
Isi Kandungan
ToggleKalau dah buat salah, sukar untuk seseorang itu nak mengaku salah. Sudah terang lagi tersuluh dan memang nampak apa yang dibuatnya tidak betul. Hakikatnya, di merasakan tindakan yang dilakukan itu langsung tidak salah baginya.
Begitu juga kalau dah berlaku curang. Mesti tak akan mengaku dan anggap itu kesalahan orang lain. Atau untuk kali pertama boleh mengaku salah, tapi adakah kesalahan ini akan berulang. Mungkin?
Kadang-kadang pelik dengan pasangan yang curang, bukan setakat susah nak mengaku salah tapi tak bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang ini. Pasangan cukup baik, ada anak dan bahagia, apa lagi yang dikejar.
Antara perkongsian daripada Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ada betulnya. Curang itu pilihan, memilih untuk tidak mensyukuri kebahagiaan rumahtangga yang dibina.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Curang Itu Pilihan, Ia Tak Berlaku Kalau Tak Melayan, Jangan Salahkan Takdir
Curang Itu Pilihan Bukan Boleh Dibuat Main-Main, Suami Janganlah Aniaya Pasangan!
Susah Nak Mengaku Salah, Pilih Untuk Abai Tanggungjawab
Orang yang berlaku curang, susah nak mengaku salah.
Dia akan sedaya upaya cuba meletakkan kesalahannya pada orang lain.
Kononnya, dia buat salah sebab pasangan atau orang lain punya angkara.
Ada ke patut?
Ketahuilah bahawa mereka yang curang ni tak tunggu kita buat salah.
Banyak kes yang kendalikan, orang tu sudah buat yang terbaik. Boleh kata dah jadi perfect, itulah yang kena tinggal. Itulah yang kena tipu dan pasangannya berlaku curang.
Maka, jangan pernah rasa down. Rasa diri ini tak guna bila pasangan sendiri yang curang.
Itu bukan salah kita. Itu realitinya salah pasangan.
Bukan Paksaan Tapi Pilihan
Sebab curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan.
Memilih untuk menyembunyikan.
Memilih untuk buka hati pada pihak ketiga.
Memilih untuk mengabaikan tanggungjawab keluarga.
Semua itu pilihan.

Dia bukan sahaja memilih untuk curang tetapi dia sebenarnya memilih untuk tidak mensyukuri kebaikan dan keharmonian rumahtangga yang dibina.
Ingatlah, bahawa orang yang tidak mensyukuri dan melakukan hal yang ditegah, orang ini tak mendapat redha Allah.
Mingguan Wanita : Kalau tak bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Kalau ingat anak bini yang setia di rumah, ia tak akan terjadi.
Sumber: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Suami Mula Tak Nampak Cantik Isteri, Cuba Seminggu Jaga Anak-anak Seorang Diri, Tengok Apa Jadi?

Isi Kandungan
ToggleBukan semua isteri berpeluang jadi ‘lady of leasure’. Ramai yang terpaksa bekerja semata-mata nak ringankan beban kewangan suami. Walau bekerja, isteri tetap jalankan tanggungjawab urus anak-anak di rumah.
Dia tak merungut sebab faham susahnya suami. Bila dah bekerja, urus anak, urus kewangan, macam-macam benda bermain di fikiran, makin kusutlah perasaan. Cantik isteri pun tak lama mana kekal. Ditambah bebanan stress lagi bertambah ketatnya wajah isteri.
Oh, tapi berapa ramai suami yang faham. Sebab itu ada suami yang bertanyakan pandangan pada motivator terkenal, Ustaz Ebit Lew. Bila mana isterinya sudah tidak cantik, selekeh malah mula marah-marah. Semua itu bersebab.
Bacalah Ini Wahai Suami..
Maafkanlah isterimu dan fahamilah mereka jika mereka sudah tidak cantik, selekeh, mula menjerit, asyik marah-marah, selalu mengadu sakit-sakit, layanan mereka tidak sempurna..
Seorang suami mengadu keadaan isterinya yang begitu. Jawab saya cuba kita uruskan anak-anak seminggu seorang diri. Hanya Allah yang tahu bagaimana rupa dan sifat kita agaknya..
Mereka jadi begitu sebab kerja mereka tiada cuti. 24 jam sehari. Termasuk isteri yang bekerja. Tidur mereka tidak pernah sempurna. Makan mereka tak sempurna. Terutama ibu-ibu muda yang anak-anak masih kecil. Mereka turut mencari rezeki buat keluarga.
Mereka tiada sesiapa lagi dalam hidup melainkan suami. Jika berjaya rumahtangga orang kata untung awak dapat suami baik. Jika gagal ibuayah marah anak perempuan sendiri tak pandai jaga suami.
Dari awal pagi kemas rumah. Siapkan suami dan anak-anak. Belikan atau sediakan sarapan. Uruskan anak-anak ke sekolah dan hantar ke taska. Dengan pelbagai kerenah anak dan suami.
Balik kerja segera cepat-cepat balik rumah. Siapkan makan minum suami dan anak-anak. Rumah kembali bersepah. Kemas rumah lagi. Duit gaji baru dapat belikan barang-barang dapur sementara tunggu duit suami. Mandikan dan bantu anak-anak buat kerja sekolah.
Isteri Rasa Sedih.. Menangis Dan Menangis
Bila suami balik, kadang-kadang anak seorang lepas berak. Seorang bergaduh dari tadi. Tinggi suara. Terus cakap dengan suami dengan muka masam kerana anak-anak. Banyak nak cerita, kerana ini teman hidup dan mati.
Tersilap mula ayat atau nada. Tak sempat cantik-cantik. Tak pasal-pasal suami terasa dan marah juga kerana penat. Suami terus naik tidur atau tengok tv atau keluar rumah.
Isteri rasa sedih dan bersalah. Menangis dan menangis. Kadang-kadang tengok gambar kenangan dengan suami. Buka ceramah agama atau kata-kata motivasi untuk pulihkan semangat. Terus bersemangat dan berdoa. Meneruskan urusan rumahtangga kerana Allah dan suami.
Terus berlari siap-siap nak layan suami. Tiba-tiba anak-anak menangis, tak mahu tidur. Seorang lagi masa nak tidur nak makan dan berak lagi. Anak kecil asyik menangis. Suami pun sangat penat di tempat kerja harapkan dapat bermanja dan bergurau dengan isteri. Kadang-kadang tidur dengan marah..
Isteri sepanjang malam rasa bersalah…itulah seorang isteri dalam merajuk dan sedih tidak dapat rehat dan terus menerus uruskan rumahtangga sehingga habis usia. Sampai 40 tahun. Tapi mereka ikhlas kerana Allah. Itulah ibu kita dan ibu anak-anak kita..
“Khadijah ra tidak pernah mengeluh sepanjang hidup beliau. Itulah wanita yang sentiasa manis mukanya walau segalanya telah dikorbankan demi agama..”saya selalu minta isteri saya berdoa agar bertemu dengan wanita ini dalam syurga nanti..
Sebab tu kita lihat ayah-ayah kita semuanya selalu cool jer..tak kisah mak membebel . Sebab mereka tahu susah isterinya..fahami isterinya..
Sayangilah Isteri Kita, Maafkanlah Mereka.
Bantulah mereka di dalam rumah. Bersama-sama buat kerja rumah. Bantulah sikit-sikit. Jika kita nampak orang angkat barang banyak sebagai manusia kita akan tolong. Kita tengok kerja orang berat kita malu rasa nak duduk.
Sekali sekala bawalah isteri bercuti dan rehatkanlah mereka. Beri cuti. Layan mereka seperti permaisuri sekali sekala. Mereka tiada gaji. Hanya kerana amanah mereka sebagai seorang isteri dan ibu. Jadilah pendengar setia dan penyayang.
Mereka bukan milik kita tetapi amanah Allah untuk kita pimpin masuk syurga..duduk rehat-rehat bersama baca Al-Quran, solat tahajud,doa, baca hadis Nabi saw.
Mereka bukan tukang masak. Bukan bukan bibik. Mereka hamba Allah dan Umat Nabi saw. Bertanggungjawab hidupkan Islam dan menuntut ilmu serta berkhidmat buat keluarga.

Itulah kehidupan rumahtangga saling memerlukan dan melengkapi. Kesucian hati seorang isteri dan ibu hanya menjadikan merekalah orang paling bahagia dunia dan akhirat. Ya Allah bahagiakanlah hati ibu dan isteri di luar sana. Ampunkan segala dosa mereka dan beri mereka syurga yang tinggi. Saya sayang ibu dan isteri saya kerana Allah.
Nak Tahu Kenapa Isteri Penat : Baca Sini
Syukur kepada Allah, bila jalan tadi tengok buku isteriku Bidadari walau dah tahun ke 3 di pasaran masih top 5. Sentiasa menjadi buku terlaris..terima kaseh Allah. Terima kasih Allah.
Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah. Supaya setiap suami menyayangi bidadarinya dan setiap isteri melihat kekurangan diri sebagai bidadari syurga. Isteriku Bidadari 11 kaedah bimbing keluarga.
Sumber/Foto : Ebit Lew
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ada Isteri Buatlah Cara Ada Bini, Ada Suami Jagalah Akhlak Macam Ada Tok Laki!”

Isi Kandungan
Toggle“Ada Isteri Buatlah Cara Ada Bini, Ada Suami Jagalah Akhlak Macam Ada Tok Laki!” Inilah antara pesanan daripada saudara Shauqi Hasan menerusi perkongsiannya di Facebook yang memberi kesan di hati.
Hari ini bila kita baca berita pelbagai kisah kurang enak yang berlaku terutamanya pada pasangan yang berkahwin muda. Tak kurang juga kisah rumah tangga selebriti popular yang mengharungi kemelut dalam perkahwinan hingga terpaksa naik turun mahkamah. Yang isteri menuntut cerai yang suami pula tidak mahu melafazkan talak.
Begitu juga kisah masyarakat biasa yang pelbagai kisah keretakan rumah tangga didedahkan.
“Ada Isteri Buatlah Cara Ada Bini”
Menerusi nasihat daripada saudara Shauqi Hasan ini banyak kebaikan yang boleh dijadikan panduan buat masyarakat di luar sana. Ikuti tujuh nasihat yang bermakna ini! Semoga rumah tangga kita akan aman damai dan berkekalan hingga ke jannah.
“12 tahun membina masjid. 6 orang anak. Umur pun dah 40 tahun. 7 nasihat Abang untuk anak muda yang bakal berkahwin esok lusa.
- Cinta tu pilihan, jodoh tu takdir: Cinta memang penting dalam hubungan, tapi jangan lupa yang kau pilih untuk dijadikan surihati tu pun adalah pilihan sendiri. Takdir memang ada, tapi macam mana kau jaga hubungan tu, itu tanggungjawab kau. HIDUPLAH DENGAN PENUH AMANAH YANG TELAH ALLAH BERI SEBAGAI SUAMI ISTERI DENGAN RESTU DARI KEDUA IBUBAPA KAU.
- Hormatilah pasangan kau, anggap dia tu individu yang unik. Hargai perbezaan pendapat dan kehendak antara satu sama lain. Ingat, kau dan dia dalam satu pasukan, bekerja bersama untuk capai matlamat bersama. JADIKAN KITAB DAN SUNNAH RASULULLAH SEBAGAI USWAH DAN PANDUAN. Cakap senang, tapi kalau ikut cakap Allah lagi mudah.
- Kawan rapat dengan pasangan: Jangan lupa, kau kena jadi BFF dia sampai mati. Buatlah benda-benda seronok bersama, gelak ketawa sama-sama, dan sokong satu sama lain dalam apa jua situasi. Persahabatan yang kuat memang boleh kuatkan lagi hubungan kalian. ASALNYA PUN KITA BERKAWAN, KAU YANG UPGRADE DIA JADI ISTERI. Jadi hargailah kawan terbaik dalam hidup kau sebagai pasangan abadi.
- Sembang dengan baik: Komunikasi adalah kunci dalam hubungan. Jadi, bersembanglah dengan jujur, terbuka, dan saling memahami situasi masing-masing. Dengar pasangan kau betul-betul, dan responlah dengan penuh perasaan dan keperluan kau dengan ikhlas. Kalau gaduh-gaduh pun, cuba la guna humor dan jenaka zaman bujang kau tu nak redakan situasi. ALLAH BAGI MULUT DAN TELINGA TU ADA GUNANYA, JANGAN SIA-SIAKAN SETIAP PERKATAAN YANG KELUAR DARI PASANGAN KITA.
Bercakaplah dengan ilmu. Mendengar dengan akal. Nak tegur isteri ada caranya, Allah dan Nabi dah ajar. Gunalah syuro sebagai laluan menyampaikan pandangan dan terguran.
- Kasi ruang peribadi: Walaupun kau berdua dah jadi sepasang suami isteri, tak bermakna kau tak boleh ada ruang peribadi. Setiap individu perlu masa untuk diri sendiri, buat hobi atau aktiviti yang dia suka. Ni boleh bantu kau jaga keseimbangan dalam hubungan. PALING BAGUS, AJAR ISTERI SUKA APA KAU SUKA MENGIKUT APA YANG ALLAH DAN NABI SUKA. Bukan ikut suka hati kau saja. Jaga batas halal dan haram.
- Hadapi konflik dengan bijak: Gaduh memang normal dalam hubungan. Tapi penting untuk hadapi konflik dengan bijak, elakkan perangai yang merosakkan hubungan. Belajarlah maaf-memaafkan, fahami sudut pandangan pasangan kau, dan cari penyelesaian yang untung sama-sama. MERAJUK LAMA-LAMA KAU YANG RUGI. MELAINKAN KAU BIJAK MENGGUNKAN ORANG KETIGA SEBAGAI TEMPAT RUJUKAN UNTUK MENJERNIHKAN KEADAAN. Sebab tu kena ada wali dan saksi yang menjadi penasihat sepanjang perkahwinan. Bukan masa akad nikah saja.
- Komitmen yang teguh: Hidup berumahtangga memang tak selalu senang, tapi kau kena hidupkan komitmen tu sampai mati. Ingat janji kau time kahwin dulu, dan hadapi cabaran bersama. Sokong dan sayang pasangan kau tanpa syarat. ITULAH KUNCI MENJADI SUAMI ISTERI BERTAQWA (KOMITED) DENGAN AMANAH.
Ada isteri buatlah cara ada bini.
Ada suami jagalah akhlak macam ada tok laki.
Ingat, setiap hubungan unik, tak ada formula ajaib yang boleh jamin kejayaan perkahwinan.
Tapi kalau kau ada komitmen, saling bertoleransi dan satu faham, sentiasa berusaha bersama-bersama dan bukan one-man show, kau boleh bina hubungan yang bahagia.
Remember this Dik, KEBAHAGIAAN TU KITA RASA DI HATI BUKAN YANG NAMPAK DI MATA.
Selamat menikmati perjalanan hidup berumahtangga!” kongsi saudara Shauqi Hasan.
Baca Disini : Isteri Sanggup Berhenti Kerja Bimbang Hilang Momen Bersama Anak, Pilihan Hidup Tidak Sia-Sia

Mingguan Wanita: Bersungguhlah dalam mengajar bahagia dalam rumah tannga.
Sumber : Facebook Shauqi Hasan
Sumber Foto : CANVA
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lalui 5 Pembedahan Dan 26 Kali Suntikan Rawatan IVF, Akhirnya Isteri Ini Redha Impian Konvo Dengan ‘Baby’ Allah Belum Tunaikan

Isi Kandungan
ToggleAda isteri diuji dengan kehamilan yang mudah namun menempuh alahan yang sukar. Tak kurang juga isteri yang begitu inginkan cahaya mata, tapi sukar mengandung sehingga perlu melalui pelbagai prosedur rawatan.
Biar apa pun ujian tuhan, redha, sabar dan ikhlas itulah kekuatan sebenar pasangan suami isteri. Ahamad Emran Bin Anwarruddin, 37 dan Fadzilah Hj Ahmad Marzuki, 35 lalui prosedur rawatan IVF untuk mendapatkan cahaya mata. Dan akhirnya terpaksa akur, rezeki ‘baby’ belum lagi memihak pada mereka.
Perjalanan Rawatan IVF Kami
Perkenalan yang singkat membawa kami ke jinjang pelamin. Minat yang sama, aktif dalam dunia ‘charity’ buatkan kami serasi bersama. Suami bekerja di sektor swasta manakala saya di sektor awam.
Pada 20 Februari 2016 kami mendirikan rumahtangga. Kiranya #BercintaSelepasNikah.
Memikirkan usia sudah pun melalui fasa 30-an, kami berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Waktu itu, kami fikir mungkin sukar atau lewat sebab saya bekerja di Melaka, suami pula di Kuala Lumpur.
Bermulanya Ujian Buat Kami Suami Isteri
Jun 2016
Saya mengalami pendarahan luar biasa tidak sama seperti ketika period. Disusuli dengan rasa sakit yang teramat di bahagian peranakan. Sangka saya keguguran.
Satu sikap saya ‘suka tahan sakit’. Sampailah hari ke-4 baru beritahu suami. Secepat mungkin, suami dan mertua ambil saya di Melaka dan bawa pulang ke Kuala Lumpur.
Mertua rujukkan saya ke Klinik Dr. Hamid Arshat. Keputusannya, kedudukan rahim saya terjatuh ke belakang sampai terkena tulang belakang. Itu rupanya punca sakit yang teramat.
Doktor cadangkan buat pembedahan segera. Sebab waktu itu, saya tak boleh berdiri tegak. Tahan sakit dan bleeding teruk
Selesai pembedahan, saya dimaklumkan kedudukan rahim telah diperbetulkan (doktor menjahit rahim di dinding perut). Agar tidak jatuh ke belakang lagi. Tiub fallopio kiri-kanan yang tersumbat, doktor potong dan sambung semula.
Julai 2016
Saya alami sakit perut yang teramat dan dirujuk ke hospital semula. Rupanya tiub fallopio sebelah kiri membengkak (ada jangkitan kuman. Doktor tak dapat lakukan pembedahan kerana jarak yang terlalu dekat dengan pembedahan terdahulu.
Seminggu saya di hospital. Tiada jalan lain, doktor masukkan 6 botol antibiotik dan 4 botol air dan beberapa suntikan. SAKIT, hanya Allah saja yang tahu.
Selepas seminggu bengkak berkurang, demam pun tiada. Doktor benarkan saya pulang ke rumah.
* Waktu ini, saya diwadkan di Hospital Pantai bangsar kerana ketika ini Dr Hamid Arshad sedang menunaikan umrah.
Januari – Disember 2016
Adalah 2 semester terakhir saya. Ini impian saya, mahu sambung belajar sampai universiti. Dengan kesihatan yang kurang baik, perlu hadir ke kelas pada hujung minggu, siapkan assignment ikut waktunya.. Semua itu buat saya KUAT.
Masa Berlalu
April 2017
Saya demam on off. Alami sakit perut yang teramat. Kami ke klinik Dr Hamid Arshat. Tapi tunggu giliran yang terlalu lama, buatkan suami bawa saya ke Pakar Sakit Puan Bangsar. Doktor tak dapat kesan punca sakit.
Saya disarankan buat HSG di Hospital Pantai semula. Hasil keputusan, tiub fallopio saya tersumbat sekali lagi.
Allahuakhbar.. sedih tak terkata.
Saya terus dirujuk ke Sunfert Fertility Bangsar. Dari ujian tahulah saya yang tiub fallopio sebelah kiri bengkak semula. Doktor pakar minta saya maklumkan segera kes saya pada Dr Hamid. Secepat mungkin saya call klinik Dr dan dapat berjumpa beliau.
Hasil pemeriksaan saya disarankan membuat pembedahan membuang tiub fallopio sebelah kiri. Bimbang ia pecah di dalam. Kalau dibiarkan pun akan ganggu proses IVF. Dr Hamid sarankan saya lakukan pembedahan dan rawatan IVF di Pusat Perubatan Universiti Malaya
Ogos 2017
Saya jalani pembedahan buang tiub fallopio sebelah kiri. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah jua tiub sebelah kanan tak lagi tersumbat. Untuk semua itu, saya telah mengambil risiko pembedahan kali ke-5 dalam hidup saya. 3 kaitan dengan organ wanita dan 2 lagi organ lain (pendiks dan buang hempedu).
Sebaik mana pun kita menjaga kesihatan dengan bersenam serta kawal pemakanan, namun kuasa ALLAH “Kun Faya Kun”…maka saya REDHA. Sehari selepas pembedahan buang tiub fallopio kiri, Doktor Pakar iaitu bawah jagaan Dr Mukhri.
Beliau telah berjumpa dengan saya dan suami serta perlu buat keputusan SEGERA. Katanya, hasil pembedahan, doktor terjumpa sedikit cyst. Doktor dah buang dan sarankan kami terus ke fasa IVF. Kalau terlewat, cyst akan tumbuh semula.
Sakit pembedahan belum hilang, saya terpaksa tanggung sakitnya suntikan bagi tidurkan telur selama 2 bulan.
Rawatan IVF Pun Bermula
11 Oktober 2017
Bermula hari pertama suntikan IVF dan perlu ulang pada setiap hari.
– 10 pagi (Buserelin, 0.5 mls)
– 10 malam (Follitropim Beta 250 iu)
Tempat cucuk di sekitar perut, tidak kurang 3 jari dari pusat. Jika waktu kerja Cc Asmah dan aziah yang tolong cucukkan. Sebab saya sendiri takut dengan jarum. Baikkan officemate saya. Syukur dapat sahabat sebaik mereka.
Check up. Result telur tak produktif lagi. Down sekejap. Doktor tambah dos untuk malam naik kepada 275 iu. Tiap kali lepas injection 10 malam, suami mesti tolong picit-picitkan isteri dia. Sayang juga dia dekat saya. Sakit ok! rasa macam cecair panas mengalir dalam badan. Syukur dapat suami sebaik dia. “Siapa berani kacau kami, aku debik!”
19 Oktober 2017
Check up lagi. Doktor tambah dos untuk malam jadi 300 iu. Walaupun telur nampak perkembangan yang sangat baik. Semakin banyak bilangan dan besar. Dari 7 biji meningkat kepada 15 biji.
Terima kasih Nurul, kawan fb yang tak lokek ilmu. Dia ajar saya makan telur ayam kampung (separuh masak) dan buat jus avocado.
Mulalah misi mencari telur ayam kampung. Time ni lah telur habis stok. Cari dan terus mencari. Akhirnya jumpa juga. Syukur Alhamdullillah. Syukur sangat dapat kawan fb sebaik Nurul walau kami tidak pernah berjumpa.
23 Oktober 2017
Check up lagi. Syukur Alhamdullillah. Malam ni last injection. Sebab doktor dah berpuas hati dengan bilangan telur serta saiz. Malam inject ubat Choriogonadotropin 250 mcg. Istilah Overdrill untuk pecahkan telur.
24 Oktober 2017
Relax. No more injection. 12 malam start puasa.
25 Oktober 2017
Opu + collect sperm. Istilah mudah “kutip telur”. 8.45 pagi mesti dah sampai PPUM. Dalam bilik OT, doktor akan bius separa sedar. Prosedur lebih kurang 1 jam, campur waktu sedar dari bius.
Tiba waktu maghrib, mungkin bius pun telah hilang, rasa sakit yang teramat. Nasib baik Doktor bagi MC 3 hari. Jadi rehat di rumah sahaja. Dalam tempoh ini, berlaku pembengkakkan di kedua ovari kesan dari “kutip telur”.
27 Oktober 2017
Hari yang dinanti. Embrio Transfer. Dari 5 embrio, doktor masukkan 2 sahaja. Bila doktor tunjuk embrio yang telah terbentuk. Subhanallah, rasa nak menitis air mata. Deep sangat ok!
Sebelum bermula ET, perlu minum sebanyak mungkin air kosong. Part ni, Fuhhh berpeluh seksa tahan kencing. Cara ET seperti HSG.
Siapa pernah lalui mungkin tak nak lalui lagi. Sakit! Tanpa bius ok!. Selesai ET, doktor minta pesakit baring di tempat Et selama 15 minit. Prosedur lebih kurang 1 jam lebih campur rehat sementara di wad. Temujanji seterusnya pada 8 Nov. Namun, pada 3 November 2017 saya dah mula sakit perut. Cuba untuk relax, Doa banyak-banyak.

7 November 2017
Saya start bleeding. Masa tu di ofis. Takut, terdiam, sampailah cikgu Ayeesa tegur. Maka berderailah airmata. Blank sekejap. Call PPUM, minta saya ke kecemasan. Tapi saya tidak pergi. Saya tunggu temujanji 8 Nov juga.
8 November 2017
Seawal 8 pagi sudah berada di PPUM. Jumpa sahaja nurse, terus saya cakap “saya dah bleeding, tak mungkin ia jadi”. Nurse pujuk minta bersabar dan berpesan meminta kami suami isteri tidak menyalahkan sesama sendiri.
Hadapi ujian ini dengan sabar dan tabah. Jika gagal, cuba lagi dan lagi. Jangan putus asa. Jam 12 tengah hari result keluar. Seperti yang dijangka dan saya terima dengan Redha. Sedih sangat impian nak konvo 22 November ni dengan baby tak tercapai.
Bertambah sedih bila baki 3 embrio tidak dapat survive. Bermakna, untuk IVF semula perlu lalui injection yang banyak tu… Allahu berat rasa sarat kat hati ni ditambah dengan bleeding yang agak teruk.
Jumlah hari menangis (4hari) Jumlah injection di perut 26 Jumlah prosedur IVF RM 5,500.00 Jumlah ubat RM 3,756.80 (boleh claim semula bagi staf gov)
Doakan Saya Kuat Untuk Buat IVF Lagi
Sekali lagi saya mohon MAAF pada saudara mara dan rakan yang call, tidak berjawab. Whats app tidak saya balas atau lambat. Bukan mudah sebenarnya untuk memujuk hati agar Redha.
Lah Tahzan, Innallah Ma’anna. “Jangan bersedih, sesungguhnya Allah ada bersama-sama kita“.
Perkongsian pengalaman ini adalah menjawab pertanyaan dari kawan-kawan saya. Tika lalui prosedur ini saya lebih suka menyendiri muhasabah diri kerana melalui semua ini dengan kepayahan dan kesakitan.
Apa yang dikongsi ini adalah melalui pengalaman saya lalui prosedur IVF di PPUM. Mungkin cara tiap hospital berbeza. Ubat pun berbeza apatah lagi bayaran.
Suami Sangat Positif, Dia Kekuatan Saya
Kekuatan saya terletak pada suami yang sangat positif. Dengan nada yang lembut, suami pujuk saya jangan bersedih dan kami cuba sekali lagi.
Suami sempat bergurau, katanya “kalau dapat baby sekarang tak cukup prop”. Sebab kami telah merancang jika dapat baby kami ingin ambil gambar baby kami bersama prop yang terdiri dari jarum suntikan, botol ubat dan kotak ubat.
Kami juga sentiasa mendidik hati untuk bersangka baik dengan setiap perancangan ALLAH. Bila hati REDHA, hati kami lebih tenang dan kembali ceria seperti sediakala.
Kami yakin ALLAH sentiasa beri yang terbaik pada setiap hambaNya cuma lambat atau cepat sahaja.
Terkini. Saya baru sahaja dapat panggilan dari Doktor Pakar IVF PPUM untuk berjumpa bagi membincangkan kegagalan IVF yang lalu dan akan membuat IVF yang ke-2 pada tahun 2018 nanti.
MW doakan semoga Fadzilah Hj Ahmad Marzuki dapat menjalani prosedur rawatan IVF kali kedua dengan jayanya dan dipermudahkan perjalanan IVF untuk tahun depan. Amin.
Sumber/Foto : Zila FadZilah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI