
Selalunya mak-mak akan gantikan nasi dengan makan roti pada anak-anak untuk alas perut. Kononnya roti adalah karborhidrat dan boleh jadi pengganti nasi.
Namun, siapa sangka makan roti menjadi penyebab perut sensitif dan masalah angin dalam badan.
Inilah yang diterangkan oleh Cikgu Kahar tentang roti yang dikongsikan dalam tiktoknya.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bahaya Mewarna Rambut, Nak Cantik Tapi Terdedah Risiko Kesihatan, Kena Hati-Hati!
Resipi RASAM Dari India Selatan, Bagus Untuk ‘Cuci Perut’, Demam, Tak Selera Makan
Info Lebih Menarik DI SINI
Makan Roti Punca Perut Sensitif
Bagi mak-mak yang ada masalah angin, bolehlah tukar menu.
Carilah gluten free yang selamat untuk perut.
“Sebenarnya, apa yang ada dalam sebiji roti? Uji tahap angin dan udara yang ada dalam roti.
Cuba kemekkan, barulah kita tahu adunan sebenar roti. Sangat nipis.
Jadi, selebihnya selama ini kita hanya makan angin.
Sesiapa yang ada masalah angin, puncanya angin daripada roti ini.
Masalah Angin, Tukar Makanan Lain
Ubah untuk tidak makan roti terutamanya sesiapa yang ada masalah angin.
Mereka yang mengalami perut sensitif dan ada masalah angin, pastikan makan nasi panas.
Elak ambil nasi sejuk dan makan panas-panas sebab nasi itulah sesuai untuk orang yang ada masalah angin.
Mingguan Wanita : Moga ia membantu.
Sumber: cgkahar (tiktok)
@cgkahar Elak makan roti bila angin. Apa saja makanan ada angin elakkan. #cikgukahar #elzerabiz #glutenfree ♬ original sound – Cikgu Kahar
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bukan Suka-Suka Letak Mahal” Sekarang Hakak Baru Faham Kenapa Harga Kuih Raya Makin Tak Masuk Akal

Astaghfirullah, mahalnya harga kuih raya sekarang ni. Nak tunjuk macam dulu pun takut!
20 tahun lepas, emak setiap tahun akan bersengkang mata, berkaftan longgar di dapur berlumur tepung dan bau harum mentega, menyiapkan kuih tat nanas kesukaan kami.
Biasanya saya jadi tukang terap doh, letak jem nanas dan lepas tu jadi orang paling kuat mengintai oven. Bukan tengok kuihnya, tapi ambil bau tat yang dibakar! Allahu, aroma itu… Sampai sekarang tersemat kemas dalam ingatan.
Hari ini emak lebih selesa membeli. Tiada lagi bau harum kuih raya yang dibakar atau bau manis jem nanas di dapur. Selain ‘pembantu-pembantu kecilnya’ dah membesar dan berkeluarga, emak lebih suka bersendirian di bilik, mengaji atau mendengar ceramah agama di televisyen.
Emak tak usahlah susah-susah buat kuih. Lagipun kos buat sendiri kadang-kadang lebih mahal daripada beli. Dapat penat lagi, ambil masa nak beribadah lagi.
Itu pujuk kami setiap kali dia teringat mahu buat kuih tat nanas dalam bulan puasa. Dan emak pun akur, kerana kami adik-beradik sentiasa bawa pulang berbekas-bekas kuih raya, yang tinggi, yang rendah, yang bertutup merah, yang berkaca, sebagai stok di rumah. Tradisi buat kuih itu pun mati.
Tempoh hari saya bawa emak shopping raya di Shah Alam, emak mengomel kenapa harga kuih raya sekarang mahal-mahal. Tak masuk akal tengok sebekas kecil kuih tat nanas, isinya mungkin 20-25 biji, dijual pada harga RM30. Kami jalan ke gerai lain, tapi semua kuihnya pun berharga sekitar RM25 – RM40.
Berbeza dengan harga kuih raya dulu-dulu. Kalau anda masih ingat, bekas bulat jernih tu, harganya lingkungan RM13 – RM15 jer, kan? Kadang-kadang waktu jualan lelong, jadi RM10 sebekas. Kuih pun banyak sekitar 50 biji, rupa cantik dan sedap. Haiiii… rindunya zaman kuih raya penuh semeja.
OK, PATUTLAH!
Tak mahu terus diburu tanda tanya, lebih baik saya jumpa sendiri pengusahanya. Dan 10 jawapan yang diterima ni memang buat kita mengangguk faham… Oh, patutlah harga kuih raya sekarang melambung tinggi! Bisik seorang sahabat, you should really write about this Cik Lin!
(1) Pengusaha terpaksa naikkan harga sebab kos bahan bakeri meningkat beberapa kali dalam tempoh setahun.
(2) Ada yang pilih menggunakan bahan berkualiti contohnya pure butter dan bukannya mentega biasa macam Buttercup.
(3) Rasa kuih yang menggunakan pure butter lebih sedap dan tahan lama. Tapi harganya mahal. Contoh bila promosi, harga Buttercup RM5.00 tapi pure butter RM9.00. Lebih kurang begitulah. Cuma pengusaha akan beli pukal untuk dapat harga murah.
(4) Sebilangan pengusaha kecil mengenakan caj penghantaran sekali pada kuih raya mereka. Nampak tak ketara, tapi kos minyak dan masa pun kenalah kira, kan?
(5) Faktor GST pun mempengaruhi. Pengusaha biasanya dah siap-siap beli barang mentah sebelum GST 0% semalam. Harga barang dulu lagi mahal.
(6) Kos bekas atau packaging pun mainkan peranan. Sekarang trend bekas acah hipster tu, balang kurus tinggi bertutup hitam. Lagi aneh bekasnya, lagi mahallah kuih rayanya. Tapi ini by demand.
(7) Tengok area jualan dan target market. Biasanya area bandar raya besar dan padat seperti Lembah Klang, Johor Bahru, Ipoh atau Pulau Pinang memang lebih mahal.
(8) Ada konsep ejen. Untung orang tengah pun kenalah kira juga. Pengusaha tolak RM20, ejen mestilah caj lebih lagi.
(9) Kalau beli kuih raya di gerai, jangan lupa penjual kena cover kos sewa tapak dan pembantu jualannya. Kadang-kadang untung mereka sendiri pun ‘ciput’.
(10) Pengusaha berpengalaman atau terkenal dengan kesedapan kuih raya mereka. Yang ini pembeli memang sanggup beli walaupun mahal kerana dah tahu kualiti rasanya yang gerenti sedap.
Lepas baca penjelasan ni, agaknya hakak hakak macam saya faham tak? Iyalah, cuba kita buat sendiri kalau nak tau berbaloi ke tak. Cara terbaik untuk berjimat, mungkin kita boleh tempah terus daripada pengusahanya yang tinggal berdekatan rumah. Jimat kos penghantaran, ejen dan sebagainya.
RAMALAN LEPAS GST 0%
Nampaknya kemungkinan harga kuih raya turun lepas 1 Jun 2018 memang tipis. Kata kawan baik saya dari Bakes By Delia, banyak pengusaha pilih untuk kekalkan harga sekarang. Tapi saya memang setia beli biskut cip coklat beliau, tiap-tiap tahun wajib order sebab sedap sangat. Yang ini berbaloi-baloi beli, anak-anak berebut makan!
Diam diam saya jumpa emak dan janji tak membazir beli kuih raya mahal-mahal. Emak kata beli yang anak suka makan saja. Untuk emak, carikan kuih tat nanas macam biasa. Saya pandang wajah tuanya. Aduh, tiba-tiba aroma tat nanas buatan emak menerpa ke hidung. Rindu kena marah sebab sepahkan tepung dulu! Nostalgia betul.
Selamat ber-shopping raya! Sehingga itu salam sayang daripada saya, Editor Mingguan Wanita… Norzalina Mohd Alias.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Aloe Vera Jelly Ala Nata De Coco, Kena Ikut Cara Ni Barulah Tak Gatal Tekak Bila Makan!

Tidak dinafikan aloe vera memiliki khasiatnya yang tersendiri terutamanya untuk kecantikan kulit. Jika mak-mak ada tanam pokok aloe vera, selain gunakan lendirnya, boleh juga direbus isinya untuk dimakan mahupun buat air.Namun ada caranya untuk bersihkan dan masak aloe vera ini.
Puan Nur As Shifa Halim ada kongsikan cara nak’proses’ Aloe vera ni serta berkongsi tip agar bila makan tekak tak rasa gatal.
Resepi Aloe Vera Jelly ala-ala Nata De Coco
“Kami share step by step kat gambar la kan senang nak terang.Sedap angpa oii sejukk ja masuk tekak (sis buat sirap limau).Sebelum ni tak lalu jugak nak makan, banyak buang ja aleo vera yang tua-tua tu,sebab bau dia Allah tak lepas nak piiii”
“Baru ni, suami sis try buat ehhh sedap pulak, masuk harini kali kedua lah ni try selepas adjust semua and google resepi bagi puas hati. Finally sedap rupanya Aleo Vera ni”
“Nak lagi bagus boleh makan mentah-mentah gitu, lagiii banyak khasiat, tapi pastikan cecair kuning (Aloe Vera Latex) boleh rujuk gambar dibawah kena buang dulu bagi bersih-bersih supaya tak gatal dan selamat dimakan”
1.Pilih yang matang (tua). Macam mana nak tau? Cuba tekan tengah-tengah tu kalau keras padat dah boleh harvest (tuai). Yang suami sis tanam ni spesies bila kecik ada bintik-bintik, dah besaq hilang bintik tu.
2. Part ni sangat penting. Nak keluarkan Aloe Latex (cecair kuning tu). Boleh akibatkan gatal-gatal kalau tak bersih elok-elok. Ni suami sis tegakkan Aloe Vera yang dituai tadi, tegakkan dalam 1-2 jam. Alhamdulillah kami buat step ni tak dak gatal-gatal tekak ka apa bila makan.
3.Lepas proses “tegak” tu,basuh bersih-bersih. Nak senang potong kepada 2 @3 bahagian ikut keselesaan anda nak proses. Sebab time 1st time buat, suami sis luka jugak tapak tangan. Duri Aloe vera agak tajam.
4.Buang bahagian tepi dulu (bahagian duri).
5.Buang kulit bahagian atas.
6.So dapat lah macam ni hasilnya. Basuh bersih-bersih. Dah boleh rebus.
7.Rebusan kali kedua dalam 15min saja (Aloe Vera+Gula batu+daun pandan) sukatan agak-agak angpa saja nak manis mana.
8. Siap untuk dihidanggg.Sedap naaa rasa macam peel fresh Marigold tu.
9. Close up. Selamat mencuba. Semoga bermanfaat ❤️
MW:Dah tahu caranya mudahlah nak buat sendiri di rumah nanti. Yang penting banyak khasiat aloe vera ni, terutamanya untuk kuit dan ikut cara betul yang dikongsikan ini, taklah gatal rasa tekak bila makan.
Sumber: Nur As Shifa Halim
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Tanam Pokok LEMON Guna Biji Benih, Pilih Bersaiz Besar!

Selain menggunakan anak pokok, rupanya pokok lemon juga boleh disemai dengan menggunakan biji benih. Namun pastikan pilih biji benih yang bersaiz besar, dipotong sedikit kulit dan bijinya sebelum direndam semalaman. Bukan apa, buah lemon ni banyak khasiat dan kegunaannya, baik untuk kesihatan, kecantikan diri mahupun digunakan dalam masakan.
Untuk faham lebih lanjut cara untuk tanam pokok lemon melalui biji benih boleh rujuk perkongsian daripada Puan Liyana Mohd Poad ini.
Assalamualaikum.Hari ini di pagi Jumaat yang barokah, saya nak ajar ahli ahli group cara untuk tanam pokok lemon melalui biji benih.
Ikut semua step yang mudah di bawah.
1. Potong 2 lemon.Korek ambil bijinya yang bersaiz besar.
2. Rendam semalaman di dalam satu bekas selepas disunatkan. Air hanya perlu paras lemon sahaja. Tak perlu banyak.
3. Ini bentuk biji lemon selepas disunatkan dan direndam semalaman.Senang aje nak sunatkan. Hanya potong sedikit kulit dan sedikit biji secara menyerong. Guna pisau lipat lebih mudah.
4. Sunatkan macam ni.. Alaaa, macam tok mudim sunatkan budak.. Potong sikit aje… Hihi.
5. Tebuk begini mangkuk polisterine supaya mudah disemai.
6. Begini jadinya.
7. Sediakan tanah hitam, sekam padi mentah dan sedikit cococopeat halus hingga penuh bekas. Siram bagi lembap.Tanam biji lemon anggaran 0.5cm.Letak di tempat cahaya 8pg-12 tengahari cukup.Saya letak atas batu disekat dengan pagar.
8. Setelah 3 minggu.Bagi cahaya penuh.
9. Setelah sebulan setengah.
10. Hampir dua bulan.
11. Selepas 11 bulan.
12. Banyak daun daun baru yang keluar selepas ditabur dengan Epsom salt bulan lepas.Kepentingan utama epsom salt adalah untuk merawat tanah, pokok dan daun serta elak dari makhluk perosak.
13.Cantik kan.
14. Buang semua daun daun yang tua supaya nutrien sampai ke atas.
Info Ekstra!
- Apabila semai dari biji untuk cepat tumbuh saya guna tiga benda aje.Air beras yang diperam, baja tinja kambing dan epsom salt untuk rawat tanah dan kesuburan setiap minggu.
- Kalau guna biji benih ni ambik masa bertahun untuk berbuah.Saya punya ni baru 11 bulan.Mungkin dalam sebulan dua lagi saya akan kahwinkn pokok lemon ni dengan dahan hibrid yang sudah berbuah.
Semoga bermanfaat!
Baca Lagi Di sini:
Keluarkan BATU KARANG, Ikhtiar Minum Air Lemon & Minyak Zaiton Setiap Pagi!
Cara Buat STOK Pati Lemon Madu Tak Pahit, Lama Simpan Lagi Sedap!
Lebih 30 Tahun Hidup Tanpa Secalit Bedak, Jaga Kulit Muka Guna Perahan Lemon & Madu Asli!
6 Sebab Kenapa Wanita Kena Amalkan Minum Air Lemon Suam Setiap Pagi
Mingguan Wanita: Jadi bolehlah cuba semai pokok lemon guna biji benih. Namun pastikan pilih biji yang besar barulah dia elok tumbuh membesar.
Sumber: Liyana Mohd Poad
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/
Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/
Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/
Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/
Untuk pertanyaan hubungi : 019632875
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI