
Eyra Hazali dan suaminya Muhammad Haziq Nadzli yang merupakan penjaga gol JDT baru-baru ini telah berkongsi tentang keadaan anak mereka yang baru berusia tiga bulan dikatakan telah mengalami masalah jangkitan paru-paru atau pneumonia.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 ini telah dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq pada 14 Ogos lalu.

Eyra Hazali, Alhamdulillah Ujian Covid Negatif
Menerusi perkongsian di entri akaun Instagramnya, Eyra memaklumkan Muhammad Hayder dimasukkan ke hospital baru-baru ini selepas doktor mengesan masalah pada bahagian paru-paru.

“Alhamdulillah,officially turns 3 months old today !
“First of all,thank you for all your prayers and good wishes for Hayder. Hayder was admitted to the hospital due to pneumonia ( lung infection/ jangkitan paru paru) . When his doctor told me this,I was in denial at first because he is too young to face this.
“Tengok dia kena cucuk jarum,nangis kena buat covid test ( Alhamdulillah negative) , masukkan ubat,ambil gas,Allahuakbar…But he’s such a strong boy,a fighter. My fighter. After all the cries and screaming,he still managed to give us the brightest smile and his smile makes me stronger.
“Im so sorry you have to go through this sayang,Mama would do anything to take your place,your pain. May Allah ease everything,may Allah bless you with good health and long life. Mama and papa love you so much sayang. Our Strong Boy ️”

Senyuman Hayder Buat Eyra Terus Kuat
Malah ibu muda ini juga pada mulanya tidak percaya bayi sekecil Hayder perlu berhadapa dengan penyakit itu. Namun Eyra juga akui Hayder seorang bayi yang kuat, walaupun menangis dan menjerit namun selepas itu dia mampu tersenyum. Senyuman itulah yang membuatkan Eyra terus kuat.
Seperti mana yang dipetik menerusi portal Astro Gempak, Eyra juga menyatakan anaknya kini semakin pulih dan telah dibenarkan pulang semalam.
“Dia aktif tapi tak selesa sebab ada kahak. Tapi Alhamdulillah, keadaan dia kini semakin baik dan hari ini dibenarkan pulang tapi masih perlu follow up dengan doktor,” ujarnya.
Sumber: Instagram Eyra Hazali & Astro Gempak
Sumber/Sumber Foto: Instagram Eyra Hazali
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri Tak Perlu ‘Berkuasa’ Dalam Semua Hal, Cukuplah Jadi Penyeri Hidup Suami

Isteri selalunya nak menang kalau ada perkara yang dia rasa tidak puas hari. Kadang-kadang isteri fikir apa yang dia cakap semuanya betul. Untungnya, bila suami malas nak melayan akan di’iya’kan saja. Sebab tak mahu bergaduh atau bermasam muka.
Walau bagaimanapun, ada jugak pasangan berkahwin dengan isteri yang suka mengongkong. Ingatkan lelaki saja. Inilah yang dikatakan isteri dominan. Dominan dalam semua perkara.
Perkongsian Rubiatul Addawiyah dalam membincangkan tentang perkara ini.
Tafsiran queen control ini membawa kepada seorang isteri yang mempunyai sifat dominan melebihi tampuk pimpinan keluarga iaitu suami.
Segala keputusan dia nak buat.
Dia mahu berkuasa ke atas semua perkara dan situasi sehingga terlupa dia ada suami untuk dia taati dan tundukkan egonya.
Perkahwinan adalah satu medan penyatuan kasih dua orang insan berbeza jantina, budaya pembesaran dan corak pemikiran.
Mereka bukan hanya menjadi penyeri hidup kepada satu sama lain, bahkan perkahwinan itu merupakan amanah yang akan dipertanggungjawabkan satu hari nanti.
Punca Penceraian
Mengikut statistik pendaftaran perceraian Mahkamah Syariah melalui laman web www.data.gov.my, ia menunjukkan trend peningkatan kes perceraian dari tahun 2013 hingga ke 2017.
Tiga sebab utama dicatat sebagai punca kepada kes perceraian ini.
1.Faktor kewangan
2.Gangguan pihak ketiga
3.Penderaan fizikal dan mental
Isteri Dominan
Mungkinkah memiliki pasangan dominan merupakan salah satu faktor penderaan mental? Ia boleh berlaku jika tidak dikawal dan diurus selia dengan baik oleh ketua keluarga.
Memperoleh isteri yang dominan dari segala segi, suami perlu bijak main peranan sebagai ketua keluarga.
Surah An-Nisa' ayat 34 yang bermaksud:
Cuaca sesebuah rumah tangga, ianya didominasi oleh isteri. Fitrah isteri dianugerahkan kelebihan emosi. Namun cuaca si isteri pula adalah bergantung kepada apa yang ditentukan oleh suami.
Maka di sini, wujud satu peranan yang perlu sama-sama ambil faham dan peduli bahawa perkahwinan itu bukan lagi sebatas kau-kau dan aku-aku. Ia memerlukan kerjasama kedua pihak. Suami itu pemimpin di dalam keluarga, isteri sebagai tulang belakang kepada suami.
Bagaimana mengenali isteri queen control ini? Ada beberapa cara kita nak kenal bagaimana isteri bersifat dominan ini.
1.Bersikap bahawa dia sahaja yang betul.
2.Ambil alih tugas utama suami.
3.Suka kawal keadaan.
4.Suka mengarah tak tentu hala.
5.Tidak mahu dengar pendapat orang.
Tempoh Bertunang
Sebelum berkahwin, adanya tempoh bertenang bernama bertunang. Pada saat ini, kita digalakkan mengenali bakal pasangan kita. Namun awas, patuhi batas syariat kerana kalian masih belum halal. Sebaiknya, kenal melalui keluarganya, seperti makan bersama kedua buah keluarga.
Libatkan ahli keluarga dalam perkara ini. Mata orang lama dengan mata orang sedang bercinta tidak sama. Telinga orang lama tidak sama dengan telinga kita yang sedang berkasihan ini.
Jika sudah berumah tangga, masih belum terlambat untuk para suami memperbaiki dan mengawal keadaan isteri bersifat dominan seperti ini. Berikut beberapa cara yang boleh diusahakan suami bagi menyelamatkan perkahwinan yang disayangi.
1.Ice breaking – selami perasaan dan pandangan masa hadapan masing-masing dengan tenang, sambil bersembang. Peruntukkan masa khas untuk kalian bersama mengenang kembali manifesto cinta kalian.
2.Ambil hati pasangan – hati wanita, sifatnya lembut. Jika ditangani dengan lembut, pasti hasilnya akan kita nikmati satu hari nanti. Batu yang keras pun akan lekuk andai dititis air berhari-hari.
3.Memberi – teruskan memberi dengan penuh kesabaran. InsyaAllah, hatinya bakal lembut, seterusnya bakal menundukkan egonya agar patuh kepada suami, selaku pemimpin yang lembut dan sabar.
4.Orang tengah – boleh menggunakan orang tengah yang dipercayai dan dihormati untuk menegur isteri bersifat dominan ini.
5.Wujudkan perbincangan secara dua hala secara kerap. Fahami perbezaan dan raikan cara berfikir dalam mengurus situasi.
6.Sentuh pasangan dengan kasih sayang dan keikhlasan. InsyaAllah keikhlasan itu akan dirasai pasangan.
7.Solat jemaah dan makan bersama – kerana kesibukan, kita abaikan dua perkara rohani ini. Penghormatan dan keperibadian anda sebagai suami akan perlahan-lahan diakui oleh wanita bersifat dominan ini.
8.Libatkan dua perkara ini dalam setiap tindak tanduk kita:
a.Terima kasih
b.Minta maaf
Petikan kata-kata Bonda Nor di dalam naskhahnya berjudul Isteri Dominan, ‘tanpa perlu menjadi raja, engkau juga mampu memegang tampuk kuasa'.
Begitulah.
Di dalam memenangi sesuatu, kita perlu korbankan sesuatu.
Jika ada pilihan dengan mengambil hati kekasih hati, mengapa perlu kita tegakkan kuasa dominan kita?
Seni memenangi hati ini bukan sehari dua saya belajar. Ia memakan masa sepanjang usia perkahwinan kita.
Lain situasi, lain caranya.
Tak perlu menang selalu.
Cukup kita tahu apa yang perlu dibuat untuk kedamaian dan kerukunan perkahwinan kita. Seiring dengan panduan mengikut syariah.
Belajarlah dari setiap sisi ujian yang terhidang dalam perkahwinan ini.
Buka mata, besarkan jiwa.
Perkahwinan merupakan satu daripada episod kehidupan kita.
Nikmati, rai, dan hargai setiap episod tersebut.
MW: Terimalah pasangan seadanya, sebab dialah yang melengkapi apa yang kurang dan apa kelebihan pada diri masing-masing.
Sumber: Rubiatul Addawiyah
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Raya Norma Baharu Bersama Huawei Y6p ‘Skrin, Bateri Dan Gaya Besar’ Hanya RM559

Hari Raya di musim Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serba berbeza. Biar pun Hari Raya, anda disarankan melakukan penjarakan sosial. Ianya membuatkan Aidilfitri disambut dalam norma baharu, tiada istilah balik kampung apatah lagi kunjung mengunjung. Tetap, rakyat Malaysia meraikan Hari Raya dengan gembira.
Hari Raya semakin bermakna dengan adanya Huawei Y6p, telefon pintar terkini keluaran Huawei yang ditawarkan pada harga RM559. Sangat berpatutan harganya ditambah nilai dengan ciri-ciri terbaru dan canggih.
Jom semak, apa yang istimewa dengan telefon pintar, Huawei Y6p ini.
Huawei Y6p Ada Aksesori Cantik Sepadan Dengan Baju Hari Raya Anda
Hari Raya ini walau tak dapat balik kampung, tetap meriah dengan gambar-gambar kenangan bersama tersayang. Terima kasih Y6p sebab ada skrin dan bateri yang besar. Mudah sangat nak simpan banyak gambar dan video dalam phone yang dikongsi dari sanak saudara.
Gambar OOTD pagi raya pun boleh ambil lama-lama sebab besarkan bateri phone tu.
Satu lagi.. bila nak buat panggilan telefon, video atau mesej ahli keluarga dan rakan-rakan untuk ucapkan Selamat Hari Raya, bateri telefon yang tahan lama dalam jangka masa panjang penting sangat. Jangan bimbang, sebab Huawei Y6p lengkap dengan pakej bateri tahan lama ini.
Paling seronok. Y6p ini hadir dengan 3 warna menarik yang boleh dipadankan dengan baju Hari Raya anda, begitu juga aksesori cantik untuk meraikan Hari Raya. Apa ada hal.. raya kan sebulan.

Boleh Buat Panggilan Video Bersama Yang Tersayang
Skrin telefon pintar ini bersaiz 6.3 inci dengan resolusi 1600×720. Amat selesa untuk panggilan video bersama yang tersayang di pagi Hari Raya. Lagi-lagi waktu inilah nak bermaafan dan bertanya khabar.
Bagi yang meraikan Hari Raya tanpa ibu bapa di sisi dan cuba memasak lauk istimewa sendiri. bolehlah cuba buat panggilan bersama ibu bapa, rakan taulan dan masak bersama-sama.

Rakam Memori Aidilfitri
Huawei Y6p didatangkan dengan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP, sesuai untuk mengambil gambar dan video kenangan. Bolehlah ambil gambar ibu sedang memasak, nanti kongsikan dengan abang dan kakak yang tak dapat balik raya tu.
Ruang memori Y6p bersaiz 64GB membolehkan anda simpan gambar dan video dengan banyak. Boleh lagi nak buat sesi fotografi dengan baju sedondon Hari Raya untuk kenang-kenangan. Kan Raya PKP ini istimewa.
Pelanggan Huawei yang membeli peranti Y6p layak mendapatkan 15GB cloud storage secara percuma selama 12 bulan. Tak perlu dah nak risau sama ada cukup storan atau tak untuk semua video dan gambar raya.

Inilah Masanya Nak Beri Duit Hari Raya Tanpa Tunai
Dengan adanya kemudahan teknologi terkini, duit raya pun boleh diberi tanpa tunai. Setiap peranti Huawei termasuklah model baharu, Y6p pengguna boleh mengakses APPGallery di mana ia menawarkan beratus aplikasi terkini untuk kemudahan penggunanya.
Antara aplikasi popular yang ada di dalam APPGallery adalah Maybank2u, Touch n’ Go eWallet, dan Boost. Syukur Alhamdulillah, anda masih boleh hantar dan terima duit raya!
Menonton Filem Bersama Di Rumah Pun Boleh

Khas untuk pengguna Huawei Y6p, mereka ditawarkan Viu Premium secara percuma untuk dua bulan. Macam mana nak dapatkan siaran ini? Caranya mudah saja, pengguna hanya perlu muat turun aplikasi Member Center di APPGallery. Kod percuma boleh didapati di aplikasi Member Center ini.
Dengan adanya Viu Premium, pengguna Huawei Y6p dapat menonton pelbagai filem dan drama popular tanpa iklan, serta filem eksklusif untuk pelanggan Viu Premium.
Bagaimana nak dapatkan Huawei Y6p ini? Y6p kini boleh dibeli di kedai rasmi Huawei, di kedai fizikal serta dalam talian, Huawei.
Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman web rasmi, Huawei serta Facebook Huawei Malaysia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Impak Asap Rokok Jejas Kualiti Gaya Hidup

Aduh rimasnya jika setiap kali memasuki kediaman, bau asap rokok melekat di baju dan fabrik yang ada di dalam rumah. Ya, itulah ‘kesengsaraan’ yang perlu dihadapi oleh suri rumah yang mempunyai suami yang dikategorikan sebagai perokok tegar.
Bayangkan, anda baru tiba di rumah selepas penat di pejabat, dijamu pula dengan bau yang kurang menyenangkan di rumah. Memang boleh merosakkan mood!
Wanita sememangnya memainkan peranan yang penting dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Tidak kira sama ada Wanita tersebut berkerjaya atau seri rumah, mereka memainkan peranan utama dalam membentuk persekitaran dan Kesihatan yang baik untuk keluarga dan kediaman.
Tidak dinafikan, sebagai isteri dan ibu, pilihan mereka memberi impak yang besar terhadap kesejahteraan keluarga. Salah satu keputusan yang perlu diberi perhatian khusus terutamanya jika suami adalah seorang perokok adalah sama ada membenarkan merokok dalam rumah di mana pilihan tersebut bakal memberi impak jangka panjang.

Wanita dan kanak-kanak merupakan golongan paling ramai menderita diserang penyakit berkaitan rokok akibat pencemaran asap rokok daripada perokok tegar yang berada di sekitar mereka. Laporan kesihatan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya mendapati pencemaran asap rokok antara penyebab utama 80 peratus risiko serangan penyakit membabitkan golongan berkenaan.
Kedua-dua golongan ini bukan perokok, namun terdedah asap rokok terutama daripada perokok di kalangan ahli keluarga. Walaupun wanita tidak merokok, tetapi jika terdapat ahli keluarga mereka masih mengamalkan tabiat merokok, risiko mereka sekeluarga diserang penyakit berkaitan rokok adalah tinggi.
Menurut Pengurus Pengurusan Projek dan Integrasi Pengetahuan di PMI, Mark Bently, berkata apabila seseorang menyalakan sebatang rokok, asap rokok yang dilepaskan mengandungi lebih 6,000 jenis bahan kimia dengan sekurang-kurangnya 100 telah diklasifikasikan sebagai bahan kimia berbahaya dan berpotensi bahaya, yang mana bahan toksik inilah sering dikaitkan sebagai penyebab penyakit berkaitan merokok. Antaranya termasuklah masalah pernafasan, kanser paru-paru, emfisema, dan lain-lain lagi.
Aktiviti merokok adalah pertaruhan terhadap kesihatan. Malah, wanita menghadapi risiko unik seperti komplikasi semasa kehamilan dan potensi kesuburan yang berkurangan.

Oleh yang demikian, amat penting bagi wanita memastikan persekitaran kediaman bebas dari asap. Beberapa langkah boleh diberi perhatian antaranya termasuklah menetapkan peraturan jelas tentang larangan merokok di dalam rumah, mendidik ahli keluarga tentang bahaya merokok dan asap rokok kedua serta mengamalkan pengudaraan rumah yang baik.

Namun, apabila diminta untuk berhenti merokok, ramai yang sukar melakukannya. Ini disebabkan oleh nikotin yang terdapat dalam tembakau yang menyebabkan ketagihan. Namun, nikotin tersebut bukanlah penyebab utama penyakit berkaitan merokok. Penyebab utama penyakit tersebut adalah disebabkan oleh asap rokok.
Sememangnya merokok mendatangkan lebih banyak kemudaratan dari aspek kesihatan dan kehidupan seharian. Ia bukan sahaja menjejaskan kualiti kehidupan si perokok, malah ia memberi impak terhadap individu di sekelilingnya.
Oleh yang demikian, tabiat merokok perlu dihentikan untuk menjadikan kualiti hidup lebih bermakna dan bebas dari pelbagai gejala penyakit yang boleh memberi impak negatif terhadap gaya hidup secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, tidak semua perokok boleh ataupun mahu berhenti merokok, jadi bagaimana nak kurangkan kemudaratan tersebut?

Sebagai alternatif, produk seperti snus, vape, tembakau yang dipanaskan (HTP) dan e-rokok dilihat sebagai antara kaedah untuk mengurangkan kemudaratan merokok. Ini disebabkan produk alternatif ini tidak melibatkan proses pembakaran. Contohnya, produk tembakau yang dipanaskan cuma memanaskan tembakau manakala vape pula memanaskan cecair nikotin. Walaupun ia tidak bebas daripada risiko, namun ia merupakan suatu usaha yang kurang berbahaya berbanding dengan rokok tradisional.
Sebagai usaha mengurangkan tabiat merokok, negara-negara seperti Jepun yang telah merangkul produk bebas asap rokok telah menunjukkan penurunan yang ketara dalam jumlah perokok. Pada tahun 2016, Jepun mencatatkan 43.6 bilion batang rokok yang dijual dalam negara telah merosot sebanyak 43 peratus kepada 25 bilion batang pada tahun 2021.
“Walaupun tumpuan di sini adalah pada Jepun, ia bukan satu-satunya negara itu menerima pengurangan bahaya tembakau. Contohnya, Public Health England telah menyatakan bahawa “peranti penghantaran nikotin alternatif, seperti produk vape nikotin, boleh memainkan peranan penting dalam mengurangkan beban kesihatan yang besar disebabkan oleh tabiat merokok.” – Tomoko Lida, Pengarah, Penglibatan Saintifik Serantau Asia di PMI
Apa-apapun, paling baik adalah untuk seseorang berhenti merokok sepenuhnya. Seseorang yang mahu berhenti merokok bolehlah mendapat nasihat atau dapatkan bantuan professional. Tetapi kalau usaha ni pun gagal, maka perokok tegar bolehlah menggunakan pendekatan pengurangan kemudaratan tembakau (THR) dimana mereka boleh beralih kepada produk alternatif seperti produk bebas asap yang kurang mudaratkan kesihatan walaupun ia tidak bebas risiko.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

