Covid-19 berada di mana-mana sahaja. Oleh itu berikutan kes yang meningkat di beberapa tempat, kerajaan mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sandakan, Tuaran, Papar dan Klang bermula 9 Oktober ini.
PKPB Akan Dilaksanakan
Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sandakan, Tuaran, Papar di Sabah dan Klang di Selangor selama 14 hari bermula 9 Oktober ini.
Langkah itu diambil susulan terdapat lebih 40 kes positif di semua kawasan terbabit, selain membolehkan pengesanan kes secara bersasar dilakukan sepanjang tempoh berkenaan.
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan masuk dan dari kawasan itu tidak dibenarkan.
“Hanya perkhidmatan perlu termasuk kilang dan rantaian yang berkaitan perkhidmatan perlu adalah dibenarkan.
“Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu atau perkhidmatan lain di kawasan itu,” katanya pada sidang media khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) secara langsung menerusi Facebook hari ini.
Hanya 2 Orang Saja Dibenarkan Keluar Sepanjang PKPB
Menurut Ismail Sabri, antara prosedur operasi standard (SOP) ialah hanya dua orang saja dibenarkan keluar memberi barang keperluan.
“Semua perniagaan bukan keperluan ditutup, restoran, kedai runcit, kedai serbaneka dibuka bermula 6 pagi hingga 6 petang, manakala pembelian makanan secara pandu lalu, kaedah penghantaran dan bungkus saja dibenarkan.
Ads
“Waktu operasi stesen minyak adalah antara 6 pagi hingga 6 petang, manakala operasi pasar harian antara 6 pagi hingga 2 petang, sementara pasar malam, pasar tamu serta pasar tani tidak dibenarkan,” katanya.
Penduduk Tidak Dibenarkan Bekerja
Beliau berkata, klinik dan hospital dibenarkan beroperasi 24 jam manakala farmasi dan kedai ubat-ubatan dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 6 petang.
Katanya, kenderaan yang membawa barangan keperluan dibenarkan keluar masuk dengan kebenaran polis terlebih dulu.
Selain itu, perkhidmatan e-hailing dibenarkan membawa hanya dua penumpang dan beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam saja.
Ads
“Perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti, tidak dibenarkan,” katanya.
Menurutnya, penduduk di kawasan terbabit tidak dibenarkan keluar untuk bekerja sepanjang tempoh itu dan meminta majikan tidak mengambil tindakan kepada pekerja.
Rumah Ibadat Ditutup
Beliau berkata, masjid, surau, rumah ibadat bukan Islam serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta, pusat jagaan kanak-kanak, pusat tahfiz, sekolah dan tadika juga ditutup.
Ads
Selain itu, semua aktiviti sukan, sosial dan budaya juga tidak dibenarkan di kawasan itu.
“Bagi memastikan pelaksanaan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan dan pegawai diberi kuasa untuk mengawal seluruh kawasan terbabit,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, mesyuarat khas MKN hari ini juga bersetuju PKPD Bersasar di Rumah Pangsa Tongkang Yard di Seberang Perak ditamatkan berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini.
“Terima kasih kepada KKM dan barisan depan atas kejayaan melandaikan Covid-19 di kawasan itu,” katanya.
MW: Selagi Covid-19 masih menghantui semua, diharap mak-ayah sentiasa memantau ahli Keluarga. Elakkan diri daripada keluar rumah jika tidak berkeperluan dan elakkan tempat-tempat yang sesak. Biasanya diri kita dengan kehidupan normal baharu. #kitajagakita.
Hidangan pemanis mulut atau dessert memang digemari seisi keluarga. Mungkin ada yang menganggap cara menyediakannnya agak sukar tapi percayalah bahawa ia tidaklah sesukar yang anda bayangkan. Jom kita cuba langkah mudah ini. Pasti anak-anak tersenyum riang apabila dapat menikmati dessert yang sedap hasil air tangan ibu mereka sendiri.
BAHAN-BAHANNYA:
125 gm tepung gandum
2 sudu teh serbuk penaik
100gm mentega
250ml air
1 sudu teh gula
1 sudu teh esen vanila
3 biji telur
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan air bersama gula dan mentega di dalam periuk sampai mendidih. Masukkan tepung, kacau sehingga adunan tidak melekat pada periuk. Masak adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. Sejukkan.
2. Pukul semua telur di dalam bekas yang lain. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi.Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Paipkan menggunakan nozzle bentuk bintang.
4. Sediakan kastard segera bersama air panas.Kacau sehingga ia sebati dan tidak berketul-ketul.
5. Bakar puff di dalam ketuhar pada suhu 200C selama 25 minit. Pastikan puff benar-benar masak sebelum diisi dengan kastard. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan masukkan inti kastard.
Tip Masakan: Semburkan air ke atas doh untuk membantu adunan naik. Bakar di dalam ketuhar sehingga permukaan puff bertukar warna coklat. Pastikan kedudukan dulang ditengah-tengah ketuhar supaya permukaan dan bawahnya masak dengan sekata.Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.
Tempoh penyediaan: 20 minit
Hidangan: 7 orang
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Terima kasih suami kerana sentiasa bersabar melayan kerenah isterimu yang dramatik ini – Nabila Huda. Diam tak diam sudah 7 tahun pelakon hebat Nabila Huda mendirikan rumahtangga dengan pasangan sejiwanya, Izwan Johar.
Diuji dengan dua kali keguguran, pasangan ini mengakui redha dan masih sabar menanti kehadiran cahayamata jika diizinkan Allah. Satu perkongsian di instagramnya, @kupu-kupu, Nabila Huda menitipkan perasaannya kepada suami tercinta sempena ulangtahun ke 7 mereka hari ini.
Terima Kasih Suami Kerana Sentiasa Bersabar Melayan Kerenah Isterimu
Terima kasih dengan segala cinta dan sayang mu yang sepenuh hati pada saya dan @lilkupukupu .
Terima kasih kerana sentiasa bersabar melayan kerenah isteri mu yang dramatic ini. Kesabaran yang ada dalam diri awak tu takkan pernah ada sesiapa akan boleh lawan.
Terlalu hebat awak handle seorang wanita bernama Nabila Huda. Kerana kesabaran awak, Alhamdulillah 9 tahun kite bersama. 7 tahun kite sebagai suami isteri. Takde apa yang saya mintak dari awak,cukup lah kasih sayang awak yang ikhlas melayan saya dan keisha macam tuan puteri setiap hari.
Masak,buat kerja rumah,basuh baju kami, lipat baju kami, kemas rumah,buat kami ketawa setiap hari, manja kan kami.
Awak sentiasa ada dalam keadaan bersedia whenever we need you..We love you Abi! Please jaga kesihatan awak ok..I’m scared of losing you. I can’t imagine life without you my love. Saya nak hidup dengan awak sampai akhir hayat saya..Happy anniversary to us sayangku Mohd Izwan Bin Johar 🤍
Ada sesetengah mak ayah bimbang, bila ada anak-anak dihantar ke tadika mahupun sekolah cina. Susah hati, takut pendidikan di sekolah itu akan ubah diri anak-anak.
Sebenarnya, taklah macam itu. Sebagaimana yang dikongsikan Niena Samsirini yang pernah dihantar oleh arwah ibunya ke tadika Cina.
Tidak pun pendidikan awal di sekolah itu menjadikan dirinya ‘sesat’ sebagaimana anggapan sesetengah mak ayah orang lain pada masa itu. Banyak ikhtibar boleh diambil, terutama pada mak ayah yang berhasrat nak hantar anak ke tadika cina.
Bila Cuma Tadika Cina Yang Ada Kekosongan
Dulu kan, arwah mak pernah lah juga kena kecam sebab hantar saya ke Tadika Cina. Dan lagi haru Tadika tu dalam kawasan gereja.
“Kau hantar anak sekolah kat situ, sesat anak kau nanti. ”
“Kau tak takut ke dia bagi makan yang bukan-bukan?”
Ingat lagi, arwah mak pun buntu dah masa tu sebenarnya. Nak hantar tadika kemas, dah penuh. Hantar tadika lain pun penuh. Tu je pilihan mak ada. Dulu mana ada hp berinternet, tu pun mak jalan kaki jauh, naik bas ke hulu ke hilir cari tadika.
Ni saya nak kongsi apa yang jadi masa saya tadika cina dulu. Alhamdulillah, banyak moment yang saya ingat sampai sekarang.
Walaupun tadika tu dalam kawasan gereja, tapi saya tak dibawa sekali ke dalam gereja. Bila pelajar cina yang lain dibawa masuk ke gereja, pelajar Islam dikumpulkan dalam satu class dan ada aktiviti lain.
Teacher Tetap Hormati Hak Pelajar Islam
Paling saya respect, teacher kami dulu sangat alert. Bila ada jamuan, semua ibu bapa yang nak sponsor makanan, wajib hantar makanan yang HALAL sahaja. Yang tak halal tak boleh sebab nanti bercampur.
Pernah satu hari, ada student ni sambut birthday. Maknya hantar kek untuk satu class kami makan. Teacher tu tanya mak kawan saya tu, kek beli di mana. Teacher tu chinese tau.
Bila mak kawan saya kata beli di kedai cina tak pasti halal ke tak, teacher kami minta maaf pada setiap seorang pelajar Islam dalam class, pujuk kami dan bagi tau kami tak boleh makan kek tu. Dan Teacher tu keluar, pergi beli kek yang halal special bagi untuk kami yang Islam.
Didikan Betul Bermula Dari Rumah..
Bagi saya, didikan anak tu bermula dari rumah. Kalau mak ayah didik anak dengan betul, in shaa allah campak la masuk sekolah apa pun, anak nya akan jumpa jalan yang betul.
Dulu ada juga mulut makcik bawang yang risau saya akan murtad sebab sekolah cina. Apa yang dia risaukan tu bagus, cuma cara dia kondem arwah mak, saya rasa macam nak cabai mulut dia.
Buat mak ayah yang nak pilih sekolah untuk anak, jangan lupa kan didikan dari rumah ya. Anak banyak belajar sebenarnya dari rumah. Tapi mereka pendamkan, sampai masa mereka akan tunjuk apa yang mereka belajar dari kita.
Semoga anak kita berjaya di dunia dan akhirat. Selaraskan ilmu yang kita nak sediakan untuk anak. Jangan lupa kan ilmu akhirat.
MW : Jati diri anak-anak takkan hilang, jika mak ayah dah persiapkan kemas-kemas dalam diri anak-anak dengan didikan yang betul sejak mereka kecil lagi. Mak ayah kenalah usaha lebih ya.
Kisah pilu kematian di Jerlun apabila seorang isteri menjerit minta tolong dan dua jam memangku jasad suaminya tanpa kepala selepas pergaduhan tragis di sawah Kampung Pida 3, Jerlun.