‘Madammu bantu wanita dalam kesusahan.” NOIR mahu ubah taraf hidup untuk keselesaan keluarga. Dalam masa yang sama NOIR amat berbangga dengan pencapaian para usahawannya.
Terutamanya yang berjaya mengecapi impian, mengubah hidup dan memberikan keselesaan kepada keluarga mereka dengan mampu membeli kereta baru, rumah yang lebih selesa, pendapatan yang lumayan, dan sebagainya.
Madammu Bantu Wanita
Selari dengan aspirasi syarikat dalam mengembangkan lagi perniagaan pasca pandemik, NOIR komited dalam melahirkan lebih ramai lagi usahawan wanita yang berjaya mengubah status dan taraf hidup mereka.
Noir Circle Meeting (NCM) 2022 yang diadakan di The Ritz Carlton Hotel Kuala Lumpur pada 28 dan 29 Jun 2022 merupakan langkah strategik NOIR bagi memastikan kumpulan usahawan Apprentice NOIR terus komited dan faham dengan hala tuju perniagaan NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd.
NOIR Circle Meeting merupakan sesi pembentangan dan perbincangan yang dikendalikan oleh Madammu dan juga En. Azri Che Noh sebagai teraju utama NCM 2022 dalam memacu dan membawa para usahawan NOIR ke arah hala tuju perniagaan yang lebih jelas. NOIR komited untuk mencapai angka 1,000,000 pelanggan, 200,000 ahli NOIR yang aktif dan 100 usahawan jutawan menjelang 2025.
Dalam NCM 2022 kali ini, Madammu turut berkongsi nilai-nilai yang diperjuangkan oleh setiap usahawan NOIR dengan berpegang kepada nilai BEAUTE iaitu Brave (Berani), Energetic (Bertenaga), Authentic (Asli), Unshakeable (Tidak Mudah Tergugat), Transformation (Transformasi) dan Empower (Memperkasa).
Nilai-nilai ini telah memberikan objektif jelas yang membantu para usahawan NOIR untuk kekal fokus dan komited.
Ads
Selain sesi pembentangan hala tuju perniagaan, NCM kali ini juga turut dimeriahkan dengan majlis apresiasi pencapaian para usahawan wanita NOIR.
Untuk pengetahuan, NOIR Circle Meeting (NCM) merupakan program yang diadakan pada setiap 6 bulan setiap tahun oleh pihak syarikat NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd. khas untuk para leader NOIR dan dibimbing secara terus oleh pengasasnya, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu, selain kursus keusahawanan atas talian yang dijalankan secara konsisten.
Dalam Kesusahan
Madammu komited untuk membantu para wanita yang mungkin berada di dalam kesempitan mahupun kesusahan dengan menyediakan satu platform keusahawanan yang telah terbukti berjaya.
Sehingga ke hari ini, NOIR berjaya melahirkan 30,000 wanita yang memilih untuk memulakan perniagaan bersama NOIR sebagai perniagaan pertama mereka. Ada ramai lagi perintis yang Madammu sedang gilap untuk menjadi usahawan wanita luar biasa sama seperti para usahawan yang hadir pada hari ini.
Ads
Diinspirasikan daripada keinginan untuk berkongsi rahsia kecantikan kulit sihat berseri dengan menggunakan bahan-bahan premium halal, selamat dan semula jadi, NOIR melestarikan unsur alam ini melalui rangkaian produknya.
Hasilnya, syarikat itu berjaya merangkul anugerah “Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik” dalam Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019.
Turut disenaraikan sebagai Nona Top Beauty Entrepreneur 2020, NOIR telah membuktikan bahawa gandingan kerjasama berpasukan yang berterusan pasti membuahkan hasil.
NOIR Mahu Ubah Taraf Hidup
Madammu telah diiktiraf sebagai antara 16 usahawan produk kecantikan terkemuka di negara kita dan dipaparkan dalam majalah Nona terbitan Januari 2020.
Ads
Seiring dengan kualiti produk premium yang dihasilkan, jenama produk NOIR turut menerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam “Kategori Kesihatan & Kecantikan” satu pengiktirafan yang sangat berprestij bagi syarikat tempatan dalam menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit, kosmetik dan kesihatan yang diyakini serta bermutu tinggi.
Menyedari kepentingan untuk melestarikan jenama NOIR di pasaran tempatan dan antarabangsa, NOIR telah dianugerahkan The BrandLaureate – The World’s BestBrands e-Branding Awards dalam kategori “Cosmetic and Skin Care Solution” pada Oktober 2020.
Untuk Keselesaan Keluarga
Pada Mac 2022, NOIR sekali lagi telah menggemparkan negara apabila menjadi syarikat kecil dan sederhana pertama dalam bidang kecantikan dan kosmetik yang menaja acara hiburan No. 1 di Malaysia, Anugerah Juara Lagu ke-36 yang telah menyaksikan konsep persembahan, tatarias pentas dan busana yang sangat menarik.
NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd., syarikat tempatan yang telah berjaya mengetengahkan produk berasaskan bahan-bahan premium halal, selamat dan semula jadi secara meluas ke seluruh negara.
Ia turut melangkaui jenama tempatan lain yang telah bertapak lebih lama dalam pasaran dan berjaya menembusi industri kecantikan hingga luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Australia dan juga Dubai.
Sehingga ke hari ini, NOIR terus meningkatkan kekuatan jenamanya dalam mempromosikan produk kecantikan halal dan premium ke seluruh dunia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Minat yang mendalam dalam dunia perniagaan sememangnya menjadi azimat buat wanita ini terus melangkah dalam dunia keusahawanan. Zarawani Salim, antara wanita yang mempunyai impian setinggi gunung untuk mengubah kehidupan sekaligus mengecapi hidup yang lebih baik.
Bijak menggunakan ruang dan peluang dalam bidang perniagaan menjadikan dirinya antara usahawan wanita di Malaysia yang melakar kejayaan dalam dunia fesyen.
Usahawan Berjaya
Bagi Zarawani, bukan mudah untuk dirinya berada selesa dalam perniagaan yang diceburinya apatah lagi perniagaan berasaskan fesyen sememangnya mempunyai persaingan yang sengit. Malah Zarawani pernah berhadapan detik jatuh bangun sebelum perniagaannya berada pada kedudukan sekarang.
Menyingkap detik permulaan, pada tahun 2011 terhasilnya jenama fesyen She Dazzle. Zarawani memulakan perniagaan di kampung halamannya Kemaman dengan menubuhkan rumah fesyen mesra hijab. Hanya selepas sembilan tahun beroperasi, Zarawani melebarkan empayar perniagaannya itu ke Kuala Lumpur dengan membuka butik mengikut konsep tersendiri.
Meletakkan kepuasan pelanggan sebagai antara matlamat dalam perniagaannya, Zarawani menetapkan harga yang berpatutan untuk setiap koleksi di samping mengikut rekaan terkini serta berkualiti sebagai tunggak utama. Kgembiraan pelanggan dalam menggayakan setiap koleksinya tidak kiralah pakaian mahupun skaf adalah satu kepuasan dan pencapaian terbaik buat usahawan She Dazzle ini.
Tidak hairanlah, selepas 12 tahun berkecimpung dalam dunia fesyen, jenamanya masih menjadi pilihan wanita yang mahu kelihatan bergaya mengikut trend semasa pada harga mampu milik.
KOLEKSI SKAF EDISI TERHAD SEMPENA TAHUN BARU
She Dazzle memulakan langkah 2024 dengan melancarkan koleksi skaf terbaharu bertemakan kebebasan dan kasih sayang. Koleksi ‘Shescarves’ yang bermotifkan Monogram ini adalah tudung potongan kemasan laser empat segi (square) dengan material cotton voile yang selesa dan mudah digosok.
Berukuran 45×45 inci, koleksi ini memiliki tema reka bentuk tersendiri antaranya Freedom, Hope dan Love. Setiap reka bentuk didatangkan dalam tiga kombinasi kod warna berbeza. Koleksi skaf ini terhad kepada 1,000 helai sahaja.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa selebriti dan pempengaruh terkenal antaranya termasuklah Maryam Kimchi dan Puteri Zarith. Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian Datin Alyah yang turut menggayakan koleksi Shescarves.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd Rashid yang juga isteri kepada Datuk Seri Aliff Shukri.
Sebelum ini pelakon, Rebecca Nur Islam telah tampil menjawab dakwaan mengatakan dirinya mahu menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.
Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon filem ‘Keramat’ itu turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri usahawan Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida.
Tidak terhenti di situ, pelakon tersebut turut menyifatkan individu yang melemparkan dakwaan itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal.
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik”
Terbaru Bonda Rozita tampil mempertahankan dan membuat luahan tentang menantunya Shahida yang dianggap sebagai seorang wanita yang hebat di hatinya. Bonda juga sangat sayangkan Shahida.
“Shahida wanita yang saya kasihi. Beauty with brain. Sebab itu dia jadi pilihan saya sebagai menantu. Jika saya uzur nanti pasti dia ialah menantu yang boleh menemani saya. Allah jagakan insan ini untuk Kri (Aliff Syukri) dan anak-anaknya.
“Dia sahabat baik saya yang tahu semua kisah duka saya yang anak-anak saya pun tak tahu. Saya sorokkan. Hanya dengan Ida saya ceritakan. Dia wanita hebat di hati saya.
“Saya pernah jadi menantu. Saya tahu pedih dan susahnya masuk dalam keluarga suami. Saya ingin menjadi mentua yang terbaik pada mereka.
“Saya patut berterima kasih kepada menantu perempuan sebab dia melayani anak lelaki saya dalam susah dan senang. Saya tahu bagaimana rasanya masuk dalam keluarga orang. Kekok dan rasa terasing.
“Saya sangat membela hak menantu. Kerana saya tahu kelemahan anak-anak saya. Mereka ialah anak orang yang perlu dihargai. Menantu pilihan saya Ida dan Fiza ialah hadiah termahal saya beri pada anak lelaki kerana mereka sabar, bijak dan kuat. Itulah kecantikan mereka. Dia adalah anugerah Allah yang bernilai dalam kehidupan saya,” tulis Bonda.
Menantu Saya Tak Kaya Tapi Kaya Kebaikan
Bonda juga turut memuji Shahida yang tidak pernah meminta-minta harta daripada anaknya biarpun dia sendiri pernah meminta menantunya untuk berbuat demikian.
“Menantu saya tak kaya, tapi kaya kebaikan. Teramat baik. Tak meminta-minta pada anak lelaki saya. Saya pernah suruh Ida ambil duit Kri sebab saya risau Kri ramai peminat. Ida bukan mata duitan!
“Itulah menantu saat saya jatuh dalam bisnes dan emosi tentang hal-hal keluarga, Ida dan Fiza selalu temankan saya. Mereka setia dan ada untuk saya bila-bila masa,” kongsinya lagi.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Percaya bahawa seni tekstil mampu membawa nama Malaysia ke pentas dunia, pelakon dan usahawan selebriti, Bkay Nair, melangkah berani, bakal menerbitkan sebuah filem dokumentari tentang seni batik. Langkah ini bukan sekadar menceritakan keindahan batik, tetapi turut meraikan pembatik – seniman di sebalik karya seni yang penuh warna dan jiwa.
Menurut Bkay, dokumentari tersebut yang dirancang untuk diterbitkan tahun hadapan bakal menampilkan pembatik dari seluruh negara. Ia akan menyelami dunia batik, dari proses kreatif hingga kepada elemen tradisional dan moden yang membentuk seni ini.
“Batik bukan sekadar kain, ia adalah cerita, sejarah, dan ekspresi jiwa. Dalam dokumentari ini, kami ingin mengupas disiplin menghasilkan batik, jenis dan rekaan yang digunakan, serta kisah-kisah unik di sebaliknya,” jelas Bkay penuh semangat.
Beliau turut berkongsi bagaimana seni batik sering dipengaruhi oleh emosi dan mood pembatik itu sendiri, malah beberapa karya dihasilkan menggunakan bahan organik yang mesra alam.
Komitmen Bkay terhadap seni batik tidak terhenti di situ. Dalam usaha untuk membawa batik Malaysia ke mata dunia, beliau dan pasukannya kini berusaha memajukan sari batik ke Tapak Warisan Dunia UNESCO. Matlamat ini bertujuan memastikan seni batik, terutamanya hasil canting tangan, diiktiraf sebagai warisan budaya Malaysia yang tiada tandingan.
“Sari batik canting tangan adalah seni yang eksklusif. Setiap rekaan adalah unik – hanya satu sari dihasilkan bagi setiap corak,” tambahnya, menegaskan keistimewaan tekstil ini.
Melalui inisiatif ini, Bkay berharap batik Malaysia akan terus menjadi kebanggaan negara, bukan hanya di kalangan rakyat tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Hasil Karya Banduan 4 Penjara
Pada pertunjukan fesyen Malaysia Heritage Showcase baru-baru ini, keindahan batik dipamerkan melalui pertunjukan fesyen yang menampilkan 33 sari batik, termasuk koleksi khas My Pride – hasil karya banduan dari empat penjara di Malaysia iaitu Penjara Marang, Penjara Pangkalan Cepur, Penjara Kajang, dan Penjara Machang.
Usaha ini tidak hanya memartabatkan seni batik, tetapi juga memberi peluang kedua kepada mereka terlibat dalam program pemulihan.
Sebanyak 70 rekaan eksklusif daripada sembilan pereka tempatan dipersembahkan, menjadikan pertunjukan ini sebagai simbol perpaduan seni dan inovasi. Empat anugerah disampaikan bagi menghargai bakat dalam seni tekstil, termasuk Anugerah Warisan Budaya yang diberikan kepada Linda Isa sebagai pengiktirafan kepada dedikasi beliau terhadap seni batik.
Bkay Nair yang juga merupakan Presiden Persatuan Pembangunan Perniagaan Fesyen Malaysia turut menetapkan penanda aras dalam inovasi, impak sosial, dan perayaan budaya di mana visi beliau bukan hanya untuk menyemarakkan batik, tetapi juga untuk mengangkat seni ini sebagai warisan dunia yang menjadi kebanggaan setiap wanita Malaysia.
“Batik adalah identiti kita. Setiap corak menceritakan kisah – tentang tradisi, kreativiti, dan keberanian. Saya percaya wanita mampu menjadi penggerak utama untuk memastikan seni ini terus hidup dan dihargai,” ujar Bkay, menyeru wanita untuk bersama-sama menyokong dan memartabatkan seni batik.
Usaha Bkay adalah bukti bahawa impian besar dan semangat yang tulus mampu mencipta perubahan. Dengan dokumentari, pertunjukan fesyen, dan langkah menuju pengiktirafan UNESCO, Bkay Nair menjadi suara wanita yang memperjuangkan seni dan warisan untuk generasi masa depan. Seni batik kini bukan hanya sebuah kain. Ia adalah simbol jiwa dan warisan Malaysia.
Polis mengesahkan nota terakhir suspek tikam berusia 14 tahun dirampas ketika tangkapan, bukan di lokasi kejadian. Frasa “Dunia ini palsu, saya sudah menang” kini disiasat bagi mengenal pasti motif sebenar.