Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mengejutkan peminatnya selepas diumumkan antara tiga selebriti dan pengkarya yang nama mereka bakal diabadikan Walk Of Fame di Sungai Torrens, Adelaide, Australia.
Penyanyi terunggul tanahair ini juga merupakan penggiat seni Malaysia pertama yang mendapat pengiktirafan itu di sana.
Berita gembira itu dimaklumkan penyanyi itu sendiri menerusi satu muat naik di laman Instagram peribadinya baru-baru ini.
Siti Nurhaliza Bersyukur Pengiktirafan Pentas Seni Adelaide Festival Centre
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya itu juga, Siti Nurhaliza amat bersyukur ke atas penghargaan tersebut.
“ALHAMDULILLAH, terima kasih semua yang menyokong saya tanpa jemu, peminat-peminat saya yang selalu ada dalam susah dan senang. Ini untuk anda yang bersama-sama saya selama ini.”
“Nanti kalau ke Adelaide lagi, bolehlah saya ambil gambar dengan Walk Of Fame sendiri, tak sangka sebenarnya,” tulis penyanyi disayangi ramai itu.
Ads
Pecahkan Rekod Undian Terbuka & Memenangi Kategori Pilihan Ramai
Difahamkan, ibu kepada Siti Aafiyah ini dipilih selepas memecahkan rekod undian terbuka yang dijalankan secara dalam talian dan penyanyi itu berjaya memenangi kategori Pilihan Ramai.
Menyertai Siti untuk diberi pengiktirafan itu adalah dua lagi selebriti dan penggiat seni yang terpilih, iaitu pemuzikterkenal Australia, William Barton yang terpilih menerusi kategori Pilihan AFCT dan Penari Australia, Frances Rings yang dipilih menerusi kategori Pilihan Pengkritik.
Setiap tahun sebanyak tiga bintang antarabangsa akan dipahat di Walk Of Fame berkenaan di mana pengiktirafan tersebut diberikan buat mereka yang pernah melakar sejarah di pentas seni Adelaide Festival Centre sejak ia mula dilancarkan pada tahun 1973.
Siti juga pernah membuat persembahan di ‘Adelaide Festival Centre, OzAsia Festival’ pada tahun 2019.
Ads
Meskipun Kondisi Kesihatan Siti Nurhaliza Tidak Baik Namun Tampil Yakin Penuh Amanah – Rozi
Berita gembira tersebut turut dikongsi oleh Pengurus Peribadinya, Rozi atau dipanggil mesra Rozi Sang Dewi.
Katanya, ketika Siti Nurhaliza ke Adelaide mengadakan konsert solo di ‘Adelaide Festival Centre, OzAsia Festival’ pada tahun lalu, meski kondisi kesihatannya tidak begitu baik tetapi tampil yakin penuh amanah hingga ke akhir acara.
Kaki kiri dipotong akibat kencing manis itulah nasib yang menimpa ibu kepada penyanyi terkenal Hafiz Suip. Kasih ibu membawa ke syurga, sebagai anak sudah pasti kita tidak mahu lepaskan peluang menjaga orang kesayangan apabila mereka jatuh sakit.
Sememangnya bukan mudah untuk menjaga orang sakit dan perlukan sokongan emosi. Apatah lagi ibu ayah yang banyak berjasa kepada kita. Mereka perlu dibelai dan diberikan keselesaan sepanjang mendapat rawatan.
Kaki Kiri Dipotong Akibat Kencing Manis
Terbaru penyanyi yang berasal dari bumi kenyalang, Hafiz Suip memberitahu ibunya, Halizawati Salleh, 62, baru saja dipotong kaki akibat kencing manis. Namun ibunya dapat menerima perkara tersebut dengan reda.
“Kami sekeluarga juga terpaksa ‘berkampung’ di hospital lebih kurang sebulan lamanya sepanjang ibu dirawat di sana sebelum ini.
“Bayangkan selepas bertahun hidup dengan kedua belah kaki tiba-tiba sekarang ibu sudah tiada sebelah kaki,” kongsi Hafiz seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
Anak-Anak Penguat Semangat
Tambah Hafiz lagi ibunya juga sudah dapat menerima takdir Ilahi dengan keadaan yang menimpa.
“Saya fikir, kami sebagai anak yang perlu menjadi ‘kaki’ (penguat semangat) buat ibu. Nampaknya ibu juga sudah reda menerima takdir ini dan sudah pandai bergurau dengan keadaan kakinya itu,” luah Hafiz.
Sambung Hafiz lagi, “Disebabkan penyakit itu sudah berkait dengan masalah organ lain serta tahap kencing manis ibu pun sudah terlalu tinggi, doktor menasihatkan untuk potong kaki hingga paras lutut kerana bimbang akan melakukan pembedahan berulang kali sekiranya terkena jangkitan,” katanya.
Tempah Kaki Palsu
Hafiz yang kini sudah menetap di kampung halamannya turut merancang untuk menempah kaki palsu buat ibu. Malah Hafiz juga sering menemani ibu ke pusat perubatan di Kuching dek kerana berdepan masalah kesihatan.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Syatilla & Sam Timang anak ketiga, anak-anak seronok dapat adik perempuan. Gembira bukan kepalang apabila mendengar perkhabaran pasangan selebriti popular Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah menimang cahaya mata ketiga.
Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy, 5, dan Sarima Samheizy, 3.
Warganet terutama peminat pasangan selebriti itu juga berasa cukup teruja untuk menatap kecomelan bayi yang baru dilahirkan. Namun Sam belum berkongsi wajah bayi mereka.
Syatilla & Sam Timang Anak Ketiga
Seperti mana yang dikongsi oleh Sam menerusi akaun rasmi Instagramnya, pelakon itu menyatakan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga yang juga bayi perempuan secara pembebedahan di salah sebuah pusat perubatan di Ampang pada 9 Mei.
Paling menggembirakan, isterinya dan anak yang baru dilahirkan kini berada dalam keadaan sihat tanpa sebarang komplikasi.
“Alhamdulillah. Selamat melahirkan dan selamat dilahirkan.
“Terima kasih atas doa-doa semua,” kongsinya.
Tilla Bersalin Menerusi Kaedah Pembedahan
Seperti mana yang dilaporkan portal Harian Metro, adik Tilla, Syifa menyatakan kakaknya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3 kilogram menerusi kaedah pembedahan.
“Alhamdulillah bayi dan juga Tilla berada dalam keadaan baik. Tilla selamat melahirkan bayi perempuan sekitar jam 10.30 pagi tadi menerusi kaedah pembedahan.
“Proses melahirkan juga tidak memakan masa yang lama. Tilla masuk sekitar 9.45 pagi dan hampir sejam dia selamat melahirkan bayi perempuan.
“Tidak banyak beza dengan kelahiran sebelum ini, cuma Syerif dan Sarima yang paling teruja. Keluarga juga turut hadir menemani Tilla dan saya juga baru saja keluar daripada hospital,” kongsi Syifa.
“Alhamdulillah, Syukur” Rakan Selebriti
Menerusi ruangan komen rakan-rakan selebriti meluahkan rasa kesyukuran dan mengucapkan tahniah buat Shaheizy Sam dan Tilla.
Lumrah wanita sukakan kecantikan. Tapi nak cantik pun biarlah berpada-pada, jangan sehingga sanggup menyeksa diri mengubah kejadian yang tuhan ciptakan. Seorang model yang terkenal di laman Instagram kini menyesal seumur hidup apabila dia hampir buta selepas menjalani satu pembedahan plastik untuk menukar warna matanya.
Pembedahan Tukar Warna Mata
Nadinne Bruna, 32, hilang 80 peratus penglihatan di mata kanan dan 50 peratus di mata kirinya selepas menjalani pembedahan memasukkan implan silikon. Oleh kerana prosedur itu diharamkan di Amerika Syarikat akibat bahaya, Nadinne berjumpa doktor di Bogota, Colombia untuk menukar warna matanya daripada hijau perang (hazel green) kepada kelabu cair (light grey).
Model yang tinggal di Miami, Florida itu menjalani prosedur berkenaan bersama pembedahan laser pada September 2016 tetapi tidak lama selepas itu matanya mula sakit.Nadinne berkata, penglihatannya mula menjadi kabur kerana implan itu menekan saraf optik dan selama beberapa bulan matanya menjadi merah serta sakit.
Dia kembali ke Colombia pada Mac dan Jun 2017 untuk menjalani dua pembedahan bagi memulihkan penglihatannya tetapi tidak berjaya. Akhirnya, Nadinne terpaksa mendapatkan rawatan di Institut Mata Bascom Palmer di Miami untuk membuang implan berkenaan.
Nadinne yang mempunyai sejuta pengikut di Instagram berkata, dia diberi diskaun untuk menjalani pembedahan menukar warna mata berkenaan tetapi kini dia menyesal seumur hidup kerana prosedur itu menyebabkan dia hampir buta.
“Kerana mempunyai pengikut yang ramai, saya sering bekerjasama dengan pakar bedah plastik sebagai satu bentuk promosi bagi perkhidmatan mereka.
“Saya berhubung dengan seorang doktor di Colombia dan dia bersetuju bekerjasama dengan saya.
“Sebelum pembedahan ini saya mempunyai mata yang sihat tetapi kini semuanya berubah. Penglihatan saya kini seperti orang berusia 90 tahun,” jelasnya.
Jadi buat wanita ini, jadikan kisah ini sebagai iktibar iya. Nak cantik biarlah berpada-pada jangan sampai sanggup menyeksa dan membahayakan diri.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...