Ternyata hidup ini tidak mudah. Kita rasakan kitalah yang paling susah tetapi masih ramai di luar sana yang lebih susah dan kadang-kadang hampir berputus asa untuk teruskan hidup dalam serba kekurangan.
Perkara ini dilalui oleh sebuah keluarga di Bali, Indonesia. Tatkala salah seorang daripada ahli keluarga ini meninggal, mereka tidak mampu sewa ambulan, jadi keluarga ini nekad angkut jenazah guna pikap sahaja kerana tiada pilihan.
Tidak Mampu Sewa Ambulan
Tidak mampu menyewa ambulans menyebabkan satu keluarga di Buleleng, Bali, Indonesia membawa jenazah menggunakan pikap.
Portal Tribunnews melaporkan mereka terpaksa membawa jenazah dikenali sebagai Gede Seni dari Hospital Buleleng ke rumah pengebumian menggunakan pikap berikutan tidak mampu menyewa ambulans yang dikenakan kos sehingga 800,000 rupiah (RM230).
Peristiwa itu menjadi tular di media sosial menyebabkan Komuniti Sosial Buleleng mengumpul derma.
Dalam hantaran itu, pemilik akaun menyertakan sekeping gambar menggambarkan jenazah Gede terbaring di belakang pikap dan hanya ditutupi selimut bercorak garis hitam dan putih.
Kelihatan ibu bapa Gede duduk di sisi jenazahnya dan dipercayai gambar dirakam ketika pikap itu sedang berhenti di Jalan Penarukan, Singaraja.
Selain gambar, pemilik akaun juga menjelaskan keadaan keluarga arwah yang kurang berkemampuan sehingga tidak boleh menjelaskan kos rawatan mencecah belasan juta rupiah. Isteri Gede, Ketut Suryani, 35, mengizinkan jenazah suaminya dibawa menggunakan pikap dari hospital.
Ads
Keluarga Tiada Pilihan Kerana Tak Mampu
“Tidak ada pilihan lain berikutan keluarga tidak mampu membiayai sewa ambulans berjumlah 800,000 rupiah.
“Yang urus jenazah suami saya di hospital hanya mentua. Mereka tidak tahu mahu minta bantuan daripada siapa.
“Di samping itu, sewa ambulans di hospital cukup mahal dan kami tidak punya wang sebanyak itu,” katanya.
Selain itu, keluarga berkenaan juga tidak mampu membayar bil rawatan berjumlah 17 juta rupiah (RM4,800).
Menurutnya, suaminya dibawa ke hospital swasta di Buleleng pada 10 Januari lalu berikutan batuk dan sesak nafas.
Ads
Alami Jangkitan Paru-Paru Sebelum Meninggal
Setibanya di hospital, Gede disahkan mengalami jangkitan paru-paru.
“Sakitnya ini dialami sejak arwah berhenti merokok, sekitar tujuh bulan yang lalu.
“Dia berhenti merokok selepas kami mendapat anak. Tapi selepas berhenti merokok tiba-tiba sering batuk,” katanya.
Ketika menderita batuk, arwah tidak ke hospital kerana tiada wang untuk membayar rawatan.
“Saya terlambat membawanya ke hospital kerana tidak punya wang dan insurans,” katanya.
MW: Bila berada dalam kesusahan, mak ayah tentu saja sanggup lakukan apa saja yang termampu kerana tiada pilihan. Semoga kita semua dijauhkan daripada kesusahan sebegini.
Minta buat reunion, tapi suka-suka tarik diri saat akhir. Auntie kongsi perangai buruk orang kita selalu buat.
Siapa pernah terkena begini. Ajak buat reunion, suruh kita book tempat, bayarkan dulu tapi akhirnya dia cakap tak jadi datang. Jadi kos begini siapa yang nak bayar?
Satu perkongsian dari Auntie Amirah Ferdi, pasti ramai boleh relate dengan perangai buruk kawan-kawan beginikan. Sebab bukan sekali dua orang ambil kesempatan tapi banyak kali.
Kata bekas pelajar Convern Alor Setar ini, dirinya ingin berkongsi “perangai” kawan-kawan lama yang adakalanya dilihat memberikan masalah pada orang di saat akhir.
“Ceritanya begin. Satu hari, auntie diminta untuk uruskan makan-makan atau dalam erti kata lain reunion kawan sekolah.
Walau usia dah 62 tahun, tapi Auntie suka dan masih kekal aktif dan sentiasa pastikan diri sentiasa sibuk dengan aktiviti, jelasnya.
“Auntie cadangkan pergi Sekeping terletak di Serendah. Rumah tu boleh masuk dalam 10-15 orang . Dah book, tapi akhirnya last minute cancel pada hal dah bayar dah.
“Bila kena begini, kita mesti serikkan. Auntie cakap next time kalau nak buat apa-apa kena bayar dulu. Kalau tarik diri saat akhirnya pun tak kisah sebab dah bayarkan.
Tambahnya lagi, satu hari tu rakan sekolah Convern Alor Setar minta urus satu reunion. Suruh cari tempat, nak makan-makan sebelum tahun baru cina.
“Kita ni carilah, merata. Call hotel sebab ada dalam 20 orang bersetuju nak sertai.Bila bagi tempat, semua tak jawab dalam grup dan auntie dah senaraikan harganya siap-siap terutama yang ada yee sang sebab ada rakan sekolah berbangsa Cina.
“Nak tahu apa jadi, sebab semua tak confirm tempat auntie pilih Hotel Majistic. Sebab dah terkenakan, jadi auntie minta semua bayar dulu RM148.50 satu kepala. Nak tahu apa jadi, lima orang tarik diri. Semuanya Melayu. Yang tinggal rakan bangsa Cina saja.
“Auntie cakap pada dia orang, mana yang tarik diri kena bayar juga sebab hotel dah buat booking tapi akhirnya ada yang argue. Tak datang mana nak kena bayar pulak. Dah jadi begini.
Beginilah sikap buruk orang kita. Suruh urus tapi senang-senang tarik diri saat akhir.Memang menyusahkan. Ada juga kawan yang berhutang tapi bila kita mesej, katanya kita tak berhutang. Tak apalah, tuntut di akhirat saja nanti.
Tak dinafikan, memang ada kawan-kawan beginikan. Suka rancang tapi suka juga tarik diri di saat akhir. Jawapannya, memang menyusahkan orang lah jadinya.
Tiada jalan mudah nak cantik dan kekal sihat. Hakikatnya semuannya perlukan usaha daripada diri sendiri baik daripada segi pemakanan yang betul dan gaya hidup yang aktif.
Baru-baru ini Dr Nur Amalina Che Bakri,31 ada memuat naik status dilaman sosial twitter mengenai cara dirinya mengekalkan kesihatan dan kekal aktif.Menurut Dr Amalina yang kini menjalani latihan pembedahan di ‘The Royal College of Surgeons’ di England, sebenarnya tidak perlu pun mengamalkan air detoks, alkali dan sebagainya, memadai mengamalkan meminum air masak, makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran serta melakukan rutin senaman setiap minggu.
Berikut antara perkongsian tersebut;
“Tidak payahlah nak minum air alkali, air detoks atau air itu ini. Berapa banyak air yang kalian nak cipta ini, saya hanya minum air masak sahaja.
“Sedangkan di UK pun, kami minum air paip je. Saya makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran selain pergi ke gim tiga hingga keempat kali dalam seminggu,” katanya.
Beliau turut menambah, hasil dari amalan tersebut, beliau mampu mengekalkan tenaga dan dapat melakukan kerja sebagai doktor dengan sangat baik.
“Kadang-kadang, saya juga berlari sekeliling taman atau tepi sungai.
“Ternyata, saya masih boleh kekal aktif, bertenaga dan sihat. Tolong jangan obses dengan mengambil jalan mudah,” jelasnya lagi.
Jadi buat wanita yang nak kekal aktif dan sihat boleh tiru 3 amalan kecantikan yang dikongsikan oleh Dr Amalina ini. Mudah je dan ia sebenarnya adalah amalan kecantikan asas dalam kehidupan kita.
Info Ekstra!
Dr Nur Amalina Che Bakri,31 merupakan graduan lulusan University of Cambridge dan pernah menimba pengalaman di Cambridge University Hospitals NHS Foundation Trust pada tahun 2013-2015.
Merupakan pelajar cemerlang keputusan peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1 serta melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di United Kingdom, England. Mengejar cita-cita menjadi pakar bedah payudara dan onkoplastik suatu hari nanti.
Dua kawasan penduduk di Simpang Renggam, Johor menjadi lokasi pertama dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai tengah malam ini, selepas 61 penduduknya dikesan positif COVID-19.
Sudah tentu ini merupakan langkah terbaik untuk menghentikan penularan virus COVID-19 ini. Penduduk di dua kampung di Simpang Renggam ini tidak dibenarkan keluar rumah dan bekalan makanan asas akan disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sepanjang tempoh PKPD.
Kerajaan memutuskan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid Simpang Renggam, Kluang, Johor selepas kawasan berkenaan mencatatkan 61 kes positif Covid-19.
Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya berkata, perintah itu berkuatkuasa mulai tengah malam ini sehingga 9 April 2020.
“PKPD ini melibatkan 3,570 orang penduduk tempatan yang terdiri daripada 650 keluarga,”katanya.
Menurutnya, dengan pelaksanaan PKPD, semua penduduk tempatan dan pelawat yang berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh penguatkuasaan.
“Pelawat dan bukan penduduk tempatan tidak dibenar masuk ke kawasan tersebut dan semua aktiviti perniagaan dihentikan,” katanya.
Beliau berkata, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membekalkan makanan asas kepada semua penduduk tempatan.
“Bekalan makanan asas mencukupi untuk tempoh 14 hari,” katanya.
Badan Beruniform Bekerjasama
Ismail Sabri berkata, bagi memastikan pematuhan perintah itu, polis bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam dan RELA akan mengawal seluruh kawasan berkenaan.
“Kesemua laluan pintu masuk kampung dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid ditutup. Pangkalan Perubatan akan dibuka di kawasan PKPD,” katanya.
Menurutnya, orang ramai dinasihati untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.
Penduduk Diminta Bertenang
“Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 07-7735224 / 07-7722434,” katanya.
KKM telah mengesahkan terdapat 83 kes positif jangkitan Covid-19 di Daerah Kluang, Johor.
Daripada jumlah itu, sebanyak 61 kes adalah dari dua kawasan berkenaan.
Sumber: Sinar Harian
MW: Diharap penduduk-penduduk di dua kawasan ini bersabar dan dapat mematuhi PKPD ini sebaiknya. Semoga Allah melindungi mereka dan kita semua. Insyallah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor merayu siasatan terperinci dijalankan berhubung tragedi Gunung Liang yang meragut nyawa beliau. Ibunya, Rohani Saad, reda dengan ketentuan Ilahi namun mempersoalkan mengapa anaknya ditinggalkan di puncak gunung tanpa laporan polis atau bantuan segera.