Pernikahan adalah komitmen seumur hidup, oleh itu berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup. Jika dikurniakan pasangan yang baik, bahagialah kehidupan rumahtangga seperti berada di syurga. Begitulah sebaliknya.
Bukan mudah memilih pasangan sebenarnya kerana kadang kala hubungan cinta yang terjalin bertahun lamanya sekali pun tidak mampu menjamin rumahtangga bahagia selamanya. Berserahlah pada Allah adalah sebaik-baiknya.
Assalamualaikum sahabat followers yang bonda sayangi..semoga hari ini membawa kegembiraan yang berpanjangan..
.
Poster bonda pada pagi ini..
Pernikahan itu merupakan komitmen seumur hidup..!
Dan percayalah bahawa sebuah pernikahan itu sebenarnya tidak seindah video dan gambar-gambar yang kita lihat… Pasti ada turun, naiknya..
.
Kita tidak tahu sebenarnya sudah berapa banyak bahagian videonya yang telah diedit dan kita juga tidak tahu berapa kali bahagian yang dibuang dan akhirnya dipotong. Tahu-tahu video dan gambarnya gah dan cantik dijadikan sebagai moment indah..
.
Kita tidak tahu proses jatuh bangun dan kemelut di sebaliknya..
.
Dan akhirnya… Bila gambar dan video siap diedit yang kita lihat cantik dan mewah itu adalah satu penipuan di sebalik ingin menutup celanya. Dan itulah yang membuatkn ada perasaan pada sesetengah orang yang hendak cepat-cepat bernikah.
Ads
Pernikahan Bukan Sekadar Majlis Gilang Gemilang
Ingat ya! Pernikahan bukan hanya dengan sebuah majlis yang meriah… Selepas daripada itulah bermulanya sebuah kehidupan yang sebenar…
.
Jangan hanya melihat pada majlis itu cantik, lancar, bajunya cantik, gambar dan videonya romantik tidak ada kemelutnya..
.
Pastikan kita kenal betul-betul siapa manusia yang akan teman kita sepanjang hayat… Carilah yang betul-betul… Sebab pasangan kitalah yang akan tahu baik, buruk kelakuan kita..
Ads
Dapat pasangan hidup yang baik… buat dunia kita seperti di syurga… Tetapi bila sudah tersalah memilih pasangan membuatkan kita seperti di neraka dunia..!
MW: Kebahagiaan rumahtangga bukan hanya diukur kepada betapa gahnya majlis, betapa besarnya rumah atau berapa banyak hartanya. Sebaliknya rumahtangga yang bahagia adalah pasangan yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Lumrah apabila berkahwin,segalanya berkongsi dengan pasangan. Terutamanya melibatkan penggunaan barang-barang dan keperluan rumah. Apalah guna perkahwinan jika segalanya dilakukan secara berasingan dan sendirian bertahun-tahun lamanya.Agak pelik tapi itulah yang berlaku bagi pasangan suami isteri ini.
30 Tahun Berasingan
Sepasang suami isteri di Tianjin, China yang sudah berumah tangga selama 30 tahun masih mengamalkan kehidupan seperti ‘orang bujang’ walaupun tinggal serumah.Ini kerana kedua-duanya menguruskan diri sendiri secara berasingan termasuk pembahagian makanan dalam peti sejuk.
Mereka juga tidak tidur di bilik yang sama dan membahagikan kediaman mereka kepada dua bahagian. Malah, mereka bergilir-gilir menggunakan dapur dan memakai peralatan memasak berasingan.
Asingkan Segalanya
Menurt laporan Odditycentral, pasangan itu mengasingkan segalanya termasuk telur ayam di dalam peti ais namun itu menjadi kebiasaan mereka sejak berkahwin. Kehidupan mereka yang sebelum ini tidak diketahui masyarakat umum kini menjadi tular awal minggu ini di laman sosial disebabkan kelainan yang diamalkan pasangan berkenaan.
Berdasarkan media negara berkenaan, pasangan itu juga tidak berkongsi katil kerana si suami tidur di satu sudut di rumah mereka.
Contoh lain yang memaparkan kelainan pasangan itu apabila lampu di rumah mereka terbakar, si isteri perlu memanggil pekerja pembaikan untuk menukar lampu.Si suami hanya akan berbuat demikian sekiranya kerosakan lampu itu di ‘kawasan miliknya.’
“Kami perlu menunggu giliran untuk memasak dan perlu menggunakan dapur sendiri. Ada satu ketika isteri saya mengesyaki saya mencuri telur ayamnya selepas selesai memasak,” kata si suami.
Sikap Pentingkan Diri
Si isteri memaklumkan kepada wartawan, tindakan pengasingan dalam kehidupan mereka berlaku disebabkan sikap pentingkan diri suaminya sejak muda yang menyimpan barangan peribadi tanpa mahu berkongsi dengan sesiapa.
“Sejak muda lagi suami tidak mahu berkongsi barangan dengan saya dan sampai satu waktu, saya juga membuat tindakan sama,” katanya.
Bagaimanapun, dari sudut lain, peraturan yang dilaksanakan pasangan ini menyebabkan kehidupan mereka lebih aman dan tidak berlaku sebarang pertelingkahan.
MW: Pelik sungguh kehidupan suami isteri macam ni. Apalah guna berkahwin jika tak mahu berkongsi.
Setiap perkahwinan yang dibina, sebolehnya ingin kekal bahagia hingga ke hujung nyawa. Tak dinafikan, dalam tempoh layari hidup bersama pasti ada gelombangnya. Kalau boleh, baik isteri mahu suami akan pertahankan rumahtangga sedaya yang mampu.
Semua ini kerana sayang. Sayang demi memikirkan anak dan keluarga sehinggakan sanggup pertahankan rumahtangga dan berharap agak suatu hari nanti akan kembalikan kebahagiaan itu.
Biasanya, kalau pertahankan rumahtangga, isterilah yang banyak berkorban. Sanggup lakukan yang terbaik untuk pasangan, walaupun mungkin pasangan hanya melihat sebelah mata.
Inilah antara pandangan daripada Firdaus Shakirin tentang sebab isteri sanggup pertahankan rumahtangga dan perkahwinan yang dibina itu.
Ada 5 sebab kenapa isteri selalu berjuang untuk mempertahankan perkahwinan :
1. Org perempuan ni, kalau boleh sekali kahwin sudah cukup dan biarlah perkahwinan itu kekal sehingga maut yang memisahkan.
Sebelum dia pilih lelaki itu jadi pasangan hidupnya, dia sudah fikir masak-masak, berulangkali dan baik buruk selepas dia buat keputusan untuk jadikan lelaki itu teman hidupnya. Dia kena hadapi, terima, tabah dan kena redha, itulah pilihan dia dan dia harap pilihannya itu tidak menyakiti dia, mengecewakan dia dan membuatkan dia terluka.
Andai terjadi sebaliknya, maka masa itu, dia akan menilai semula. Kebiasaannya, dia akan bagi peluang dan tempoh masa yang panajng sebelum dia buat pilihan yang baru.
2. Kalau sudah sayang, bukan senang nak benci dan pergi
Standard orang perempuan, kalau sayang, dia sayang sungguh-sungguh dan kalau bendi, maka nothing can make her happy, Bila dia sayang pasangannya, maka dia akan sentiasa cuba buat yang terbaik untuk pasangannya.
Ada jugak yang sampai dah tak fikir diri sendiri, hanya fikir pasangan sahaja. Hidup dia macam untuk orang yang dia sayang sahaja.
Pe’el orang perempuan, fitrah orang perempuan, susah nak hilangkan perasaan sayang bila sudah sayang. Nak berpaling ketika hati masih sayang itu bukan senan. Dia boleh sengaja tenangkan perasaan dia, letak harapan dan fikir yang baik-baik hanya kerana masih sayang.
Selagi dia masih ada perasaan terhadap pasangannya, maka Insya Allah dia tak akan pergi.
3. Nak tukar pasangan hidup untuk orang perempuan ini tak mudah.
Ketika nak tukar pasangan hidup atau terima pasangan baru, mungkin dia dah ada 2,3 orang anak. Ramai lelaki yang mungkin boleh terima dia jadi pasangan dia tapi dalam ramai-ramai, berapa pula yang boleh terima anak-anak dia, jadi ayah yang baik untuk anak-anak dia.
Atas alasan itu, adakalanya mereka memilih untuk meletakkan diri mereka dalam penderitaan asalkan anak-anak masih dengan ayah kandung mereka walaupun ayah kandung mereka itu tidak memperlakukan dan melayan ibu mereka sebaik yang ibu mereka inginkan.
4. Sentiasa berharap.
Makhluk yang banyak berharap ialah orang perempuan. Berharap untuk perkara yang baik-baik, untuk kehidupan yang tenang dan tenteram, berharap untuk sebuah kebahagiaan dan perubahan yang lebih baik. Tak pernah lekang untuk berharap dan tak pernah putus asa untuk berharap.
Berharap dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah s.w.t. Dalam menunggu Allah memakbulkan apa yang diminta, dia akan bersabar untuk seberapa banyak yang dia boleh terima.
5. Dia dah buat yang terbaik, maka dia ada hak untuk bertahan.
Dia dah all out sepanjang perkahwinan, bebanan yang ditanggung adakalanya melebihi bebanan pasangannya. Sebut apa yang dia tak buat dalam tempoh perkahwinan itu, semua dia dah buat dan korbankan.
Apa yang pasangan nak, semua dia dah tunaikan, jalankan kewajipan dia dengan cukup baik, walaupun tak sesempurna orang lain. Sekurangnya dia dah buat sedaya upaya yang dia ada.
Untuk sebab inilah, tak akan dengan semudahnya dia berputus asa untuk perkahwinan dia? Tak akan dengan sesenangnya dia nak membiarkan hubungan itu hancur? Mempertahankan itu perlu, berjuang untuk hubungan itu juga perlu.
Cukup sekadar “jika diperlukan”. Andai dah tak lagi diperlukan, maka tiada apa yang perlu dia perjuang dan pertahankan. Dirinya dah tak lagi diinginkan pasangan, maka dia kena terima hakikat bahawa dia perlu pergi walaupun dia tak ingin pun untuk pergi.
Renung renungkan…
MW: Betul apa yang dikatakan itu Wahai suami, jangan sia-siakan isteri yang sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Biasalah, kalau ada yang raa terkena batang hidung memang laju tag nama suami di ruangan komen. Eh, bukan nak kata suami teruk tetapi kalau boleh selamilah hati seorang isteri.
Kalau biasa buat, apa tindak balas suami anda, ada yang sama seperti Puan Noor Aniza kongsikan kali ni tak?
Nah, buat suami dan isteri renunglah perkongsian rumah tangga ini. Moga kita mampu berubah jadi pasangan yang lebih baik…
Saya kagum tengok gigihnya para isteri Tag suami bila ada sesuatu post viral yang berkaitan pasangan. Harapan mereka cuma dua.
Pertama, suami baca
Kedua, suami buat
Kita boleh tag suami. Tapi sungguh, kita tak boleh ‘tug’ hati suami untuk jadi seperti apa yang kita harapkan.
Respond Suami Bila Isteri Tagged Namanya Di Komen
Ada 3 golongan suami bila kene tag.
Pertama, ignore tak reply Kedua, komen “panjang sangat malas baca” Ketiga, baca dan komen positif ❤
Dalam banyak-banyak ni, mesti la kita suka suami jenis ketiga kan.
Bila saya tengok trend menge-tag ni, saya perasan gigihnya isteri nak yang terbaik dalam rumah tangga. Sampaikan bila ada satu artikel atau bacaan yang boleh memperbaiki hubungan, kalau boleh of course mereka nak suami baca dan cuba berubah ke arah yang lebih baik.
Tak leh bayangkan kecewanya isteri bila dapat balasan komen, “panjang sangat malas baca”. Biasalah men are from mars. Kita pula dari planet venus. Nak tak nak kita kene terima perbezaan
Suami jenis kedua, boleh saya nak beritahu sesuatu?
Dari sehari ke sehari isteri menghimpun titik-titik dosa kerana melukaimu.
Jika ditarik nyawanya sekarang, pada dia mungkin dia tak dapat mencium bau syurga Allah kerana tiada redhamu untuknya.
Baru kini dia sedar betapa sukarnya menjadi isteri solehah, wanita syurga yang dijanjikanNya.
IMPIAN LELAKI DAN PEREMPUAN BERIMAN ITU SAMA.
Namun, laluan impian itu menjadi bertambah payah dan sukar tanpa kehadiran seorang lelaki soleh yang berusaha mendidik, berjiwa besar, berlapang dada, memahami, memberi ruang maaf dan mencintai sepenuh hatinya.
BEGITU JUGA SEBALIKNYA.
Isterikah yang bersalah kerana sering meminta-minta? memang dia bukan isteri acuan syurga yang sentiasa bersyukur apabila diberi sesuatu
dan bersabar jika tidak memperolehinya.
Namun,
Jangan sukarkan ujian hidupnya, jangan ditambah rasa berdosanya, jangan sukarkan laluan jalannya untuk bersamamu menghimpun zuriat keturunan kalian di syurga Allah nanti..itu impiannya.
Perteguhkanlah dia hidup beragama sampai akhir hayatnya.
Dia tidak pernah melupakanmu lewat doa-doanya. Sudikah kau mendoakannya menjadi bidadarimu di sana nanti?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.