Risaunya bila kesihatan mula terganggu sehingga mengakibatkan sampai masuk hospital.Terbaru, pelakon Mia Sara Nasuha, 13, yang dikenali bakat lakonanannya sejak dari kecil telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kota Damansara, Petaling Jaya, kelmarin akibat jangkitan kuman pada saluran kencing.
Buah Pinggang Bengkak
Bapa Mia, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh berkata, jangkitan itu turut menyebabkan buah pinggang pelakon remaja terbabit membengkak.
“Ketika bangun Subuh, kelmarin, Mia mengadu sukar kencing menyebabkan perutnya sakit. Mia bagaimanapun, tetap ke sekolah seperti biasa.
“Namun, dia menghubungi saya pada tengah hari itu dan mengadu sakitnya belum hilang. Saya terus membawanya ke klinik, tetapi diminta doktor ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
“Doktor memaklumkan, Mia mengalami jangkitan kuman pada saluran kencing menyebabkan buah pinggangnya turut membengkak. Selepas mendapat rawatan, Alhamdulillah keadaan kesihatan Mia bertambah baik,” katanya.
Kurang Minum Air
Tambah Ridhuan, masalah itu terjadi mungkin berpunca daripada tabiat Mia yang kurang minum air hingga menyebabkan tubuhnya mengalami dehidrasi.Ridhuan bagaimanapun, lega apabila Mia tidak mempunyai penyakit serius lain dan dijangka dibenarkan pulang dalam beberapa hari lagi.
Ads
Sementara itu, Ridhuan mengakui sedikit kesal apabila apabila ada pihak tidak bertanggungjawab membuat pelbagai spekulasi, termasuk kononnya Mia dimasukkan ke hospital kerana masalah buah pinggang.
“Saya tidak sangka ada pihak yang sanggup mereka-reka cerita tanpa usul periksa. Namun, saya berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan Mia supaya cepat sembuh,” katanya.
Penjelasan ini sekaligus menjawab spekulasi ramai dan tanda tanya gambar-gambar yang dimuat naik di dalam instagram pelakon ini.
Ads
Ads
Mia pernah membintangi filem, Nur Kasih The Movie, Sekali Lagi, Papa I Love You dan Lagenda Budak Setan 3: Kasyah.
Mingguan Wanita mengucapkan semoga pelakon cilik berbakat besar ini cepat sembuh dan kesihatannya kembali seperti sedia kala.
Kesedaran pengambilan vaksin disambut baik oleh masyarakat di seluruh negara. Ramai yang telah mendaftar serta menunggu giliran untuk mendapatkan suntikan vaksin ini. Golongan selebriti juga tidak terkecuali. Ramai juga selebriti yang telah merebut peluang mendapatkan vaksin bagi bagi meningkatkan imuniti tubuh serta merendahkan risiko jangkitan Covid-19. Antaranya seperti Jihan Muse, Ungku Hariz, Elfira Loy, A. Aida, Eina Azman, Aznil Hj Nawawi dan sebagainya.
Umumnya ramai juga mengetahui bahawa pengambilan vaksin juga mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri, bergantung pada antibodi seseorang. Mungkin ada yang akan demam, sakit kepala, letih lesu dan sebagainya. Namun ada juga yang tidak memberi kesan apa-apa.
Mira Filzah Ambil Dos Pertama Vaksin AstraZeneca
Terbaru, pelakon dan pengacara Nur Amirah Filzah Badioezaman,28 atau lebih dikenali Mira Filzah turut berkongsi pengalaman mengambil dos pertama Vaksin AstraZeneca. Menurut Mira, dirinya baru sahaja baik demam dan baru berkesempatan berkongsi pengalaman ketika berada di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Alhamdulillah, hari Sabtu lepas Mira selesai ambil dos pertama Vaksin AstraZeneca. Baru hari ni rajin nak post sebab baru baik demam!
Proses keseluruhan sangat efficient, Mira sampai around 1135 A.M++ macam tu, habis nak dekat jam 1 P.M juga tapi tak terasa lama sebab kita sentiasa bergerak dari satu kaunter ke kaunter lain.
1. Pendaftaran. Kena isi borang kebenaran/persetujuan (2 borang), please bawa pen sendiri, dan scan QR code di MySejahtera
2. Consultation 1 – 1 dengan Pegawai Perubatan. Dorang akan tanya ada alahan ke tak, dsb.
3. Cucuk time! Tak perasan ada berapa stesen, ada stesen A sampai H kot*. Correct me if I’m wrong sebab Mira dapat stesen B. So tak pandang kiri kanan dah. (Oh Pegawai Perubatan akan remind untuk scan bar code dalam stesen selepas suntik.)
4. Selepas selesai suntikan, terus ke kaunter seterusnya untuk dapatkan kad Vaksin. Kad Vaksin ni kena simpan dan bawa semula untuk dos kedua nanti.
5. Ruang pemerhatian. Kena duduk sini sekejap selama 15 minit untuk observe diri kita.
Mingguan Wanita : Tahniah buat Mira Filzah dan selebriti yang telah menjalankan tanggungjawab dan kewajipan pada negara dengan mengambil suntikan vaksin. Semoga tip yang dikongsikan oleh Mira Filzah ini bermanfaat dijadikan panduan buat sesiapa yang bakal mendapatkan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) nanti.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Bergambar ‘sweet’ dengan pasangan bukan ukuran bahagia, persepsi orang tak penting. Seringkali pasangan suami isteri berkongsi saat manis bersama di media sosial sebagai gambaran dalam masyarakat ia adalah ‘ukuran bahagia’ dalam perhubungan. Namun seringkali hakikat sebenar adalah sebaliknya.
Tidak berkongsi kebahagiaan dan saat romantis bersama pasangan di media sosial pula, bukanlah bermaksud tidak bahagia. Setiap individu pastinya mempunyai alasan yang tersendiri.
Ketika diajukan soalan, lama tidak berkongsi kebahagiaan dan perkara romantis bersama suami Mohd Izham Tarmizi,31 di media sosial ternyata pelakon Mia Ahmad, 34 ini mempunyai pandangan yang tersendiri.
Penerimaan Orang Tak Penting
Ujar Mia, persepsi dan penerimaan orang mengenai apa yang dikongsikan di media sosial adalah tidak penting. Tidak membuatkan dirinya rasa terbeban, berbanding dalam mencari keredhaan Allah dalam melakukan sesuatu perkara.
Terdahulu, Mia dan Izham mendirikan rumahtangga pada 2017, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Sayf Issa, 4 dan Iris yang kini berusia dua tahun.
Mingguan Wanita: Setuju dengan pandangan Mia ini. Apa pun yang dikongsikan di media sosial tak perlu mengharapkan penerimaan dan persepsi daripada orang lain. Paling penting adalah keredhaan Allah atas apa yang kita lakukan/ kongsikan.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan rampasan pesawat Biman Airlines milik negara Bangladesh, hinggakan ia terpaksa mendarat cemas. Tak sangka rampasan pesawat tersebut hanya berpunca daripada isu pergaduhan suami isteri dalam rumahtangga.
Gaduh Dengan Isteri
Seorang perampas yang mati ditembak oleh pasukan komando Bangladesh didapati membawa pistol mainan dan memberitahu perunding bahawa dia mahu mengambil alih pesawat menuju ke Dubai tersebut kerana bergaduh dengan isterinya, kata beberapa pegawai semalam.
Lelaki berumur 25 itu mati akibat cedera parah ditembak selepas menjadikan serang anak kapal Biman Airlines sebagai tebusan, memaksa pesawat tersebut mendarat cemas di Lapangan Terbang Chittagong lewat kelmarin.
Kira-kira 134 penumpang dan 14 kru penerbangan itu dibebaskan tanpa sebarang kecederaan selepas operasi pasukan komando yang mengambil masa tidak sampai 10 minit.
Kecelaruan Mental
Pengurus Lapangan Terbang Chittagong, Sarwar-e-Jaman berkata, perampas itu mengalami ‘kecelaruan mental’.
“Punca dia merampas pesawat adalah kerana dia mempunyai masalah dengan isterinya dan dia mahu bercakap dengan Perdana Menteri, Sheikh Hasina,” kata Sarwar kepada agensi berita AFP.
Penerbangan BG147 berlepas dari Dhaka ke Dubai melalui Chittagong apabila insiden rampasan berlaku.
Lelaki itu yang hanya dinamakan sebagai Mahadi, dilaporkan membawa sepucuk senjata api di dalam kabin pesawat dan cuba menyerbu kokpit, memaksa juruterbang melakukan pendaratan cemas.
MW: Pesanan buat suami isteri, jika ada sebarang masalah dalam rumahtangga, kawallah emosi dan selesaikanlah dengan baik.Tak perlulah sehingga melibatkan malah menyusahkan orang lain pula.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...