“Masih tidak boleh bergerak, bercakap.” Setiap kali menyentuh anak, pasti air mata mengalir.
Begitulah apa yang dilalui oleh ibu ini, walaupun tidak mampu bergerak dan meluahkan kata kata yang terbuku di hati, namun air mata yang mengalir menjelaskan segala isi hatinya.
Masih Tidak Boleh Bergerak, Bercakap
Berat sungguh ujian buat keduanya, dia dipukul hingga koma. Kemudian anaknya pula bila dilahirkan tiada ibu di sisi. Allahuakbar, sedih sungguh perjalanan hidup ibu dan anak ini.
“Walaupun tangannya mengeras, kami cuba bawa tangannya menyentuh bayi itu dan setiap kali melakukannya pasti air matanya akan mengalir,” kata adik kepada Jahidah Nordin, wanita yang koma selepas dipukul suaminya dalam kejadian pada Mei tahun lalu.
Setiap Kali Menyentuh Anak
Fauziah Nordin, 40, berkata keadaan Jahidah, 43, masih tidak boleh bergerak dan hanya terlantar di katil serta masih belum melihat anaknya, Eshan Nufail yang dilahirkan pada 30 November lalu.
“Kakak masih tidak boleh bergerak dan bercakap dan hanya terlantar di katil, malah dia juga tidak dapat memberikan maklum balas apabila ditanya atau sebagainya.
“Namun terdapat tanda dia memahami percakapan atau pertanyaan kami berdasarkan bahasa tubuh apabila dia kerap mengalirkan air mata.
Ads
“Walaupun tangannya mengeras, kami cuba bawa tangannya menyentuh bayi itu dan setiap kali melakukannya pasti air matanya akan mengalir,” katanya di sini, hari ini.
Jahidah melahirkan anaknya di Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) Seremban di sini, pada 30 November lalu melalui pembedahan.
Fauziah berkata, Eshan berada dalam keadaan sihat dengan diberikan susu formula, malah berat badannya juga bertambah.
Ads
“Melihat keadaan kakak, memang rasa sebak kerana keadaan ini sudah berlarutan lebih enam bulan, namun saya dan ahli keluarga lain akan terus menjaganya sehingga dia pulih.
“Jahidah mengalami masalah di tekak yang mungkin menyebabkan dia sukar mengeluarkan suara namun keadaan itu dalam pemantauan pihak kesihatan,” katanya.
Menurutnya, sehingga kini gaji Jahidah tidak dapat dikeluarkan daripada bank kerana dipercayai berkaitan dengan masalah di bank dan urusan mahkamah.
“Buat masa ini kami terpaksa bergantung kepada bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Ads
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkannya menerusi akaun CIMB Bank Fauziah Nordin, 7617797037.
Sebelum itu, bagi yang mengikuti perkembangan kes ini, sebenarnya Jahidah merupakan seorang penjawat awam berusia 43 tahun yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan di Johor dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu, Johor selepas dipercayai dicederakan suaminya pada 4 Mei tahun lalu.
Mingguan Wanita : Semoga Jahidah cepat sihat dan dapat bersatu dengan anaknya. Buat keluarga Jahidah, harapnya terus kuat dan tabah berdepan dengan ujian berat ini.
Boleh dikatakan hari-hari mak-mak basuh kain guna mesin basuh automatik. Tapi tak ramai mak-mak yang tahu hampir kesemua fungsi butang yang ada pada mesin basuh kita kan. Tip yang dikongsikan Mommy Daily ini sangat bermanfaat untuk mak-mak
Inilah Fungsi Butang Soak/Tub Cleaning Pada Mesin Basuh
Pernah tak mak-mak membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?
Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mak-mak jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.
FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang bekerja setiap kali membasuh.
Cara Nak Basuh Mesin Basuh
So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,
1.Tekan ON 2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE CLEANING , tekan START. 3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.
**sukatan tu main agak je, suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat, kalau tak letak soda pun okei dah sebab cuka sifatnya asid so buang segala bau kepam tu. Tapi kalau letak dua-dua lagi bagus sebab confirm bau macam mesin basuh baru beli.
Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mak-mak letak kain pulak.
Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh.
Basuh Mesin Setiap 2 Bulan Sebab..
Nanti cuba buat tau, dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2 bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.
Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8 tahun diguna tiba-tiba stop.
Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya.
Sebab selama 8 tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu.
Ini ingatan untuk anda yang kadang tak sedar beronline di dapur. Bahaya sebenarnya bercakap telefon dekat kawasan yang ada gas. Ini kisah benar jurusolek artis, Dinie Awalluddin. Dia yang sedang rancak berbual dengan rakannya. Tiba-tiba terputus hubungan.
Dia bayangkan line yang tak elok. Berkali jugalah dia cuba hubungi semula rakannya itu. Lepas dua jam barulah dia tahu apa yang terjadi.
Nak tahu apa jadi dekat rakannya itu?
Baca Ini
Salam semua rakan, saya nak berkongsi cerita benar yg baru saje berlaku hari ini. Saya sedang bercakap di talian dengan seorang rakan…sedang berbual tiba-tiba line hang. Saya dengar suara-suara di belakang dan saya hello hello dia x jawab.
Saya cuba hubungi beliau tapi tak berjawab dan saya beranggapan mungkin hp dia problem. Hampir 2 jam kemudian dia text saya dan beritahu apa yang berlaku tadi.
Dia nak tukar tong gas tiba-tiba di sambar api dan terbakar la pipe gas.. Bahang masih terasa di tangannya sampai sekarang.
Betapa bahayanya bila online di dapur. Berhati-hatilah semua.
Sebab Itu Juga
Kita dilarang bercakap-cakap telefon semasa di stesyen minyak. Ni salah satunya, api boleh menyambar telefon kita. Silap-silap boleh meletup kita kat situ. (Doakanlah minta dijauhkan ya).
EKSKLUSIF!! Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia 26 April lalu digali semula pagi ini oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya. Sample yang diambil selepas kematiannya sebelum ini tidak menemui apa-apa yang menjadi punca kepada kematiannya.
Kubur Digali Semula Demi Bukti
Ternyata, sekali lagi Allah SWT menunjukan kebesaranNya apabila kaki yang dipotong dan tubuh pelajar tahfiz berkenaan yang bercita-cita menjadi huffaz ketika memasuki Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor ini tidak mereput atau berbau busuk biarpun sudah hampir sebulan jenazahnya dikebumikan saat kuburnya digali semula itu. Keadaannya, seolah-olah masih baru ditanam semalam!.
Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini. Ternyata terbukti kepada mereka yang mengutamakan al-Quran dalam kehidupannya, dipelihara jenazahnya dari seksaan azab kubur. Menurut bapa saudara arwah, Mas Arip dia bersama bapa mentuanya, Ahmad bin Motai menjadi saksi bagi pihak keluarga menyaksikan kubur anak saudaranya itu digali semula.
“Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam. Pihak forensik yang mengambil sample dari kaki yang dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan cukup istimewa kerana Allah menunjukkan kebesaranNya di hadapan mereka yang masih hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.
“Allahuakabar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul menginsafkan saya. Masya-Allah. Allah maha berkuasa,”kongsinya lagi.
Kisah adik Thaqif menjadi tular selepas dia didakwa menjadi mangsa pukulan warden yang bertugas di pusat tahfiz berkenaan. Sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa bahkan pembantu warden berkenaan juga telah dibebaskan tanpa dilepaskan kerana kekurangan bukti.
Semoga Ramadan yang bakal disambut oleh umat Islam tidak sampai 10 hari ini benar-benar menjadikan kita umat Islam yang beramal soleh dan memperoleh rahmat dan hidayah dari Allah SWT.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...