Setia seorang suami apabila setiap hari sanggup hantar dan jemput isteri selama 28 tahun walaupun dengan menaiki basikal.
Ternyata, momen yang berlangsung selama 28 tahun ini tidak pernah menimbulkan rasa bosan kepada suami ini. Bertuah betul isterinya.
Sanggup Hantar & Jemput Isteri Selama 28 Tahun Menaiki Basikal
28 tahun suami hantar, jemput isteri dengan menaiki basikal
Seorang suami membuktikan rasa cinta dan setia kepada isterinya dengan menghantar dan mengambil wanita itu dari tempat kerja menggunakan sebuah basikal selama 28 tahun, lapor portal berita Wolipop semalam.
Menerusi klip video yang dimuat naik di TikTok, pasangan suami isteri itu dilihat sedang menunggang dan membonceng sebuah basikal melalui jalan raya yang sibuk.
Setia Seorang Suami
“Suami setia, 28 tahun menghantar dan menjemput isteri dari tempat kerja menggunakan basikal. Cinta sejati pekerja kami,” tulis keterangan dalam video tersebut.
Video itu dimuat naik oleh majikan wanita berkenaan, Debby Inne Susanto yang memiliki sebuah kedai di wilayah Jawa Tengah.
“Wanita itu ialah jurujual di kedai kami yang bernama Mulyani. Dia sudah berkerja di sini selama 28 tahun.
Ads
“Sepanjang tempoh ini, setiap hari saya melihat Mulyani dihantar dan diambil oleh suaminya, Trimo dengan menggunakan basikal,” katanya.
Terharu Dengan Kesetiaan Suami
Video yang dimuat naik itu menerima lebih tiga juta tontonan dengan ramai netizen melahirkan rasa kagum dan terharu mereka melihatkan kesetiaan pasangan suami isteri itu.
“Jika majikannya tergerak hati untuk membelikan suami wanita itu sebuah motosikal, lebih mudah untuk dia menunggang motosikal,” komen seorang pengguna.
“Nampaknya tak perlu beli motosikal. Ini kerana jika mereka menaiki basikal, mereka akan mempunyai masa yang lebih lama untuk berada di atas jalan sambil berkongsi cerita agar cinta tetap mekar seperti dulu,” komen seorang lagi pengguna. – Agensi
Mingguan Wanita : Ternyata bahagia itu milik sesiapa saja, tidak kiralah sama ada menaiki kereta mewah atau basikal. Bahagialah dengan cara tersendiri. Semoga pasangan ini terus kekal hingga ke hujung nyawa.
“Luth pula ikut jejak abang,” kanak-kanak termakan keropok racun meninggal dunia. Dua beradik yang termakan keropok beracun diambil di kebun jiran akhirnya meninggal dunia. Selepas bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang, tengahari tadi Muhammad Luth Syauqi mengikut jejak abangnya.
Luth Pula Ikut Jejak Abang
Muhammad Luth Syauqi, 2, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pulau Pinang, ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang (HPP), kira-kira jam 1.24 petang tadi.
Perkara itu dimaklumkan oleh ibu mangsa Nurain Hasnorizal, 25, ketika dihubungi Buletin TV3.
Kanak-Kanak Termakan Keropok Racun Meninggal Dunia
Jenazah mangsa dijangka dikebumikan di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, Kedah, berhampiran pusara abangnya.
Berita kematian itu bagaimanapun, belum ada pengesahan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim setakat ini.
Rabu lepas, abang mangsa, Muhammad Akil Syauqi,3, yang turut termakan keropok beracun terbabit meninggal dunia di HPP selepas bertarung nyawa selama 4 hari.
Media sebelum ini melaporkan Muhammad Luth bersama abangnya, Muhammad Akil, masing-masing berusia dua dan tiga tahun, berada dalam kritikal selepas memakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim, Kedah, Ahad lalu.
Makanan ringan itu digantung pada pagar dawai dipasang pemilik kebun, didakwa bertujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanamannya. Kredit :- Buletin TV3.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Chef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan selalu muat naik kisah ibunya di akaun Instagram miliknya. Chef Wan begitu setia menjaga ibunya yang tercinta.
Terbaru Chef Wan tampil mendedahkan dirinya menggunakan khidmat pereka fesyen untuk menempah pakaian harian buat ibunya Noraini Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Cik Ani.
Chef Wan Tempah Baju Kurung Kedah
Sememangnya kasih sayang setiap anak terhadap ibu bapa haruslah dibawa sehingga ke akhir hayat. Kedua ibu bapa kita telah banyak berjasa dalam memastikan kehidupan anak-anak terjamin. Jadi, setiap anak harus sentiasa ingat akan pengorbanan mereka ini dan berbaktilah selagi diberikan kesempatan.
Apa yang dilakukan oleh Chef Wan boleh dijadikan inspirasi kepada anak muda. Walau setinggi manapun pelajaran dan kedudukan seseorang itu, janganlah lupa pada ibu bapa.
Menerusi entri di laman Instagramnya, Chef Wan dilihat memuat naik foto baju kurung Kedah yang dihasilkan oleh pereka fesyen, Calvin Thoo.
“Alhamdulilah all mom Baju Kedah pakaian daily dia sudah pun di siap kan oleh Calvin Too the designer.
“I went and collect nya at his shop di Jln Imbi semlm.
“Emak kata sangat selesa pakai, jahitan dan kain pun sejuk aja Wan.
“Tengok la siapa yang pilih emak sambil i teased her.
“With her 15 new batik sarong to match yang mana dah lusuh dan reput tu boleh la di simpan asing for now.
“She seem so happy recieving them dan tak sabar nak tengok mlm tadi but i told her tunggu pagi la.
“Cantik-Cantik Baju Emak” – Chef Wan
“Siang cerah baru nampak betul emak.
“So pagi ni siang2 dan naik ke bilik i di atas.
“Katanya ..Emak dah cuba tadi masa kau tidur!
“Cantik2 baju baru emak.
“She came up to say thank you.
“Moment like this is so precious when u can make your mom happy and proud of u kan.
“Her whole face lighted with a smile.
“Lama dia tak senyum dan gelak as the cancer medication is also hard on her body.
“Her mood swing come and go…Insomia, coughing, several ulsers developed in her mouth for weeks and eating is such a struggle even its just soupy and porridge soft food.
“Then its rashes all over her skin that developed but now its back to normal. Nausea…vomitting and hot flushes pun sering.”
Sememangnya apa yang dilakukan oleh Chef Wan merupakan sesuatu yang sangat mulia dan harus diberi pujian. Malah Chef Wan juga sanggup melakukan apa sahaja dan memberikan yang terbaik buat ibu kesayangannya.
Memang ada bezanya perasaan apabila menerima duit secara tunai di tangan berbanding secara pemindahan online. Bukan apa zaman teknologi ini, bersedekah boleh dalam pelbagai cara bagi memudahkan urusan. Namun, perasaan gembira yang dialami oleh penerima pastinya berbeza apabila ia diterima secara ‘cash’ di tangan.
Pengalaman yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razifini ada benarnya.
Pagi tadi saya hulur lah beberapa keping duit rm50 pada isteri saya.Ya Rabbi dia punya suka sampai cium tangan saya. Padahal kalau saya transfer online kemain banyak pun dia buat rilek sahaja.
Saya jadi teringat seorang sahabat saya yang suka bersedekah ni. Dia dah jutawan dah pun. Dia bagitahu yang dia suka bersedekah dengan bagi duit cash.
Katanya itu lebih mengembirakan penerima. Saya pernah cuba juga pada mak ayah saya. Memang beza bila kita transfer secara online dan bagi cash di tangan ni.
Bila bagi cash pada emak ayah kita sendiri, kita boleh tengok mimik wajah gembira mereka. Ya Allah. Ekspresi gembira tersebut memang lebih bernilai daripada wang berjuta ringgit!
Niat Gembirakan Keluarga
Kawan-kawan,
Jika balik beraya kali ni. Tak salah kiranya kita hulurkan duit pada mak ayah, kaum kerabat dan paling utama sekali pada isteri dan anak anak kita.
Niatkan untuk gembirakan mereka kerana Allah Taala, insyaAllah kegembiraan mereka akan menjadi kegembiraan terbesar buat diri kita.
Tak penting berapa nilainya, yang penting adalah nilai keikhlasan, kasih sayang dan tanda ingatan kita kepada mereka. Itu yang paling utama.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.