Nad Sudah Boleh Bercakap & Pegang Telefon Bimbit. Alhamdulillah, perkembangan yang sangat memberangsakan dari Nad Zainal.
Seperti yang semua sedia maklum pelakon Nad Zainal kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak 22 November lalu sejak semalam sudah mula sedar dan doktor juga memutuskan untuk mengeluarkan tiub bantuan pernafasan.
Menerusi perkongsian rakan artis yang juga tema rapatnya Ungku Ismail menerusi satu rakaman video yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya menyatakan berita baik mengenai keadaan kesihatan Nad.
Khabarnya Nad sudah boleh bercakap dan memegang telefon.
Nad Sudah Boleh Bercakap & Pegang Telefon Bimbit
Ungku Ismail mengucapkan ribua terima kasih kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat Nad. Malah pelakon lelaki itu juga menerangkan Nad menunjukkan perkembangan amat positif. Cuma, keadaannya perlu dipantau lagi oleh doktor kerana masih dirawat di ICU.
“Sesungguhnya kekuatan doa itu sangat benar. Terima kasih saya ucapkan atas doa kalian yang tidak putus-putus untuk Nad dan saya juga ingin kembalikan doa itu pada kalian semua.
Ads
“Alhamdulillah, Nad juga sudah boleh bercakap, cuma suaranya sangat kecil.
“Begitu juga dengan pergerakan, dia boleh memegang telefon bimbit, cuma tidak dapat menaip kerana sudah lama tidak menggunakan anggota tangannya dan perlu membuat fisio.
“Apapun, Nad banyak menunjukkan perkembangan yang positif dan proses penyembuhannya juga bagus.
“Namun, dia masih di bawah pengawasan rapi doktor dan saya mohon kita teruskan berdoa untuk Nad,” sambungnya.
Terima Kasih Hulurkan Sumbangan Buat Nad
Selain itu Ungku Ismail juga berterima kasih kepada semua yang sudah menghulurkan sumbangan untuk membantu Nad. Difahamkan juga tabung kecemasan bagi mengumpul sumbangan buat Nad yang dilancarkan sejak beberapa hari lalu berjaya mengutip sebanyak RM70,000 setakat ini.
Anita Baharom Selamat Bernikah. Tahniah diucapkan buat pelakon Anita Baharom yang telah selamat bergelar isteri kepada Engku Isyamuddin Tuan Losin.
Selepas hampir setahun menjadi balu, Anita diijabkabulkan menerusi sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Bizmilla Garden Hall, One City.
Sebelum ini Anita pernah mendirikan rumah tangga dengan penerbit televisyen, Allahyarham Mohd Ismadi, namun, meninggal dunia pada 1 Januari lalu.
Ibu kepada tiga cahaya mat aitu, selamat bergelar isteri selepas suaminya, Engku Isyamuddin melafazkan sekali akad jam 11.50 pagi tadi.
Pasangan itu dinikahkan abang Anita, Zulkifly Baharom dengan mas kahwin berupa tiga dinar emas.
“Alhamdulillah saya bersyukur kerana majlis pada hari ini berjalan dengan lancar.
“Saya berterima kasih kepada anak-anak kerana merestui perkahwinan ini serta ahli keluarga di dalam memastikan kelancaran majlis pada hari ini,” kongsi Anita.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun bersama arwah suami, Anita dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syifa Dhia Nurina, 15, Mohamad Dhia Iskandar, 11, dan Mohamad Dhia Mikail, 8.
Majlis pernikahan pagi tadi dimulakan dengan acara khatam Al Quran oleh pengantin lelaki.
Anita yang mengenali suaminya sejak 2017 tetapi hanya kembali berhubung selepas melalui tempoh edah pada Mei lalu.
Anita dan suami juga memanjatkan rasa bersyukur selepas segala yang dirancang telah selamat.
Mahkamah tolak rayuan Ali, Hidayah terima dengan terbuka. Ibu tunggal yang juga balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau lebih dikenali dengan Hidayah menerima dengan terbuka keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak rayuan adik iparnya, Ali Puteh.
Rayuan itu dibuat Ali dan tiga ahli keluarga bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi RM60,000 kepada Siti Norhidayah kerana memfitnah, dua tahun lalu.
Hidayah seperti yang dilaporkan Harian Metro menegaskan dirinya sebolehnya enggan mengulas panjang lagi perkara itu.
“Selepas dimaklumkan perkara ini oleh peguam, saya terima dengan terbuka. Kalau boleh saya tak nak ulas panjang lagi.
“Biarpun rayuan pihak sana ditolak mahkamah, saya tak anggap ia sesuatu yang perlu dibanggakan.
“Apapun, saya tetap nak mengucapkan terima kasih kepada semua (pihak) yang sentiasa mendoakan saya dan anak,” luahnya.
Dalam prosiding hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen, Februari lalu,
Ahmad Shahrir turut menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan mahkamah sama yang menolak tuntutan samannya terhadap usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Siti Nor Hidayah.
Saman itu berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Youtube Aliff Syukri.
Sementara itu, rayuan Norhidayah untuk menaikkan jumlah ganti rugi yang diperintahkan Mahkamah Sesyen selepas membenarkan tuntutan samannya, turut ditolak.
4 kali czer pun sangat berisiko apatah 8, pakar perunding O&G ulas kematian ibu muda bersalin 11 kali. Hari ini kita disajikan berita sedih mengenai pengorbanan seorang ibu muda, Nur Zaihan Abdul Halim yang meninggal dunia selepas kelahiran ke -11. Anaknya dilaporkan selamat dan masih berada di NICU HUKM sementara ibu muda ini mati syahid akhirat.
Berdasarkan kata rakan rapatnya dikenali sebagai, Nurhusna Kamarulzaman arwah mengandung anak ke -11 dan yang hidup 10 orang. Arwah berkahwin muda pada usia 18 tahun dan memang sukakan anak ramai. Kata arwah anak yang lahir atas dunia ini semua rezeki baginya.
Diberitakan kematiannya akibat komplikasi plasenta stage 4 dan pembedahan kali ke 8. Rehatlah Nor di sana, ramai yang tunggu anak-anakmu. Aku pun nak ziarah anak-anakmu ini. Tulisnya lagi tok imam yang bacakan talkin pun menangis teresak-esak bila tengok wajah anak-anakmua. Ramai tangisi pemergianmu. Semoga tenang di sana. Amin, tulisnya.
Perkongsiannya cukup mendatangkan sebak kerana besarnya jasa pengorbanan seorang ibu dalam memastikan anak-anak selamat dilahirkan.
Dalam pada itu, Mingguan Wanita mendapatkan pandangan dari Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Dr Maiza Tusimin dari Pusat Perubatan Prince Court mengenai risiko kehamilan pembedahan dalam jumlah banyak begini.
Menurut Dr Maiza atau mesra disapa Dr Mai, secara jujurnya, bila mendengar seorang ibu bersalin czer buat kali ke empat pun dirinya sudah takut, apatah lagi jumlah ibu muda ini lapan kali.
“Jujurnya, kali ke empat pun saya akan suruh ibu fikir panjang, apatah lagi ini lapan kali kerana banyak risiko boleh terjadi.
“Walau di swasta kelengkapan kami lengkap, begitu juga di hospital kerajaan fasilitinya jauh mencukupi tetapi sebagai doktor, apa yang dirisaukan ialah uri melekat dengan parut pembedahan lama. Bayangkan setiap kali kita potong perut, uri boleh melekat sebab berkali-kali dibuat. Jadi kalau kelahiran pra matang terjadi, (arwah melahirkan pada minggu ke 32), risiko uri melekat pada bekas czer lebih tinggi.
“Kalau uri melekat pada rahim akan berlaku tumpah darah yang banyak. Dalam kes lain biasanya rahim ibu akan dibuang bagi mengelak risiko kematian. Tapi dalam kes ibu muda ini, barangkali pendarahan sudah berlaku di rumah dan bila sampai ke hospital sudah berlaku pendarahan banyak. Segala usaha telah dilakukan dan nyawa ibu tidak dapat diselamatkan,” katanya ketika dihubungi.
Sebaiknya cukuplah 3 kali, kalau diskaun pun hanya 4. Bukan lebih dari itu kerana risiko tumpah darah sangat tinggi
Tambah Dr Mai, sebagai pakar perunding dalam bidang ini, kalau ditakdirkan ibu melahirkan anak melalui pembedahan tahap yang sesuai dengan tubuh dalaman wanita ialah tiga kali sahaja.
“Tapi katakanlah ibu berkahwin lain dan ada suami baru dan nak ada anak. Doktor pun taklah kejam kata tak boleh beranak langsung. Boleh untuk bedah kali keempat tapi ibu perlu diperiksa dengan rapi demi memastikan tahap kesihatannya baik. Faktor umur juga diambil kira, sejarah kesihatan pesakit juga. Sebaik-baiknya, biarlah doktor yang sama merawatnya dari anak pertama lagi kerana segala rekod sudah tersedia. Sebabnya doktor lebih tahu bagaimana keadaan dalam pesakit.
“Nasihat saya, bagi yang sukakan anak ramai ini, sebaiknya amalkanlah kaedah perancang keluar sebaiknya. Sebabnya kita sayang isteri dan keluarga kita. Tubuh kena jaga, meman benar anak itu rezeki tetapi Allah juga memberi kita untuk berfikir kebaikan dan keburukan. Jadikanlah kes arwah sebagai iktibar kerana risiko tumpah darah ini bukan sedikit tetapi banyak kematian terjadi kerana hal ini,” katanya memberikan nasihat.
“Kita mahukan ibu yang selamat dan sihat agar dirinya boleh ada untuk bersama-sama membesarkan anak,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Dr Mai turut menjelaskan masalah tumpah darah uri di bawah atau uri melekat ini bukan hanya terjadi pada kelahiran banyak tetapi boleh berlaku pada yang dibedah kali pertama juga.
“Antara masalahnya rahim boleh pecah. Kedudukan uri terlampau bawah dan ketiga uri melekat pada parut bedah. Kalau ini terjadi, ia boleh membawa maut kerana berlaku tumpah darah yang banyak,” katanya menjelaskan masalah tumpah darah ini juga boleh berlaku pada kelahiran secara normal juga.
“Lagi banyak kali kita bersalin, rengangan rahim akan semakin perlahan. Rahim merengang beberapa kali, foktor umur juga kena ambil kira. Pendek kata setiap kehamilan yang banyak tidak dapat lari dari risiko tumpah darah ini. Kalau itu terjadi, langkah tercepat ialah buang rahim ibu,” ujarnya memaklumkan jarak selamat antara satu anak ke satu anak ialah antara 18-24 bulan untuk kehamilan seterusnya.
Apa para doktor paling risaukan terjadinya risiko plasenta accreta di mana uri melekat dengan lebih kuat ke dalam dinding rahim dan tidak boleh dipisahkan secara spontan.
“Ini adalah jenis yang paling membahayakan untuk ibu yang telah bersalin kerana boleh menyebabkan tumpah darah yang banyak. Bayangkan, dalam tempoh perminit, 700-800 ml darah akan keluar. Kalau lagi lama, ada terjadi hingga 10 liter ibu kehilangan darah dan ini meningkatkan risiko kematian,” katanya mengakhiri wawancara.
Ingin bayar PTPTN guna KWSP? Ketahui syarat kelayakan, langkah permohonan dan perkara penting sebelum membuat pengeluaran simpanan KWSP untuk bayaran pinjaman pendidikan.
Ramai peminjam PTPTN...