Tahniah diucapkan buat pelakon Balkisyh Semundur Khan. Selepas hampir setahun tertunda hasrat bernikah buat kali kedua, akhirnya pelakon ini selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Mohd Nazri Zakaria petang semalam.
Mereka bernikah di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan menggunakan wali hakim kira kira jam 2.30 petang dan disaksikan sekitar 20 orang tetamu.
“Alhamdulillah akhirnya segala kesukaran saya untuk mencari bapa kandung (Semundur Khan Gulam Khan) sendiri sebagai wali diselesaikan dengan bantuan JAWI.
“Pada mulanya saya berdepan kesukaran menjejak lokasi sebenar bapa kandung untuk jadi wali.
“Namun selepas masalah ini mendapat liputan media, segala galanya dipermudahkan. Saya akhirnya sah bergelar isteri sekali lagi,” ujarnya yang diraikan di sebuah premis makanan popular di ibu kota dengan dihadiri sekitar 50 orang tetamu.
Balkisyh Nikah Wali Hakim
Ads
Terdahulu, kisah pelakon berkenaan berdepan kesukaran mencari bapanya untuk menjadi wali mendapat perhatian ramai.
“Saya berusaha mencari bapa termasuk membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen, tetapi gagal.
“Saya buat carian di JPN membabitkan rekod kematian dan alamat terakhir. Selepas dua minggu saya diberitahu ayah masih hidup sebab tidak ada rekod kematian dan alamat terakhirnya di Tawau, Sabah.
“Malangnya, rumah itu sudah dijual sejak lima tahun lalu. Dalam semakan Jabatan Imigresen pun ayah tiada rekod keluar masuk negara sejak empat tahun lalu.
“Pihak JAWI akhirnya meminta saya menghantar permohonan untuk menggunakan wali hakim,” luahnya yang pernah lapan kali turun naik pejabat agama namun permohonan tetap ditolak.
Balkisyh mengenali suaminya yang juga seorang pekerja barisan hadapan sekitar tiga tahun lalu.
“Dia duda tak ada anak. Dan dia menjadi lelaki yang boleh menerima masalah dan pahit getir hidup ini. Malah lebih utama, dia dapat menerima dan serasi dengan dua anak saya.
“Dialah yang selama perkenalan begitu tabah dan melalui kesukaran dilalui bersama. Kebaikan dan peribadi dimilikinya juga mengatasi segala galanya,” kata Balkisyh yang pernah berkahwin dengan Mohd Aizad Rosli pada 2007 dan bercerai pada 5 September 2017.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 4.
Terserlah keayuan Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin apabila memakai tudung sepanjang bulan Ramadan ini. Apa yang lebih menarik, bukan netizen sahaja yang teruja dengan penampilan Fazura kali ini, suaminya Fattah Amin pun siap mengusik tak nak bagi isterinya keluar rumah.
Doa Dari Netizen
Kalau dilihat di laman Instagram Fazura, rata-rata peminat doakan yang baik-baik, malah ada yang berharap moga Fazura terus istiqamah memakai tudung walau pun selepas bulan Ramadan nanti.
Doa Daripada Fazura
“Assalamualaikum wb. Dengan rasa penuh rendah hati, saya ingin memohon ampun dan maaf jika ada keterlanjuran kata atau perbuatan yang telah melukakan hati anda. Saya juga berdoa semoga Ramadhan ini akan membawa seribu kemaafan, ketenangan, kasih-sayang di antara kita, kesabaran serta keberkatan dalam setiap amalan. In shaa Allah. Lots of LOVE, always.”
Alhamdulillah… Tumpang bahagia tengok kebahagiaan pasangan ini, untung Fattah Amin. Seeloknya perkara yang positif inilah yang artis patut tonjolkan, ada perubahan di bulan yang mulia. Pendek kata kalau sebelum Ramadan kita tak solat, kita perbaiki diri menjaga solat. Jika kita tak menutup aurat, kita perbaiki diri dengan menjaga aurat dan maruah kita.
Andai selama ini tak pernah sentuh al-Quran, kita menjadi akrab dengan al-Quran. Istiqomah sepanjang Ramadan hinggalah saat bertemu kembali Ramadan seterusnya, insyaAllah.
Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud; “Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak dapat dari puasanya melainkan hanya rasa lapar dan dahaga sahaja…” – Riwayat Ahmad
Sesungguhnya rugilah orang yang berpuasa (fardu Ramadan) namun tidak mendapat apa-apa kebaikan (pahala) dari puasanya itu. Inilah puasa yang sia-sia kerana ia tiada nilai di sisi Allah swt.
Apa pun, team Mingguan Wanita doakan moga Fazura terus bahagia di samping suami tersayang. Dan untuk pembaca setia MW, semoga puasa Ramadan kita akan terpelihara nilainya dan mendapat puasa yang mabrur hendaknya. Amin Ya Rabbal’alamin.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Usia Bonda Rozita atau nama sebenarnya, Rozita Ibrahimsudah pun memasuki lewat 40-an waktu bersalinkan anak bongsunya, Maryam Nur Amani. Kini, anak bongsunya itu sudah 8 tahun dan ramai juga yang keliru. Ingatkan Amani cucu Bonda Rozita.
Inilah pengalaman ada anak kecil di usia senja yang Bonda Rozita kongsikan dalam instagram miliknya. Dia gelak lucu bila ditanya sama ada Amani itu anaknya atau cucunya.
“Cucu ke anak ini. Eh.. macam cucu puan?” Senyum selamba je. Tapi dalam hati cover ‘kemaluan’. Bayangkan saya gelak guling-guling sambil bercerita ini.
“Sebab dah tua-tua beranak kecik lagi. Ni pun kalau tak ditampung dengan IUCD memang berisi lagi. Usia macam saya sekarang ini biasanya dah kurang haid atau menapous. Tapi saya alhamdulillah masih sangat banyak datang haid dalam 10 ke 13 hari sama macam saya zaman 20-an.”
Bagus sungguh penjagaan dalaman pengasas Jamu Ratu Malaya (JRM) yang dikurniakan 7 orang anak ini. Bonda Rozita juga banyak berkongsi berkenaan ilmu herba dan perawatan serta penjagaan dalaman wanita di instagram miliknya.
Tak Malu Dengan Orang Luar, Tapi Malu Kat Anak & Cucu
Akui beliau lagi, “Ni masa hamilkan last usia lewat 40-an masa bersalinkan si kecik Amani ni malu gak. Tapi saya positifkan diri sebab Allah kasi di usia lewat mengandung.”
“Saya tak malu pada orang luar tapi malu kat anak-anak dan cucu je. Bab paling tak tahan nak gelakkan diri sendiri bila menantu dan cucu ziarah nenek ada anak kecik. Macam berlawan-lawan.”
Kata Abang Aji, “Oklah sebab tua-tua mampu pregnant. Tapi sekarang nenek tutup kilang terus.”
Selorohnya lagi, “Lepas ini jangan tangan saya, siapa kecik ini ya? Cucu ke?”
Pernah juga Amani tanya saya, “Adik muka sapa Amu?”
Saya jawab bergurau dengan Amani, “Ami jumpa adik dekat tong sampah. Agaknya anak bangla.”
“Taklah, adik anak dady dan muka dady pun. Ada buktilah gambar adik banyak masa Ami beranakkan adik.” Sememangnya anak bongsu Bonda Rozita ini sangat keletah budaknya.
Tambah Bonda Rozita lagi, Amani rapat dengan suaminya. Malah diibaratkan ‘girlfriend body guard bapaknya’.
“Kawan gaduh kami semua satu rumah. Alhamdulillah, nakalnya ya ampun.” Sambungnya memaklumkan perkongsiannya ini hanyalah memenuhi momen pengalamannya yang ada anak kecil di usia senja.
Walaupun Amani anak bongsu, Bonda Rozita tetap tegas dalam mendidik anak kecilnya itu. Ini yang diakui dalam instagramnya.
“Sebagai parents saya sampaikan pada anak-anak. Harap pada diri dan anak-anak jangan makan haram nanti gelap hati. Ikut atau tak ikut sudah lepas tanggungjawab saya. Nak bersihkan hati tak mudah nak jumpa nur hidayah (tak nampak hati gelap banyak benda haram masuk dalam darah daging.)”
Beliau juga ada satu kepantangan iaitu tertib ketika makan. Ada pantang larang yang diterapkan pada anaknya iaitu minum jangan sampai keluar bunyi ‘srup’, makan jangan mengicap dan makan jangan melidah.
Keletah Amani Yang Buat Bonda Rozita Geram Plus Terhibur Sama
Dr Say Shazril terkesan dengan video yang dikongsi @diyanahmaria bila mana, penyuntik vaksin tidak tekan jarum suntikan vaksin Covid-19 kepada penerima.
Disebabkan video yang diambil itulah penerima vaksin itu akhirnya dapat menggunakan bukti rakaman untuk mendapatkan vaksin dengan sempurna. Video berkenaan membuatkan Dr Say menarik balik kata-katanya sebelum ini yang membuat rakaman menyebabkan proses vaksinasi menjadi lambat.
Dan sebagai doktor yang ditugaskan memberi suntikan vaksinasi, Dr Say mengambil pendekatan yang betul agar tiada istilah terlupa ketika bertugas.
Saya Tarik Balik, Silalah Rakam
Beberapa hari lepas saya ada buat status saying kalau boleh tak perlu rakam video proses vaksinasi takut melambatkan kelancaran flow pusat pemberian vaksin. Akan tetapi, despite KJ dah benarkan rakam, semalam masih ada kes kelalaian pemberian vaksin.
Yang lebih mengejutkan, kes tu berlaku masa saya bertugas di PWTC semalam. Lepas saya tengok video tu terus saya mesej empunya video tu sebab dari hari pertama saya cukup tertanya-tanya apa motif mereka yang bagi vaksin angin/tak tekan syringe ni.
Semalam kat PWTC tak ramai orang yang saya sempat jawab Q&A dengan korang maka impossible penat menjadi isu dia tak tekan syringe tu. Ibarat ada teori konspirasi lain. Nak kata terlupa pun mustahil. Isnin baru ni saya diberi tanggungjawab menjadi penyuntik vaksin.
Lepas @jkjavmy bawak keluar tatacara vaksinasi, saya follow rapat SOP penyuntik vaksin yakni tunjuk botol vaksin depan penerima, sedut vaksin dari botol ikut sukatan yakni 0.3ml untuk Pfizer & 0.5ml untuk Sinovac & AZ, bagitau yang saya nak cucuk, cucuk & tekan syringe, lepas tu tunjuk syringe yang dah dikosongkan sebelum saya buang syringe tu.
Tak dinafikan semua ni leceh & memakan masa tapi sebab nila bertitik-titik macam ni lah yang merosakkan susu sebelanga. Kalau penyuntik ikut SOP seperti yang dah ditetapkan, MUSTAHIL UNTUK TERLUPA TEKAN.
Orang dah sakit bila kita cucuk, takkan ko tak perasan ko tak tekan syringe tu? Apa ke jadah? Benda macam ni memburukkan nama Pusat Pemberian Vaksin & even worse memburukkan nama petugas kesihatan.
Nasihat terakhir saya, tolonglah telus dalam pekerjaan anda. Kita nak cuba achieve imuniti kelompok secepat mungkin. Maka peeps silalah rakam proses vaksinasi korang.
Mingguan Wanita :Tertanya-tanya juga kenapa petugas tak menekan jarum suntikan vaksin. Mustahil terlupa. Setuju dengan apa Dr Say cadangkan ini.
Datuk Ram Singh: "Saya beri khidmat percuma, tertuduh bukan anak VVIP." Peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan, pasukan guamannya menawarkan khidmat secara pro bono tanpa sebarang bayaran.