Isteri memang dilahirkan dengan kebolehan mengimbas otak dan tingkah laku suami. Sekali suami berubah laku, isteri secara automatik dapat kesan kesalahan suami. Apatah lagi rahsia-rahsia  yang suami cuba sorokkan.

Oleh sebab itu, isteri pantang jika suaminya menipu apabila dia bertanya. Menjawab soalan teragak-agak memang membuatkan isteri bertambah curiga. Oleh itu suami kena berhati-hati sebelum terfikir  nak menipu isteri.

Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin

Bila isteri tanya, maka jangan sesekali menipu…

Sebenarnya sikap orang perempuan ini, bila dia tanya itu bukan bermaksud dia tak tahu… Kebanyakan soalan-soalan yang ditanya itu jawapannya sudah ada, dia dah tahu… Cuma cara dia nak uji kejujuran kita adalah melalui sebuah pertanyaan…

“Lewat abang balik, kerja banyak ke dekat pejabat?”

Kalau betul banyak kerja, maka YA kita itu bunyi confidence… Kalau tak banyak kerja, kita balik awal then melencong sebelum sampai rumah, maka YA kita itu bunyi teragak-agak dan gagap sedikit…

IKLAN

Kita takut untuk bertentangan mata, peluh mula membasahi dahi dan kita cuba untuk mengalihkan topik dengan bertanya,

“Anak-anak mana? Makanan sudah siap?”

Lalu kita cepat-cepat masuk ke bilik dan menguruskan diri…mungkin kita ingat sudah selamat, walhal sebenarnya tidak…

IKLAN

Belum Selamat

Dia mungkin sudah tahu ke mana yang kita tuju sebelum sampai ke rumah, cumanya atas asbab tidak ingin menimbulkan pergaduhan, maka dia layan… Terima jawapan si suaminya seolah-olah dia tidak tahu apa-apa…

Orang perempuan ini pelik sebab dia boleh membuatkan lelaki gelabah biawak dengan cara pandangan, pertanyaan atau pun riak mukanya…

Kalau jawapan itu tidak memuaskan hati atau tidak seiringan dengan naluri, apa yang dirasakannya, maka akan ada pertanyaan kedua, ketiga dan seterusnya sehinggalah dia berpuas hati dengan jawapan yang diberi…

IKLAN

So, please avoid daripada bercakap bohong dan berselindung… Lebih baik berterus terang dan bagi dia tahu daripada menipu…

Ini lebih menjaminkan ketenangan dan kesejahteraan hidup kita sebagai seorang suami…

Sumber: Firdaus Shakirin

MW: Wahai suami, demi kesahteraan hidup bersama berlakulah jujur terhadap isteri. Jika anda ingin menipu untuk kebaikan sekali pun janganlah buat selalu kerana isteri dapat menghidu sama ada anda bercakap benar atau berbohong.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI