Tular di media sosial gambar serpihan pesawat Lion Air, ini satu ujian besar buat keluarga mangsa.
Kalau empat tahun lepas Malaysia pernah kehilangan pesawat MH370, yang sedihnya belum terubat. Namun kali ini Indonesia, kehilangan JT610 pesawat Lion Air yang terhempas di tengah laut di Tanjung Karawang, Indonesia.
Lebih mencuit emosi, dalam pesawat ini ada 189 penumpang dan anak kapal di dalam penerbangan itu termasuk dua bayi, seorang kanak-kanak, dua juruterbang dan enam kru kabin.
Ads
Pesawat Lion Air Terhempas Selepas 13 Minit
Pihak berkuasa Indonesia telah memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebuah pesawat Lion Air yang dipercayai terhempas ke dalam laut beberapa minit selepas berlepas dari Jakarta pada pagi Isnin.
Kisahnya, Pesawat Lion Air JT 610 itu baru sahaja berlepas dalam 13 minit yang meninggalkan lapangan terbang di Jakarta itu jam 6.20 pagi waktu tempatan dan tiba-tiba terputus hubungan dengan pihak kawalan trafik udara jam 6.33 pagi.
Ads
Sebenarnya ia dijadualkan tiba di Pangkalpinang pada jam 7.20 pagi (waktu Indonesia).
Tetapi melalui jurucakap SAR Indonesia, Yusuf Latif, pesawat dari jenis Boeing 737 MAX 8 disahkan telah terhempas di utara laut Karawang, Jawa Barat.
Ads
Salam takziah buat ahli keluarga mangsa yang terlibat. Cukup perit untuk ‘telan’ berita ini, namun kita hanya mampu berdoa moga segala urusan pencarian dipermudahkan.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kisah peniaga hamil, Nur Sabrina Ahmad, 33 yang kini ditahan, tidak dibenarkan keluar dari Singapura dan tak dibenarkan bekerja ketika di sana telah pun tular dimedia sosial.
Penahanannya sejak 1 Jun lalu, apabila Sabrina disyaki menjual barangan tiruan di negara itu. Kelmarin Azza Elite menulis status rayuan agar pihak berkuasa membantu sahabatnya itu.
Sabrina yang ditemui di Kota Singa itu, pernah berkongsi ceria maklumkan apa yang jadi pada dirinya sehingga dia ditahan di negara itu.
“Ni Sab.. sahabat meniaga saya kat Singapura. Berlari menemui saya saay saya meniaga booth kat Singapura.”
Dia menangis.. saya pelik.
“Kenapa ni adik.” Saya ingat dia nak jumpa saya saat saya balik dari Makkah.
Saya baru nak cakap dengan dia. “Terima kasih Sab bagi kasut kat saya. Saya gunakan saat menunaikan umrah. Saya bawa ke Tanah Haram.”
“Kak Azza.. Sab dah lama tak balik Malaysia. Hari Raya pun kat sini dari bulan puasa.”
Terkedu saya. “Kenapa?”
Dia menceritakan segala-galanya dari A sampai Z.
“Sab.. kak Azza tak tahu macam mana nak tolong Sab. Begini.. Sab ada FB tak?”
“Ada..” Sab tulis kronologi apa yang berlaku. Kak Azza cuba bantu.
“Sab kak Za tak kenal sesiapa menteri baru. Cuma kak Azza adalah artis selebriti. Apa yang kak Za cuba bantu, kak Za akan share apa yang sab keluarkan nanti.”
“Minta kawan-kawan Sab bantu juga. Paling utama Sab.. Hanya Allah yang dapat leraikan semua ini. Hanya Allah.”
“Lawan dengan doa.. senjata orang mukmin adalah doa.”
Yang berlaku ini mungkin bisa terjadi pada kita. Kita hormati negara tempat kita tumpang mencari rezeki. Undang-undang negara jiran kita mesti patuhi.
Apa yang boleh kita bawa kita bawa. Apa yang tidak jangan. Bayar GST, bayar cukai itu wajib bagi anda yang baru meniaga dan nak berniaga di negara jiran.
“Rakyat mereka masyaAllah mulia hati. Saya senang sangat berniaga di sana. Ikuti landasan yang betul. Ingan jangan ikut orang. Buat betul-betul. Right channel.”
“Sab pernah minta bantuan YB di kawasan beliau tinggal melalui suaminya tetapi tiada tindakan susulan.”
“Bantulah kami peniaga, kadang kadang tak tau nak minta bantuan sesiapa.”
“Saya bernasib baik sebab kak @noorshilaamin banyak bantu saya. Saya antara yang paling awal berniaga di Singapura selepas kak shila. Alhamdulillah rezeki jumpa direction yang betul. Dan selepas itu barulah ramai artis masuk. Tapi saya pegang satu direction saja.”
Sehingga 24 Oktober ini, status Sabrina berada dalam jaminan polis, namun tak boleh keluar dari negara tersebut.
Ketika Exco Perumahan dan Pembangunan Luar Negeri, Dzulkefly Ahmad menghubungi suami Sabrina, Zul Iskandar Awaldin, 39, beliau memaklumkan isterinya telah dihadap ke mahkamah pada 26 September lalu dan akan dijatuhkan hukuman pada 24 Oktober depan atas tuduhan menjual barang tiruan di Singapura.
“Sabrina juga tak boleh bekerja di negara itu untuk mendapatkan pendapatan. Dia menumpang di rumah saudara selain tinggal di hotel bajet di Geylang dengan kadar sewa SGD50. Dua bulan terakhir ini, dia menyewa di flat HDB dekat Boon Lay dengan sewa SGD600 sebulan.” maklum Adun Kota Iskandar itu.
Segala kos tersebut di tanggung sepenuhnya oleh suami Sabrina. Kini suaminya tidak bekerja kerana terpaksa menjaga 3 orang anaknya.
Kata Zul Iskandar lagi, isterinya itu jika sabit kesalahan boleh didenda kira-kira SGD30,000 atau penjara lima hingga enam bulan.
Dzulkefli memahami kesukaran yang dilalui pasangan suami isteri. Sebab itulah beliau maklumkan akan berikan bantuan keperluan harian kepada keluarga Nur Sabrina melalui agensi kerajaan dan bantuan denda, mereka akan melihat dahulu keputusan Mahkamah Singapura pada 24 Oktober ini.
Sabrina yang ketika ini hamil anak keempat terpaksa berjauhan dari suami dan 3 orang anaknya berusia 9 tahun, 5 tahun dan setahun lebih yang masih menyusu badan.
Suaminya pula cuma dapat kembali menemaninya dan masuk semula ke Singapura paling awal 16 Oktober ini.
Jadi mak ayah yang prihatin dan mahu meringankan beban kewangan Sabrina sepanjang penahanannya di Singapura, boleh menyalurkan sumbangan anda ke dalam akaun:
MAYBANK atas nama ZUL ISKANDAR NO. AKAUN : 151017013660
Sungguh malang tidak berbau. Malam tadi viral rakaman kamera litar tertutup (CCTV) seorang wanita dilanggar sebuah kereta yang memandu dalam keadaan melulu dan turut merempuh beberapa kenderaan lain. Video berdurasi 11 saat tersebut cukup menyayat hati kerana wanita tersebut berusaha mengelak daripada dilanggar pemandu ‘gila’ tersebut namun terus diseret dengan oleh kereta sejauh beberapa meter.
Terkini dilaporkan wanita tersebut telah meninggal dunia setelah alami cedera parah akibat dirempuh dan diseret sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari ketika melintas jalan di hadapan bangunan kedai di Shaftbury Cyberjaya di sini semalam.
Kejadian malang yang berlaku kira-kira pukul 7.34 malam itu menyebabkan mangsa Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan seorang Penolong Pengurus sebuah syarikat mengalami kecederaan parah dan dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya pada pukul 4 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, pihak polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kemalangan melibatkan lima buah kenderaan dengan seorang mangsa wanita.
“Kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan jenis Hyundai dipandu lelaki tidak dikenali telah melanggar bahagian belakang sebuah kereta jenis Proton yang diparkir di sebelah kanan hadapan bangunan kedai tersebut.
“Selepas itu, pemandu kereta berkenaan telah menghala ke kiri dan melanggar tiga buah kenderaan lain yang diparkir di sebelah kiri jalan. Semasa mangsa sedang melintas jalan, dia telah dilanggar oleh kenderaan tersebut,” katanya.
Menurut Abdul Aziz, mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dihantar ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4 pagi tadi.
“Pemandu kenderaan tersebut bagaimanapun terus melarikan diri.
“Polis kini sedang giat mengesan pemilik dan pemandu kenderaan jenis Hyundai dengan nombor pendaftaran BHS 7999 tersebut untuk siasatan lanjut,” katanya.
Susulan itu pihak polis sedang berusaha mengesan pemilik dan pemandu kereta dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Rata-rata netizen menyelar tindakan pemandu kenderaan yang memandu secara melulu sebelum merempuh mangsa yang sedang melintas jalan, malah tidak bertanggungjawab dengan melarikan diri setelah melanggar wanita tersebut.
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa atas ujian ini. Sungguh bahaya tidak dapat diduga meskipun telah berusaha untuk mengelak. Semoga pemandu ‘gila’ tersebut dapat diberkas segera dan dibawa ke muka pengadilan untuk mendapat hukuman yang setimpal.
Tragedi kematian 6 anggota penyelamat bomba dalam operasi mencari dan menyelamatkan mangsa lemas di lombong Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi cukup menyayat hati. Rakyat Malaysia diselubungi duka dan turut berkongsi rasa sebak serta simpati atas kehilangan keenam-enam wira negara ini.
Betapa besarnya pengorbanan mereka ketika menjalankan tugas, sehingga nyawa yang dipertaruhkan dan menjadi galang ganti.Ternyata mereka merupakan unit elit khas yang mempunyai kepakaran tersendiri, namun ajal menjemput bila tiba masanya dan ditakdirkan terpilih gugur sebagai seorang syahid. Satu kehilangan besar buat negara kita.
Pelakon Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad,32 merupakan antara selebriti yang sangat terkesan dengan kematian anggota penyelamat bomba ini. Mana kan tidak, pelakon ini pernah menimba pengalaman sebagai anggota penyelamat bomba sewaktu menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod “Hero” pada tahun 2016 dahulu.
Membawakan watak Khalid didalam drama bersiri tersebut ketika itu, ayah kepada Jebat Jayden ini mengakui pernah bekerja, bergurau dan bergelak tawa dengan anggota penyelamat bomba yang terkorban ini. Pelakon ini turut menjelaskan anggota penyelamat yang terkorban adalah sangat terlatih dan mahir dalam misi menyelamat, namun ditakdirkan ajal menjemput ketika mereka menjalankan tugas.
“Saya pernah bekerja, bergurau, bergelak dengan mereka dan mereka adalah yang terbaik dalam unit di air Malaysia, mereka adalah unit elit khas.. dan kehilangan yang sangat terasa buat unit di air bomba malaysia.. dan mereka sangat terlatih dan mahir dalam misi menyelamat.. banyak kes mereka bersabung nyawa dan berjaya selamatkan.. tetapi kali ini mereka dijemput oleh Allah atas tugas mereka.”
Sharnaaz turut mendoakan kesejahteraan keenam-keenam anggota bomba ini dan mengharapkan mereka dikurniakan dengan kematian syahid yang paling indah.
“Saya sangat terkesan dengan kehilangan unit di air bomba malaysia.. mereka telah gugur dan syahid ketika melakukan kebaikan.. Semoga Allah luaskan kubur mereka dan jadikan kematian ini syahid yang paling indah buat ke enam-enam hero sebenar malaysia.. @jabatanbombadanpenyelamat telah kehilangan aset paling besar negara.”
Mingguan Wanita mengucapkan salam takziah pada ahli keluarga mangsa yang terkorban.Semoga roh mereka semua dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman & beramal soleh.
Amin Ya Rabbal Alamin
Kehidupan sibuk di kota sering kali membuat kita terperangkap dalam rutin yang sama. Namun, di sebalik kesibukan kerja, sesekali rasa mahu bertukar angin, menikmati...