Suami, jangan terkejut atau kecil hati bila rasa terabai dek kerana isteri kurang melayan. Mungkin suami merasa isteri tidak patut berbuat demikian dan sudah tentu suami inilah syurganya.
Namun, suami kena ketahui punca kenapa rasa terabai itu. Tak sempat untuk melayan, hanya letak secawan air dan terus bergegas ke dapur, buat apa yang patut untuk keluarga.
Suami seolah-olah merasakan segala urusan kerja rumah adalah di bahu isteri. Baginya, dia umpama raja yang perlu dilayan sebaiknya.
Tapi bagaimana pula dengan isteri yang perlu hadap 24 jam dengan kerja rumah, tidak cukup itu, bekerja untuk membantu menampung keperluan keluarga dan macam-macam lain.
Jadi, sebagai suami, janganlah melepaskan segala tanggungjabawa di bahu isteri sahaja. Bantulah apa yang patut, toleransi dan tak perlu rasa terabai bila isteri tak sempat luangkan masa bersama bila di rumah.
Suami kenalah faham, tolak ansur dan berdikari dalam memastikan rumahtangga sentiasa dalam keredhaan dan kebahagiaan yang berpanjangan.
Ketahuilah isteri sangat-sangat memerlukan tolak ansur dan budi bicara pada suami dalam segala situasi seperti yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin ini.
Bila dah berkahwin, budi bicara, tolak ansur dan toleransi suami sangat diperlukan untuk perkara :
Ads
1. Isteri dan anak-anak.
Bila ada anak-anak, terutamanya anak yang masih kecil, tumpuan, perhatian dan fokus isteri lebih kepada anak tersebut. Jadinya, suami tak patut ada rasa diabaikan, tidak dipedulikan isteri kerana suami boleh menguruskan diri sendiri. Anak keutamaan isteri dan suami juga perlu membantu isteri dalam urusan anak-anak.
2. Isteri dan kerjaya
Jika kita mempunyai isteri yang bekerjaya dan tuntutan untuk bekerja itu adakalanya sampai ke malam, maka kalau suami balik rumah terpijak mainan, nampak pakaian penuh dalam bakul, rumah tak berkemas, janganlah maraha, melenting. Anda penat dan isteri pun penat. Sama-samalah berganding bahu selesaikan satu-satu kerja rumah. Pendapatan dia itu bantu anda bayar hutang bulanan kan!
3. Isteri dan orang tuanya
Selepas berkahwin, isteri wajib taat suami, ikut perintah, arahan suami. Andai anda di dalam situasi di mana isteri perlu berbakti kepada orang tuanya, andai kata anda di dalam situasi isteri perlu menjaga orang tuanya, isteri perlu balik ke rumah orang tuanya, maka berlapang dada lah untuk membenarkan isteri buat semua tu…
Janganlah berkeras menuntut untuk isteri suruh adik beradiknya yang lain untuk jaga. S seorang anak, isteri juga dituntut untuk berbuat baik kepada orang tuanya.
Ads
4. Isteri dan urusan rumah
Buka tudung, tengok tak ada makanan. Tengok isteri tengah buat apa. Apa yang sedang dia sibukkan, kalau dia tengah melipat pakaian atau membersihkan rumah, maka permudahkan urusan isteri, tanya isteri nak makan apa dan keluar tapau makanan.
Urusan dan hal rumahtangga akan jadi mudah dan lancar jika suami itu seorang yang mudah bertolak ansur, berbudi bicara dan bertoleransi dalam semua perkara yang memerlukan dia untuk bertindak sedemikian.
Mingguan Wanita : Sebab itulah, suami isteri kena saling lengkap melengkapi dan susah senang bersama.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Curang itu pilihan, masalah yang sering berlaku pada pasangan suami isteri. Kadang-kadang ia berlaku bukan kerana tidak sayangkan pasangan tapi ada yang anggap sebagai suka-suka.
Inilah daripada suka-suka terus bertukar menjadi sayang dan wujud orang ketiga sehingga berlaku pergolakan dalam rumahtangga. Mula perkatakan curang itu satu kesilapan dan lebih teruk menyalahkan takdir sehingga berlaku perkara seperti ini.
Curang boleh berlaku, baik pada suami mahu pun isteri. Hanya sekadar suka-suka atau nak ‘test market’ tapi akhirnya boleh memberi bahan pada rumahtangga sendiri.
Tak mustahil juga curang kerana meraskaan rumahtangga yang dibina dengan pasangan tidak lagi berseri, pasangan mula berubah dan hidup rasa kosong.
Janganlah begitu, kenapa perlu memilih curang, sedangkan pasngan sudah berkorban seluruh hidupnya untuk bersama suah dan senang. Tak perlulah nak salahkan orang lain atau takdir bila berlakunya keadaan ini.
Masalah yang boleh kita lihat bila, salah seorang melayan, akan wujudkan keadaan ini. Sedangkan kalau kita tak melayan, perkara ini tidak akan berlaku. Seperti apa yang dikongsikan oleh Rohana Saad ini.
Sahabatku sekalian, amatlah penting untuk kita memastikan diri kita dan pasangan, gembira dalam rumahtangga kita. Mungkin bagi diri kita, semuanya lengkap dan sempurna.
Namun, perkara yang sebaliknya dirasakan oleh pasangan. Jadi, pasangan akan mencari seseorang untuk mengisi kekosongan jika dia rasa terabai atau terasing.
Biasanya perempuan payah nak curang, setia dah sebati dalam diri. Bila dah jadi isteri tak kuasa dah nak pandang lelaki lain kecuali sesekali terpegun dengan artis lelaki yang hensem di kaca tv.
Tapi tidaklah sampai menggedik, kalau terjadi juga isteri berlaku curang mungkin bersebab, cuba tenguk apa suami dia dah buat pada hubungan mereka.
Hidup Susah Bersama
Impian seorang isteri hidup susah senang dengan suami. Bukanlah kekayaan dan kemewahan.
Cinta dan sayang yang ikhlas. Bukan curang yang menyakitkan. Jangan mulakan perbuatan curang, sebab sekali curang ia menyebabkan pasangan terluka.
Hati yang terluka tak mungkin kembali seperti asal, beringatlah. Kalau nak setia, bila berjauhan pun boleh setia. Kalau nak curang duduk sebelah pun boleh curang. Yang penting hati.
Curang tak akan berlaku jika si dia tak melayan. Bila si dia melayan barulah orang ketiga mengayat.
Jadi jangan salahkan orang yang ketiga sahaja. Salahkan kedua-dua sekali.
Tak Perlu Salahkan Takdir
Curang itu pilihan, bukan kesilapan. So, jangan salahkan orang lain dan jangan salahkan takdir. Kalau dah pilih untuk setia tak akan sanggup nak mendua.
Sesiapa yang tercurang atau sedang tersondol suami orang, jangan sampai nasi dah jadi bubur. Bawak-bawaklah bertaubat.
Ingatlah, jangan pernah bina kebahagian atas kelukaan, penderitaan orang lain. Jangan buat orang lain menangis kerana memenuhi keinginan kita.
Betul, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Hati tidak akan bertaup andai tidak dilayan.
ALLAH itu Maha Adil. Kifarah, what you give you get back. Nafsu kadang-kadang menidak logik akal. Jadi berpandukanlah akal setiap dari tindakan kita.. Insya Allah.
MW: Jangan mulakan dan lukakan perasaan pasangan, Luka itu akan menjadi parut yang tidak akan hilang.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ternyata majlis perkahwinan hanya sekali, namun perkahwinan yang dibina itu dambakan masa hingga ke akhir hayat. Oleh itu, pilih dan berkahwinlah dengan orang yang tepat serta jangan terburu-buru.
Rumah tangga bukan hanya memerlukan cinta semata, sebaliknya perlu ditambah serinya dengan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi sama ada daripada suami atau isteri.
Sesungguhnya setiap orang inginkan perkahwinan hingga ke hujung nyawa dan harapnya pernikahan hanya berlaku sekali seumur hidup. Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan fahami apa yang disampaikan.
Majlis Perkahwinan Hanya Sekali
Cinta sahaja tak cukup.
Pilih dan berkahwinlah dengan orang yang boleh menerima buruk kalian dan membuat kalian menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.
Kehidupan tetap akan berjalan seperti biasa.
Dan dalam tempoh kehidupan dan perkahwinan kalian ini, pelbagai dugaan dan ranjau yang kalian akan tempuhi.
Namun Perkahwinan Dibina Itu Dambakan Masa Hingga Akhir Hayat
Ini semua akan terjadi. Kerana apa? Kerana kita semua manusia. Kita rapuh. Kita mudah untuk mengambil hati walaupun dengan sekecil-kecil perkara.
Mengharapkan semuanya akan berjalan dengan cantik, tiada cacat-cela, sempurna hanyalah angan-angan yang sentiasa boleh didambakan. Namun, ia tidak realistik sama sekali.
Duit, masa, pengorbanan dan kesihatan, semua ini akan datang menguji.
Ingatlah, majlis perkahwinan hanya sekali, namun perkahwinan dibina itu mendambakan masa hingga ke akhir hayat.
Percayalah. Memilih dan berkahwin dengan orang yang sebetulnya adalah kunci.
Firdaus Mokhtar, Belajar lagi.
MW: Sesungguhnya cinta tidak menjamin kebahagiaan jika tidak disertakan sekali kekuatan dan pengorbanan dalam menempuh pelbagai onak, duri alam rumah tangga.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Cara tambah duit laki bini ini boleh diteruskan kalau anda memang berniat dari awal nak merasa dapatkan sesuatu atau bercuti tanpa berhutang.
Jangan terkejut, ada di kalangan kita sanggup ikat perut demi memastikan bajet bulanan berjaya. Banyak keluhan diluahkan yang mana majoritinya datang dari para isteri. Hendak menyimpan pun susah, apatah lagi berbelanja untuk diri sendiri.
Apa kata anda ikut tip ini…
1. Nak selamat, senaraikan keperluan keluarga dalam tempoh sebulan seperti bajet untuk barang dapur, bil, ansuran kereta dan sebagainya.
2. Kena disiplinkan diri dan bijak membezakan antara keperluan atau kehendak.
3. Isikan masa terluang dengan menjalankan perniagaan mudah di dalam talian seperti pakaian, makanan dan lain-lain.
4. Semai tabiat menabung walaupun RM5 sehari. Ingat, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
5. Cuba gunakan kaedah wang sampul. Asingkan wang gaji mengikut keperluan. Anda hanya ‘dibenarkan’ mengambil wang yang tertulis ‘perbelanjaan harian’ sahaja.
6. Bawalah bekal ke tempat kerja sebagai amalan. Sedar atau tidak anda sebenarnya menjimatkan paling tidak RM10 untuk makan tengah hari.
Teknik Simpan Duit Ganjil
Suami isteri boleh mula menyimpan duit kertas yang jarang kita jumpa.
Contohnya, duit kertas RM 5 dan RM 20.
Apabila anda dapat sahaja duit kertas ini, asingkan dan terus masukkan ke dalam tabung. Kumpul untuk satu tempoh tertentu dalam 3 bulan, 6 bulan atau setahun.
Kemudian, cuba kira jumlah yang dikumpul, pasti senyuman terukir melihat jumlah yang banyak. Teknik ini mungkin tidak sesuai untuk dijadikan simpanan tetap bulanan, kerana jumlahnya mungkin berubah-ubah.
Teknik ini lebih kepada mewujudkan keseronokan dalam menyimpan. Malah lebih seronok jika duit ganjil ini dikumpul bersama-sama pasangan dan anak-anak.
Duit yang dikumpul nanti boleh disimpan dalam akaun simpanan khas, atau dibelanjakan untuk barang-barang idaman. Boleh juga diguna untuk sesi percutian keluarga.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.