Akibat masuk kabel pengecas telefon di mulut yang tidak dimatikan arusnya, bayi perempuan berusia 19 bulan melecur teruk.
Ibu mangsa, Courtney N Davis, berkata, kejadian itu berlaku pada 28 September lalu di mana bayinya memasukkan kabel pengecas tersebut ke dalam mulut sebelum terkena renjatan elektrik yang menyebabkan bibir kirinya melecur teruk.
Ads
Mangsa kemudian dibawa ibunya ke pusat perubatan dan doktor mengesahkan bibir mangsa melecur dan tiada sebarang ubat yang dapat diletakkan pada bibir mangsa kerana bimbang akan dijilat oleh lidahnya.
Ini Kejadiaan Yang Tak Dijangka Berlaku
Biasanya dia tidak akan meletak alat pengecas telefon di tempat yang boleh dicapai oleh mangsa. Namun pada hari kejadian, dia terlupa untuk menyimpan alat pengecas tersebut.
Ads
Hanya beberapa saat sahaja bibirnya sudah melecur. Sebelum ini dia tidak pernah meletakkan kabel pengecas itu ke dalam mulut, malah tidak pernah menyentuh alat pengecas itu.
“Namun pada hari itu, dia melakukan perkara yang tidak diingini itu sehingga menyebabkan bibirnya melecur teruk,” katanya.
Ads
Jadi Courtney menasihatkan semua ibu bapa dan penjaga serta pengasuh berhati-hati dan tidak meletak atau membiarkan alat pengecas telefon di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Nota:
Jangan main-main ya, sebaiknya kalau mak ayah nak charge gajet, letaklah di tempat yang tinggi. Budak kecik yang aktif macam ini belum tahu apa-apa. Dan biasanya anak kecil suka capai sesuatu dan masuk mulut! Moga kita mampu jadi mak ayah yang mencegah sebelum berlaku perkara tak diingini pada anak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam diam membina legasi perniagaan dengan penuh kasih dan dedikasi, penyanyi dan usahawan tersohor Noraniza Idris tidak menyangka produk muruku viral keluarannya, Che Ani Premium, menjadi mangsa peniruan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Menyifatkan tindakan itu sebagai satu pengkhianatan terhadap nilai usaha dan integriti, Noraniza meluahkan rasa kecewa apabila mendapati produk tiruan berlabel ‘Cik Annie’ meniru hampir sepenuhnya identiti jenama asal miliknya daripada reka bentuk pembungkusan, warna, tipografi hinggalah kepada nama yang sengaja dipesongkan sedikit.
“Saya berusaha membina jenama ini dengan penuh kasih dan komitmen. Bila ada yang meniru secara terang-terangan, ia bukan sekadar menciplak rupa produk .tapi menciplak perjuangan saya sebagai wanita yang gigih mencari rezeki halal,” ujarnya tegas.
Tau tau je ada “Cik Annie”.. mungkin takda idea lain dah kot. Ikit Che Ani Premium sebijik sebijik pulak. Apa patut kami buat ya? #fyp#fypシ#trending#viral#cheanipremium#fake
“Kalau Nak Ikut Jejak, Ikutlah Dengan Cara Yang Betul”
Lebih memeritkan, produk tiruan tersebut didapati dijual secara runcit di kedai-kedai kampung dengan harga jauh lebih rendah, menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelanggan setia Che Ani Premium.
Perkara ini terbongkar selepas satu video tular di TikTok memaparkan pengarah urusan Che Ani Premium, Afiq Haikal, membuat tinjauan ke sebuah kedai yang menjual produk tiruan itu.
“Saya dapat panggilan daripada kenalan, katanya ada muruku seakan-akan jenama kami dijual RM5 sepek. Bila kami buat tinjauan sendiri, ternyata hampir sebiji rekaannya. Tapi pemilik kedai enggan beri kerjasama,” kata Afiq dalam nada kecewa.
Perjuangan Diteruskan, Rasa Tetap Dijaga
Walaupun terpalit isu peniruan, Noraniza tidak berundur. Malah, beliau komited untuk memperbaiki kualiti produk dan merancang perubahan besar dalam pembungkusan dan bentuk muruku keluarannya.
“Kami sedang merancang tukar bentuk muruku dan rekaan pembungkusan baharu. Tapi buat masa ini, kami perlu habiskan dahulu baki 10,000 unit stok sedia ada,” katanya.
Beliau memberi jaminan bahawa meskipun bentuk asal iaitu jejari panjang dikekalkan buat sementara waktu, rasa dan kualiti tetap unggul seperti selalu.
“Kami akan pastikan rasa lebih sedap dari sebelumnya. Rezeki yang datang dengan cara yang bersih dan jujur, insya-Allah akan terus diberkati,” tambah Noraniza.
Sempena ulang tahun kedua Che Ani Premium yang bakal disambut pada Julai ini, syarikat tersebut akan mengadakan promosi istimewa untuk para pelanggan setia. Antaranya, pembelian Set Kotak Warisan akan menerima 1 pek percuma perisa kari, terhad kepada 100 pembeli terawal sahaja.
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Toreh perut & bakar mangsa, suspek mahu tutup aib lepas tahu bekas teman wanita mengandung. Akibat mengandung hasil hubungan sulit dengan teman lelaki yang sudah memiliki tunang, seorang gadis meninggal dalam keadaan menggerikan.
Perselisihan faham tentang kehamilan menjadi punca seorang wanita mati ditikam, ditoreh di bahagian perut dan dibakar di kebun kelapa sawit di Jalan Sungai Limau, di sini pada Isnin.
Toreh Perut & Bakar Mangsa
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, suspek berusia 20 tahun dipercayai membawa teman wanitanya menaiki sebuah kereta di kebun kelapa sawit itu kira-kira jam 10 malam.
Memetik laporan Sinar Harian, polis memaklumkan suspek yang juga lepasan sebuah kolej tiba di lokasi kejadian terlebih dahulu bertengkar dengan mangsa berusia 21 tahun.
“Suspek mengenali mangsa sejak setahun lalu dipercayai naik berang apabila teman wanitanya enggan memenuhi permintaannya untuk merahsiakan kehamilan dipercayai hasil hubungan luar nikah tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Dewan Iltizam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini pada Rabu.
Suspek Mahu Tutup Aib Lepas Tahu Bekas Teman Wanita Mengandung
Well baru baca news pasal lelaki bunuh korek perut scandal dia then bakar sebab scandal dia pregnant. And laki tu dah tunang & nak kawin dah. Nak tutup aib dari keluarga. Tp tuhan balas sebar aib dia 1 Malaysia. Salam 302 la yer bang
— △⃒⃘ 🕊 نُور شافاواني🌬 (@NrShafawany) May 23, 2023
Agus Salim berkata, sebelum kejadian, berlaku pergelutan antara kedua-duanya hingga lelaki itu bertindak memukul mangsa hingga mati.
“Lelaki itu kemudian bertindak kejam apabila menoreh perut mangsa yang hamil sebelum membakar mayat wanita berkenaan,” jelas beliau.
Agus Salim berkata, suspek yang membakar mayat mangsa kemudiannya pulang ke rumah dan datang semula ke tempat kejadian keesokan harinya.
“Suspek yang berasa tidak sedap hati kemudian datang semula ke tempat kejadian dengan motosikalnya kira-kira jam 7 pagi dan sekali lagi bertindak membakar mayat mangsa menggunakan minyak petrol,” kata beliau.
Katanya, lelaki itu membakar mangsa yang juga pekerja sebuah kedai makan untuk melupuskan mayat selain cuba membuang semua barang bukti di sekitar Jalan Lama Kuala Selangor.
Jelas Agus Salim, tindakan mangsa itu disedari orang awam yang menemui mayat terbakar di lokasi kejadian sebelum menghubungi polis.
“Bertindak atas maklumat yang diperoleh, polis menahan suspek di sebuah rumah keluarganya pada jam 1.45 petang Selasa di Sungai Besar.
“Semakan polis mendapati suspek tidak mempunyai rekod lampau dan direman selama enam hari bermula Rabu untuk membantu siasatan,” katanya.
Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
“Mayat mangsa yang terbakar 60 peratus dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat,” tambahnya.
Sinar Harian pada Rabu melaporkan, mayat tanpa identiti ditemui terbakar di tepi kebun kelapa sawit berhampiran kandang lembu di Kampung Sungai Limau di sini pada Selasa.
Kejadian disedari orang awam yang ternampak asap di dalam semak ketika melalui kawasan berhampiran kira-kira jam 7 pagi.
Penyakit jantung ternyata ‘pembunuh’ paling senyap yang tidak dijangka bila boleh berlaku serangannya. Terbaru, Pelakon Malaysia yang mencipta nama di Indonesia, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair atau lebih dikenali sebagai Ashraf Sinclair dilaporkan telah meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.
Menurut portal berita Indonesia Kompas.com, berita pemergian suami kepada pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau BCL disahkan Doddy yang juga pengurus BCL.
“Betul (meninggal dunia). Serangan jantung. Pagi tadi,”kata Doddy menerusi aplikasi WhatsApp kepada pemberita.
Difahamkan Ashraf menghembuskan nafas terakhir kira-kira 4 pagi tadi.
Suami Bunga Citra Lestari
Ashraf dilahirkan di London pada 18 September 1979. Abang kepada model jelita Aishah Sinclair itu mula dikenali ramai sejak membintangi filem Gol dan Gincu pada 2005.
Ashraf kemudian berkahwin dengan Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.
Ashraf meninggalkan seorang balu dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.
Sementara itu di Instagram pelakon ini, ramai rakan artis Malaysia dan Indonesia yang turut berduka dan mengucapkan salam takziah. Antaranya seperti Neelofa, Nora Danish, Luna Maya, Aeril Zafrel, Laudya Cynthia Bella, Yasmin Hani, Hunny Madu, Baim Wong dan sebagainya.
MW: Mingguan Wanita mendoakan semoga roh allahyarham Ashraf Daniel Mohamed Sinclair ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Salam takziah buat keluarga, semoga tabah dengan dugaan ini.
Datuk Ram Singh: "Saya beri khidmat percuma, tertuduh bukan anak VVIP." Peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan, pasukan guamannya menawarkan khidmat secara pro bono tanpa sebarang bayaran.