Dia wanita, kita juga seorang wanita. Jangan sesekali menjatuhkan hukum tanpa usul periksa. Kasut kita tak sama dengan kasut dia, oleh sebab itu jalan hidup dia berlainan dengan anda.

Rata-rata wanita gemar menghukum kain sendiri, hentikanlah bersikap demikian. Jadilah wanita yang sentiasa berbuat baik pada wanita lain. Jika kita sendiri menyalahkan kaum sendiri, apatah lagi golongan lelaki.

Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin :

Jangan jadi wanita yang menghukum kaum sendiri…

Bila menantu perempuan tak kerja, jangan kata menantu itu menyusahkan anak sendiri, menghabiskan duit anak sendiri iaitu suami dia…

Awak mertua, awak tahu yang sudah menjadi tugas suami untuk menyara keluarga, menanggung isteri dan anak-anaknya… jangan disebabkan dulu awak seorang wanita bekerjaya, awak nak menantu awak pun jadi sama macam awak…

IKLAN

Tolong yakin dengan kemampuan anak awak…

Jangan Salahkan Dia Habiskan Duit Suami

Bila kawan-kawan yang sudah jadi isteri tak ada punca pendapatan sendiri, maka jangan kata dia mengharapkan duit suami dan semuanya suami beli… Awak isteri, awak tahu ke mana lagi suami perlu menghabiskan duitnya kalau bukan kepada isteri… Ya lah, awak kan tak mengharapkan duit laki awak, tapi itu bukan alasan awak nak semua orang jadi macam awak…

Tolong jangan samakan kehidupan awak dengan dia…

Jangan Mencintai Hak Orang Lain

Bila awak tersuka tanpa sengaja dengan hak milik orang lain, maka tolong sedar diri cepat-cepat…awak sepatutnya faham perasaan kaum awak sendiri, dan tak wajar kalau awak hanya memikirkan tentang perasaan awak sahaja… Cubalah sedaya-upaya untuk tidak meruntuhkan mahligai yang dibina orang lain dan cubalah sedaya-upaya untuk tidak bina kebahagiaan di atas penderitaan orang lain…

IKLAN

Kumbang bukan seekor, tapi seekor tu jugalah yang awak nak… Sudah kenapa…

Jangan Fikir Negatif Tentang Dia

Bila awak dengar atau tahu ada ibu tunggal a.k.a janda tinggal di sekitar rumah awak, kerja di tempat kerja awak atau berniaga di sekeliling awak, maka jangan fikir negatif-negatif tentang dia… Jangan anggap kehadiran dia di situ akan menggugat rumah tangga awak…

Dia itu hidup tanpa lelaki di sisi, semua perkara dia kena buat sendiri, dialah ayah, dialah ibu, dialah yang perlu cari rezeki, dialah yang perlu membesarkan anak-anak… Tolong hormati dia dan fikir yang positif tentang dia sebab status itu bukanlah status yang dia mahu ada…

Tak semua ibu tunggal itu perampas kebahagiaan orang lain…

IKLAN

Wanita Sakiti Hati Wanita

Nowadays, yang menyakiti wanita itu adalah kaum wanita sendiri… yang memberi tekanan kepada wanita itu datang dari wanita juga… Tetapi itulah, bak kata peribahasa, walaupun rambut sama hitam, hati tetap lain-lain…

Masalah ini datang dari hati… Ya, dia memang wanita, tapi kalau hatinya memandang ke arah yang salah, maka apa yang dibuat wanita di depannya itu akan jadi salah pada pandangannya…

Perbaiki hati, kurangkan menghukum kaum sendiri kerana anda juga seorang wanita..

Sumber: Firdaus Shakirin

MW: Sebaiknya perbaiki hati kita dan jangan terlalu cepat menghukum kaum sendiri. Sememangnya bukan mudah untuk bergelar wanita sempurna, tetapi sebagai insan yang juga bergelar wanita layanilah wanita lain dengan baik.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI