?
Tip Cegah Kanser
Menurut pakar terdapat beberapa cara untuk mencegah kanser. Ia termasuklah:
-Berhenti mengambil tembakau dan elak menghidu asap rokok.
-Ambil makanan sihat dan pemakanan yang seimbang.
-Hadkan pengambilan daging yang telah diproses.
-Pertimbangkan untuk cuba diet Mediterranean yang berfokus pada makanan berasaskan tumbuhan, protein tanpa lemak dan lemak menyihatkan.
-Kekalkan berat badan sihat dan kekal aktif dengan sekurang-kurangnya melakukan aktiviti fizikal selama 30 minit setiap hari.
-Sentiasa berlindung daripada cahaya matahari. Elak cahaya matahari antara pukul 10.00 pagi dan 4.00 petang kerana pada waktu ini sinaran cahaya matahari berada pada tahap yang paling kuat.
-Dapatkan vaksinasi menentang jangkitan virus yang boleh membawa kepada kanser seperti hepatitis B dan HPV.
-Jangan melibatkan diri dalam tabiat berisiko tinggi. Amalkan hubungan kelamin selamat.
Ok, pernah dengar pasal kanser serviks? Ini adalah kanser yang menyerang serviks kaum wanita iaitu pangkal rahim.
Tetapi hampir semua kes kanser serviks adalah disebabkan oleh kuman human papilloma virus (HPV). Jangkitan HPV adalah penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku.
Cara Kesan Kanser Serviks
Disebabkan jangkitan HPV tiada tanda, setakat ini cara terbaik untuk mengesan kanser serviks lebih awal ialah dengan melakukan ujian Pap Smear mengikut jadual yang disarankan. Ini juga dinasihatkan oleh pakar sakit puan terkenal negara, Doktor Hamid Arshat.
Kesimpulannya, anda perlu berjumpa doktor dengan kerap bagi melakukan pemeriksaan untuk pelbagai jenis kanser. Ini boleh meningkatkan peluang untuk mengesan sebarang kanser yang tidak dijangka dengan lebih awal lagi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...