Isteri bukan saja uruskan hal rumahtangga, makan pakai suami dan anak-anak tapi juga sebagai menteri kewangan. Inilah yang aling penting bila urus duit diserahkan kepada isteri.
Sebagai ‘menteri kewangan’ dalam keluarga, bukan bermaksud isteri sesuka hati menggunakan duit yang diberikan oleh suami. Sebaliknya kena bijak dan pandai dalam berbelanja dan menyimpan.
Bayangkan kalau suami isteri boros dan masing-masing tidak urus kewangan keluarga dengan baik, mahunya tak sampai hujung bulan duit dah habis. Belum lagi kalau berlaku kecemasan, mana nak ‘korek’.
Jadi, sebab itulah isteri kena jadi menteri kewangan, terutamanya kalau suami jenis boros. Isteri bukan ‘ceti’ tapi rasanya kalau bab-bab duit, memang boleh dipercayai dan serahkan saja pada dia untuk uruskan.
Apa yang dikongsikan oleh Dr Azizul Azli Ahmad ini betul sangat. Tip yang boleh isteri gunakan bila dah jadi menteri kewangan untuk uruskan perbelanjaan keluarga.
1. Jadi isteri bukan hanya cantik bila ada bulu mata lentik sahaja, tetapi harus bijak urus kewangan keluarga tercinta.
2. Lepas kahwin suami harus percayakan isteri atau mohonlah jawatan ini dari suami. Jaga kewangan keluarga waktu suami mencari rezeki.
3. Tugas pertama isteri mesti tahu pendapatan bulanan pasangan kita. Jika dapat lihat slip gaji yang dia ada lebih mulia.
4. Catat semua perbelanjaan keluarga, dari yang kecil sampai yang besar. Ambil resit tiap kali berbelanja, simpan dan jaga.
Ads
5. Sediakan satu Perancang Kewangan Keluarga, tahun ini kita nak ada berapa simpanan?.
Jika nak ada RM4000/12 bulan . Sebulan kita kena simpan RM333, seminggu kena simpan RM 83.00 sahaja. Boleh begitu?
6. Usaha tambahkan pendapatan keluarga, banyak peluang berniaga sekarang ini. Dari jual mekup ada merkuri sampai tudung seksi warna warni! (Jangan jual perkara yang rosakkan agama dan kesihatan sesama manusia)
7. Usaha kurangkan perbelanjaan tak perlu, jangan bagi suami hisap rokok lagi. Suruhlah dia hisap sudu atau apa sahaja yang percuma sedia ada.
8. Buat garis panduan belanja, contoh tak perlu tudung mahal untuk tutup aurat. Tak pakai Duck pun tak mengapa, janji terjaga aurat kita semua.
Ads
9. Kenakan denda jika tak ikut panduan. Contohnya denda jika suami kahwin lagi, mintak sebuah rumah sebagai hadiah galang ganti hantaran.
Mingguan Wanita : Isteri ni lebih cakna sikit dalam urus kewangan keluarga. Semua dia buat untuk masa depan keluarga. Paling penting, suami keluar cari rezeki dan isteri yang ada pekerjaan, bolehlah bantu mana yang mampu untuk ringankan beban suami.
Memang ada benarnya bila dah berkahwin isteri kena pandai belajar ‘skill pejam mata’, jangan cepat sangat nak ambil tugas dan tanggungjawab suami terutamanya dalam bab nafkah.
Kebiasaannya selepas berkahwin, isteri ‘rela hati’ tolong bayar itu ini dalam urusan rumahtangga. Sebenarnya perkara tersebut sangat tidak sihat jika tak kena pada caranya.Isteri janganlah berperanan menjadi ‘suami’ lebih daripada suami sendiri.
Antara nasihat perkahwinan yang saya pernah terima dulu adalah,
“Apa pun yang terjadi, susah macam mana sekalipun. Sewa rumah JANGAN kita bayarkan. Once isteri bayarkan sewa rumah, selalunya sampai ke sudah tanggungjawab tu akan terus berpindah ke bahu isteri…”
Masa zaman bujang baca nasihat ni, saya terus semat dalam kepala. Baiklah. Saya turuti. Dan sungguhlah, lurus sangat punya pasal. Memang bab sewa rumah dan bil saja saya langsung tak usik. Tanpa saya sedari, kesemua yang lain saya sibuk nak TOLONG. Masalah ‘penyibuk’ isteri nak tolong bayar itu ini sebenarnya benda yang tak sihat jika tak kena caranya.
Rupanya, ramai suami yang anggap bila dah bayar atau uruskan salah satu dari item-item ini, dia rasa dia dah tunaikan 100 peratus tanggungjawab dia. Kemudian dia tanya isteri, “Kau nak apa lagi. Semua aku dah bagi…”
Padahal…
Suami dah bayar kereta dia, maka hal anak, barang dapur, belanja keperluan harian, pakaian anak, perabot, semua isteri kena uruskan dan tanggung. Sebab dia DAH bayar walau cuma satu benda.
Suami dah bayar rumah dan bil, maka yuran pengasuh anak, yuran sekolah, baju raya, repair segala macam kerosakan dalam rumah, semua isteri kena tanggung. Sebab dia DAH bayar rumah RM350 dan bil api RM50 sebulan. Jadi serba serbi hal lain isteri kena tanggung. Contoh saja.
Dia bayar satu benda, dia rasa dialah lelaki paling macho yang dah laksanakan semua tanggungjawab dia. Ok, bersepah jenis ni. Canang satu dunia segala keperluan dia usahakan walhal stokin dia pakai, bantal dia tidur, sabun basuh baju, berus gigi, kasut, sikat dan segala macam perabot besar kecil dalam rumah adalah hasil duit dan kerja keras sang isteri.
Trend ini saya tengok agak membarah di kalangan para suami pondan.
Bila mereka mengeluarkan satu satu belanja, mereka rasa SELESA dan selesai sudah semua tanggungjawab mereka. Segala hal yang lain, mereka pejam mata buat-buat buta.
Masalah orang perempuan ni pula.Dia bila sampai bab rumah, dia tak pandai buat buta buat pekak buat bisu.
Tak boleh! Dia memang akan rasa serabut bila rumah tak lengkap dengan perabot asas, sinki paip bocor, anak-anak hidup takda bilik yang proper, bil tertunggak, nak masak pinggan kuali tak cukup dan sebagainya. Dia akan ‘menyibuk’ cari jalan macam mana nak selesaikan.
Sebab benda tertangguh dalam rumah buat jiwa dia kacau. Jadi dia akan usahakan untuk lengkapkan keperluan rumah, eh silap dia akan sibuk lengkapkan segala keculasan suami dan mula ambil tanggungjawab suami dalam serba serbi.
Maka di sinilah, lahirlah isteri yang lebih suami dari suami. Suami yang lebih isteri dari isteri. Bertukar peranan. Suami jadi isteri, isteri jadi suami. Hanya bermula dari SATU TANGGUNGJAWAB YANG DIKONGSI DAN DISALAH ERTI SANG SUAMI.
Sebab perempuan ni takda skill ‘PEJAM MATA’ walhal suami pulak paling terer bab pejam mata dan pejam hati buat buat tak faham tak mengerti.
Jadi nasihat yang saya rasa paling berguna untuk wanita ialah, bila dah berkahwin kena PANDAI BELAJAR SKILL PEJAM MATA dulu. Jangan cepat sangat nak ambil tanggungjawab suami.
JANGAN SIBUK NAK BUAT SEMUA BENDA, NAK SETEL SEMUA BENDA.
Simpan-simpan sikit kerja untuk suami tu. Masalah perempuan ni bila dia dah buat sikit, dia tak reti nak STOP sekadarnya. Sejenis dia, asyik nak bagi melimpah ruah. Sampai tak sedar kesan buruk yang menanti di depan hari.
Jadi, kawal perasaan dan attitude ni bila berumahtangga. Pandai-pandai put the limit.
Jika nak tolong suami, tolong part lain. Jangan tolong part bayar-semua-benda. Kecuali suami tu memang jenis dah terbukti menghargai dan bukan jenis opportunist. Kalau awal-awal kahwin tu, tolong berjaga lebih sikit walaupun nasihat kita selalu terima,
“Alah, baru kahwin banyak nak guna duit. Biarlah tolong-tolong banyak mana pun….”
Walhal, yang sebab baru-baru kahwin ni lah jenis suami nampak yang isteri dia ni jenis mudah ‘digoreng’ dan dipergunakan maka lihatlah satu persatu nanti jadi apa.
Benda dah banyak terjadi. Tinggal kita nak sedar, terima dan BREAK THE CYCLE atau nak terus ambil risiko BAYAR segala benda untuk suami sampai dia lupa cara nak jadi lelaki.
Nak bayarkan juga? Tulis sebagai hutang.
Kalau suami memang jenis bertanggungjawab, nanti halalkan saja hutang tu. Takyah berkira. Biar saling membahu. Tapi soalnya KENA KENAL SUAMI KITA DULU jenis macam mana. Baru kita decide the best way nak tolong. Jangan pukul rata semua lelaki. Kelak makan diri.
Kalau nampak macam jenis lelaki opportunist, at least kalau bercerai ke apa nanti, boleh juga tuntut semula hutang dan belanja. Jangan jadi perempuan tak bijak, lepas bercerai habis segala harta kena kebas dengan bekas suami.
Harta dari zaman bujang pun suami mengaku dia punya. Harta yang bekas isteri pinjam dari mertua pun dia mengaku dia punya. Semua benda dia mengaku dia punya, biar isteri sehelai sepinggang walhal isteri itulah yang menanggung biawak hidup seperti dia dan keluar segala belanja keluarga.
Kes macam ni dah banyak sangat terjadi. Eloklah beringat dan belajar dari pengalaman dan kesilapan bersuami dari orang lain. Jangan biar terjadi pada diri sendiri lagi.
Lelaki, biarlah dia jadi laki. Kalau dia acah pondan buat drama seposen depan isteri minta tanggung bayar itu ini pun, pandai-pandailah buat hitam putih. Jangan sibuk ambil tanggungjawab suami.
Once ALLAH dah bagi seorang lelaki itu berkahwin dan memiliki anak – ALLAH dah jamin rezeki anak isteri dia dalam rezeki dia. Tak payah risau. Soal lelaki sihat walaafiat tak boleh menafkahi keluarga adalah MITOS DAN PENIPUAN.
Sistem ALLAH tak pernah salah tak pernah faulty. Yang salah tu, adalah kita. Yang nak kena adjust tu, adalah usaha kita.
Cara kita urus masa.
Cara kita buat kerja.
Cara kita berbelanja.
Cara kita urus tenaga.
Ini nak kena ubah.
Adapun rezeki anak dan isteri, memang ALLAH DAH SEDIAKAN dengan 2 jenis cukup. Samada cukup-cukup, atau cukup-banyak.
Yang penting, CUKUP sehingga suami tak perlu bergantung pada isteri kerana fitrah kejadian adalah isteri yang bergantung pada suami. Dan di sinilah, bermulanya ketaatan isteri yang sangat mudah dimiliki sang suami.
Bila suami bergantung pada isteri, akan ada lebih banyak benda buruk terjadi daripada benda baik. Nasihat saya pada yang baru atau bakal berkahwin, DONT START. Bangun solat malam, tahajud, zikir dan doakan ALLAH murahkan rezeki suami, mudahkan urusan dia adalah SEBAIK BAIK BANTUAN kita boleh usahakan untuk bantu lancarkan urusan dan rezeki suami..
Buat yang ini dulu, inshaALLAH miracle akan jadi depan mata. Pasti pasti pasti akan cukup inshALLAH.
Saling membahu antara suami isteri. Bukan jadi lebih suami daripada suami tu sendiri. Tak salah membantu dari segi kewangan pada amount yang banyak. Tapi biarlah selepas kita benar-benar kenal siapa lelaki kita.
Samada dia sejenis lelaki sejati yang menghargai dan faham pertolongan isteri adalah bersifat ehsan dan temporary.
Atau dia sejenis lelaki pondan yang opportunist, dibantu sekali – dihenyak dan dipindah segala benda lain ke atas bahu isteri sampai isteri lunyai separuh mati.
Allahualam.
Sharifah Zahidah
20 Ogos 2022
#sebelumsenja
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat buat wanita yang bergelar isteri. Tak salah untuk membantu suami, namun biarlah berpada-pada. Jangan biarkan diri menjadi lebih ‘suami’ daripada suami. Kelak nanti makan hati merana diri. Paling penting kenal dahulu suami kita jenis bagaimana.
Setiap suami isteri menyimpan impian mempunyai cahayamata ketika membina alam rumah tangga. Malah melakukan hubungan intim juga salah satu cara mengeratkan hubungan kemesraan bagi suami isteri.
Namun begitu, Islam menggariskan beberapa perkara agar tuntutan nafsu itu tidak berlebihan atau menyalahi hukum. Umpamanya melakukan hubungan ganas, memasukkan sesuatu ke lubang anusnya, mendatangi isteri di dalam haid dan lain lagi.
Dalam mendapat keberkatan dalam perhubungan dan memperoleh zuriat yang baik, digalakkan suami isteri membaca doa ini dahulu sebelum melakukan hubungan intim agar anak yang terjadi dari perhubungan itu tidak dicelakakan oleh syaitan.
Pasangan suami isteri digalakkan membaca doa ini. Dari satu hadis dari ibnu Abbas r.a bahawa Nabi mengajarkan doa ini.
“Bismillahi, Allahumma jannibnasyaithana, wa jannibisyaithana maa razaqtanaa”
Ertinya: Ya Allah, jauhkanlah kami dari setan dan jauhkanlah setan dari apa yang engkau rezekikan kepada kami (anak),”
Dengan membaca doa ini, apabila pasangan suami isteri dikurnikan keturunan oleh Allah SWT dari hubungan diadakan, maka setan tak akan dapat mencelakakan anak itu (Hadith Riwayat Al Bukhari no 6388 dan Muslim no 1434).
Ketika pasangan sudah keluar air maninya, diwajibkan juga berdoa agar air mani yang keluar boleh. Ini doa ketika mengeluarkan air mani:
Dalam pada itu, selepas selesai melakukan hubungan jima’, sekali lagi suami isteri digalakkan membaca di atas nikmat syukur kerana berupaya melakukan hubungan intim hingga pasangan merasai kepuasan masing-masing dan bukannya terbaring atau tertidur selepas melakukannya.
Tak dinafikan setiap orang mesti ada kawan baik tak kiralah lelaki atau perempuan. Berkongsi susah senang. Tapi bila dah ada pasangan, jangan lebih-lebih. Sebabnya dia dah ada pasangan lain.
Walaupun kita kenal kawan baik itu sejak kecil atau zaman sekolah, janganlah lebih-lebih bila dia sudah ada pasangan. Bimbang boleh menimbulkan fitnah dan juga cemburu, malah takutnya ‘lain jadinya’.
Begitu juga bila ada kawan di pejabat atau tempat kerja. Tak salah pun nak berkawan, masa rehat makan bersama tapi janganlah berlebih-lebih. Itu pasangan orang dan hormatilah seperti yang dikongsikan oleh Firdaus Syakirin ini.
“Berkawan” dengan pasangan orang ni, tak boleh mesej dia tengah-tengah malam dan tak perlulah guna emoji atau ayat yang mesra-mesra.
Paling penting, jangan dan tak boleh nak buat manja atau mengada-ngada. Sebab dia itu pasangan orang.
Itu adalah adab dan tatacara yang sebaiknya, seandainya perlu berkawan dengan pasangan orang, kenalah hormat hubungan sedia ada dia, komitmen dia, tanggungjawab dan kewajipan dia.
Jangan sesekali mengharapkan dia mendengar masalah kita sebab dia tak boleh dengar masalah kita dan dia hanya boleh dengar masalah pasangan dia sendiri.
Selain itu, kena ingat, dia tak boleh nak sentiasa layan kita sebab dia hanya boleh layan pasangan dia sendiri.
Jangan harapkan dan dia tak wajib untuk utamakan kita atau dahulukan kita dalam kehidupan seharian dia sebab dia wajib utamakan dan dahulukan pasangan dia sendiri.
Bila berkawan dengan pasangan orang, jangan jadi attention seeker, itu adalah tak bermoral perbuatan ni dan bila berkawan dengan pasangan orang, jangan keluar berdua. Maksiat perbuatan ni.
Ada had dan ada batas antara jantina berlainan. Jangan suka-suka redah sehingga lupa dia itu pasangan orang.
Kawan atas dasar kerja, kawanlah tapi jangan lebih-lebih, Tak kiralah kawan atas dasar tadika kemas sekalipun, tak salah untuk berkawan.
Tapi ingat, dalam benak hati, dia itu pasangan orang dan bukannya pasangan sendiri.
Mingguan Wanita : Kalau tak ada orang yang meulakan dulu, perkara ini tidak akan berpanjangan. Cuma harapnya, jangan terus melayan takut nanti tak terlayan.
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.