Sebelum ini heboh mengenai hala tuju hubungan Neelofa dan tunangnya PU Riz yang menjadi perbualan hangat. Terbaru ramai yang tidak menyangka apabila kakak kepada pelakon ini iaitu Nabila yang bernikah.
Nabila selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Engku Emran Zainal Abidin dengan sekali lafaz, pada pagi Jumaat.
Neelofa Doakan Kebahagiaan Rumah Tangga Nabila & Emran
Perkongsiannya menerusi akaun Instagram walaupun pendek namun cukup bererti buat kakak tercinta.
“Moga Allah berikan kebahagiaan dan kesejahteraan.
Ads
“Di dunia yang sementara ini dan di akhirat yang kekal abadi kepada Emran dan Nabila,” tulis Neelofa ringkas namun sangat terkesan buat kedua pasangan pengantin baru ini.
Nabila pernah dua kali mendirikan rumah tangga termasuk bersama pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan selama tiga tahun itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden.
Engku Emran juga pernah dua kali mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi, Erra Fazira, namun bercerai pada 2014. Dia kemudiannya berkahwin dengan pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 2018, namun bercerai pada Julai tahun lalu.
Menerusi perkahwinan dengan Erra, mereka dikurniakan anak perempuan, Engku Aleesya, manakala perkahwinan dengan Laudya tidak dikurniakan anak.
Kaya belum tentu bahagia. Selalu bila kita tengok orang kaya, mulalah berkata-kata ‘kalau aku kaya macam dia’. Sedangkan kita tak tahu kehidupan mereka itu.
Kita fikir, bila kaya tentu bahagia dan orang miskin, hidupnya penuh dengan onak durinya. Janganlah mudah nak bandingkan semua itu.
Ingat, kaya belum tentu bahagia dan miskin belum tentu sengsara. Masing-masing ada cara tersendiri untuk bahagia.
Dalam perkongsian oleh Zul Ariff ini turut mengingatkan kita untuk tidak bandingkan dan bersyukurlah dengan apa yang ada.
Sekali saja dalam hidup cuba kau jangan bandingkan kebahagiaan kau kecapi dengan kebahagiaan orang lain. Bahagia ni sangat subjektif. Setiap orang punya keinginan bahagia yang berbeza.
Boleh bahagia ke kalau nampak kaya? Orang yang kaya pon belum tentu nak tunjukkan kekayaan mereka. Cuba lah dalam hidup ni ” sekali saja ” cari bahagia untuk diri sendiri, bila diri kau dah bahagia baru la kau boleh bahagiakan orang lain.
Hidup kita ni biar bahagia ikut cara kita bukan cara orang. Lagi pun bila kita ni hidup cara kita tak adalah semak otak kau nak ambil tahu itu ini, nak bandingkan sana sini, nak kritik atas bawah semua.
Nak Hidup Tenang, Jangan Buat Perbandingan
Nak hidup tenang cuba tips ni:
Sekali Saja korang tolong cuba tengok cermin, dan tanya diri korang apa yang kita ingin kan dalam hidup. Bila dah tahu keinginan korang tu, cuba korang belajar untuk capai impian tu, tanpa perlu buat apa apa perbandingan.
Sekali saja tolong lah jangan ikut perasaan atau keinginan disebabkan kau nak nampak hebat. Percayalah bila kau ikut perasaan ni bukan hebat yang kau dapat tapi malapetaka. Sebab apa, bila kau nak nampak hebat kau mula buat benda tanpa gunakan akal fikiran yang logik.
Sekali saja aku ingatkan korang bersyukur la atas apa nikmat yang korang ada, tak perlu nak compare, nak jelous dengan hidup orang lain, mesti one day nanti korang akan rasa nikmat kehidupan yang tenang.
Cuba sekali saja korang hargai segala di sekeliling korang, sebab itu semua adalah kebahagiaan tapi biasa lah manusia seperti pepatah melayu semut seberang sungai kau boleh nampak tapi gajah depan mata kau tak nampak.
Mingguan Wanita : Tak perlu nak bandingkan diri kita dengan orang lain. Bahagilah cara kita.
Elizabeth Tan atau lebih mesra dengan sapaan Lizzy telah memohon maaf kepada semua kerana berita tentang perkahwinannya telah tular sebelum dia sempat mengeluarkan kenyataannya sendiri.
Menurut Lizzy dia sememangnya ingin membuat pengumuman perkahwinannya namun apabila dia sudah bersedia.
“Lizzy minta maaf sebab berita pasal ini (kahwin) tular sebelum sempat keluarkan kenyataan sendiri.
“Lizzy memang plan nak announce pada semua bila Lizzy dah ready. Lizzy ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan Lizzy kerana pada Lizzy, ini adalah isu kecil sahaja,” jawab Lizzy menerusi sebuah kenyataan rasmi kepada media menerusi pihak Warner Music Malaysia.
Elizabeth Tan Pilih Lelaki Keturunan Cina
Penyanyi dan pelakon, ini juga mengesahkan yang dia sudah bergelar isteri kepada ahli perniagaan berbangsa Cina bernama Siew Jim, 30.
“Gambar dan video yang telah tersebar yang menyatakan Lizzy sudah berkahwin adalah benar.
“Majlis semalam adalah sangat intimate dan kecil sebagai langkah mematuhi SOP dan hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga dan kenalan rapat Lizzy sahaja.” ujarnya lagi.
Lizzy telah melangsungkan perkahwinannya di sebuah gereja di Gombak
“Perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat peribadi untuk Lizzy. Lizzy ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media.
“Pada Lizzy, memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa apa. Lizzy masih Lizzy yang sama. Dan Lizzy harap semua dapat terima dan hormat keputusan Lizzy,’ tambahnya.
Datuk Red sah cerai isteri pertama, bekas isteri tak tuntut nafkah sama seperti Adira Suhaimi. Mungkin agak perit namun ia untuk kebaikan kedua belah pihak.
Jika sebelum ini Datuk Red sah berpisah dengan penyanyi Adira yang juga isteri keduanya, hari ini sah sebutan talak satu dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim, 38 tahun.
Datuk Red Sah Cerai Isteri Pertama
Usahawan yang juga ‘tiktoker’, Datuk Red, 46, kini bergelar duda buat ‘kali kedua’ di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor, pada jam 10.40 pagi ini hari ini.
Pada 24 April lalu, Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu terlebih dulu bercerai talak satu dengan isteri keduanya iaitu penyanyi, Adira Suhaimi, 32, di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat selepas sembilan tahun hidup bersama dan dikurniakan empat cahaya mata.
Memetik laporan Harian Metro, Datuk Red berkata, dia bersetuju menceraikan Datin Red kerana tidak mahu memanjangkan lagi isu rumah tangga mereka dan memilih berpisah secara baik walaupun sudah 18 tahun hidup bersama dan mempunyai lima anak.
“Saya dan bekas isteri (Datin Red) sudah berbincang dan sepakat mahu bercerai secara baik. Kami juga akan bersama-sama membesarkan anak-anak. Kalau saya teruskan (tak mahu cerai) nanti lagi panjang.
Bekas Isteri Tak Tuntut Nafkah Sama Seperti Adira Suhaimi
“Atas nasihat peguam, kami mencapai persetujuan perceraian (hari ini). Insya Allah, anak-anak faham sebab mereka pun sudah besar,” katanya yang mahu fokus bekerja untuk meraih pendapatan bagi melunaskan hutang.
Terdahulu, Datuk Red melafazkan cerai terhadap Datin Red di hadapan Hakim Syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar, serta difahamkan wanita itu juga tidak menuntut sebarang nafkah kepada bekas suaminya.
Ia berikutan, Datin Red memahami situasi masalah kewangan dihadapi bekas suaminya itu dan dia enggan menyusahkan Datuk Red serta bertekad akan berusaha sendiri mencari pendapatan menyara anak-anaknya.
Sebelum ini, Datin Red memfailkan perceraian terhadap bekas suaminya itu pada penghujung Januari lalu, selain bekas madunya, Adira memfailkan perceraian pada 25 Oktober tahun lalu.
Bagaimanapun, ketika prosiding kes cerai mereka pada 18 Mac lalu, Datuk Red enggan menceraikan Datin Red kerana masih mahu menyelamatkan rumah tangga yang sudah lama dibina itu.
Datuk Red yang pernah berkahwin dengan Adira di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 mempunyai empat anak iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...