Bila bergelar isteri dan mak, automatik kitalah orang paling sibuk dalam menguruskan anak-anak dan keluarga. Hati seorang mak tentulah tidak akan sanggup biarkan suami dan anak-anak uruskan sendiri.
Sebab itulah, malas atau sakit sekali pun, mak-mak sanggup gagahkan diri. Boleh dikatakan maklah orang paling sibuk. Bukan tidak harapkan suami lakukan tapi rasanya tidak puas hati kalau tidak lakukan sendiri. Mungkin ada juga mak-mak yang fikir, di penghujung hari dia jugalah yang akan buat nanti.
Walaupun mak orang paling sibuk, buatlah dengan penuh ikhlas dan redha. Tak perlu merungut pun. Sudah itu tanggungjawab seorang ibu.
Apa yang menarik daripada perkongsian Sri Ajilah Samsir ini, ada betulnya. Memang mak-mak orang paling sibuk, tak sihat atau malas pun tetap kena buat. Jangan merungut sebab Allah brik pengiktirafan dengan memberi cuti solat supaya ada masa untuk berehat.
Terngiang-ngiang ceramah Ustaz Jafri yang saya dengar semalam.mak-maklah orang paling sibuk
“Ibulah manusia yang paling sibuk sekali. Celik mata, dah ada macam-macam dalam kepala. Kalau bekerja, boleh juga minta cuti pada bos. Tapi bila jadi ibu, tak ada masa cuti.
Sebab itu, Allah iktiraf seorang perempuan dengan bagi cuti. Bagi cuti solat supaya orang perempuan ada masa sikit nak berehat.
Nampak tak? Allah pun hargai seorang perempuan.
Lebih kurang begitulah bunyinya.
Dan saya angguk-angguk berulang kali.
Memang kita ni, ada masa rasa malas ya ampunn. Tapi bila tengok anak kecil-kecil merengek, gagahkan jugalah buat itu ini, masak, uruskan anak-anak.
Ads
Tambah pula kalau masa tak sihat. Dengar anak menjerit pun rasa macam nak pecah kepala.
Dapat suami yang faham, Alhamdulillah. Ada jugalah masa untuk rehat sekejap lepas telan panadol.
Nampak suami bantu uruskan anak-anak, belikan makanan, subhanallah leganya. Lega emosi, terus rasa lega tubuh badan juga.
Belajarlah untuk ucap terima kasih pada pasangan. Menghargai, bukan sekadar beri hadiah atau ucap i love u tapi juga bertolak ansur dalam banyak perkara.
Untuk seorang isteri, inilah syurga dunia. Insya-Allah syurga ini jugalah yang Allah sediakan di sana.
Dapat suami yang tak faham, hadaplah semuanya sorang-sorang. Sebal tak tahu nak kata. Semuanya dihempuk atas satu kepala.
Beri ‘Ruang Rehat’
Kawan saya mengadu, ada orang kata pada dia,
“Kau ni tak ikhlas. Semua nak merungut. Cuba belajar redha sikit. Orang lain elok je siap laki outstation bagai, dia jaga anak sorang-sorang. Kau ni je, lembik!”
Akhirnya, hati yang sedia sakit bertambah cedera parah.
Ads
Dia rasa dia tak berguna. Tak boleh bahagia macam orang lain, tak mampu jaga rumah tangga sendiri dan tak pandai urus keluarga.
Akhirnya, dia depression dan pernah self-harm sebab terkesan cakap-cakap orang.
Sebab itu, saya terkesan sungguh dengar ceramah Ustaz Jafri ni.
Allah pun meraikan kelelahan seorang perempuan. Kalau semua terbeban atas sepasang bahu, bagaimana mungkin kita paksa bahu yang sama untuk tetap kuat?
Kadang-kadang, bukan kita tak faham yang semua ini adalah ujian kesabaran, ujian hati dan perasaan, cuma kita juga mahu ada ‘ruang berehat’ seperti mana rehat yang Allah sediakan untuk seorang perempuan.
Kita kan sama-sama perempuan. Janganlah buat ayat macam tu sebab kita tak pernah tahu keadaan sebenar rumah tangga dia.
Boleh nak nasihat dan beri semangat tapi biarlah kena pada tempat. Kalau tak, cukuplah sekadar pinjamkan telinga untuk buat dia sedikit lega.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang boleh timbul rasa tak ikhlas dan merungut kalau suami buat ‘dono’ dan tak faham. Kena redha untuk pahala yang mak-mak lakukan semua ini.
Merungut bukan tanda tak redha, itulah tandanya kita manusia biasa bila berdepan ujian dari Allah SWT. Biasalah setiap kali berdepan dugaan, pasti keluar dari mulut rasa kecewa, sedih.
Hanya sekadar luahan kerana mak,ayah juga manusia biasa yang tidak lari diuji. Namun ia tak bererti mak,ayah tak redha tetapi perlukan masa untuk hadap situasi yang berlaku.
Seperti mana dalam mendidik anak-anak, ada masanya emosi mak, ayah turun naik apatah lagi orang sekeliling seakan tidak memahami. Bersabarlah, hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Merungut Bukan Tanda Tak Redha
Kongsi Mohd Fhais Salim, ada orang ujiannya anak terlalu lasak, tak dapat nak relaks langsung. Aduh..
Kemudian, ada orang ujiannya anak terlalu nakal, selalu buat jantung kita tercabut.
Ada orang ujiannya anak lambat belajar, puas ajar lambat sungguh dia pickup.
Kemudian, ada orang ujiannya anak degil benar, berbuih cakap satu pun dia tak nak dengar.
Ada orang ujiannya anak keras kepala, kuat melawan cakap kita sentiasa.
Selebihnya, ada orang ujiannya anak kasar sangat, suka pukul orang dan sakat adik-beradik.
Ada orang ujiannya anak terlalu sensetif, sikit pun tak boleh tegur meleleh air mata.
Dan ada orang ujiannya anak terlalu strong will, sekali dia cakap nak dia nak juga, tak dapat berguling dia dekat situ juga.
Ada orang ujiannya mengurus anak seorang diri setiap hari setiap masa, tanpa bantuan. hmm..
Serta ada orang ujiannya berkorban kerjaya, pangkat dan pendapatan demi menjaga anak sepenuh masa.
Walau apa pun ujian kita,
– mengenang
– mengeluh
– merungut
– menangis
– meratap
– merintih
Itu sudah pasti.
Walau tidak diluahkan pada sesiapa tapi percayalah dalam hati pasti ada terdetik.
Bila Berdepan Ujian
Tak salah pun. Mengeluh bukan tanda lemah, merungut bukan tanda tak redha.
Sebaliknya itu la tanda kita HANYA MANUSIA biasa yang tak boleh lari dari rasa kecewa dan rasa terkilan bila berhadapan dengan ujian.
Lain orang lain ujiannya. Tak ada orang yang “mampu” terlepas dari ujian.
Fahamilah mereka yang diuji, dan selalu fikir begini.
“Ujian mereka begitu, ujian kita belum tentu lagi”
Entah-entah ujian kita nanti jauh maha dahsyat dari ujian mereka ini. Allahuakbar…
Mingguan Wanita : Setiap mak,ayah berbeza ujian hidupnya. Bersabarlah setiap kali diuji. Rasa kecewa dan sedih itu biasa kerana kita bukan manusia sempurna yang hanya mampu tersenyum setiap kali dugaan mendatang.
Bagi seorang isteri, penghargaan daripada seorang suami amatlah bermakna pada dirinya. Tidak semestinya dengan limpahan kemewahan harta benda. Ia bergantung pada kemampuan dan rezeki suami juga. Apa yang penting adalah kesetiaan dalam melalui susah senang kehidupan bersama.Namun jika diberikan rezeki yang lebih, tidak salah juga para suami membahagiakan isteri dengan membelikan barangan yang disukai isteri.
Seronok membaca perkongsian nukilan Ikram Al-Banjari, bagaimana cara dia menghargai dan membahagiakan isterinya, sedikit pun ‘tidak berkira’ dengan rezeki yang diperolehi. Semoga ramai para suami yang dapat mencontohi seperti yang dilakukan oleh lelaki ini.
Berikut antara perkongsian tersebut;
Semalam aku bawa isteri masuk ke satu kedai kosmetik di Seoul. Aku cakap pada dia begini,
“ Ambillah apa yang awak mahu “
Dia senyum dan terus ambil beberapa keping facemask. Iya, aku tahu di Korea ini memang cukup terkenal dengan barang kosmetik dan wanita mana yang tak suka barang-barang kecantikan begini kan ?
“ Cukup ka ? Facemask saja ? Foundation, Lotion apa semua takmau ? “, soal aku bersungguh-sungguh.
Dia pun tersipu-sipu dan terus mencuba pelbagai lagi jenis barangan kosmetik di situ. Akhirnya ada juga benda lain yang dibelinya. Aku lega sangat.
“ Terima kasih oppa “, itu saja ucapnya sambil matanya berkelip-kelip yang hadir bersama senyuman manis. Aku sudah berasa amat bahagia.
Sengaja aku suruh dia pilih apa yang dia mahu. Aku tahu stok ‘mekap’ yang dia beli di Eropah dan Dubai haritu pun belum habis lagi. Bulan lepas aku belikan serum SKII di Jepun pun belum dia sentuh lagi. Aku tahu semua itu, tetapi aku juga tahu apa yang setiap wanita suka.
Hargai Isteri Ikut Kemampuan
Beginilah kawan, bila ada rezeki dan ruang masanya, kita sebagai suami hargai saja isteri sekadar apa yang semampu kita. Kalian tak usah melihat kebahagiaan kami sekarang. Tetapi kalian juga perlu tahu kesempitan kami sebelum ini.
Dulu, tak usah kata kosmetik Korea, nak pakai yang elok sikit yang dijual di Malaysia ini pun aku tak mampu belikan. Cukuplah isteri aku tampal-tampal bedak sejuk itu saja. Bersyukur saja dengan apa yang ada. Lawa juga aku tengok dia sampai sekarang. Nah puji selambak! ?
Dulu, tak usah kata nak bawa isteri travel ke seluruh dunia, aku nak bawa dia ke Langkawi pun belum cukup mampu. Cukuplah sekadar melancong ke pasar malam dan window shopping ke Giant, itupun sudah bahagia yakmat.
Aduh, malaslah aku nak cerita bab-bab sedih ni. Nanti jadi sinetron pula. Sempena tahun baru ini kita sembang hal sedap-sedap sajalah ya.
Cuma aku nak pesan kepada semua suami muda di luar sana, hargai orang rumah kita sebaiknya dalam setiap keadaan susah dan senang kita. Kerana dia tak pernah bosan mendoakan kita setiap masa.
Pesanan Buat Isteri
Dan kepada kaum isteri pula, kalian sokong sajalah usaha suami dalam susah dan senang. Tak usah kau membebel, merungut dan menjatuhkan semangatnya. Kerana Tuhan sudah berkata, “ Sesudah kesulitan pasti ada kemudahan “ ( Al Inshirah ).
Hidup kita ini tenang apabila kita tidak ikut-ikut orang dan memaksa diri. Buatlah sesuatu mengikut kemampuan kita sahaja. Berapa harga barang dan apa jenis barang itu cuma asbab untuk kita bahagia. Tuhan jualah yang memberi izin kepada kita semua.
Jangan dikritik bila isteri garang dalam rumah tangga, bukan buat-buat tetapi biasanya ada sebab tertentu yang buat dia berubah sikap.
Nak-nak pula buat dua kerja sekali gus, manalah isteri tak jadi garang. Kadang baru nak duduk, anak-anak dah meragam. Itu belum bercampur lagi dengan arahan boss kat tempat kerja, memang tertekan kalau suami tak faham keadaan ini.
Jadi, sebelum terlepas cakap pasal isteri garang, cuba hadam pandangan dari sudut seorang suami, saudara Firdaus Shakirin dulu. Agak-agak mampu tak kurangkan sikap garang isteri bila dah ada jawapan ini?
Patutlah Isteri Garang
Kenapa isteri zaman sekarang ni garang, kasar dan tak lagi lembut macam isteri zaman dulu-dulu?
Dia jadi macam tu sebab dah terlalu banyak beban yang dia pikul, lebih dari beban dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul oleh seorang isteri. Kudrat dia dengan kudrat suami tak sama, letih dia dengan letih suami pun tak sama, tugasnya bukan sekadar menjadi seorang isteri, seorang ibu tapi dia juga terpaksa keluar mencari rezeki untuk bayar itu ini. Apa yang dia buat tu dah lebih dari tenaga yang dia ada. Jadi macam mana dia nak jadi “lembut” jika dia memerlukan kekuatan dan kecekalan untuk terus bertahan dalam kehidupannya?
Dia garang sebab tekanan, dia tak lagi berlembut sebab keadaan.
Tekanan dan keadaan itu yang menjadikan siapa dia pada ketika ini, pada hari ini. Kalau kita sebagai suami faham, kita pasti akan mengurangkan beban yang dipikul mereka. Tapi sayang, ramai lelaki memiliki wanita, tapi tak ramai lelaki yang memahami hati seorang wanita. Apa yang dirasainya, apa yang dilaluinya, kenapa dia jadi garang, kenapa dia jadi kasar, kenapa dia cepat marah, kenapa dia suka beremosi.
Jangan tunggu dia meletup baru kita nak sedar.
Dia tak minta kita ganti tempat dia, ambik alih jaga anak, kemas umah, basuh baju, memasak dan sebagainya. Dia cuma minta kita FAHAM dia, HARGAI dia supaya apa yang dia buat tu, bukan sia-sia.
ITU SAHAJA… tak kan itu pun susah?
Cuba tolong meringankan kerja-kerja dia dan jangan letak semua beban tu atas bahu dia. Kekuatan dia dan kita berbeza, mental dia dan mental kita pun berbeza. Dia beremosi dengan kepayahan, keletihan dan kepenatan yang dilaluinya.
Bukan sebab dia lahir-lahir dah garang, dah kasar, dah panas baran TAPI sebab keadaan dan tekanan yang dihadapinya.
Fitrah Wanita Orangnya Lembut
Jangan persoalkan kelembutan dia sebab wanita itu pada fitrahnya memang hamba Allah yang lemah lembut, tapi jika dia terlalu berlembut, kita akan pijak kepala dia.
Sama-sama lah kita sebagai suami membantu isteri, isteri itu bukan hamba dan kita bukan tuannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...