Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! Meskipun mengalami masalah penglihatan pada mata kanan yang tidak berfungsi dan terpaksa melipatgandakan usaha untuk melihat menggunakan kanta pembesar, ia bukanlah halangan bagi ibu kepada 7 anak ini berjaya menghabiskan ijazah Doktor Falsafah (PhD).
6 Tahun Habiskan Pengajian
Norhayati Sambak, 52, berkata, meskipun mengambil masa selama enam tahun, beliau bersyukur dapat menghabiskan pengajiannya dalam bidang perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Beliau yang juga pensyarah di UiTM Kelantan berkata, anak-anak dan suami adalah pembakar semangatnya untuk menggapai PhD.
“Tipulah, jika tidak pernah ada rasa putus asa, pernah rasa mahu menjual tanah untuk membayar semula duit kerajaan (biasiswa).
“Pernah juga satu tahap, rasa macam sudah tidak nampak (hala tuju) kerana tiada hasil. Bersyukur ada penyelia yang sangat menyokong,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam hari ini.
Guna Kanta Pembesar
Norhayati kini terpaksa menggunakan kanta pembesar bagi menjalani kehidupan seharian selepas mata kirinya pula menghidap lekangan retina, namun, hal itu tidak memadamkan cita-citanya untuk meraih PhD.
“Tahun lalu, selepas selesai PhD saya terpaksa lalui dua kali pembedahan mata kiri. Mata kanan tidak berfungsi sejak 10 tahun lalu, hanya menggunakan mata kiri sahaja.
“Mungkin terlalu mengharapkan mata kiri, ia terlalu tertekan sehingga jadi seperti ini (tidak nampak),” katanya yang sudah menghasilkan dua buku berkaitan kewangan.
Ads
Selepas selesai temu bual, wanita cekal itu dibantu staf UiTM bagi mendapatkan suaminya yang menunggu di pekarangan dewan memandangkan penglihatannya yang sangat minimum telah membantutkan pergerakannya.
Sementara itu, seorang pegawai polis Asisten Superintendan Abang Faisal Yaman, 54, melahirkan rasa syukur selepas penantiannya selama tujuh tahun bagi memperoleh PhD dalam pengurusan korporat akhirnya tercapai.
Selain sokongan rakan-rakan, Ketua Cawangan Pengajian Latihan Asas/Lanjutan di Pulapol Kota Kinabalu itu berkata, kemahuannya mahu memakai bonnet atau topi PhD mendorongnya untuk terus berusaha.
Ads
“Jika mahu belajar PhD perlu pandai membahagikan masa dan perlu mencari titik perubahan supaya terus bersemangat.
“Saya akan pastikan dalam masa satu hari, dua jam akan diperuntukkan untuk PhD. Jika bekerja di luar kawasan saya mesti bawa komputer riba, sebab itu nadi kita supaya kita tidak lupa,” katanya.
NORHAYATI Sambak bersama Abang Faisal menerima Ijazah Doktor Falsafah masing-masing. FOTO Bernama
Bapa dua anak itu berharap kejayaannya itu memberikan galakan buat rakan dan anak-anaknya untuk terus belajar ke peringkat tertinggi.
Terdahulu, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menyampaikan Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda kepada 1,124 graduan UiTM pada hari kedua istiadat konvokesyen itu.
Mingguan Wanita:Tahniah buat wanita ini yang juga merupakan ibu kepada 7 orang anak. Dengan mempunyai masalah penglihatan, ternyata ia bukanlah perkara mudah, namun tidak mustahil untuk menggengam kejayaan. Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain juga.
Selepas tujuh tahun hidup sendirian, ahli Parlimen Permatang Pauh, YB Nurul Izzah Anwar selamat bernikah malam tadi. Disatukan dengan cinta hati barunya, Yin Shao Loong di rumah ahli keluarganya. Majlis akad nikah pasangan ini dihadiri kenalan serta keluarga terdekat kedua belah pihak.
Lelaki yang berjaya mencuri hati anak sulung kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ialah Yin Shao Loong yang merupakan seorang penyelidik bersekutu senior di Institut Penyelidikan Khazanah.
Difahamkan pasangan ini sudah lama berkenalan dan hanya keluar dating beberapa kali sahaja dan hubungan ini diketahui oleh kenalan rapat dan ahli keluarga sahaja.
Dalam satu kenyataan rasmi dari page fbnya, Yb Nurul Izzah memaklumkan pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.
Dalam pada itu, YB Nurul Izzah turut meminta doa dari orang ramai agar perkahwinan terbarunya ini diberkati.
“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir.” (QS. Ar-Rum: 21).
Kami memohon doa kalian semua – agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT.
Dirinya pernah mendirikan rumahtangga bersama Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan berusia 13 dan 15 tahun.
Difahamkan, Yin Shao Loong juga merupkan duda anak satu dan pernah mendirikan rumahtangga dengan seorang pembikin filem dan bercerai dua tahun lalu. Pasangan ini pernah bekerjasama di mana Yin pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif Institut Pemikir PKR yang diketuai oleh Nurul Izzah.
Dalam satu kenyataan lain, ibunda Nurul Izzah, Wan Azizah dikatakan gembira dengan pernikahan ini dan mendoakan agar perkahwinan anak menantunya direstui dan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Azmi Saat hormat perasaan isteri tidak mahu emosi terganggu. Begitulah luahan penyanyi yang juga vokalis kumpulan Caliph Busker.
Dek kerana tidak mahu emosi isteri terganggu, Azmi enggan bercerita mengenai usaha mendapatkan anak kepada isterinya, Nazira Muhammad yang masih terkesan dengan pemergian anak sulung mereka tahun lalu.
Azmi Saat Hormat Perasaan Isteri
Masa berlalu begitu pantas dan Azmi menerusi petikan dari Hot FM turut menyatakan hanya akaan bercakap mengenai hal tersebut apabila tiba waktu yang tepat.
“Awal tahun ini, saya ada rezeki lebih. Saya ada cakap nak buat rawatan kesuburan atau buat pemeriksaan doktor kerana kami ada peluang terbabit.
“Jika isteri saya tak pernah hamil, saya macam tak kisah sangat tapi memandangkan dia pernah mengandungkan dan melahirkan anak sulung kami, peluang nak buat rawatan itu ada dan bila ada rezeki, isu mengenai kos saya letak tepi dan tidak menjadi masalah.
Isteri Belum Bersedia
“Rupa-rupanya, isteri saya masih belum bersedia dan saya terus mahu lupakan hasrat terbabit. Kami usaha cara normal dan jika ada rezeki nanti, insya-Allah.
“Kalau boleh naklah anak lagi cuma belum bersedia.
“Biar dia cakap kerana saya yakin bila sudah sedia nanti, dia akan buka perbualan itu sendiri,” ungkap Azmi yang kini muncul dengan single terbaharunya berjudul Permataku.
Tahniah diucapkan buat Neelofa dan Harris Ismail (PU Riz) akhirnya bergelar suami dan isteri. Desas desus mengenai hubungan mereka akhirnya terlerai di jenjang pelamin.
Uusahawan dan selebriti popular, Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz bersama pasangannya, Haris Ismail, 26, dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Neelofa & Harris Syukur Ke Hadrat Ilahi
Pada majlis penuh bersejarah tersebut, ijab kabul telah disempurnakan oleh adik kandungnya, Mohd Aqief Mohd Noor tepat pukul 11.43 pagi tadi.
Neelofa juga turut menerima mas kahwin daripada Haris dalam bentuk sebentuk cincin.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insyaAllah,” ujar Neelofa dan Haris.
Serahkan Kepada Aturan Yang Maha Esa
Selepas bergelar suami dan isteri, pasangan ini menerangkan, mereka tidak menolak untuk dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.
“Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka.
“Harapan kami, semoga Allah SWT sentiasa memberikan rahmat kepada keluarga kecil yang baru sahaja kami bina.
“Semoga setiap rahmat itu dapat memupuk hubungan kami sebagai pasangan suami isteri,” malah Neelofa dan Harris juga megucapkan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Tudiaaaaaaa..antara webinar yang sedang berlangsung. Nak daftar sebagai peserta boleh ke :
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!