Tak rugi kumpul atau simpan emas. Ketika hidup diuji susah, emas inilah jadi penyelamat untuk melangsaikan hutang-hutang tertunggak, mahupun membolehkan seseorang menyimpan aset lain untuk dirinya mahupun keluarga.
Pengguna facebook Luna Ilyana Firhan ini berkongsi coretan bagaimana emas akhirnya menjadi penyelamat dirinya. Pernah sehingga ada 10 surat di Ar-Rahnu dan diselesaikan sedikit demi sedikit.
Malah, dengan simpanan emasnya ini jugalah dia mampu membayar downpayment rumahnya dan macam-macam kegunaan lain.
Jadi, bila ada dengar orang buat simpanan emas, belajarlah benda baik daripadanya. Jangan dipertikai, kerana siapa tahu itulah penyelamat diri ketika sesak.
Umur 25 Dah Mula Simpan Emas
Coretan saya bukan lah nak menunjuk. Tetapi cerita perjalanan saya dalam emas. Saya mula beli emas dari muda seumur 25 tahun lepas habis belajar dan mula kerja. Sampai la sekarang umur saya 35 tahun dengan anak 2 pompuan.
Ads
Saya pernah masuk barang di bank rakyat selama 4 tahun. Pernah ada 10 surat di Ar Rahnu Yapeim. Hanya mampu bayar upah simpan selama 2 tahun lebih. Pernah 1 tahun iaitu 2016, dari barang saya banyak, 1 pun tak ada di badan sebab semua di pajak.
Kenapa jadi macam tu? Dugaan hidup. Susah.. emas lah jadi penyelamat ketika saya nak beli kereta. Duit muka beli rumah. Kereta rosak.. bantu suami saya. Nak balik kampung buat duit tambahan.
Bila Pajak, Ada Duit Tebus, Tak Ada Lebur
Saya akan usaha juga untuk tebus. Sebab saya tahu. Itu barang saya. Nak beli baru saya tak akan mampu. Saya tak mahu susah kan keluarga saya. Nak pinjam orang. Sapa nak bagi.. sapa nak pinjam bila kita susah.
Ads
Sama je. Saya pinjam duit orang. Saya kena bayar hutang juga. Baik saya pajak. Ada duit.. tebus.. Tak ada duit.. saya leburkan je. Ni semua dapat tebus balik lepas dapat moratorium baru ni
Ada yang saya dah tukar baru.. kini ada lagi 2 surat di Ar Rahnu. Saya tak simpan dalam box. Tapi saya simpan dalam plastik je.
Sebenarnya Tak Rugi Kumpul Emas
Bagi saya emas lah penyelamat. Dalam banyak barang tu, ada 1 rantai leher dengan loket pemberian mak saya. 2 cincin kahwin. Dan sekarang saya beli untuk 2 orang anak pompuan saya rantai leher dan loket love.
Ads
Kesimpulannya, kumpul emas tak rugi. Sesak berguna. Tak sesak menjadi perhiasan diri.
Sekarang tengah nak target emas design Itali pulak.
MW : Sungguh kan tak rugi sebenarnya jadi pengumpul emas ini. Bila sesak, emas inilah berguna. Dalam mak-mak gigih mengumpul itu, zakat emas perlu dibayar apabila cukup haulnya. Belajar caranya di sini : CARA KIRA ZAKAT EMAS PAKAI ATAU SIMPAN YANG MELEBIHI BERAT
“Alhamdulillah, cucu kelapan dalam keluarga Haslam” Datin Fatimah bersyukur Syafiq timang cahaya mata ketiga. Tiada yang membahagiakan hati ibu dan ayah apabila melihat kehidupan anak dan menantu bahagia.
Apatah lagi apabila menimang cucu baru dalam keluarga.
“Alhamdulillah, Cucu Kelapan Dalam Keluarga Haslam”
Menerusi ucapan tahniah di ruangan komen status yang dimuat naik Syafiq, kelihatan juga ibunya, Datin Fatimah Ismail menzahirkan rasa syukur dengan kelahiran cucu kelapan itu.
“Syukur Alhamdulillah, cucu ke 8 dalam keluarga Haslam,” tulisnya.
Muhamad Nu’Aim Anak Ketiga Syafiq
Terdahulu anak kepada penerbit dan pengarah terkenal, Datuk Yusuf Haslam ini diijabkabul bersama isterinya, Aisyeah Zainal pada 2014.
Anak pertama pasangan tersebut, Nuur Jannah, 7, dan kedua, Nuur Nusaybah yang kini berusia lima tahun.
Berita gembira tersebut dikongsikan pengarah yang juga merupakan adik kepada Syamsul Yusuf itu menerusi laman Instagramnya.
Selain memaparkan wajah bayi ketiganya yang comel itu, Syafiq turut mengumumkan nama anak yang dilahirkan pada jam 8.18 pagi itu.
“Alhamdulillah, Syukur Ya ALLAH… 3rd child, first boy, Muhamad Nu’Aiman Bin Muhamad Syafiq,” tulisnya.
“Alhamdulillah, Semoga Menjadi Insan Yang Menyenangkan Semua Orang” Warganet
Menerusi ruangan komen, dibanjiri ucapan tahniah dan doa dari rakan artis dan peminat.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pantai Timur lumpuh, air cecah paras bumbung. 5 korban jiwa dilaporkan.
Hujan lebat yang melanda sehari dua ini telah mengakibatkan Terengganu dan Kelantan dilanda banjir besar. Situasi kali ini agak luar biasa kerana banyak daerah lumpuh terutama di Besut yang dikategorikan sebagai kritikal kerana paras air terlalu dalam. Rumah-rumah ditenggelami hingga paras bumbung bahkan ruang hospital juga dimasuki air.
Kawasan Hulu Terengganu, Kemaman, Setiu, Marang dan lain lagi juga teruk dilanda banjir hingga lebih 20,000 penduduk dipindahkan.
Tidak hanya Terengganu, Kelantan juga diuji dengan banjir besar kali ini. Dilaporkan sebanyak 35 jalan yang terjejas akibat banjir di Kelantan ditutup termasuk kepada kenderaan berat.
Portal eBanjir Kelantan melaporkan jalan yang ditutup itu membabitkan lima daerah iaitu Pasir Mas, Machang, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat.
Pasir Mas merekodkan 11 jalan yang ditutup, diikuti 10 di Machang, tujuh jalan di Pasir Puteh, empat di Tanah Merah dan tiga di Tumpat. Banjir besar yang terjadi juga telah meragut lima nyawa termasuk dua kanak-kanak kecil dan tiga beradik yang terpegang tiang elektrik semalam.
Banjir besar yang menimpa Pantai Timur ini menyamai banjir besar yang terjadi di Selangor tahun lalu yang mana rakyat bergelut minta diselamatkan selain bekalan makanan yang sangat-sangat diperlukan kala ini. Marilah berdoa agar saudara Islam kita di negeri terjejas dilindungi Allah dan banjir ini segera surut.
Tak sangka gelaran manusia paling kotor di dunia milik lelaki ini. Tiada siapa yang mengetahui nama sebenar beliau. ‘Amou’ adalah panggilan sayang oleh kanak-kanak di Iran pada golongan yang lebih berusia, manakala ‘Haji’ adalah gelaran hormat untuk lelaki Muslim.
Amou Haji, berusia 80-an telah mengaku tidak mandi selama 64 tahun dan kali terakhir dia mandi ketika usia 20-an lalu. Lelaki yang hidup bersendirian di Kampung Dejgah, selatan Iran ini dikatakan percaya kebersihan boleh membuatkan dia jatuh sakit.Itu merupakan alasan beliau tidak mandi selama ini.Malah beliau akan jadi sangat marah jika ada yang menyuruh beliau mandi.
Lebih Suka Makanan Busuk & Rosak
Penduduk kampung di sekitarnya pernah berusaha untuk memberi makanan yang lebih berkhasiat, namun lelaki itu menolak dengan alasan tidak biasa dengan makanan bersih sebaliknya dia lebih menyukai makanan yang telah busuk dan rosak.
Amou juga minum lima liter air sebagai rutin harian namun dari sebuah tong minyak besar yang berkarat berdekatan pondok kecilnya. Dia juga tinggal di pondok yang telah dibina oleh penduduk kampung dan di dalam sebuah lubang dalam tanah.
Beliau juga suka menggunakan najis binatang berbanding tembakau ketika menghisap paip. Malah untuk merapikan rambut,beliau tidak memotongnya sebaliknya hanya membakar menggunakan percikan api.Ketika musim sejuk beliau memakai topi keledar perang lama untuk membuatkan kepalanya hangat.
Amou menjelaskan bahawa dirinya pernah ditimpa musibah sewaktu muda, lalu memaksa dirinya untuk meninggalkan rumah dan keluarga. Apa sebenarnya musibah itu, dia enggan mengungkitnya lagi.
Namun begitu, dia kelihatan sangat bahagia berbanding orang yang mempunyai rumah besar dengan segala kemudahan yang sempurna.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.