Dalam perkongsian di tiktok @halilhakim92, jelas menunjukkan seorang ayah memecahkan cermin kereta bila melihat anaknya tertindur dan terkunci dari dalam.
Ads
Semuanya berlaku dalam sekelip mata dan apa yang diberitahu, ayanya meminta anak untuk kunci kereta kerana ingin ke kedai. Sebaik datang kembali ke kereta, anaknya tertidur dari dalam.
Cukup membanggakan apabila ayahnya bertindak pantas dan tidak berlengah-lengah terus memecahkan cermin kereta dengan penukul.
Apalah sangat dengan cermin kereta berbanding dengan anak. Sayang anak lebih dari cermin kereta.
Ads
Mingguan Wanita : Demi anak, mak ayah sanggup lakukan apa saja.
Sumber: tiktok @halillhakim92
@halilhakim92suruh anak kunci pintu,ayahnya g kedai..last2 anak dia tido..tp respect ayah dia dgn pantas xckp byk,dia lebih syg anak dia dr cermin kereta..
‘Dengar jeritan panggil abah, tapi tak mampu selamatkan.’ Pilu dua anak terkorban dalam kebakaran menjelangnya syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Pedih hati menerima kehilangan anak dalam kebakaran yang berlaku di depan mata. Allahuakbar beratnya ujian!
Abah… abah. Itu jeritan terakhir dapat didengar seorang lelaki dalam insiden kebakaran sebuah rumah kedai yang mengorbankan dua anaknya di Bandar Seri Iskandar di sini pada Khamis.
Kejadian sekitar jam 4.30 pagi itu mengorbankan Muhammad Fahmi Mohd Fazlan Nizam, 6, dan adiknya, Nur Fahmia berusia enam bulan selepas terperangkap dalam sebuah bilik di rumah kedai terbabit.
Ketika kejadian, dua beradik terbabit sedang nyenyak tidur di bilik hadapan tingkat 2 bangunan, sementara ibu bapanya sedang bersahur di tingkat bawah.
Menurut bapa mangsa, Mohd Fazlan Nizam Mohamed Hamidi, 37, sebaik menyedari kebakaran berlaku, dia segera naik ke tingkat atas untuk menyelamatkan dua anaknya itu.
Bagaimanapun katanya, usaha itu gagal kerana keadaan asap terlalu tebal memenuhi ruang bangunan itu.
“Waktu saya naik tangga, saya dengar jeritan anak sulung saya memanggil abah abah beberapa kali. Saya menyahut dengan harapan dia dapat bertahan sementara saya cuba membawa mereka
keluar.
“Tetapi tak lama jeritan itu hilang, saya cuba masuk, tetapi tak berdaya kerana sesak nafas, tiga kali saya usaha, namun tidak juga berjaya.
“Beberapa orang juga cuba membantu memanjat papan tanda dan memecahkan cermin hadapan kedai dengan harapan dapat masuk ke bilik, namun tetap juga gagal.
“Menyebabkan kami pasrah dan hanya mampu menunggu bantuan daripada pihak bomba,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Changkat Melintang, Parit, Perak.
Dia yang mengusahakan restoran masakan tomyam bersama isteri, Mimi Doleng, 28, di tingkat bawah rumah kedai itu telah mendiami bilik berkenaan sejak hampir setahun lalu.
Dua lagi bilik di tingkat sama dijadikan penempatan lima pekerjanya.
“Mereka berdua baru sahaja masuk tidur selepas penat bermain di kawasan kedai ini. Selepas tidurkan mereka, saya dan isteri turun untuk membantu pekerja mengemas meja dan kerusi.
“Tak sangka itulah kali terakhir kami dapat tatap dan tidurkan mereka,” katanya pilu.
Tambah Mohd Fazlan Nizam, beberapa hari sebelum kejadian, anak sulungnya yang mesra dipanggil ‘Abe’ merengek mengatakan mahu balik, tetapi tidak menyatakan mahu balik ke mana.
“Selepas kejadian ini, barulah saya dapat tahu, erti balik itu mahu balik ke mana. Walaupun sedih kehilangan kedua-dua anak sekali gus, tetapi kami reda dan menerima ujian yang diberikan tuhan,” katanya yang turut memaklumkan persiapan baju raya dua beradik itu telah pun siap.
Jenazah dua beradik berkenaan akan dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Jalan Kampung Bali, Tronoh pada hari ini.
Manakala jelas datuk mangsa, Mohamed Hamidi Mohd Alias, 60, kali terakhir dapat bertemu dengan dua cucunya itu pada 1 Ramadan lepas.
Dia yang baru pulang mengerjakan ibadah umrah sempat membelikan sepasang jubah dan abaya serta perhiasan gelang untuk dua cucunya itu untuk dipakai pada hari raya pertama.
“Bila ditunjukkan jubah, cucu lelaki saya tu suka sangat dan tak sabar nak pakai, sebab ini kali pertama dia beraya dengan jubah,” katanya.
Dalam kejadian itu, dua beradik berkenaan berjaya dikeluarkan anggota bomba dan pemeriksaan mendapati tiada sebarang kesan kebakaran nyata pada tubuh badan.
Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika dibawa ke Hospital Changkat Melintang bagi tujuan pemeriksaan lanjut.
Mingguan Wanita : Pemergian anak yang masih kecil tentu saja meninggalkan kesan yang mendalam kepada kedua ibu bapanya. Semoga mak ayah ini terus kuat berdepan dengan ujian berat ini.
“Menunggu kepulangan yang tak pernah pulang.” Syahdu suami pergi selepas tiga hari isteri tamat pantang. Beratnya ujian wanita yang dikenali dengan panggilan Jue Azur ini.
Kehilangan suami yang menjadi tempat bergantung harap, sementelah perkahwinan baru saja setahun jagung pasti saja cukup menguji.
Lebih menyedihkan sang suami pergi di saat pasangan ini bahagia menerima cahaya mata pada Februari lalu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul segala kenyataan yang memilukan ini.
Perkongsian Jue Azur di akaun Tiktok meraih pelbagai reaksi netizen. Ramai yang mendoakan wanita ini terus kuat berdepan dengan takdir ini.
Malahan tak kurang juga yang turut sama berkongsi kisah yang sama yakni kehilangan suami di saat mengandung dan baru mendirikan rumah tangga.
Ternyata kesakitan dan kesedihan yang dialami ini turut dikongsi oleh wanita-wanita yang senasib dengannya. Rata-rata antara mereka mendoakan agara Jue Azura terus kuat dan menyatakan dia tidak keseorangan.
Punca pemergian suami Jue Azur bagaimanapun tidak dijelaskan namun terdapat beberapa komen daripada sahabat dan juga saudara arwah yang menyatakan dia pergi kerana terkena buatan orang.
Sejauh mana kebenaran itu tidak dapat dipastikan. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan dalam masa yang sama Jue Azur terus kuat menghadapi ujian ini.
Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa diuji lagi. Kali ini, didatangi seorang wanita yang didakwanya mempunyai masalah kesihatan mental. Mengakui dirinya adalah isteri pertama beliau.
Bukan itu saja, wanita ini juga sanggup menaiki keretapi dari Perak ke Putrajaya semata-mata mahu bertemu Datuk Alha.
Bagaimana pun kesibukannya pada hari kejadian, tidak membolehkan beliau berada di premis perniagaannya itu. Akui beliau lagi, wanita berkenaan seolah-olah mengenalinya dengan begitu rapat.
Sedangkan, Alha sendiri tidak mengenali wanita yang mendakwa dirinya isteri pertama beliau. Biar pun menerima kejutan sebegitu, Alha merasa sedih dan sayu mengenangkan keadaan yang dideritai wanita berkenaan.
Allahu.. dugaan dan cabaran di bulan RAMADHAN, sejujurnya jauh di sudut hati saya, saya sangat rasa sedih dan sayu mungkin atas sakit atau saya sendiri tak tau masalah ape yang dihadapi kakak ni.
Saya berharap kita semua dapat melindungi ahli keluarga kita yang tidak sihat, mental atau fizikal supaya perkara-perkara seperti ini tidak berlaku.
Amat-amat merbahaya, dari PERAK ke PUTRAJAYA naik kereta api.. semata-mata nak berjumpa saya.. tapi saya busy di hari kejadian, saya mintak maaf.
Yang kurang sedapnya beliau mengaku sebagai isteri pertama saya. Semua detail nama penuh saya, dan beberapa perkara lain beliau seolah amat mengenali saya terlalu rapat.. sedangkan saya tidak langsung mengenali beliau.
Kepada customer-customer yang datang shopping kelmarin dan berada di tempat kejadian, harap tidak “termakan” cerita-cerita yang dibawa kakak ini.
Katanya saya dukung beliau, peluk beliau ke bilik dan lain-lain lagi boleh membuatkan orang salah anggap sebab beliau amat berpewatakan NORMAL.
Selama berjam-jam beliau duduk di outlet saya seolah tak nak keluar jika saya tak datang. Beliau tinggalkan barang-barang dan beg-beg beliau dan suruh saya hantar ke rumah “kami” kononnya kami duduk serumah.
Apa pun, kepada keluarga beliau, posting ini bukan untuk membuka aib sesiapa, tetapi saya juga berpesan kepada diri saya, jika ahli keluarga mengahadapi masalah, perlu kita mengambil berat. Kalau salah langkah kakak ni, saya risau macam-macam kejadian boleh berlaku kalau terjumpa dengan orang yang salah.
Terima kasih pihak polis dari BALAI POLIS ABU BAKAR BAGINDA yang membantu saya dalam hal ini.. jasa kalian amat-amat saya hargai.
Untuk rekod, Datuk Alha Alfa pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Azlin ismail. Berkahwin di Taiping, Perak pada 28 September 2020 sebelum berpisah enam bulan selepasnya.
Mingguan Wanita : Kesihatan mental bukan hal yang boleh dibuat main-main. Dapatkan rawatan segera sekiranya ada tanda-tandanya pada diri sendiri.
Sebuah rumah perlindungan wanita, Baitus Solehah mendedahkan kes gadis mengandung tanpa nikah yang agak luar biasa.Bukan sekali tapi lapan kali dan hampir kesemua kehamilannya melibatkan lelaki berbeza selepas individu berkenaan mendapatkan perlindungan ketika kehamilan kelapannya.