Musim PKP ni tak payah nak masak menu susah-susah. Buat je menu simple, kalau kena gaya berpinggan tambah nasi. Minggu ni, saya kongsi resipi viral telur kicap cili api. Bahan-bahannya sangat ringkas, cara penyediaan mudah sangat lima minit dah boleh makan.
Resipi viral ini sesuai untuk semua orang, dari anak kecil sampai dewasa. Nak masak pun mudah, yang bujang tu mesti cuba korang akan jatuh cinta dengan resipi telur kicap cili api ni. Cuba sekali mesti nak lagi, silap-silap boleh tambah nasi sampai tiga pinggan.
Resipi Viral Mudah Jimat Dan Sedap
Paling penting, bahan-bahan resipi ni murah dan mudah didapati di kedai runcit atau pasaraya. Sesuai sangat untuk kita nak berjimat. Orang Malaysia ni, walau nak jimat, menu nak kena sedap. Jadi wajiblah korang try resipi ni, confirm tak menyesal.
Kalau tak ada ikan bilis, telur pun sudah mencukupi untuk buat resipi viral ni. Cuma kalau korang nak hasil yang mantap, memang kena tabur bilis garing tu barulah terangkat. Bagi yang suka pedas, boleh letak cili api ikut kepedasan yang korang suka. Cili api ni nak goreng bersama bawang boleh atau ditabur mentah. Ikut selera masing-masing.
Untuk mak-mak yang bekerja dari rumah, menu ni sangat sesuai. Masak menu ni dah boleh makan satu keluarga. Bagi anak-anak yang tak makan pedas, mak-mak asingkan telur kicap. Jangan tabur cili.
Kalau rajin lagi, potong timun buat ulam. Setel lah menu untuk keluarga. Semua khasiat dah cukup tu. Semoga resipi simple ini menepati selera semua. Selamat mencuba!
Ads
Resipi Viral Telur Kicap Cili Api
Bahan-bahan:
3 biji telur}digoreng sebagai telur mata
20 gram ikan bilis}digoreng garing
3 biji cili api}dipotong kecil
1 labu bawang besar} dihiris
Ads
1 biji limau nipis/ lemon}dihiris
Sedikit kicap
Minyak untuk menggoreng
Cara membuat:
Ads
1-Goreng telur mata kerbau, ketepikan.
2-Kemudian, goreng ikan bilis sehingga garing, ketepikan.
Selepas itu, goreng bawang bersama cili api sehinga layu. Jangan lama sangat ye. Ketepikan.
4.Masukkan telur mata di dalam pinggan atau mangkuk. Tabur bawang dan cili yang sudah digoreng tadi di atas telur.
5-Taburkan pula ikan bilis di atas telur mata tadi. Selepas itu, curah kicap di atas menu tersebut.
6-Akhir sekali, perahkan sedikit limau nipis atau lemon di atas menu tersebut. Hidang bersama nasi putih.
Nota
Masa pecahkan telur, buang lendir dan darah yang ada. Cara ini akan hilangkan bau hanyir.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tak sangka dengan hanya menggunakan 3 bahan dah boleh hasilkan muffin yang sedap. Malah rasanya ala-ala scones, lembut dan tak manis sangat. Boleh juga makan dengan jem, sapuan coklat dan nuttella ikut citarasa. Anak-anak mesti suka.
Boleh cuba buat sendiri resipi mudah yang dikongsikan oleh Puan Aliah Yahaya ini.
Resepi ni selalunya bila anak- anak mintak dengan tetiba. Muffin 3 bahan.Boleh la try nanti.
Bahan-Bahan Diperlukan:
1 cawan Tepung Naik Sendiri (self rising flour)
3 sudu besar Mayonis (apa-apa brand pun boleh asalkan mayonis yang putih ni)
1/2 cawan susu segar (Fresh milk ye )
Cara Membuat:
1.Mula-mula masukkan tepung naik sendiri dalam bekas.
2.Kemudian masukkan pula mayonis.
3.Gaul tepung naik sendiri dan mayonis. Kacau rata.
4. Kemudian masukkan pula susu segar.
5. Gaul asal sebati. Jangan lama sangat. Kejap je. Ingat ! Asal sebati . Stop ! Jangan gaul lagi. Jangan over mix. Nanti keras , teman tak jamin.
6. Scoop kan pakai scoop aiskrim . Dapat dalam 6-7 cup je.
7. Gini . Acuan takde . Belasah je ape yang ade. Kita buat dia.
Bakar 200°C /20 minit .
8. Siap. Rasa dia macam ala-ala scones pun ada. Tapi lembut. Tak manis sangat . Boleh je tukar flavour kalau nak.
Tip Ekstra!
Kami suka yang plain . Boleh je makan dengan nutella/jem. Macam-macam. Ikut suka .
Tak letak gula. Rasa manis dia light. Lepas bakar boleh makan dengan jem/choc spread.
Jika sesekali nak ubah menu keluarga kepada resipi ‘western’ boleh cuba resipi chicken chop ini. Selalunya chicken chop perlu disalut tepung, serbuk roti dan sebagainya malah digoreng dalam minyak yang banyak. Sebenarnya kita boleh juga buat chicken chop yang rangup malah lebih sihat. Tak perlu salut tepung dan tak guna minyak langsung! Menarik kan.
Boleh cuba resipi chicken chop yang dikongsikan oleh oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini.Memang rangup dan sedap!
Selalu chicken chop yang salut tepung, kan? Hari ni kita tengok cara buat yang kulit dia rangup, tanpa perlu salut tepung. Malah tak perlu pakai minyak langsung. Bahan pun sikit sahaja.
Crispy Skin Chicken Chop with Mushroom Gravy by Kamarul Ariffin Nor Sadan
Bahan-bahan: (2 orang makan)
2 potong ayam (bahagian pinggul dan peha)
50-100ml krim masakan
5 biji cendawan
1 sudu besar lada hitam
1 ulas bawang putih
1 sudu mentega
Garam dan gula secukup rasa
Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar. Jom lihat #DapurKAN kali ni!
1.Ini bahagian paha dan pinggul ayam. Saya dah belah bahagian bawah (dalam) dan buang tulang dia. Kalau tak pandai buang, boleh suruh penjual ayam potong. Beritahu je “Bang, potong untuk chicken chop!”
2.Ni saya dah buang tulang di hujung paha tu sekali. Ayam ni kena lap dengam tisu supaya dia kurang basah. Lepas tu tabur garam dan lada hitam secukup rasa.
3.Panaskan kuali leper guna api sederhana selamat 1 minit. Paling sesuai kalau guna “cast iron skillet”, kalau tak ada, boleh guna kuali yang stainless steel, atau non-stick.
4.Kemudian masukkan ayam. Kulit di bahagian bawah. Api sederhana. Tak payah guna minyak. Nanti lemak ayam akan cair dan jadi minyak. Proses ini dinamakan “fat rendering”.
5.Lemak yang cair tu akan turun* ke bawah dan sekeliling ayam. Ia akan kelihatan mengering. Jangan panik. Jangan cuba angkat ayam*. Pada waktu ni, kulit ayam sedang melekat pada kuali.
6.Teruskan masak. Biar sahaja. Proses ini memakan masa 20 minit. Sepanjang ini, guna api perlahan atau sederhana. Jangan risau, ayam tak akan hangus. Jangan risau pasal ayam melekat.
7.Setelah cukup 20 minit, baru perikda sama ada kulit ayam dah lekang dari kuali atau belum. Kalau belum sambung lagi masak. Ayam akan lekang sendiri bila kulit dia dah cukup rangup.
8.Macam ni. Dia lekang sendiri. Kuis sikit dan angkat je. Mudah sahaja nak tanggalkan dari kuali. Masa ni kulit* ayam saya dah rangup. Jadi macam keropok, tapi tak hangus pun walaupun masak selama 20 minit.
9.Terbalikkan, dan masak bahagian bawahnya pula. Ini ambil masa 1-2 minit sahaja. Kalau dah tak merah dagingnya, kira dah masak. Angkat dan rehatkan dalam pinggan.
10.Kerak ayam dalam kuali ni, kita nak buat jadi kuah dia. Masukkan bawang* putih yang disagat dan mentega. Biar mentega cair dan tumis bawang putih dengannya sampai naik aroma.
11.Masukkan air 1-2 senduk, dan cuba kikis kerak ayam ni perlahan-lahan. Ia akan tanggal dengam mudah. Kerak inilah sumber rasa ayam yang padu! Tak payah guna serbuk perasa ayam dah.
12.Kemudian masukkan krim masakan. Gaul rata. Kalau tak ada krim masakan, boleh guna susu sejat atau susu segar. Tambah garam dan gula jika perlu. Ikut citarasa masing-masing.
13.Akhir* sekali masukkan cendawan yang telah dihiris. Gaul sebati. Boleh guna cendawan tin atau cendawan segar. Gunalah cendawan butang, cendawan portobello, atau shiitake segar.
14.OK dah boleh hidang! Saya selalu letak kuah dibawah sebab tak nak kulit ayam yang rangup tu jadi lembut sebelum dimakan. Kulit rangup tu mahal. Boleh hidang dengan kentang goreng jika suka.
15.Close up! Jemput makan! Jangan lupa follow FB Kamarul Ariffin Nor Sadan untuk ikuti resepi-resepi bergambar yang lain. Boleh juga cari 60 resepi sebelum ni guna hashtag #DapurKAN.
Mingguan Wanita: Menarik resipi chicken chop tanpa salut tepung dan tak guna minyak langsung ni. Kaedah memasak versi begini bukan sahaja lebih sedap malah lebih sihat. Boleh cuba buat sendiri nanti.
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Biskut coklat badam, ala-ala famous amos, nak buat pun tadalah susah sangat. Mungkin sesetengah mak-mak ‘pejam mata’ saja. Campak-campak bahan dalam bekas dan kacau. Kalau tak nak buat, boleh pun minta anak tolong .
Tambahan pula, di penghujung Ramadan ini, mesti uang ada bahan biskut raya pun dah tak banyak. Kalau tak dibuatnya, tak tahu bila pula nanti. Nak senang, boleh saja buat resipi biskut coklat badam.
Inilah resipi biskut coklat badam paling mudah hasil perkongsian daripapa Ariana Sofia Ahmad ini.
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!