Isterinya tak pernah menghidap apa-apa penyakit dan sebarang alahan sepanjang mengandung anak ketiga mereka kali ini. Jadi suami terkilan hilang isteri dan anak dalam kandungan.
Memang sedih apatah kehilangan keduanya sekali serentak. Team MW merakamkan takziah kepada seluruh keluarga Umaisarah Azmi. Al-Fatihah.
Suami Terkilan Hilang Isteri & Anak Dalam Kandungan
“Saya minta orang ramai jagalah prosedur operasi standard (SOP) kerana saya sudah kehilangan isteri dan anak kerana Covid-19.
“Kasihanilah anak, isteri dan suami masing-masing serta duduklah di rumah kerana boleh alami nasib sama seperti saya,” kata Mohd Fadli Abd Wahab, 35.
Menurutnya, isterinya, Umaisarah Azmi, 25, yang hamil tujuh bulan disahkan meninggal dunia semalam pada 1.25 tengah hari selepas dijangkiti Covid-19, malah anak dalam kandungannya juga gagal diselamatkan.
Tambah Mohd Fadli, isterinya yang tidak bekerja menghembuskan nafas terakhir ketika dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, selepas mengadu sesak nafas dan sakit kepala yang teruk.
Ads
“Isteri saya tidak pernah menghidap penyakit atau mengalami alahan sejak mengandung anak ketiga mereka.
“Bagaimanapun, dia mengejutkan saya kira-kira 4 pagi semalam selepas mengadu tidak boleh bernafas, kaki dan tangannya menjadi lemah.
“Saya terus membawanya ke HSAH kerana bimbang melihat keadaannya yang semakin lemah sebelum dia dimasukkan ke Zon Merah HSAH.
“Tidak lama kemudian doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat Covid-19,” katanya.
Petanda Akan Pergi
Mohd Fadli yang menetap di Kampung Pokok Asam di sini, tidak menyangka perubahan sikap isterinya yang tidak sabar untuk menyambut kelahiran bayi mereka adalah petanda dia akan pergi buat selamanya.
Katanya, ketika mengandungkan anak sulung mereka, Muhamad Adam, 3, persiapan yang dilakukannya hanya biasa-biasa tetapi kali ini dibelikan barang yang mahal.
Ads
“Saya sentiasa menemani isteri di rumah kerana tidak dapat bekerja disebabkan tempat kerja ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
“Saya agak terkilan kerana tak sempat bersama di sisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhir dan hanya melihat tubuhnya kaku ketika doktor panggil untuk tujuan pengesahan,” katanya.
Reda Dengan Pemergian Isteri
Mohd Fadli yang bekerja di sebuah pusat menjual kereta di Padang Temusu di sini, reda dengan pemergian isterinya itu dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pokok Asam pada 4 petang hari ini.
Jelasnya, dia bersama dua anaknya dan ibu mentua juga menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini dan diarahkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kuarantin hingga 26 Julai ini.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo ketika dihubungi mengesahkan berlaku kematian seorang ibu hamil di HSAH kerana Covid-19 dan keluarga mangsa juga diarahkan untuk dikuarantinkan.
MW: Semoga keluarga ini tabah berdepan dengan ujian ini. Sentiasa beringat menjaga keselamatan diri dan keluarga, kerana Covid-19 tidak mengenal sesiapapun.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Ada cara mudah rupanya mak-mak boleh buat puding karamel mudahyang sedap tak perlu guna telur dan tak perlu dikukus. Bukan apa, puding karamel yang menggunakan telur jika salah cara buatnya boleh menyebabkan puding tersebut berbau hanyir malah teksturnya pun berlubang-lubang setelah dikukus.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Mimiey Zuhaa ni cukup senang, puding karamel mudah, nampak cantik, permukaannya licin malah tak gunakan telur langsung serta tak perlu dikukus.
Puding Karamel Mudah Tanpa Telur
Berikut antara perkongsian resipi beliau;
“Ni dia puding caramel tanpa telur & tanpa perlu kukus. Alhamdulillah membentuk dengan elok dan jayanya.Biasa puding caramel letak telur bau hanyir kan.So boleh la cuba resepi ni nanti.Yang tak boleh makan mesti boleh makan , budak-budak pun suka.”
Bahan Gula Karamel:
¼ cawan gula
3 sudu besar air
Bahan-Bahan Puding:
1 paket agar-agar(10gm)
4 cawan air
1 tin susu cair
½ cawan susu pekat
¾ cawan gula (nak manis lagi letak 1 cawan)
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila
Cara Membuat:
1.Panaskan gula dan air didalam loyang dengan api perlahan sehingga gula keperangan dan kacau hingga rata. Ketepikan dulu.
2.Satukan kesemua bahan untuk puding didalam periuk dengan api perlahan.Biarkan ia larut dan tidak berketul.
3.Setelah adunan sedikit pekat boleh tutupkan api.
4.Tapis adunan terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam loyang berisi karamel tadi.
5.Selepas siap tuang ke dalam loyang bolehlah masukkan kedalam peti selama 2-3jam atau betul-betul adunan puding jadi keras.
6.Bila dah keras bolehlah potong , hidang dan makan sejuk-sejuk.
Siap puding karamel mudah, sesuai untuk dihidangkan bila tetamu datang.
Kedatangan bulan Syawal diraikan dengan penuh kegembiraan. Tradisi setiap kali tibanya musim perayaan ini adalah datang berziarah dan beraya ke rumah saudara mara, sahabat handai mahupun pemimpin negara dan sebagainya sambil bermaaf-maafan serta mengeratkan lagi hubungan.
Baru-baru ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39 dan suami Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa,59 berkesempatan datang beraya ke rumah keluarga para pemimpin negara seperti Perdana Menteri, Tun Mahatir Mohammad, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah serta Menteri Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali.
Lebih menarik kunjungan ke rumah pemimpin negara ini, Tok ti turut membawa puteri kesayangan Siti Aafiyah Mohd Khalid,3 bulan sekaligus mempertemukan si comel pipi merah ini dengan para pemimpin negara buat kali pertama.
Berikut antara gambar-gambar yang dimuatkan didalam Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza;
“Bertuahnya anak ibu dapat beraya bersama Ayahnda Tun M & Bonda Tun Siti harini”
“Alhamdullillah, Syawal ke 2 yang indah buat saya dan keluarga.. Terima kasih Ayahnda Tun & Bonda Tun Siti sudi menerima & meluangkan masa ..we love u Tun”
“Alhamdullillah Berpeluang menziarahi & beraya bersama YAB TPM & Dato Sri Anwar Ibrahim, insan yang tabah dengan dugaan.”
Sementara itu, Instagram YB Datuk Seri Azmin Ali turut memuatkan kunjungan Datuk Seri Siti Nurhaliza datang beraya di rumah beliau;
“Saya dan Shida menerima kunjungan tetamu istimewa petang ini, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Dato’ Seri Khalid bersama puteri sulong mereka, Siti Aafiyah, sempena Eidul Fitr. Terima kasih Tok Ti datang beraya dengan kami.”
Para pengikut Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menzahirkan rasa teruja dengan dengan melihat penyanyi kesayangan ramai ini dan anaknya datang beraya bertemu Tun Mahathir.
mariyani_shaariSeronoknye Aafiyah dan ibu beraya dengan Tun M perdana menteri kita.
snowcap_berhantu Alolololo pipi merahhh. Bestnya jumpa Tun M
ausnurul Jeles nya…sampai sekarang saya tak pernah duduk sama dengan tun M.
kazzim_danielKedua dua nya idola akal dan mindaku.Semoga panjang umur dan sihat selalu…my idol
Memang bertuah Siti Aafiyah, kecil-kecil lagi berkesempatan datang beraya dan bertemu muka dengan para pemimpin negara yang menjadi kesayangan negara.Mingguan Wanita mengucapkan selamat hari raya buat semua pembaca, raikanlah kedatangan syawal ini dengan bermaaf-maafan dan tradisi menziarahi sanak saudara mahupun rakan taulan.
Pelakon Nabila Huda, 36 berkongsi rasa bahagia bila mana anak perempuannya, Keisha Laila dapat menguasai bahasa Mandarin walaupun baru belajar dalam 14 jam.
Membuatkan ibu ini yakin dengan keputusannya untuk meneruskan persekolahan anaknya di rumah atau homeschool adalah tepat.
Ini yang Nabila kongsikan akan kejayaan Keisha.
Korang ingat lagi tak Abil penah cakap Abil berhentikan Keisha dari school and decided untuk dia homeschool je? Abil cuma suruh dia belajar basic subjects only Maths, Sains and English je with @thelennyrahman
Pastu i came up dengan idea nak battle dengan Keisha belajar foreign language. Pastu masa i post on my Instagram, @fasihmandarin approach both of us masa MCO 2.0 tu.. Tapi mummy tak dapat teruskan sebab shooting.
So keisha continue and guys, Keisha dah terror! She can write and speak in Mandarin. Just imagine kalau ikut kan dia belajar baru 14 hours and dia dah power gila! Before MCO 3.0 , @na.laoshi datang rumah, tapi bila dah lockdown dorang sambung online je.
Keisha Boleh Cakap Mandarin
Dalam pada tak pergi sekolah, ketinggalan banyak benda, tak dapat nak belajar dengan sempurna, Keisha dah boleh cakap Mandarin! I am so proud of you @lilkupukupu !
Tengok result exam dia. Thank you @na.laoshi @fasihmandarin . Mummy nak cry cry jap laaa..😭😍 To mummy and daddy out there,try la bagi anak-anak korang belajar Mandarin dengan dorang ni.
Kalau tak dapat sekolah dengan sempurna, at least, boleh cakap Mandarin, jauh perjalanan hidup dorang nanti.. boarder bukak kite nak pergi shopping kat china pun senang bawak dorang je settle!!Hahahaha!
Dalam pada berseloroh, Nabila tetap berkongsi pesanan agar ibu ayah memberi pendedahan pada anak-anak mereka mempelajari bahasa Mandarin.
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.