Bila masak nasi, baru sehari dah mula basi. Sayangnya terpaksa buang. Kalau dimakan juga, kesan lain yang timbul nanti.
Begitulah. Boleh dikatakan nasi ni makanan ruji rakyat Malaysia, Tak hairanlah, ada yang boleh ‘menggigil’ kalau tak dapat makan nasi dalam sehari. Namun, boleh jadi pelik, seleoas sehari, nasi cepat basi.
Ada sesetengahnya mengatakan ‘ruqyah’ dan tidak mustahil juga cara kita masaka dan periuk yang digunakan tak sesuai.
Tak kisah apapun, mak-mak boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Imy R Saidin ini bagi mengelakkan nasi cepat basi. Hanya guna satu bahan saja.
Saya dan keluarga telah amalkan petua ini sejak 3 tahun yang lalu. Alhamdulillah, anak-anak jarang sakit berbanding dulu, setiap bulan mesti ada yang demam.
Ads
Caranya, hanya letak bawang putih 3-5 ulas semasa masak nasi.
Selain daripada sihat, nasi ini juga lambat basi dan bagus untuk buang angin.
Tak perlu risau tentang bau bawang putih bila masak bersama. Sebab baunya tidaklah sampaiu menjejaskan rasa nasi.
Ads
Malah, kalau nak bagi hilang bau bawang itu, boleh juga letak daun pandan untuk bagi nasi itu wangi.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Ada banyak cara nak elak nasi cepat basi, sampaikan ada yang kena letak periuk atas api dulu. Tak kisah cara apa pun, kita cuba dan ada kebaikannya.
Memang geram bila air pada kepala paip tandas jadi perlahan dan sikit je keluar, walaupun bukan disebabkan tekanan air rendah. Rupanya pesan tukang rumah kena tukar kepala paip tembaga, barulah air laju dan puas hati. Bukan apa bila air tandas perlahan, melambatkan kerja-kerja mencuci.
Ini yang dikongsikan daripada Izham Aliassebagai panduan;
Air dalam tandas perlahan dan sedikit sahaja keluar. Saya ingatkan sebab tekanan rendah. Yelah guna tangki. Tangki pula atas je tandas ni.
Satu hari air jadi sangat rendah. Geram lah. Orang nak membuang air besar. Tak puas hati nak basuh apa patut.
Habis je memulas, saya buka kepala paip ni. Tu hah. Air mencurah-curah.
Kepala Paip Tembaga
Teringat pesan tukang rumah ni. Katanya guna kepala tembaga. Lagi kuat air keluar.
Saya pun pergilah tukar. Lepas tukar, air memang laju. Puas hati.
Kesimpulannya, tukarlah kepala paip kepada tembaga jika nak air laju.
Ada komen kata sebab karat dalam kepala paip. Saya dah bagi air lalu keluar dan cuci dalam lubang kepala paip. Air tetap keluar perlahan. Lagi, kepala chrome ni takda penapis dekat muncung tu.
Mingguan Wanita: Menarik tip ini, jadi jika di rumah tu ada masalah air perlahan, boleh cuba tukar kepada paip tembaga macam ni. Barulah air mengalir laju.
Bila sakit tekak mesti akan disusuli dengan batuk. Nak legakan batuk bukannya ambil masa sehari dua, kadang-kadang berlarutan sampai seminggu dua.
Memang perit dan ada juga mak-mak sampai ‘terkucil’ bila batuk. Ini belum lagi tidur malam yang sentiasa terganggu dek batuk yang tak henti-henti.
Jalan mudah dengan mengambil ubatan untuk legakan batuk. Tapi, ia kadang-kadang tidak membantu sangat, habis berbotol-botol ubat batuk pun belum tentu sembuh.
Bagi yang tak suka ambil ubat-ubatan untuk legakan batuk, boleh guna petua yang dikongsikan oleh Leha Yusuf. Cuma guna bahan di dapur saja. Cubalah salah satu petua di bawah ini, mungkin ia boleh membantu mengurangkan masalah batul yang anda alami.
Batuk adalah salah satu sakit yang buat kita rasa tak selesa kan. Banyak petua untuk redakan batuk nie.
Sekarang nie kalau sakit tekak je mesti buat terus salah satu petua yang ada nie. Ada 8 petua yang boleh cuba mana yang sesuai dan boleh amalkan.
1. Air asam jawa
Caranya, ambik beberapa biji asam jawa mengikut kesesuaian.
Pastikan buang biji asam jawa terlebih dahulu. Campurkan asam jawa yang sudah dibuang biji tadi ke dalam segelas air suam. Kacau sehingga campuran asam jawa tadi menjadi sebati. Tambah gula jika perlu. Pastikan hanya sedikit sahaja. Sesuai untuk orang yang tak suka masam-masam.
2. Hilangkan batuk dengan madu
Caranya, ambil sesudu madu dan makan begitu sahaja. Jangan risau, tidaklah manis seperti gula, masih boleh diterima. Hilangkan gatal tekak dengan campurkan madu dan air
Bagi yang tidak boleh makan madu begitu sahaja, boleh tambahkan madu dalam air yang kita suka. Paling sesuai ialah air suam sahaja. Madu yang dicampur dengan air panas atau suam, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering serta tidak berhenti-henti.
3. Jus Lemon
Ia sangat sesuai untuk orang yang mengalami batuk yang kering iaitu tidak berkahak. Boleh minum begitu sahaja, atau seperti yang dikongsikan di atas, campurkan dengan madu.
Caranya, potong dua sebiji lemon. Perahkan sebiji lemon yang dipotong dua tadi ke dalam air suam. Tambah sesudu madu jika perlu. Campurkan semuanya dan kacau hingga sebati.
Minum dan nikmatilah kelegaan tekak. Tekak yang gatal juga akan rasa lega.
4. Air garam
Caranya, tambahkan sedikit garam dalam air suam, agak-agak dalam setengah sudu besar. Kacau hingga sebati. Kumur-kumur hingga ke dalam tekak, tapi jangan sampai tertelan. Ini akan dapat melegakan kerengsaan dalam tekak.
5. Limau nipis
Ambil sebiji atau lebih limau nipis yang segar. Potong dua. Perahkan dalam air suam dan minum.
6. Limau nipis dan kicap
Salah satu petua menghilangkan batuk yang lain ialah dengan menggunakan limau nipis.Ambil sebiji limau nipis yang segar. Potong dua. Ambil juga sesudu kicap. Perahkan sebiji limau nipis tadi ke atas kicap. Campurkan, gaul dan minum.
7. Kunyit
Jika batuk teruk dan gatal tekak, cara seterusnya ialah menggunakan kunyit. Bagi yang mengalami batuk kering, boleh makan makanan yang berasaskan kunyit. Yang sesuai ialah masak singgang atau masak lemak cili padi. Tidak perlu banyak-banyak, asalkan ada rasa.
8. Air suam
Tidak perlu tambah apa-apa. Banyakkan minum air suam untuk kelegaan yang cepat.
Biasanya kita batuk kerana kurang air dalam badan. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
Mingguan Wanita : Mungkin salah satu cara di atas ini sesuai dengan kita. Amalkan, moga ia membantu.
Jangan ingat bahan yang ada di dapur untuk masakan semata-mata. Ada manfaatnya untuk membantu legakan masalah kesihatan yang kita alami.
Contohnya, garam bukan hanya untuk penyedap masakan dan kacang hijau untuk pencuci mulut. Tapi bila digabungkan bersama, ia ada manfaatnya tersendiri untuk mengatasi masalah kesihatan terutamanya migrain, mudah pitam dan juga masalah sakit sendi.
Tidak percaya, anda boleh cuba di rumah dengan menggunakan bahan-bahan ini. Seperti yang dikongsikan oleh No Or ini.
Guna garam dan kacang hijau, ini perua untuk orang yang mudah pitam dan ada masalah tekanan darah rendah pun boleh cuba.
Petua ni memang berkesan tau.
Petua mudah dari seorang Ustaz. Alhamdulillah, ramai yang serasi. Tapi bagi yang baru tau, boleh lah cuba amalkan.
Petua ni juga sesuai di amalkan bagi orang yang ada masalah sakit sendi yang ringan.
PETUA GARAM & BIJI KACANG HIJAU
Hanya guna dua bahan mudah di dapur.
1 kilo biji kacang hijau
2 kilo garam kasar
Caranya :
1. Campur kedua bahan tersebut dan di letak atas kertas surat khabar,
2. Kemudian pijak dengan kaki.
Sambil pijak-pijak tu bolehlah kita berselawat dan berzikir.
Insya Allah, penyakit akan beransur hilang dan pulih seperti sediakala.
Bila dah rasa lega boleh simpan campuran tadi. Sebab kita boleh guna berulang kali selagi garam masih belum berlengas dan berair.
Petua ini juga elok di amalkan oleh pesakit migraine. Alhamdulillah, dah ramai pun pesakit yang berjaya pulih lepas cuba kaedah ini.
Allah yang menentukan kita hanya berusaha dan bertawakkal kepada Nya.
Semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita : Siapa yang ada masalah ini, bolehlah cuba dulu. Tak perlu nak makan ubat pun.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Inkues Zara Qairina bermula 3 September 2025, seramai 195 saksi dirakam percakapan. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu menetapkan prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian pelajar...