Dalam tempoh 24 jam, rasanya bagai tak cukup untuk mak-mak terutamanya bila duduk di rumah. Ada sahaja yang perlu dibuat. Agak-agak kalau diberi tidur 20 minit tanpa gangguan, adakah ia betul-betul membantu mak-mak.
Mungkin waktu malam barulah mak-mak dapat berehat tapi kalau sepanjang siang hari melakukan kerja rumah tanpa rehat, mahunya boleh emosi juga. Tambah-tambah dengan peel anak yang tak tentu moodnya.
Sebagai suami, cubalah berikan masa untuk isteri tidur 20 minit. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya ia membantu mak-mak untuk recharge kembali tenaga dan emosi yang hilang sebelum ini.
Sebab itulah, Mohd Fhais turut berkongsi bagaimana kalau mak-mak boleh bertukar emosi menjadi pemarah/perengus pada keluarga terutamanya anak-anak. Semuanya kerana ada ‘Amygdala Hijack’ dalam badan ibu.
Apabila terjadinya “Amygdala Hijack” dalam badan ibu tersebut, ibu yang mulanya lembut dan ceria boleh bertukar jadi kasar dan perengus pada anak anak.
Dengan tak semena mena, tertanam imej ibu yang perengus dalam minda anak anak.
Ads
Bahkan ia bukan salah ibu tersebut.
Tapi ia cukup untuk buat ibu rasa bersalah.
‘Amygdala’ ini adalah bahagian otak yang biasanya berfungsi mengawal emosi dan memori.
Manakala Frontal Cortex pula berfungsi untuk buat keputusan, berfikir dan mengerakkan tubuh badan.
Bila berlaku Amygdala Hijack ini, Frontal Cortex kita akan jadi lemah selemah lemahnya.
Masa itulah segala tingkah laku kita di kawal sepenuhnya oleh emosi huduh yang sedang meletus ketika itu.
Makin huduh emosi ketika itu, makin huduh tingkah laku kita akan jadi.
Ads
Mudah Berlaku
‘Amygdala Hijack’ ini senang berlaku apabila otak dalam keadaan lemah. Contohnya ketika isteri kita dalam keadaan:
1. Tak cukup tidur
2. Kepenatan
3. Lupa berehat
4. Sedang lemah seperti lepas bersalin
5. Tidak sihat
6. Burnout ( otak jadi tepu )
7. Paksa diri bekerja walau tak larat
Pada mulanya kita nampak isteri kuat, tak merungut buat kerja seorang diri.
Kita akan nampak, mulanya isteri itu kebal, jarang nampak dia sakit.
Malah, pada mulanya kita nampak isteri itu kental, buat kerja selama ini tak pernah mengeluh mahu pun merungut.
Tapi ketahuilah sampai satu masa isteri yang kuat, kebal dan kental itu pun akan tewas juga akhirnya.
Ini kerana isteri kita pun manusia biasa juga.
Mereka perlukan rehat yang cukup untuk pulihkan balik organ dalaman yang dah penat bekerja, perlukan tidur yang berkualiti untuk recharge semula tenaga yang dah habis di gunapakai sewaktu berjaga.
Ads
Malah, perlukan sokongan emosi dari pasangan mereka untuk isi semula tangki emosi yang dah kering di gunakan.
Paksa isteri tidur lebih 20 minit dari anda dan buat Me-Time sekurangnya seminggu sekali.
Mungkin boleh juga paksa dia makan vitamin dan supplemen untuk kuatkan lagi badan dia.
Sesungguhnya tak ada sedekah yang lebih besar pahalanya daripada suami yang sedekah masa dan perhatian mereka demi isteri tercinta.
Wallahu A’lam
#UrusEmosi
#KawalEmosi
#PositiveParentingFhais
MW: Bila isteri penat, macam-macam boleh jadi. Suami, kena beri masa untuk isteri berehat ye!
Sumber: Mohd Fhais
– Tak pernah berkira masa rehat dengan isteri
Menerusi Instagram pelakon Zarina Zainuddin ada berkongsi mengenai kehidupannya yang hidup bermadu sejak 25 tahun lalu. Dia berkongsi mengenai fasa awal perkahwinannya bersama Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993. Zarina berkongsi perkahwinannya bukanlah mudah seperti yang disangka;
“13 julai 1993 tarikh keramat saya selamat dinikahkan dengan seorang lelaki dan menjadi isteri keduanya..saat ini saya tahu sekeping hati wanita lain hancur berderai.. walaupun perkahwinan saya atas izinnya tapi dia terluka disaat saya baru mengejar bahagia..perkahwinan dalam usia saya 22 tahun..saat itu saya cuma katakan padanya saya takde sesiapa kakak hidup saya macam lalang ditiup angin kekiri kekiri lah saya ditiup angin kekanan kekananlah saya..kalau kakak izinkan saya kawin ,Allhamdulilah dengan izinnya..kawinlah saya nun jauh di seberang sana ..
Bersabar
Malah Zarina juga sentiasa titipkan pesanan suami agar dirinya sentiasa bersabar.
“selepas 3 bulan kawin suami saya berkata pada saya..abang kawin dengan ina sebab abang kesian saja ,kakak lah segala galanya dalam hidup abang lepas kawin baru abang sedar absng lebih perlukan dia..kalau ina nak cinta cinta ni tak ada..kalau sabar adalah nanti..kawinlah saya tampa cinta..dan saya masih ingat lagi kata suami saya abang taknak isteri yang abang keluar ikut depan dia keluar ikut pintu belakang..kalau nak jadi seorang wanita harus belajar bersabar dan sabar dan sabar..”
“Terima kasih abang .. sabar itu separuh dari iman ?
Semuga ini semua menjadi pedoman dan pengajaran untuk semua..anda boleh dapat cinta tapi anda tidak akan dapat mengusai cinta..cinta itu mahal dan hanya untuk Allah sahaja yang lain berserahlah padanya..
#khasuntukmerekayangbermadudiluarsana
#sharingiscaringandforgivingallways
#ujumpijump
“Saya pernah buat silap..tapi anak2 ini banyak menyedarkan saya kuasa Allah lebih hebat dari segalanya..”
Tahniah buat Zarina dan suami yang kekal bahagia hingga kini walaupun banyak cabaran yang pelakon ini pernah lalui. Hasil perkongsian hidup Zarina dan suami, mereka dikurniakan anak kembar istimewa, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 22, Muhammad Naim Azrai, 15, dan Muhammad Adam Azrai, 12.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ayah ini, Khabbab Jamalludin menerapkan satu didikan dalam diri anak-anaknya agar tak terlalu memilih makanan. Jika yang dihidang depan mata cuma lauk ikan sungai, tetaplah juga anak-anak perlu nikmati dengan penuh kesyukuran.
Bagus sebenarnya kerana melatih diri agar tidak terlalu cerewet mempersoalkan rezeki yang diperoleh. Terutama bab makan harian. Sejak dari kecil lah sebaiknya, anak-anak dididik dengan cara sebegini.
Dalam masa yang sama, mak ayah punya emosi yang sama. Barulah tidak seperti ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus.
Hadamkan perkongsian bapa ini. Ada poin bagus yang boleh dijadikan panduan mak ayah. Penutup itu yang lucu. Sebab, ada juga mak ayah yang terbuat kan..
Pada saya,
Masakan, makanan yang kita masak dan hidangkan kepada anak anak
adalah antara sebahagian daripada didikan kita buat mereka.
Selain daripada mengajar peri penting mencari makanan yang halal dan baik, kita juga mengajarkan mereka ilmu untuk bergaul dengan masyarakat dan menyesuaikan diri dengan suasana.
Dalam bab lauk misalnya.
Saya tak akan masak hanya yang mereka suka.
Tapi perlahan lahan memperkenalkan mereka dengan lauk yang jarang mereka jumpa.
Supaya kalau disuatu masa, lauk itu sahaja yang ada.
Samada kerana tak mampu atau itu yang dijamu.
Tak Terlalu Memilih Makanan, Bersyukur Dengan Rezeki Yang Diterima
Mereka tetap boleh bersyukur dengan rezeki yang mereka terima.
Alhamdulillah, sekarang mereka tak terlalu memilih.
Ikan laut ke, ikan sungai ke semua mereka makan.
Macam hari ini jumpa ikan puyu dekat pasar.
Jadi selain masak ayam gulai lemak cili api yang mereka ‘confirm’ makan
Saya selitkan juga ikan puyu goreng dan gulai.
Dan semua wajib ambil dan rasa.
Sikit pun tak mengapa.
Suka tak suka saya tak kesah, yang penting mereka dah cuba.
Sebelum makan saya juga mengajarkan mereka sifat sabar.
Mereka taat diam berdiri menunggu di samping meja sampai saya selesai ambil gambar.
Mingguan Wanita : Bila tak terlalu memilih makanan, makan berhidang satu keluarga pun boleh jadi aktiviti yang menyeronokkan.
Suami yang bertanggungjawab dan anak yang sihat antara rezeki yang Allah kurniakan. Jangan hanya fikir duit dan harta saja rezeki yang Allah kurniakan. Rezeki itu bukan hanya pada wang ringgit.
Walau tak memiliki harta yang banyak dan hidup mewah, sebenarnya kita perlu melihat pelbagai sudut lain yang mampu membuatkan kita bahagia dalam hidup. Rezeki itu meliputi kesihatan, ilmu, sahabat, masa lapang, idea dan pelbagai lagi sehinggakan kemampuan melaksanakan amal ibadah juga merupakan rezeki.
Suami Tak Kaya Tak Apa, Asal Bertanggungjawab
Tak mengapa kalau pun tak punya harta banyak, tapi melihatkan anak-anak dapat membesar dengan sihat dan cergas, ia juga satu rezeki yang tak ternilai harganya. Andainya anak-anak kita cemerlang dalam akademik, itu satu lagi BONUS. Betul kan?
Anak Tak Bijak Akademik Tapi Cemerlang Akhirat, Itu Semua Rezeki
Namun, yang paling penting, didiklah anak untuk cemerlang di akhirat. Tiada gunanya anak hanya cemerlang di dunia. Pandai belajar dan berkelulusan tinggi namun tak mampu mendoakan kita kelak bila kita sudah tiada. Alangkah ruginya kita.
Oleh itu jangan bersedih andai anak kita mungkin tak secemerlang anak orang lain. Tapi dia seorang anak yang taat pada Allah dan pada kita ibu bapanya. Seorang anak yang sangat menyenangkan hati. Itu pun rezeki bukan? Cuma sebagai mak, sentiasa doakan agar dia tetap menjadi orang yang berguna dan berjaya dengan caranya yang tersendiri kelak.
Walau Tak Kaya, Suami Penyayang Dan Bertanggungjawab
Apa lagi yang wanita inginkan selain memiliki suami yang penyayang dan bertanggungjawab pada dirinya dan anak-anak. Itu juga REZEKI bagi seorang isteri. Apatah lagi pada zaman sekarang, ramai suami yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin.
Tak dinafikan, duit itu penting namun ia bukan perkara paling utama dalam hidup. Bila suami seorang yang bertanggungjawab, sudah pasti dia akan berusaha keras untuk memenuhi kecukupan keluarganya biar pun mungkin tidaklah mewah.
Keluarga Sihat Juga Rezeki
Apa gunanya harta dan duit yang melimpah ruah jika tidak sihat. Tak kira yang diuji sakit itu suami, anak-anak atau kita sendiri. Maka, bersyukurklah bila ada keluarga yang sihat kerana kesihatan tak mampu dinilai dengan wang ringgit.
Bila anak sihat, kita tak risau dan boleh bekerja tanpa rasa risau. Bayangkan kalau anak asyik sakit, tentu hati tak selesa hinggakan terpaksa ambil cuti untuk menjaga anak.
Hidup Ikut Kemampuan
Kita perlu sedar tentang kemampuan diri. Jadi jangan terikut-ikut dengan gaya hidup orang lain. Mungkin orang lain boleh setiap minggu membeli pakaian baru untuk anak-anaknya tapi kita hanya setiap tiga empat bukan sekali baru boleh belikan. Atau bila tiba musim perayaan barulah dibeli yang baru.
Lagi pula, daripada membeli pakaian baru untuk anak-anak, lebih baik beri anak makan makanan yang sedap walau pun yang dimasak sendiri.
Bila kita hidup berlandaskan kemampuan diri kita, pasti semuakan akan cukup. Namun, tak salah sesekali nak reward diri dan keluarga dengan pergi makan di tempat mahal, tapi kira bajet dulu ye.
Sentiasa Syukur
Sentiasa ingatkan diri supaya sentiasa brsyukur dengan rezeki yang kita peroleh dalam hidup. Bila kita sentiasa bersyukur tak tak merungut, hati kita akan tenang. Kita dapat terima keadaan diri kita yang mungkin tak semewah orang lain.Tapi kita tetap mampu bahagia dengan cara kita sendiri. Memang duit itu penting namun bukan segala-galanya.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...