Begitu berseri-seri wajah penyanyi yang disukai ramai ini apabila usia kandungannya kini sudah mencecah empat bulan dan mengumumkan bakal menimang bayi lelaki dijangka pada April depan.
Ternyata khabar yang diterima ini begitu indah dan merupakan rezeki yang tidak ternilai buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Siti Aafiyah, yang kini berusia dua tahun.
Bayi Lelaki Merupakan Kembar Anak Sulungnya Aafiyah
Aafiyah
Perkongsian terbaru lebih menarik apabila Siti memberitahu bahawa bayi keduanya itu sebenarnya merupakan kembar kepada anak sulungnya, Siti Aafiyah, namun embrio tersebut disimpan terlebih dahulu.
Menerusi temu bual program radio #CartaERA40 bersama Nabil Ahmad baru-baru ini, Siti berkata embrio tersebut terjadi pada hari yang sama namun doktor tidak menggalakkan untuk masukkan dua embrio sekaligus dan memilih untuk masukkan Aafiyah terlebih dahulu.
“Sebenarnya saya lalui rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF).
Ads
“Bila kita buat peringkat-peringkat bayi, embrio dan sebenarnya bayi lelaki ini adalah kembar kepada Aafiyah.
“Dia terjadi pada waktu dan hari yang sama.
Tiga Tahun Simpan Embrio
“Tapi doktor masa tu tak galakkan masuk dua embrio. Jadi, masuk Aafiyah dulu.
“Tiga tahun kemudian baru masukkan yang ini,” luahnya ketika menjawab soalan tentang amalan untuk dapat bayi lelaki semasa temuramah tersebut.
Siti bersama suami tersayang.
Berikan Nama Anak Bermula Huruf A
Imbas kembali pada 1 Disember lalu ditemani suami Siti telah berkongsi khabar gembira dia kini sedang mengandung anak lelaki menerusi siaran langsung bersama Shopee.
Dalam pada itu, suami Siti, Datuk K turut berkongsi bakal memberikan nama cahaya mata lelakinya itu sebagai Muhamad dan seterusnya dengan nama yang bermula dengan huruf A.
Ads
“InsyaALLAH, nama anak akan diberikan pada hari ketujuh kelahiran. Nama anak lelaki saya sebelum ini, semua ada Muhamad dan bermula dengan hurup A. Jadi sama jugalah dengan yang ini.
“Syukur alhamdulillah untuk anugerah ini. Semoga dapat terus doakan yang terbaik agar baby yang bakal lahir nanti dapat menceriakan hidup kami sekeluarga, terutamanya pada Siti dan Aafiyah,” tambah Datuk K.
Bercerita tentang kandungannya Siti menyatakan, semuanya dalam keadaan yang baik dan sebagaimana kandungan pertamanya dahulu, dia tidak mengidam sesuatu di luar jangkaan.
“Nasib baik kedua-dua anak saya termasuk semasa mengandungkan Aafiyah dulu, saya tidak mengidam nak makan yang susah-susah atau pelik.
“Cuma setiap kali mengandung, saya tak boleh makan pedas sedangkan saya memang sangat suka pedas. Jadi, makan tak puaslah. Apapun alhamdulillah semuanya okay,” terangnya.
Sumber: SinarPlus Sumber Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza (ctdk)
Ada penggemar paru goreng rempah? Selalu kalau mak-mak beli di kedai, jarang sangat nak jumpa yang lembut dan rangup. Kebanyakannya keras liat sampai rasa nak tercabut gigi memakannya.
Rupanya ada rahsia nak bagi paru goreng rempah tu tak liat dan keras. Ada 4 langkah yang mak-mak nak kena buat sebelum mulakan proses menggoreng paru.
Setelah sekian lama anak-anak kita belajar secara PdPR, akhirnya bermula minggu depan mereka akan kembali ke sekolah dan belajar secara bersemuka. Ada mak ayah yang berusaha menyempurnakan kelengkapan dan persediaan untuk anak-anak ke sekolah. Antaranya termasuklah kena tampal lencana di baju mahupun tudung sekolah anak. Memang nampak senang tapi nak menjahitnya remeh. Sebab itu ramai yang rela hantar ke kedai jahit.
Namun kalau anak ramai, terasa juga walau caj menjahit satu lencana cuma RM2.00 dan lagi RM2 untuk jahit tag nama. Sudahnya kena bayar RM4. Bayangkan ada enam helai baju. Dah tentu banyak modalnya.
Untuk kurangkan pening kepala mak-mak, anda boleh ikut perkongsian daripada Puan Akmar Laily Omar yang sudi mengajar cara tampal lencana dan tag nama dengan cara paling mudah dan cepat.
Haaa… lepas ini tak perlu lagi hantar kedai jahit atau ambil masa lama untuk menjahit lencana. Ikut cara ni saja.
Bahan yang diperlukan:
Gam UHU
Kain kecil/ sapu tangan yang dibasahkan
Kertas tebal/cardboard/manila kad
Seterika
Langkah-langkah:
1. Letakkan kertas keras dalam poket atau untuk baju kurung dan tudung letak kertas ini di bahagian dalam bawah lencana . Ia bagi mengelakkan gam melekat pada kain.
2. Atur lencana pada kedudukan yang dikehendaki.
3. Sapukan gam pada bahagian belakang lencana atau tag nama.
4. Lekatkan lencana pada kedudukan yang telah ditetapkan.
5. Ambik kain basah tadi dan letak di atas lencana.
6. Seterika kain tadi pastikan ia mengenai lencana. Gosok beberapa kali. ketika ini seterika mungkin berasap tindak balas menggosok kain basah. Jangan bimbang tentang perkara itu.
7. Angkat kain dan alihkan kertas keras di bahagian dalam. Siap.
Nota:
Lencana ditampal dengan cara ini kelihatan kemas dan rapi. Masa untuk menyiapkan satu lencana lebih kurang tiga minit berbanding menjahit lencana yang mungkin mengambil masa 15 hingga 20 untuk satu lencana.
Lencana akan melekat lebih daripada 10 bulan walaupun dibasih dengan mesin basuh. Sekiranya tertanggal ulangi kaedah yang sama untuk menampalnya kembali.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelakon Nadya Syahera berkongsi rasa hati, tentang sesetengah pertanyaan malah pandangan netizen terhadap bentuk tubuhnya. Yang tanpa mereka sedari, itu juga antara salah satu tindakan ‘body shaming’ yang boleh menjatuhkan keyakinan diri seseorang.
“Kalau orang lain ada masalah nak kurus, ada orang kata gemuk lah, isi terlebih lah, berat overkilo lah, Baju susah size, stress nak kurus tapi tak boleh lawan selera makan. Diet pun tak kurus jugak.
Tapi pada I, lain plak. I rasa korang yang ada selera makan, tengok makanan ada nafsu, korang makan je, biarlah berisi sikit pun asalkan badan tu sihat takde sakit every month masuk hospital kan.
Jangan sampai diet nak kurus sampai memudaratkan. Bersyukur jelah tapi makan jangan makan benda yg berisiko bawak penyakit plak.
Macam I ni, kadang terasa stress jugak bila sekarang ni I kurus dari sebelum ni, Dulu I pakai S atau M tapi lebih kurang setahun lepas badan I jadi drop, kurus tapi kilogram maintain jugak 47-50kg. Badan je makin kecil. Orang kata berat tulang.
So bila jumpa orang, hampir semua orang yang I jumpa, reaction dorang.. ‘ keciknyaaa’ Kurusnyaa’ kaki ke ranting?’ Macam bangaulah’ bigbird lah’ awat kurus sangat?’ dan banyaklah lagi lah.”
Nadya Rasa Down, Bila Dapat Kata-kata Macam Tu
To be honest, i rasa down jugak bila dapat kata-kata macam tu dari orang. Sebab I tak mintak pun kurus kering macam ni.
I ni memang jenis suka skip makan dari dulu lagi sampai sekarang tapi badan I tak pernah drop sampai ke tahap orang tengok pun terkejut.
Maybe sebab faktor hormon dan faktor mak anak dua kan. At one point rasa nak pi ambik macam-macam supplement supaya instant dapat gemukkan badan. Tapi pikir balik buat apa nak buat semua tuuu.
I patut bersyukur walaupun I kurus kering macam ranting ke, tiang letrik ke, kaki size pelpero ke.. ahhh lantokklahh. Allah bagi I sihat tubuh badan, bukan nak riak tapi nak share pada orang yang suka ‘ BODY SHAMING ‘ ni, atleast I sihat jarang sangat sangat sakit demam. Boleh jaga keluarga I dengan sihat gitu.
Bersyukurlah Dengan Kejadian Allah Bagi
So pada korang kat luar sana, korang GEMUK atau KURUS. Bersyukur lah dengan kejadian Allah bagi. Kalau rasa nak kurus atau nak gemukkan badan korang, pilih cara yang paling baik okay.
Sentiasa Bersyukur dengan apa adanya. Jadilah diri sendiri, pedulikan orang.
Dan ini amaran yang Nadya Syahera, 26 kongsikan, “siapa yang kutuk-kutuk tu, katanya ‘Body Shaming’ boleh saman. Ha mohh kite saman dorang. Biashee tu mulut jari tangan korang takde adab eh kutuk kejadian Allah. hamboiiiii.”
MW : Betul tu Nadya.. yang penting sihat. Boleh jaga keluarga dengan kudrat yang tuhan beri.
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.