Saintis Pesan Kurangkan Membawang, Lebihkan MAKAN Bawang Merah Mentah, Ini Sebabnya..

Fungsi bawang dalam masakan mak-mak itu sebagai pelengkap keenakan. Bawang itu buat masakan ada rasa manis semulajadi. Untuk pengetahuan mak-mak, bawang merah mentah itu rupanya khasiat dia lagi hebat.

Sebab, bawang merah MENTAH itu ada bahan antikanser.

Inilah yang dikongsikan oleh saintis MARDI, Dr Suri Roowi mengenai khasiat bawang mentah yang tiada atau kurang pada bawang yang dah dimasak.

 

Saintis Pesan Kurangkan Membawang, Lebihkan MAKAN Bawang Merah Mentah, Ini Sebabnya..
PILIH BAWANG YANG BETUL; Bawang merah itu terbaik untuk dimakan mentah. Jadikan jeruk, salad mahupun letak dalam sandwich.

7 Khasiat Bawang Merah Mentah Yang Mak-mak Kena Hadam

1. Bawang merah mentah kaya bahan khasiat seperti organosulfur dan flavonoid

2. Bahan ini bersifat antiplatelet (cegah pengumpalan darah) dan antikanser terutamanya antikanser usus, perut dan kerongkong.

3. Jika kita makan bawang merah mentah, ia bagus untuk bantu elak sakit jantung dan ‘stroke’

IKLAN

4. Sebaliknya, bahan antiplatlet akan mudah hilang jika bawang di masak. Kajian ke atas 12 subjek manusia menunjukkan aktiviti antiplatelet akan musnah antara 3 dan 6 minit selepas masak. Selepas 10 minit memasak, bawang sebaliknya merangsang aktiviti platelet (jadikan darah mudah bergumpal).

5. Keupayaan mencegah pengumpalan darah disebabkan oleh bahan organosulfur

6. Bawang kuning tinggi mineral seperti I fosforus, potasium, magnesium dan zat besi.

7. Bawang merah pula tinggi antioksidan dan vitamin C.

 

IKLAN

Saintis Pesan Kurangkan Membawang, Lebihkan MAKAN Bawang Merah Mentah, Ini Sebabnya..

Cara Ini Buat Mak-mak Tak Pedih Mata Masa Potong Bawang

Simpan bawang dalam freezer selama 5 minit untuk elakkan pedih mata. Kaedah ini juga tinggikan khasiat bawang dimana bahan antioksidan quercetin akan terhasil dengan lebih banyak lagi

Justeru kurangkan `membawang’, sebaliknya makanlah bawang mentah sebagai ulam untuk bantu cair darah.

Rujukan :

IKLAN
  • Cancer Prev. Res. 2015 8(3): 181-188
  • Bulgarian Journal of Agric Sci. 21 (4): 736-741
  • Hansen et al. Nutrition Journal 2012, 11:76

 

Bawang Merah Mentah Lebih Sedap Dimakan Ikut Resepi Mak Mak

Tapi tak semua mak-mak boleh makan bawang mentah macam itu saja. Rasa ‘pijar’ pedas bawang itu buat tak tahan kan.

Sebab itulah, orang lama-lama dah siapkan resepi terbaik yang bolehkan kita menikmati bawang mentah tanpa merasai rasa tak sedap itu.

Antara yang mak-mak boleh buat adalah masukkan bawang merah mentah dalam kerabu, sambal kicap, sambal belacan malah air asam. Nampakkan khasiat hebat yang ada dalam setiap resepi mudah mak-mak itu.

Sumber/Foto : Dr Suri Roowi, Principal Scientist

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI