Bergelar seorang isteri dan ibu bukanlah satu perkara yang mudah. Ibu kepada tiga orang anak ini akui diari hariannya begitu sibuk. Mendirikan rumahtangga bersama Que Haidar pada 14 Februari 2009 dan dikurniakan dua puteri comel, Tengku Ratu, 9 dan Tengku Cleopatra, 7 serta seorang anak lelaki Qalif, anak hasil perkahwinan pertamanya, guru tari Linda Jasmine Hashim ini menunjukkan sisi berbeza, seiring dengan kematangan dirinya.
Ditanya tentang kehidupannya yang tampak begitu bahagia dengan keletah dua puterinya yang sering dipaparkan di akaun Instagram milik dia dan suami,
Linda turut memikul tanggungjawab dan amanah berharga sebagai seorang ibu. Malah dia juga akui, kehidupan peribadinya selepas berkahwin cukup indah dan tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Keluarga bahagia. (foto-Instagram Linda Jasmine)
“Tak tahu nak terangkan macam mana. Tapi, kehidupan saya kini bersama Que dan anak-anak saling melengkapi. Ikutkan melayan gelagat anak-anak di rumah memang penat tetapi sangat berbaloi. Tapi ironinya, itulah fasa bermakna yang dilalui ibu bapa saat melihat mereka membesar di depan mata,” ungkap Linda yang sememangnya begitu ramah turut menerangkan kehadiran anak-anak yang mempunyai kerenah dan perangai berbeza menceriakan lagi suasana.
Saling Membantu
Akui kesibukan masa di antara dia dan suami, membuatkan diari seharian mereka begitu padat. Selain menguruskan anak, Linda juga begitu sibuk menguruskan kerjayanya dalam bidang seni tari.
“Alhamdulillah walaupun sibuk namun anak-anak kami akan uruskan bersama-sama. Jika saya sibuk, Que akan jaga anak-anak. Bila Que sibuk dengan lakonan saya akan menjaga mereka,” jelas ibu yang bekerjaya ini.
Rutin sebagai tenaga pengajar tari dan juga kerja-kerja di rumah perlu seiring dan Linda juga mahu beri yang terbaik.
Ads
“Selain mahu beri komitmen yang baik dalam kerjaya. Saya juga mahu luangkan masa dengan anak dengan cara terbaik. Saya mahu terus sukses dalam karier dan pada masa yang sama juga mahu berikan komitmen dan tumpuan yang terbaik pada anak-anak.
“Memandangan kerja saya jenis yang tak menentu, jadi saya boleh aturkan masa kerja agar bersesuaian dengan anak-anak. Saya boleh ambil anak dari sekolah dan sediakan pelbagai keperluan sebelum saya keluar bekerja.
“Saya bersyukur bila ada masa saya tidak sibuk saya akan berikan tumpuan sepenuhnya pada mereka terutama pada anak-anak perempuan saya. Saya juga boleh bekerja dari rumah, jika Que sibuk saya boleh berada di rumah. Bila Que ada di rumah saya boleh keluar bekerja,” luah Linda.
Tawaran Berlakon Untuk Anak-Anak
Menyentuh tentang telatah Tengku Ratu, 9 dan Tengku Cleopatra, 7, Linda sambil tersenyum bercerita tentang anak-anaknya yang pernah berlakon dan beraksi di pentas fesyen.
Ads
“Tengku Ratu pernah berlakon dan kedua-dua puteri saya pernah dijemput beraksi di pentas fesyen. Sebelum ini Tengku Cleo pernah dapat tawaran berlakon dan kami tanya dia nak berlakon ke tak? Dia boleh bertanya berapa bayaran dan kalau dapat bayaran nak diserahkan kepada dia terus jangan bagi pada Mummy atau Daddy,” ungkap Linda sambil tertawa apabila mengimbas kembali telatah anaknya itu.
Sokong Minat Anak-Anak
Ditanya adakah anak-anaknya juga minat dalam dunia seni terutamanya seni tarian, Linda akui sememangnya dia dapat perhatikan minat tersebut memang ada pada diri dua puterinya.
“Saya sebagai penari dan cikgu tari, suami pula terlibat dalam seni. Bohonglah jika saya tak gembira jika ada anak yang ikut jejak kami. Terpulanglah pada mereka samaada nak ikut ke tidak asalkan mereka lakukan benda yang baik.
Ads
“Tengku Ratu saya nampak dia suka menari dan ada bakat. Tapi dia jenis yang cepat mengalah. Bila dia menari salah langah dia akan putus asa. Tapi sebagai ibu dan bapa akan beri ajaran yang terbaik buat anak-anak.
“Tengku Cleo pula beritahu dia nak jadi seorang penyanyi pop satu hari nanti. Masing-masing masih kecil jadi masih berangan nak jadi apa nanti bila dewasa. Sebagai ibu bapa, kami mendorong dan menggalakkan apa yang mereka minat. Sebab itu kami hantar anak-anak ke kelas tarian balet dan gimnastik serta kelas muzik Jazz. Bakat sudah kelihatan, semuanya terserah kepada mereka,” terang Linda yang akui memang memanjakan anak-anak.
‘Me Time’ Setiap Malam
Sangat letih menguruskan keluarga dan keluar bekerja wanita ini akui setiap hari dia amat nanti-nantikan ‘me time’ terutamanya selepas anak-anak tidur.
“Paling seronok apabila anak-anak sudah tidur, setiap malam saya akan ambil masa buat air milo panas kemudian duduk menonton TV atau melayari Youtube. Pada masa inilah saya dapat menjenguk dunia media sosial. Saat-saat begini sangatlah diperlukan dan penting buat saya rehatkan minda. Sekurang-kurangnya sejam atau dua saya akan lakukan ‘me time’ ini sebelum masuk ke bilik tidur.
“Dengan kawan-kawan saya jarang jumpa dan ‘me time’ dengan mereka. Sebabnya jika saya lepak dengan kawan-kawan fikiran saya akan melayang memikirkan rumah, keadaan anak-anak dan ditambah dengan pelbagai perkara urusan kerja. Tapi saya beruntung kerana ada kawan-kawan setia dan sentiasa berhubung dengan mereka,” kata Linda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pelakon Ika Nabella akui ketika pertama kali mengenakan hijab orang pertama yang dirinya minta ampun merupakan ayahnya.
Sempena sambutan Hari Hijab Sedunia, Ika Nabella mengambil kesempatan berkongsi penghijrahan dalam hidupnya.
Ika Nabella Kongsi Kisah Hijrah Berhijab
Suri hati kepada Muhammad Zaid Aznam dan ibu kepada Muhammad Noah Zayn ini meluahkan rasa menerusi entri di akaun Instagramnya.
“Yesterday was a Hijab Day? I tak tahu …
“I hope it’s not too late.
“Happy Hijab Day Ladiesssss !
“Let me share a bit about my hijrah since ada yang tanya KENAPA IKA BERHIJAB? Lillahitaala kerana Dia.
Anak Lelaki Motivasi Terbaik Ika Berhijab
“My biggest motivation is my son @muhammadnoahzayn bukan bermaksud yang lain2 tidak but looking at him buat I tergesa gesa utk berubah jadi individu yang lebih baik dari semua segi. Sejak belum punya zuriat lagi..
“I’ve always imagine my self hantar anak ke sekolah dgn imej yang berbeza, tutup aurat dgn sempurna,perwatakan yang jauh lebih menyenangkan.
“I nak the moment Noah Zayn ada memory, I’ll be his best memory, someone close as a role model whenever he make his life choices & yes he changed me a lot!
Suami Sebelum Ini Tak Pernah Bangkitkan Soal Hijab
“& of course my syurga @zaidbowie
“No! He never force me to wear tudung tak pernah sekali pun bangkitkan soal hijab but..
“Everytime dia pass kan tudung to his siblings bila ada ipar dlm rumah buat I terasa hati sebab biar I awkward sorang-sorang because I’m the only one yang free hair in our family. Both families!
“Pergi mana-mana I sorang je bogel & he keep saying I’m the most beautiful person he ever known.
“I segan.. dia sentiasa puji I from day 1 kami bercinta.. Dia buat I percaya yg I cantik &
“I thought of keeping it only for him ….
Ayah Orang Pertama Ika Nabella Minta Ampun
“Ayah too… he is the first person I mintak ampun bila I berhijab sepatutnya dari dulu lagi.
Mohon doakan I sentiasa diberi hidayah & kekal istiqomah please .?
“You doa means a lot to me,” tulis Ika.
Biar pun sudah jadi pelakon terkenal, Nad Zainal atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin tak pernah lupa asal usul.
Memori masa kecil disimpan kemas dalam kotak ingatan. Begitulah yang dikongsikan dalam instagramnya ketika membonceng motosikal bersama suami, Muhammad Faliq Amirudin.
Ibu kepada si comel, Yem ini terkenang kembali kisah zaman kecilnya.
“Dari zaman sekolah, saya diambil dari rumah nenek dengan motor papa saya. Ke sekolah juga dihantar naik motor.”
Kongsinya, mereka tiada kenderaan lain melainkan motosikal.
“Waktu itu kami tiada kereta. Pernah dalam perjalanan ke Genting Highland, kami tiga beranak terkandas kerana tayar pancit.”
“Banyak kali juga motor kampcai tu pancit. Mungkin dek bebanan kena ‘pikul’ tiga manusia.”
“Siapa yang nak membahayakan nyawa anak mereka? Tapi waktu itu, motor sajalah kenderaan utama kami.” Tulisnya lagi.
Alif Satar Sebak & Terharu Pesanan Anak-Anak. Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, yang akan dididik dengan penuh kasih sayang. Mereka juga amanah untuk dipelihara dengan sempurna termasuk memastikan keselamatannya di dunia dan akhirat.
Sebagai bapa sememangnya sangat terharu apabila dihargai. Apatah lagi selepas pulang ke rumah dalam keadaan penat, hadiah dari anak-anak sangat membahagiakan.
Seperti yang ramai ketahui Alif Satar sering berkongsi kisah tentang anak-anaknya malah ramai yang memuji didikan Alif dan isteri kerana berjaya membesarkan anak-anaknya dengan baik.
Alif Satar Sebak & Terharu Pesanan Anak-Anak
Alif dan isteri, Shadila Halid yang berkahwin pada 15 September 2014 dan dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata iaitu, Alisha Anugerah, 8, Ariana Mecca, 6, dan Muhammad Ali, 4.
Sebagai bapa semestinya Alif terharu dengan tindakan kedua anak perempuannya yang menghadiahkan pesanan istimewa.
Seperti perkongsiannya menerusi akaun Instagram, Alif mendapat ‘surprise’ daripada kedua anak perempuannya. Alif juga menunjukkan foto surat yang dituliskan anak-anaknya sebagai hadiah untuknya.
“Pulang lewat dari kerja semalam, naik ke atas dan tengok mereka tak tidur lagi.
“Bila tanya áwat tak tidur lagi? Mereka kata, we made a surprise for you daddy, make sure you read it,” katanya seusai dia pulang ke rumah dan mendapati anak-anak perempuannya itu belum tidur.
Terharu dengan tindakan kedua anak perempuannya, Alif bersyukur dalam masa sama berasa sebak dengan titipan berupa pesanan dari anak-anaknya.
“This is what they wrote. Berenang 4 kilometer kat laut aku gagah lagi matt, tapi ini barang boleh buat nangis 4 lautan bro. Blessed!,” jelasnya.
Artikel ini mengisahkan kejadian tembakan di Golok yang meragut nyawa Mohd Fuad Fahmie Ghazali. Isterinya yang sarat mengandung masih trauma menyaksikan tragedi menyayat hati itu di depan mata sendiri.