Selepas mendirikan rumahtangga pada 2 September lalu, Mira Fizah dan jejaka pilihannya Wan Emir Astar kelihatan begitu bahagia.
Pada hari Khamis lalu, Mira bersama dengan keluarga mentuanya telah berangkat ke Perak bagi menghadiri majlis tahlil Allahyarham bapa kepada suaminya iaitu Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad di sebuah masjid di Kuala Kangsar.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram milik ira, mereka sekeluarga turut tidak melepaskan peluang untuk membawa Mira menziarahi kubur bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar itu.
Kelihatan pada video tersebut mereka berdua mengalirkan air mana tatkala tidak dapat menahan sebak. Malah menerusi entri di laman Instagram Emir pula, dia turut meninggalkan coretannya yang mengundang sebak ramai.
“Salam Papa yang tersayang, Emir kenalkan, Nur Amirah.. your daughter Papa ..the one He has chosen for me and of me for her. And I will love her as how Papa loved Ibu, with great responsibility and passion.
Ads
Halalkan segalanya dan ampunkan dosa Ibu, Emir dan adik-adik, Papa. And “Turn over a new leaf” was one of Papa’s final words to Emir.. maka izinkanlah Emir & Amirah untuk meneruskan kehidupan ‘membina masjid’ dengan keberkatan daripada segala bakti Papa yang telah mendidik dan mengasihani Emir sejak lahirnya ke dunia ini.
Thank you Papa & Ibu Abah & Mak. Because of each one of them, of the parents’ hopes, prayers and blessings, here we are as husband and wife, and to go through life seeking The Almighty Allah’s love and pleasure.
We miss you Papa.. Every single day. Jaga Papa untuk kami, Ya Rabb. Allahummagh firlahu warhamhu wa’afihi wa’fu’anhu.”
Ads
Syahdunya rindu seorang anak kepada bapanya yang telah pulang ke ramahtullah.
“He Would Be So Proud”- Lisa
Mira cukup beruntung kerana memiliki suami yang penyayang dan seorang anak yang baik dan taat pada ibu bapanya.
Sungguh, kehadiran cahaya mata begitu dinanti pasangan suami isteri. Lagi-lagi bertahun mendirikan rumah tangga, tuhan uji belum direzekikan zuriat. Bertahun menanti, pelbagai usaha telah dicuba. Sampailah masanya, tuhan rezekikan kehadiran cahaya mata, biarpun anugerah itu bukan hadir dari rahim isteri sendiri.
Begitulah bagi pelawak terkenal Achey Bocey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya yang pernah melalui ujian lapan tahun menanti cahaya mata. Sehinggalah 22 Mei 2018, pasangan ini direzekikan kehadiran anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah Nasir.
Ketika ini, Achey dan isteri baru saja mengumumkan berita kehadiran cahaya mata angkat bernama Nur Tiara Zinnirah Nasir.
Hari Bapa lalu, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah berkongsi rasa hati. Tentang anak kecintaannya itu. Yang mana, hadirnya si comel itu telah mengubah statusnya menjadi seorang ayah.
Dialah Punca!
Katanya, “Aku merasa hari ini, Aku bersyukur pada Allah. Jika tidak DIA kurniakan Tiara Zinnirah kepada ku… tidak dapat aku merasa gelaran sebagai bapa di Hari Bapa.
Walau bukan dari rahim isteriku tapi Allah isikan kasih sayang kami yang tiada arah dahulu…. kini dapat dicurahkan kepadanya.”
Ini janji Achey pada si comel Tiara, “Ayah akan lakukan sebaik mungkin untuk kamu nak. Maaf, ayah pohon kepada awak dan mama jika ada kekurangan pada ayah dalam menjalankan tanggungjawab.
Ayah sayang awak ucuk achammm.”
Tiara dilahirkan pada 15 Mei 2018, jam 8.05 malam di Hospital Kuala Lumpur.
MW : Kadangkala ayah tak tunjuk rasa sayang pada anak-anak, bukan dia tak sayang.. cuma dia tak reti nak luah. Biasanya ayah luah melalui tanggungjawabnya hari-hari. Begitulah..
Kemelut gangguan ‘orang ketiga’ dalam rumahtangga Puteri Sarah Liyana,37 diteruskan dengan tindakan undang-undang apabila pelakon ini nekad memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa kekasih suaminya, Syamsul Yusof.
4 Tahun Menanggung Derita
Puteri Sarah berkata, selepas hampir empat tahun menangis, menahan sabar dan menanggung derita, akhirnya dia nekad mengambil tindakan undang-undang.
“Selepas pulang daripada menunaikan umrah, Mei lalu, saya nampak jelas dengan apa yang saya hendak buat dan sekarang saya fokus.
“Jadi, sebelum pergi umrah, saya sudah beri semua maklumat kepada peguam. Sepanjang sebulan di luar negara, mereka sudah siap dan kaji semuanya.
“Selepas saya pulang, kami terus berbincang dan mengambil tindakan saman,” katanya ketika ditemui di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sini, hari ini.
Mempertahankan Maruah Diri
Memperincikan tindakannya itu, Puteri Sarah berkata, dia mengambil langkah berkenaan demi mempertahankan maruah diri yang tercalar dan sekian lama didiamkan.
“Isu ini tidak akan berlarutan kalau saya tidak diganggu pihak ketiga yang terus mencabar.
“Sebelum ini, saya ada kongsi di Instagram (IG) bahawa dia mencabar saya dengan menyatakan bila saya hendak saman dan meminta peguam saya membuat tindakan segera.
“Jadi, sekarang, kami sudah failkan dua saman,” katanya.
Demi Selamatkan Rumahtangga
Selain menuntut keadilan, Puteri Sarah mahu menyelamatkan rumah tangganya dan memperjuangkan hak sebagai wanita teraniaya.
“Sebelum buat keputusan ini, saya berfikir panjang mengenai apa yang akan berlaku kepada saya, perkahwinan dan keluarga saya.
“Saya buat semua ini untuk diri sendiri dan keluarga saya. Sampai bila saya hendak kena pijak macam ini?
“Malah, ramai wanita teraniaya yang menghantar mesej peribadi bertanya nasihat. Sekarang, saya sudah bukakan jalan kepada mereka.
“Insya-Allah selepas ini, siapa yang mahu ‘menyondol’, mungkin lebih berhati-hati.
“Saya buat semua ini bagi memperjuangkan perkahwinan dan hak saya. Sudah ambil orang punya, duduk diam-diam.
“Jangan ambil orang punya, kemudian nak canang sana-sini dan kacau keluarga serta orang sekeliling,” katanya.
Perintah Injuksi Interim
Sementara itu, peguam yang mewakili Puteri Sarah, Ummi Kartini Abd Latiff berkata, defendan iaitu Ira sudah menerima perintah injuksi interim, Selasa lalu.
“Kami failkan satu tindakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berhubung gangguan. Kami sudah mendapatkan perintah injuksi pada 24 Jun yang lalu.
“Perintah ini dimohon agar agar defendan (Ira) berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di sosial media atau di mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.
“Sebab kadang-kadang ada pihak yang menggunakan akaun palsu. Jadi, ini adalah penting untuk memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap anak guam kami.
“Perintah dan permohonan ini sudah diserahkan kepada pihak defendan, Selasa lalu. Beliau sudah menerima dokumen itu dan kami akan bertemu di mahkamah pada 4 Julai depan,” katanya.
Dalam masa sama, Ummi Kartini berkata, tindakan di Mahkamah Syariah pula masih dalam proses.
“Untuk tindakan di Mahkamah Syariah, kami perlu bermula dengan aduan. Kami sudah failkan aduan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 24 Jun lalu.
“Hari ini kami berada di JAIS atas sebab perkara berkaitan syariah ini di bawah undang-undang negeri.
“Berikutan alamat tempat tinggal anak guam kami dan defendan di Selangor dan ada kejadian berlaku di Kuala Lumpur, kami dinasihat membuat aduan di kedua-dua negeri,” katanya.
Kehadiran Orang Ketiga
Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga.
Puteri Sarah juga mengakui sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul, malah, mendakwa suaminya tahu kenapa dirinya bersikap ‘dingin’.
Syamsul yang ketika ini ‘meledak’ dengan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, juga dilaporkan mengaku tidak tinggal sebumbung, tetapi tidak bermaksud mahu berpisah.
Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Mingguan Wanita: Bukan mudah untuk mempertahankan rumahtangga apatah lagi diganggu oleh orang ketiga. Semoga pengakhiran yang baik dalam rumahtangga Puteri Sarah ini.
Bakal timang anak ketiga, Saharul bimbang isteri ada ketulan fibroid “Doakan proses bersalin dipermudahkan & selamat”. Pelakon yang juga kini bergelar ahli perniagaan, Saharul Ridzwan berkongsi kisah dia dan isteri bakal menimang cahaya mata ketiga tidak lama lagi.
Saharul Ridzwan dan isteri Deena Amir mendirikan rumahtangga pada 16 September 2016. Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, dan Fateema Azzahra.
Saharul juga memaklum isterinya kini sedang sarat mengandung dan menunggu bila-bila masa sahaja akan bersalin.
Bakal Timang Anak Ketiga
Ibu dan ayah mana yang tidak seronok bakal menambah ahli keluarga dalam rumah mereka. Begitu juga dirasai oleh Saharul dan Deena.
Menyatakan keterujaan tersebut Saharul seperti mana dilaporkan Gempak menerangkan hingga kini dia tidak tahu mengenai jantina anak yang bakal dilahirkan.
Perkara yang sama dilakukan sewaktu menunggu kelahiran anak kedua kerana bagi dia dan isteri perasaan tersebut lebih menyeronokkan dan sukar digambarkan.
“Saya tengah berdebar, isteri saya memang tengah menunggu bila-bila masa sahaja akan bersalin.
“Saya memang teruja dan tak sabar hendak mengetahui jantina anak ketiga ini.
“Saya suka perasaan sebegini sebab saya memang suka surprise,” kongsi Saharul.
Doktor Pantau Samaada Isteri Bersalin Normal atau Secara Pembedahan
Disebalik kegembiraan dan keterujaan jauh di sudut hati Saharul menjelaskan dia juga risau dengan isterinya kerana belum mendapat keputusan sama ada bersalin secara normal atau pembedahan.
“Isteri saya mempunyai ketulan Fibroid di dalam rahim dan doktor akan pantau sama ada isteri saya bersalin secara normal atau pembedahan.”
Dek kerana itu juga bapa kepada dua cahaya mata ini mengharapkan agar proses bersalin akan dipermudahkan oleh Allah SWT.
“Doakanlah saya cuma harap proses bersalin nanti dipermudahkan dan selamat semuanya,” kongsi Saharul.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...