Ada caranya untuk kita goreng ayam rasa sedap dan rangup, tak menggunakan walau setitik minyak pun namun tetap garing.Bukan apa dengan keadaan kenaikan harga barangan seperti minyak, seeloknya kita mengurangkan penggunaannya. Bukan sahaja jimat, malah lebih sihat.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Tsu Feh Sufiah ini sebagai panduan;
Ayam Goreng TAK GUNA MINYAK tetap GARING.Semata-mata tak nak guna minyak, gigih cari solusi cara goreng ayam pakai air fryer.
Cer tengok nih!
Yes. Misi berjaya.
Ayam goreng sedap dan rangup.Tengah hari tadi min goreng ayam tak pakai minyak tau, yang nampak berminyak tu sebab lemak daripada ayam tu keluar. Hihi.
Try la buat. Serius,tak payah masuk setitik minyak pun.
Bahan-Bahan:
bawang putih (tumbuk lumat)
sedikit halia (tumbuk lumat)
sedikit kunyit hidup (tumbuk lumat)
sedikit kunyit serbuk
garam
Ads
Caranya senang je:
1. Basuh bersih ayam.
2. Lumurkan ayam dengan bawang putih, halia, kunyit hidup, kunyit serbuk dan garam.
3. Gaul sebati.
4. Masukkan dalam bakul air fryer suhu 180 darjah, masa 15 minit.
*Saya guna AirFryer Philips Tak perlu balik-balikkan ayam pun. Tetap masak sekata. Sebab ada twin turbo.
Mingguan Wanita:Ada air fryer di rumah, boleh cuba resipi mudah yang dikongsikan ini. Memang lebih jimat dan sihat tak perlu gunakan minyak pun. Malah ayam goreng pun elok sedap, rangup dan tetap garing!
Sos lada hitam sedap dinikmati bersama kambing bakar, ayam panggang, bebola daging dan sebagainya.Nak buat Sos lada hitam yang pedas, lemak berkrim sesedap rasa ada caranya tersendiri.
Mak-mak yang nak cuba buat sendiri di rumah, boleh cuba resepi Sos Black Pepper Maveloss oleh Puan Afy AL Habibi ini sebagai rujukan. Kelainan dalam resipi ini menggunakan sos spageti keju & Herba serta serbuk keju.Dijamin sos lada hitam tersebut sedap, terangkat!
Bahan-Bahan:
3/4 sudu besar Planta
1 ulas bawang putih (Diracik halus)
1 tin sos spageti keju & Herba
3/4 tin air suam
1 1/2 sudu besar serbuk cheese (Boleh beli di kedai bakery)
1/2 sudip kicap Jalen lemak manis
3/4 sudu besar serbuk lada hitam kisar
Cara Membuat:
1. Panaskan 3/4 sudu besar Planta dalam api kecil sahaja.Masukkan 1 ulas bawang putih yang telah diracik halus.Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan 1 tin sos spageti keju. Rasanya yang tentu power. Pilih yang botol kuning macam Afy tunjuk.Saiz tin paling kecil (250 gram kalau tak silap).Tambahkan air suam 3/4 tin.
3. Masukkan 1 1/2 sudu besar serbuk cheese. Kacau rata.
Buat Sendiri Minuman ‘APPLE CIDER’ Sedap Tanpa Alkohol, Rasa Manis Epal & Rempah Ratus! Jika di rumah banyak buah epal yang tak termakan, sampai naik layu dibuatnya boleh cuba buat minuman ‘apple cider’ ini .
Mungkin ramai yang keliru apple cider ini, tak sama seperti Apple cider vinegar. Apple cider vinegar beralkohol dan dibiarkan teroksida (alkohol meruap).Manakala Apple Cider ini pula boleh diminum terus. Memang sedap diminum suam-suam, rasa manis epal dengan aroma rempah ratus.
Boleh cuba buat sendiri ‘Apple Cider’ sedap tanpa alkohol ini seperti yang dikongsikan oleh Puan Siti Hazneza binti Abdul Hamid ini sebagai panduan.
Jom kita ke benua Amerika Utara (North Amerika) yang merangkumi Amerika dan Kanada.
Apple cider. Jika melihat definisi, minuman beralkohol yang diperam dan ada ketikanya dijadikan bergas.Namun begitu, di Amerika Utara, apple cider lebih kerap dibuat tanpa alkohol untuk minuman seisi keluarga.
Ya, minuman ini biasanya diminum panas.
Bulan Oktober ialah musim luruh di Kanada dan di Vancouver ialah masa kami menyambut Festival epal.Dalam khemah besar dibawa beratus-ratus jenis epal untuk dirasa. Bayar sepuluh dolar dan masuklah berjalan dalam khemah itu dalam barisan yang seperti ular.
Dari satu meja ke satu meja merasa hirisan epal satu persatu.Pada masa ini ketara beza mereka yang profesional sama ada chef, pakar pastri, pembuat champagne atau pembuat cider dengan kami yang tidak tahu apa-apa.
Naik bingung merasa epal yang pelbagai nama dan pelbagai guna. Ada epal Granny Smith yang hijau. Rasanya yang sedikit masam dan manis serta tekstur yang kuat sesuai dibuat pai. Epal royal gala yang gebu sesuai untuk masakan dibuat sos. Honey crisp yang comel, rapuh dan manis elok dinikmati begitu sahaja tanpa dibuang kulitnya pun.
Orang lain yang profesional bawa buku nota. Sambil makan sambil mencatat nama dan gunanya epal yang mereka rasa.
Kami? Makan, makan, dan makan dengan gembira. Kagum dengan kebesaran Allah mencipta buah yang nampak sama namun berbeza rasa.
Sampai di pintu keluar khemah, ada borang untuk menempah epal yang berkenan di hati. Bukan beli sebungkus dua, ini beli sekarton terus.Kami tidak beli apa-apa. Kenyang makan dalam khemah saja.
Buat Apple Cider Sendiri Di Rumah
Pernah tak di rumah anda ada sesuatu yang asyik duduk saja atas meja atau di dapur. Tiada siapa yang menunjukkan minat hendak makan atau buat apa-apa.
Kemudian, apabila anda terdetik hendak buat sesuatu dengan makanan/ bahan tersebut, ada sahaja yang hendak makan, hendak rasa dan macam-macam.
Begitulah halnya epal di rumah kami kali ini. Tiada siapa nampak berminat.Asalnya saya hendak buat pai, applesauce dan cider. Namun sebiji demi sebiji kena culik. Akhirnya cider yang sempat. Alhamdulillah.
Bahan-Bahan:
7 Biji Epal Granny Smith dan Royal Gala
2 sudu makan Gula (jika mahu)
2 inci Kulit kayu manis
3-5 kuntum Bunga cengkih (sebenarnya mereka guna allspice tetapi bunga cengkih lebih mudah didapati di Malaysia)
Air
Cara Membuat:
1. Sebelum kupas, sudah tinggal enam. Selepas kupas, sebiji lagi kena culik.
2. Sebelum hilang semua, lebih baik saya bertindak segera. Dadukan epal dan masukkan dalam blender.
3. Tambah air secukupnya. Blend.
4. Boleh tapis sekarang atau masak terus dengan pulpa epal dan tapis kemudian.
5. Saya masak terus epal yang dimesin dan saya tambah sekali ganda air (sebab ramai nak minum).Saranan saya, hanya tambah sedikit sahaja air supaya rasa epal lebih kuat. Kemudian, masukkan gula, kulit kayu manis dan bunga cengkih.
6. Panaskan atas api perlahan sehingga mendidih tetapi tidak perlu sampai menggelegak. Boleh minum terus atau tapis sehingga jernih.
Saya tapis sekali dengan penapis teh yang dari kain (seperti di kedai mamak tu).
7. Hidangkan panas atau suam. Manis epal dan rempah-ratus yang hangat memang sedap ketika hujan atau mengeteh (mengepal?) sambil borak-borak.
Info Ekstra!
Minum tanpa ditapis lagi bagus penuh serat yang bagus untuk usus.
Minum dalam masa seminggu sebab kita tak letak apa-apa pengawet.
Asalkan bau dan rasanya sama, in shaa Allah selamat untuk diminum.Jika mula bergas atau masam lain macam, elakkan. Maknanya sudah rosak.
Boleh simpan dalam peti sejuk macam jus biasa. Apabila hendak minum boleh panaskan atau jika suka, minum sejuk.
Jika hendak jadikan jem/ applesauce, letak sedikit sahaja air semasa blend (asal mesin boleh jalan) atau guna food processor.
Tambah sedikit gula perang dan jus lemon, serbuk kayu manis (supaya tiada yang ketul-ketul), serbuk buah pala secubit dan serbuk bunga cengkih.Masak sehingga kering air atau kepekatan yang disukai.
Jika guna rempah-ratus whole (kulit kayu manis/ bunga cengkih), keluarkan lepas masak.
Mingguan Wanita: Menarik resipi minuman Apple cider ini. Banyak buah epal di rumah, yang tak habis makan tu boleh cuba buat apple cider ni. Memang sedap diminum suam, rasa manis epal dan rempah ratus.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...