Susulan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah, tak dinafikan ramai mak ayah menzahirkan kebimbangan sama ada anak tetap perlu datang ke sekolah mengikut takwim persekolahan pada 20 Januari ini.
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
Terkini dimaklumkan semua murid sekolah rendah dan Tingkatan Satu hingga Empat di kawasan (PKP) akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mulai 20 Januari ini.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata, ketetapan itu juga terpakai kepada pelajar Semester 2 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Semester 2 Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 di Kolej Vokasional.
“PdPR akan dijalankan mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari,” kata kenyataan tersebut pada Isnin.
Sesi Persekolahan Bersemuka Melibatkan Murid Menduduki Peperiksaan
Kenyataan turut menyebut, sesi persekolahan hanya diadakan secara bersemuka melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), SVM, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).
“Pelajar DVM tahun 2020 dan 2021 serta peperiksaan antarabangsa yang setara turut mengikuti pembelajaran secara bersemuka,” katanya.
Surat Kebenaran Khas
Menurut kenyataan itu, murid sekolah berasrama penuh dan asrama sekolah harian yang akan menduduki peperiksaan tersebut dibenarkan pulang ke asrama mulai 16 Januari ini.
“Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan murid merentas negeri atau daerah untuk pulang ke asrama,” katanya.
Ads
KPM berkata, calon berdaftar bagi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ke Tingkatan Satu akan mengikuti pentaksiran antara 20 dan 29 Januari 2021.
Sementara itu, bagi kemasukan ke Tingkatan Empat pula, pentaksiran akan diadakan di antara 15 dan 25 Februari 2021.
“Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh KPM bagi membolehkan calon merentas negeri atau daerah untuk hadir ke pusat pentaksiran yang ditetapkan,” katanya.
Bagi tujuan pengoperasian sekolah, KPM menjelaskan, semua guru dikehendaki kembali ke stesen tempat bertugas sebelum 20 Januari ini.
“Guru yang terlibat dengan peperiksaan SPM, SVM, SKM, STPM, STAM, DVM tahun 2020 dan 2021 di kawasan PKP perlu hadir ke sekolah untuk melaksanakan PdP secara bersemuka.
Ads
“Surat kebenaran khas akan dikeluarkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan guru merentas negeri atau daerah untuk hadir ke sekolah,” katanya.
Bagi pelajar kolej matrikulasi di kawasan PKP yang telah berada di kolej perlu kekal di situ untuk terus mengikuti pembelajaran secara hibrid.
“Bagi pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) di kawasan PKP, pengajaran dan pembelajaran bagi semua program pengajian akan dilaksana secara dalam talian mulai 17 Januari 2021.
“Di samping itu, semua tadika swasta yang berdaftar dengan KPM boleh terus beroperasi secara bersemuka,” katanya.
Negeri PKPB, PKPP Ikut Takwim Institusi Masing-Masing
Menyentuh mengenai negeri dan kawasan yang diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), KPM berkata, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM dan semua kategori Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM termasuk sekolah antarabangsa adalah berdasarkan takwim institusi masing-masing.
Ads
“KPM menyarankan agar semua ketetapan ini turut diikuti oleh sekolah-sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM termasuk sekolah di bawah kerajaan negeri.
“KPM akan sentiasa mengambil langkah-langkah perlu selaras dengan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu, Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Institut Pendidikan Guru dan Kolej Matrikulasi dalam Norma Baharu serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Pemantauan pengoperasian institusi pendidikan akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan aspek kesihatan dan keselamatan semua warga institusi pendidikan sentiasa diutamakan,” katanya.
Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP di enam buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
PKPB pula akan melibatkan enam buah negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah Terangganu dan Kelantan, sementara PKPP akan dilaksanakan di Perlis dan Sarawak.
Pelaksanaan PKP itu dilakukan untuk tempoh 14 hari berkuat kuasa Rabu ini.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak ayah yang ada anak-anak masih bersekolah, sila ambil perhatian atas garis panduan yang ditetapkan ini.
Sarah berhak bahagia, pengorbanannya tak dihargai & dirampas dengan kejam, Datin Patimah beri sokongan. Kemelut rumahtangga Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana menuju ke puncaknya.
Jika sekitar tengahari tadi Syamsul berkongsi agar kedua-dua isterinya kekal tenang dan banyakkan bersabar tetapi nampaknya perkongsiannya di instagramnya itu “dibalas” oleh Sarah dengan tindakan lebih hebat.
Di instagramnya yang menerima banyak sokongan dari rakan artis dan ramai wanita, Sarah minta dirinya dilepaskan kerana tidak sangggup bermadu sama sekali dengan Ira Kazar yang juga isteri kedua Syamsul.
Berkongsi luahan hati di instagramnya, Sarah menulis :- Kepada Mohd Shamsul, oleh kerana awak masih block saya sehingga sekarang dan masih gagal untuk berbincang, saya minta lepaskan saya kerana awak masih gagal menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga serta awak adalah seorang suami yang toxic dan narcissistic.
Jika sebelum itu di insta storinya dirinya menulis malu Syaikhul dan Sumayyah ada ayah macam ini selain menulis orang jahil akan serlahkan kejahilannya walau pun dia disangka berilmu.
Di sebalik sokongan dari orang ramai diterima yang memahami penderitaaan dialaminya itu kerana 4 tahun menanggung derita, dilihat ibu mentuanya, Datin Patimah kekal bersama menantu kesayangannya itu.
Sebaik Sarah memuat naik mahu menuntut cerai kerana tak mahu bermadu, di bahagian komen Datin Patimah menulis :- Puteri Sarah Liyana berhak untuk bahagia. Sebagai isteri dan ibu yang telah melahirkan Syaikul dan Summayah langsung tidak dihargai segala pengorbanan! Kebahagiaanya telah dirampas dengan kejam oleh mereka. Dia ditinggalkan terkapai-kapai menguruskan anak-anak yang sedang membesar. Adilkah semua ini? Tulisnya yang dilihat langsung tidak menyebelahi Syamsul anaknya sendiri.
Ya, inilah ibu mentua yang baik yang sentiasa memastikan hati menantu dijaga. Jika benar anak salah, sudah dinasihati dan pasti dirinya mahu melihat Sarah bahagia walau tindakan Sarah meminta cerai itu menggegarkan tiang arash. Moga apa jua keputusan semoga segalanya terbaik buat mereka yang sedang diuji.
Telah tiba ajalnya. Menurut adik arwah, kakaknya memang tinggal seorang diri dan beritahu demam panas sejak hari raya lagi.
Tiada balasan whatapps dan tidak menjawab panggilan telefon membuatkan ahli keluarga cuba ke rumah mangsa sebelum menemui Nik Nurjihan Nik Mahayuddin.
DiTemui Meninggal Positif Covid-19
Bekas setiausaha kepada mantan Ketua Pegawai Operasi The New Straits Times Press (M) Bhd ditemui meninggal dunia akibat Covid-19 di rumahnya di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam, Selangor, kelmarin.
Nik Nurjihan Nik Mahayuddin, 43, ditemui tidak sedarkan diri oleh abangnya yang ke rumahnya kira-kira jam 11 malam selepas tidak dapat dihubungi.
Adik arwah, Nik Yusrina, 39, berkata, abangnya kemudian menghubungi pihak hospital dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan arwah sudah meninggal dunia.
“Kakak tinggal seorang diri dan dia ada beritahu demam panas sejak Hari Raya Aidiladha. Sehingga Jumaat lalu, kesihatan arwah masih belum baik.
“Ibu ada menyuruhnya mendapatkan rawatan di klinik dan kami bertanya perkembangan kesihatannya setiap hari.
“Namun semalam dia tidak menjawab panggilan serta membalas WhatsApp, jadi abang ke rumah mencarinya sebelum dia ditemui sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi.
Nik Yusrina berkata, jenazah kakaknya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk ujian saringan Covid-19 dan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.
Positif Covid-19
“Petang ini pihak hospital menghubungi saya mengesahkan arwah positif Covid-19. Kami masih menunggu maklumat mengenai tarikh dan waktu sebenar kematian kakak.
“Keluarga amat terkesan dengan pemergian kakak yang juga anak ketujuh daripada sembilan beradik. Arwah seorang kakak yang bertanggungjawab dan prihatin kepada ibu,” katanya.
Menurutnya, urusan jenazah dan pengebumian kakaknya akan disempurnakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mingguan Wanita : MW merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Nik Nurjihan Nik Mahayuddin. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Ibu ini, Qisha Qaisara Adishahputra bersyukur dengan kerajinan anak perempuannya, Princess Eysha yang dipanggil kakak. Setiap pagi bantu ibunya yang sedang berpantang dalam PKP. Kemas rumah, siap mop lantai. Dan tolong ibu, jagakan adiknya itu.
Tak pula merungut, malah melakukan dengan rela. Beruntung ibunya. Ketika MW menghubungi, kongsi ibunya kakak sudah dibiasakan membantunya sejak usia 4 ke 5 tahun.
“Dari umur itu dia dah mula tolong syaa kat dapur. Dia selalu tolong saya. Dan saya suka suruh dia join buat kerja rumah.
Mula-mula ramai orang cakap saya hambakan anak, tapi Alhamdulillah sekarang anak semua yang buat kerja (ketika ini ibunya dalam berpantang bersalin).”
Kakak yang rajin bantu ibu.
Ada Kakak, Mudahkan Ibu Berpantang Dalam PKP
Dan inilah posting ibu yang menyentuh hati ramai orang.
“Selama 9 hari mommy pantang yang uruskan rumah dan uruskan adik-adik dan uruskan mommy, kakak Princess Eysha.
Walaupun umur kakak baru 11 tahun. Mommy sangat bertuah adanya kakak. Hilang sakit mommy masa bersalin kan kakak.
Kalau takda kakak macam mana lah mommy agak nya. Berpatang dalam PKP ni.. Dengan rumah semua, setiap pagi kakak kemas. Setiap pagi kakak mop. Suapkan nasi untuk adik. Jaga kan baby bila mommy mandi. Rebuskan air untuk mandian herba untuk mommy. Macam tak percaya kakak buat semua ni.
Rajinnya Kakak Tak Boleh Bawa Bincang..
Mommy menangis sebab terharu. Masa mommy umur sebaya kakak semua benda ni mommy tak tahu nak buat lagi. Stress mommy hilang bila tengok rumah sebersih ni. Tandas atas bawah semua kakak cuci. Kalau rumah ni kecik macam rumah lama mommy tak kisah sangat. Ni rumah ni besar kakak.. Kakak buat sorang-sorang.
Sofa 3 kali seminggu kakak lap. Takut habis berhabuk.. Ya Allah aku bersyukur kau hadir kan zuriat sebaik ini.. Yang mana selalu bersama kakak akan tahu macam mana perangai kakak Eysha.. rajin nya tak boleh bawa bincang.”
Alhamdulillah tq juga daddy pantang mommy cakap sakit situ sini terus sediakan ubat kecut kan rahim.. Ya allah kau hadirkan anak-anak dengan suami yang sangat memahami aku.. Mommy dalam pantang anak-anak dan suami layan macam permaisuri sudah.”
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...