Percayalah ibu ayah, anak-anak yang lahir itu asalnya bersih ibarat kain putih. Ibu ayahlah kemudian mencorak keperibadian mereka.
Dalam membesarkan anak-anak, rezeki macam mana yang ibu ayah bawakan dalam rumah setiap hari. Dari sumber yang halalkah, haram atau syubhah.
Bagaimana ibu ayah mengasuh mereka dari kecil. Didikan yang bagaimana? Jika dirasakan sudah tersilap didik, selagi nyawa dikandung badan.. wahai ibu ayah masih belum terlambat untuk memperbaiki diri.
Hayati pesanan Bonda Nor yang begitu dekat di hati.. kerana akhir-akhir ini persoalan sebegini begitu dekat dengan diri kita.
Asalnya Mereka Hanyalah Sehelai Kain Putih
Yang terjoget-joget di khalayak ramai tanpa segan silu itu, jika dahulu diasuh dengan betul mungkin hari ini seorang Al-Hafizah.
Yang sedang menyombong hingga dikeji penduduk bumi itu, jika diasuh dengan baik, mungkin hari ini sedang dipuji seisi langit.
Asalnya mereka hanyalah sehelai kain putih…
Dulu saya memang garang dengan anak-anak. Tegas! Apabila anak-anak mula membesar, saya lihat dia layan adik-adik, rasa macam lihat cermin. Nampak watak sendiri. Yang kasar, yang keras.
Ads
Menangis saya hayati hadis Nabi, tentang anak-anak ibarat kain putih.
Merintih saya sendiri-sendiri. ‘Ya Allah, apa aku dah buat ni?’
Proses Nak Betulkan Anak Bukannya Mudah
Sungguh, proses nak betulkan situasi, tak mudah. Yang pasti, proses nak betulkan anak-anak ialah proses membetulkan diri sendiri.
Mujahadah!
Namun berbaloi. Pelan-pelan, situasi mula berubah. Alhamdulillah, Allah tunjukkan pada saya betapa Allah sentiasa bantu setiap hamba yang ingin perbaiki kesilapannya. Sungguh, Dia Maha Pengampun!
Sebab tu, tulus daripada hati saya, nak ajak semua ibu bapa banyakkan muhasabah diri.
Apa makanan yang kita sumbat ke mulut anak kita? Duit haram atau halal atau syubhah?
Rezeki macam mana yang kita bawa pulang ke rumah? Duit hasil kita berlakon, menyanyi, berpakaian seksi, duit riba, duit rasuah?
Apa yang anak-anak kita lihat kita buat setiap hari? Pergaulan bebas, minum arak, parti, tengking orang sana sini?
Allah…
Mereka cuma kain putih. Terlakar padanya setiap warna yang ada di sekitar mereka, yang kita dedahkan pada mereka, setiap hari.
Maka, jika lihat anak-anak mula liar, semakin liar, semakin liar, kita yang perlu lebihkan istighfar, berlapis-lapis istighfar. Kena minta ampun pada Allah. Kena minta maaf pada anak-anak kita.
Kasihan anak-anak kita.
Ads
Mereka asalnya hanya kain putih… yang sudah dirosakkan!
Maka, wahai ibu bapa, jika benar kerosakan yang berlaku adalah angkara kita, berasa malulah dengan Allah. Sujudlah mengakui salah.
‘Ya Allah, apa aku dah buat ni? Apa yang sudah kucontengkan pada kain putih yang Kau beri?’
Allah … selagi masih bernyawa, perbaikilah!
#BondaNor
Mingguan Wanita :Anak ibarat kain putih, ibu ayahlah yang mencorak mereka mahu menjadi seperti apa.
Nana Mahazan hadiahkan kereta idaman ibu, syukur alhamdulillah niat selebriti versatil, Nana Mahazan untuk memberikan sebuah kereta buat ibu dan ayahnya termakbul.
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tak dinafikan lagi ibu bapa adalah insan yang sentiasa sanggup berkorban apa sahaja demi kebaikan cahaya mata tersayang
Pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak sememagnya tidak ada galang gantinya. Sebagai seorang anak kita sebenarnya wajib membahagiakan kedua ibu bapa selagi mereka masih bernafas di dunia ini.
Nana Mahazan Hadiahkan Kereta Idaman Ibu
Tidak lupa akan pengorbanan kedua ibu bapanya, ibu kepada dua orang anak Nana Mahazan menghadiahkan sebuah kereta sebagai tanda penghargaan terhadap jasa mereka.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh Nana menerusi akaun Instagram miliknya.
“A mission to surprise mak n abah semalam. Emak been talking abt this car for the longest time. Thank you @morales.addreen sbb membantu dapatkan kereta ni walaupun 5 bulan jugak tunggu iye lah sbb MCO kan.. But syukur alhamdulillah.
“Berkongsi dengan semua bukan niat menunjuk jauh lagi riak. Moga kita sama sama dapat teruskan usaha kita utk menggembirakan ibu bapa kita. Jangan pernah mengalah, jangan pernah penat.
Niat Kerana Allah Untuk Menggembirakan Insan Yang Kita Sayang
“Berusahalah untuk sentiasa memberikan yg terbaik. Bukan hasil sahaja yg dipandang, usaha lebih jauh dihargai. Tiada apa-apa pekerjaan kalau kita niat kerana Allah dan utk menggembirakan yg kita sayang, tiada yang sia sia.
“Saya doakan semua yg menonton dilimpahkan rezeki, diberikan kemampuan utk berkhidmat utk ibu bapa dan org yg kita sayang.
“To mak @lay.d.rose dan abah @mahazan, nana bersyukur nana dapat such a supportive, cool and awesome parents! Thank you mak abah for always believing in me. Love me unconditionally. I love you both so much.
“Thank you @raqeembrian atas restu dan support jua.. Adik beradik, family, my team, my extended family in NMB, Sisterhood & SelaukNana, sahabat-sahabat, yang selalu mendoakan. Semua yang baik baik berbalik pada kalian,” luah Nana.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Nana Mahazan
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Mawar Rashid, 22 dan Raf, 32 selamat dah bergelar suami isteri. Dari cerita kek kristal Swarovski sampailah busana pengantin bergemerlapan, memukau pandangan netizen. Cerita cinta mereka seolah-olah kemas terakam dalam perjalanan majlis pernikahan dan resepsi yang cukup indah dan memukau.
“Inilah jodoh dan Mr. Right saya,” akui Mawar yang juga bekas finalis Dewi Remaja.
Tak pernah terlintas dalam fikiran, Mawar atau nama penuhnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid untuk menamatkan kehidupan bujangnya dalam usia yang sebegitu muda.
“Fokus saya ketika ini cuma pada kerjaya dan nak bantu keluarga. Bila mengenali Raf, hati saya terbuka. Mahu ke fasa seterusnya.
“Raf banyak mematangkan saya. Jadikan saya lebih berani ke depan. Macam bunga mawar, kami berkembang dan makin nampak berseri-seri.”
Dari situlah, Mawar akhirnya memilih untuk membuatkan hubungan mereka jadi lebih serius bersama suaminya kini, Raden Ahmad Faizal Yaakob. 9 November menjadikan ikatan cinta, dengan sekali lafaz akad nikah sahlah Mawar menjadi suri hati Raf.
Pengalaman Ibu Dan Mentua Sentiasa Jadi Sempadan
Disebabkan usia yang masih muda, Mawar perlu banyak belajar. Terutama dengan ibu mahupun ibu mentua. Nasihat dan tunjuk ajar itu yang amat diperlukan.
“Bila sebut pasal kahwin, nampak saja semuanya mudah. Tapi tak sebenarnya. Saya masih perlukan nasihat, pandangan dan tunjuk ajar mereka yang berpengalaman.
“Ibu dan ibu mentua saya tentunya. Dua individu inilah yang banyak memberi kata-kata semangat.
“Alhamdulillah, keluarga kami cukup menyokong. Saya sendiri menanam azam mahu jadi isteri terbaik dan solehah buat suami, insya-Allah,” sambung Mawar sambil ditemani suami di sisi.
Ketika ditemui, sempat Mawar mengucapkan terima kasih kepada hadirin yang memeriahkan majlis pernikahan dan resepsinya. “Doa kami agar kalian dapat mendoakan dan memberkati hubungan ini.”
Sementara itu, Raf mengakui tidak akan menghalang isterinya untuk terus membina karier memandangkan mereka berkenalan ketika masing-masing sedang cuba mencari tapak kukuh di dalam cabang seni masing-masing.
Saya Tak Halang, Itu Sumber Rezeki Isteri – Raf
Raf yang juga adik selebriti dan ahli perniagaan terkenal, Datuk Fazley Yaakob sama sekali tak menghalang kerjaya lakonan isterinya.
“Sejak dulu, Mawar pandai berdikari. Dari remaja lagi dia dah tahu cari duit sendiri untuk bantu keluarga.
“Itulah keberkatan untuknya sebab gemar bantu keluarga. Sebab itulah saya tak boleh halang jika dia nak teruskan kerjaya lakonan.
“Itu sumber rezekinya dulu. Saya berinya ‘lampu hijau’. Kalau dia tiba-tiba nak teroka bidang lain pun, saya tetap sokong.”
Biarpun sokongan Raf tak berbelah bagi, dia tetap mahu isterinya fahamkan situasinya sebagai seorang isteri.
“Ada perkara yang perlu dipatuhi. Perlu lebih teliti. Dari segi pemilihan skrip dan sebagainya. Rasanya Mawar tak ada masalah untuk itu.”
Bulan Madu Di Rusia Dan Manchester
Sebaik selesai majlis, pasangan suami isteri ini akan ‘terbang’ ke Rusia. ada komitmen mengacarakan sebuah program berbentuk sukan untuk siaran RTM.
Mereka juga bakal ke Manchester bagi memenuhi undangan jemputan di sana. “Alang-alang kami anggap sebagai bulan madu jugalah.”
Seloroh Raf yang turut terpikat dengan Mawar kerana hubungan akrab isterinya itu bersama dua anak hasil perkahwinannya sebelum ini.
Bila dikaitankan dengan harta peninggalan. Isteri dan anak-anak adalah orang yang pertama dikaitkan dan mempunyai hak ke atas harta yang ditinggalkan. Namun, tak mustahil ada juga isteri tiada hak ke atas harta pasangan yang meninggal.
Apa yang dikatakan bekas isteri tak ada hak ke atas harta suami yang meninggal terutamanya bila suami meletakkan penama atas nama bekas isteri.
Memang betul, harta peninggalan suami perlu diberi dan dibahagikan pada anak-anak dan pewaris. Tapi bagaimana pula situasi bila berpisah, suami lupa menukar penama bekas isteri. Adakah ini menjadi hak milik bekas isteri. Fahami apa yang dikatakan oleh ustaz MOHD KHUSAIRI SALEH ini.
“Ustaz, anak lelaki saya meninggal. Ada simpanan KWSP RM80 ribu dan penama adalah bekas isterinya. Dia ada 3 anak lelaki. Beberapa tahun sebelum dia mati, dia bercerai dengan isterinya.”
“Bila dia meninggal, isteri keluarkan KWSP tadi. Saya sebagai ayah, berapa hak saya? Sebab saya tak pernah terima apa-apa daripada duit tersebut. Bahkan besan saya pernah datang jumpa saya, bagitau bahawa duit tu semuanya adalah duit anak-anak yatim.”
Apa yang boleh dikatakan oleh Ustaz MOHD KHUSAIRI SALEH ini:
1. Bekas isteri tiada hak atas duit KWSP tersebut sebab sudah bercerai dengan suami. Kecualilah jika kematian berlaku masih dalam tempoh iddah. Sebab penama, memang dia boleh keluarkan duit tu tapi dia tak boleh ambik walaupun 5 sen.
2. Duit KWSP RM80 ribu adalah hak waris si mati iaitu ayah 1/6 (RM13,333) dan baki RM66,666 untuk 3 anak lelaki sim ati.
3. Jadi bekas isteri tadi wajib serahkan hak bapa mentua tersebut. Lepas tu terserah sama ada dia nak lepaskan hak dia kepada cucu ataupun tidak.
“Ustaz, kalau duit tu bekas isteri ambik dan serah semua kepada cucu saya, maka saya redha. Tapi kalau ambil sebahagian untuk dirinya, maka hak saya itu saya tidak halalkan…”
4. Ambil pengajaran kisah ini..
Sepatutnya suami tadi sebaik bercerai dengan isteri, dia ambil tindakan batalkan penamaan untuk mengelak risiko lagi besar. Sama ada nak lantik penama baharu atau tidak, pilih penama yang faham tanggungjawab dan mampu menjalankan amanah secara patuh syariah.
Mingguan Wanita : Jangan ambil mudah perkara ini. Segala kemungkinan boleh berlaku.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...