“Terima kasih buat doa kalian pada kami bertiga. Lets move on, Allah ada jaga Mimi & Ameena” begitulah luahan daripada pelakon Shakilla Khoriri selepas bekas suaminya yang juga penyampai radio popular Suria FM, Fizi Ali mengesahkan perkahwinan mereka sudah terlerai.
Menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagram Shakilla berterima kasih kepada peminat dan rakan-rakan kerana mendoakan yang terbaik buat mereka.
Sememangnya pengesahan hubungan pasangan suami isteri ini sudah berakhir dan membawa haluan masing-masing mengejutkan peminat industri seni tanahair. Di akaun Instagram Shakilla dan Fizi sebelum ini sering menunjukkan kemesraan, kebahagiaan mereka sekeluarga dan bagaikan tanpa angin tanpa ribut berita ini membuatkan ramai peminat yang sedih.
“Terima Kasih Buat Doa Kalian Pada Kami Bertiga”
Namun meskipun sudah berpisah namun sebelum ini Fizi dan Shakilla sudah sepakat untuk membesarkan anak mereka Nurul Ameena Sofia, 2, bersama-sama dan memastikan anak kesayangan mereka mendapat kasih sayang secukupnya daripada mereka berdua.
Shakilla menerusi perkongsian terbaru berterima kasih kepada mereka yang mendoakan yang terbaik buat mereka bertiga.
“Terima Kasih buat doa kalian pada kami bertiga. Family, saudara mara , kawan rapat sampai lah kalian yang saya sendiri tak pernah kenal.
“Tapi masih doa yang baik-baik untuk kehidupan akan datang buat kami.
Ads
“Saya hargai sangat,” luah Shakilla.
Semoga Allah Berkati Kita Semua
“Saya minta maaf sebab tak termampu untuk jawab semua.
“Semoga Allah berkati kita semua dan balik kan doa kalian semula.
Ads
“Lets move on. Allah ada jaga Mimi & Ameena,” sambung Shakilla yang begitu positif tentang keretakan rumahtangganya.
Walaupun baru saja dua minggu berkahwin, wanita ini bersedia dimadukan dan ikhlas menerimanya kerana amat memahami poligami.
Menurutnya dia akan izinkan dan beri kebenaran kepada suaminya jika benar-benar ada wanita yang perlu dibimbing.
Wanita Ini Bersedia Dimadukan Kerana Amat Memahami Poligami
Isteri kepada anak seorang penceramah terkenal Indonesia membuat pengakuan bahawa dia tidak kisah untuk bermadu sekiranya suaminya berhasrat untuk berkahwin lebih daripada seorang di masa akan datang, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Pengakuan tersebut disuarakan Nadzira Shafa ketika ditemu bual oleh selebriti dan pelakon terkenal, Oki Setiana Dewi dalam satu paparan di YouTube.
Meskipun baru dua minggu berumah tangga, isteri kepada anak Allahyarham Ustaz Arifin Ilham, Ameer Azzikra itu secara terang-terangan mengaku dia bersedia dimadukan kerana turut berasal daripada keluarga yang mengamalkan poligami.
“Sebenarnya, jika bercakap mengenai poligami, saya tidak menentang kerana saya berasal daripada keluarga yang berpoligami.
“Jadi, saya dapat memahami amalan poligami,” katanya ketika menjawab soalan daripada Oki.
Ikhlas Menerima
Tambah wanita itu, jika suatu hari nanti suaminya membuat keputusan untuk berkahwin lagi, dia ikhlas untuk menerimanya.
“Jika ada wanita yang betul-betul perlu dibimbing (oleh suaminya), saya tidak kisah,” ujarnya.
Sementara itu, pengakuan Nadzira Shafa itu dibalas oleh Ameer Azzikra yang mengatakan bahawa masih terlalu awal untuk dia memikirkan perkara tersebut.
“Kita kan baru berkahwin. Saya masih belum terfikir ke arah itu,” katanya. – AGENSI
Mingguan Wanita : Setiap orang berhak untuk terima atau tidak kerana poligami ini sah dan halal dalam agama. Namun sikap kebanyakan lelaki apabila berpoligami membuatkan setengah wanita atau isteri jadi risau.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Ramai ibu yang tidak bekerja bimbang untuk bercerai kerana bimbang akan hilang hak jagaan anak. Kononnya anak-anak akan berada di bawah jagaan suami kerana mereka tidak bekerja dan mempunyai pendapatan tetap bagi menyara anak-anak.
Ibu Hilang Hak Jagaan Anak Bila Bercerai Jika Tiada Pendapatan?
HILANG HAK JAGAAN ANAK JIKA IBU TIADA PENDAPATAN?
Ramai ibu-ibu di luar sana yang ditakutkan sama ada oleh bekas suami, mentua atau kenalan mereka yang kononnya ‘jika tiada pendapatan akan hilang hak jagaan anak.’ Ketahuilah bahawa itu hanya MITOS.
Ibu tetap ada hak jagaan ke atas anak walaupun tidak bekerja. Satu yang anda perlu faham adalah nafkah anak itu tanggungjawab bapa, bukan ibu.
Ramai isteri mengadu jika mereka berpisah dengan pasangan, mereka akan hilang hak jagaan anak sebab tidak bekerja.
Ini Fakta Wanita Kena Hadam
Siapa kata? Ini semua anggapan yang salah. Ibu hanya akan hilang hak jagaan jika si bapa berjaya buktikan yang si ibu ini bukan ibu yang baik kepada anak-anak atau atas sebab-sebab lain yang munasabah.
Faham betul-betul, ‘ibu yang baik’ dan ‘isteri yang baik’ adalah dua perkara yang berbeza. Walaupun seorang isteri itu disabitkan nusyuz oleh mahkamah sekalipun, hak jagaan terhadap anak tetap tidak gugur. Ini kerana walaupun dia bukan isteri yang baik buat suami, tidak semestinya dia seorang ibu yang tidak baik buat anak-anak.
Tiada punca pendapatan itu bukan salah satu alasan boleh digunakan untuk menggugurkan hak jagaan si ibu. Memang ada banyak kes ibu hilang hak jagaan, tetapi alasannya adalah si ibu selalu tinggalkan anak, keluar dengan lelaki lain sekaligus tidak menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak.
Ibu yang selalu pukul anak juga ada. Dan jika anak tersebut sudah mencapai usia yang pendapatnya boleh diambil kira, anak itu sendiri yang memilih untuk tidak mahu tinggal bersama dengan ibu.
Alasan ibu tiada duit hendak sara anak itu bukan salah satu daripadanya kerana bapa yang sepatutnya beri duit nafkah bagi si ibu untuk menyara anak-anak.
Dari mata turun ke hati. Itulah permulaan bagi seorang lelaki yang mula suka dan tertarik pada seorang perempuan. Mungkin inilah pasangan yang layak dijadikan isteri dan permaisuri hatinya.
Jika sudah sampai jodoh, kenal hati budi dan rasa serasi, tidak perlu tunggu lama-lama. Memang layak untuk menjadi ibu rumah pada bakal anak-anak.
Namun, bagaimana ditakdirkan bila kenal dan mula rasa tidak selesa dek perangai yang terbongkar satu persatu. Peel dan perangai yang mungkin ‘menjengkelkan’. Baik lelaki mahu pun perempuan, ada masanya kita akan rasa dia ini tak layak dijadikan pasangan dan tidak serasi walaupun beberapa kali berjumpa.
Perumpamaan ini selalu diberikan, lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Tapi apa yang boleh dikatakan lelaki yang baik juga mampu membimbang isterinya ke jalan yang lebih baik lagi.
Perkongsian daripada Samuel Dzul ini, cukup menarik untuk dijadikan panduan buat wanita di luar sana. Sikap-sikap inilah yang kita sendiri tanpa sedar ada dalam diri.
Bagi wanita yang sudah berkahwin kenalah perbaiki dan bagi wanita yang belum berkahwin, elakkan daripada sikap ini dan sebenarnya kita layak jadi isteri solehah.
Imam Ghazali pernah memberi nasihat kepada kaum lelaki agar tidak menikahi 6 jenis perempuan iaitu Al-Annanah, Al-Mananah, Al-Hananah, Al-Haddaqah, Al-Barraqah, dan Asy Syaddaqah.
Siapakah mereka ini?
1. AL-ANNANAH (SUKA MENGELUH)
Al-Annanah adalah sifat seorang wanita yang terlalu suka mengeluh dan mengadu masalah yang dihadapi kepada sesiapa sahaja atau secara berlebihan.
Contoh yang dapat kita lihat buat masa ini adalah meluahkan masalah rumah tangga di media sosial, keluarga sendiri dan pihak ketiga.
Bagi lelaki yang mengahwini wanita yang bersifat suka mengeluh adalah sukar untuk mencapai kebahagian kerana wanita tersebut hanya akan mengeluh tanpa membincangkan cara menyelesaikan masalah yang dihadapi. Di samping itu, suami juga akan mengalami tekanan perasaan dan boleh merosakkan hubungan bersama keluarga mertua atau sahabat.
2. AL-MANANAH (MENGUNGKIT)
Al-Mananah adalah wanita yang suka mengungkit-ungkit kebaikan atau jasa yang telah mereka lakukan. Wanita yang mempunyai sifat seperti ini biasanya akan mendatangkan masalah kepada lelaki kerana biasanya jika mereka berbeza pendapat wanita tersebut akan mula mengungkit kebaikan dan jasa yang pernah dibuat. Ini akan lebih memberi impak yang negatif lebih-lebih lagi jika suami mempunyai pendapatan yang lebih rendah daripada isteri.
3. AL-HANANAH
Al-Hananah adalah wanita yang suka menceritakan kelebihan orang lain di hadapan suami.
Sebagai contoh jika wanita itu seorang janda maka dia akan menceritakan kelebihan bekas suaminya. Jika si wanita masih belum pernah berkahwin mungkin dia akan membandingkan atau menceritakan kelebihan ayahnya atau saudaranya.
Namun yang paling teruk adalah jika wanita itu pernah mempunyai teman lelaki dan wanita itu membandingkan bekas teman lelaki dengan suaminya yang mana akan dapat merosakkan hubungan perkahwinan. Nauzubillah.
4. AL-HADDAQAH
Al-Haddaqah adalah wanita yang boros dan mempunyai keinginan untuk berbelanja besar tanpa memikirkan kehendak atau keperluan. Biasanya wanita jenis ini mudah tertarik kepada sesuatu barang atau produk dan suka meminta ataupun memaksa suami untuk membelikannya. Jika jenis-jenis wanita sebelum ini mereka lebih kepada merosakkan emosi namun wanita jenis ini lebih kepada merosakkan kewangan Suami.
Walaupun wanita mempunyai suami yang kaya raya namun seharusnya sifat boros patut dielakkan kerana bertentangan dengan agama dan perkara ini akan menjadi lebih teruk jika suami seorang yang miskin atau hanya cukup-cukup makan. Disebabkan itulah ramai suami terjerumus kepada jalan haram kerana ingin memenuhi kehendak Isteri yang berlebih-lebihan.
5. AL-BARRAQAH
Jenis wanita ini adalah yang suka berhias berlebih-lebihan sepanjang hari.
Mereka ini biasanya akan berhias berlebih-lebihan sehinga menelan belanja yang tinggi.
Perkara ini adalah lebih teruk jika wanita itu berhias bukan untuk suaminya tetapi hanya untuk menunjukkan kecantikan di khalayak ramai.
6. ASY SYADDAQAH
Asy Syaddaqah adalah seorang wanita yang terlalu banyak berbicara. Hampir setiap perkara mahu dikomen atau ditegur dan teguran itu bukanlah untuk memperbaiki atau pun memberi manfaat, akan tetapi hanya sekadar menegur tanpa sebab.
Terdapat perkara yang boleh ditegur apatah lagi jika perkara itu salah namun bukan sepanjang masa menegur tanpa unsur periksa.
Menikahi wanita jenis ini akan menyebabkan susah bagi pasangan tersebut untuk mendapat kebahagiaan kerana semestinya suami akan sentiasa menjadi sasaran dan ditegur tentang pelbagai perkara hatta perkara yang remeh temeh sekalipun.
Solat Istikharah
Sebelum berkahwin, adakanlah sesi taaruf secara terjaga syariatnya sebagai usaha lahir.
Lakukan istikharah, minta Allah pandu agar bersesuaian dengan diri kita.
Untuk para wanita yang kasihi, berhati-hatilah di dalam mengendalikan 9 nafsu kalian.
Jangan turutkan emosi dan perasaan. Tapi rujuk semula Hadith dan Al-Quran sebagai panduan.
Jadilah seperti yang Allah dan Rasul suka. Bukan seperti yang diri sendiri suka.
Buat para lelaki yang saya kasihi, kejar dan usahakanlah taqwa agar Allah jadi pembela buatmu sentiasa serta mampu didalam mendidik para wanita sehingga ke hujungnya.
Hidup yang tanpa mujahadah adalah hidup yang menolak redha Allah secara terang-terangan.
Mingguan Wanita : Moga kita dijauhkan dari sikap-sikap ini. Jadilah orang bersederhana dan sentiasa bersyukur.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!