Nota ini khas buat pengguna iPhone. Andai kata berlaku sesuatu yang tak djangka, bukan mudah orang nak membantu kita untuk menghubungi waris terdekat sebab biasanya phone ada password.
Jadi macam mana orang ramai nak buka dan lihat senarai nombor telefon jika telefon tak boleh UNLOCK?
Haaa… untuk persediaan awal, eloklah kita sendiri yang setting dengan meletakkan nombor telefon waris terdekat bila berlaku kemalangan seperti mana yang dikongsi oleh saudara Muhammad Ahmad. Atau cara lain yang lagi mudah, terus buat automatik HP anda akan menghubungi 999.
Ads
Kepada Pengguna Iphone terutama wanita…
Jika berlaku kecemasan. Anda hanya perlu menekan sebanyak 5 kali pada lock button dan secara automatik HP anda akan menghubungi 999 dan GPS anda akan menghantar di mana lokasi anda kepada balai polis yang berdekatan.
Kalau ingin mendapat paparan ini, anda hanya perlu off ‘Autocall’ pada gambar nombor 2.
Ads
Atau anda boleh memilih mana-mana individu terutama keluarga terdekat jika berlaku apa-apa kecemasan. (Lihat gambar).
Ads
Kaedah ini juga membantu orang awam jika ingin menghubungi keluarga mangsa kemalangan.
(Lihat gambar 4 dan 5).
Moga bermanfaat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Durjananya perlakuan seorang ayah yang tergamak mencabul anak perempuannya sendiri, lebih menyedihkan bayi tersebut yang baru berumur 12 bulan!.Hinanya seorang ayah yang sepatutnya melindungi anaknya sanggup melakukan tindakan keji lagi terkutuk ini.
Kejadian yang berlaku di Kuala Terenganu,seorang bapa berhati binatang ditahan apabila disyaki sanggup melakukan perbuatan terkutuk dengan mencabul bayi perempuannya berusia 12 bulan.
Tindakan terkutuk suspek berusia 36 tahun terbabit terbongkar apabila ibu mangsa menyedari perubahan anak perempuannya itu yang kerap menangis ketika kemaluannya dicuci, Isnin lalu.
Mengesyaki ada yang tidak kena dengan anaknya, ibu berusia 28 tahun ini membuat laporan di Balai Polis Manir, Kuala Terengganu di sini, sebelum merujuk anaknya ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan.
Menurut sumber, bayi terbabit dijaga secara bergilir-gilir oleh pasangan berkenaan yang kini menetap secara berasingan berikutan dalam proses perceraian, sejak November lalu.
“Suspek menghantar pulang anaknya itu ke rumah isterinya di Kampong Manir, di sini, pada jam 12 tengah malam, Isnin lalu, dan bayi itu dalam keadaan baik pada mulanya dari segi fizikal luaran.
“Bagaimanapun, ketika menukar lampin bayi berkenaan, ibunya mendapati terdapat kesan kemerah-merahan di kemaluan anaknya itu selain kerap menangis setiap kali bahagian sulitnya dicuci.
“Curiga dengan keadaan bayinya, ibu mangsa yakin suspek ada melakukan perkara yang tidak baik terhadap mangsa sepanjang menjaganya sebelum ini.Wanita berusia 28 tahun terbabit membuat laporan polis berhubung perkara itu sebelum bayi berkenaan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki terbabit dan kes masih dalam siasatan.
Susulan laporan diterima, suspek ditahan dan hari ini, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistert, Noradila Abd Latiff membenarkan suspek direman empat hari untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Ini memang rare! Jika selalu buah-buahan seperti strawberi, kiwi dan markisa di makan begitu sahaja atau dibuat jus, tapi melalui perkongsian Puan Yasmin Karim ia boleh dijadikan sambal! Memang unik dan lain daripada yang lain. Jika tak cuba tak tahu rasanya. Mak-mak boleh cedok resipi dan buat sendiri dirumah nanti.
Menurut beliau resipi sambal buah yang dibuat ini agak pedas, jadi ubahsuai ikut tahap kepedasan masing-masing. Malah jika ada yang nak share dan buat berniaga dengan resipi sambal buah ini pun dipersilakan. Alhamdulillah moga, bertambah murah rezeki kepada pemilik resipi ini.
Berikut antara resepi sambal buah yang dikongsikan;
BAHAN A (KUKUS)
5 biji Cili Merah
5 ulas Bawang Putih
5 ulas Bawang merah
5 biji Cili Padi Merah
20 gram Kismis
BAHAN B
15 biji Strawberi
30 gram Gula Melaka
15 gram Belacan
1/2 sudu makan Garam
Kalau beli cili, min suka beli yang lentik-lentik dan kerinting. Jangan beli yang lurus dan berkilat macam showroom ferrari tu. Sebab pedas dia menyegat sangat sampai hilang deria rasa semua ?
1.Strawberry potong 4 dan gaul dengan gula melaka. Biar dalam 15 minit kasi jus strawberry tu keluar.
2. Kukus semua bahan A sampai layu dan blend kasar.
3. Letak 2 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis bahan yang dah kukus dan blend tadi. Bila dah pecah minyak atau ada bunyi sizzling baru masuk strawberi, belacan, garam dan gula.
Hidang dengan peha ayam yg gebu. Min ada chicken wings je sebab peha dah kena rembat.
BAHAN A (KUKUS)
2 biji Tomato Hijau
5 ulas Bawang putih
5 ulas Bawang merah
15 biji Cili Padi Hijau
5 biji Cili Hijau
1 biji Bawang Holland
BAHAN B
3 biji Kiwi hijau (pilih yang keras)
40 gram Gula Melaka
1/2 sudu makan garam
1. Potong kasar bahan A dan kukus sampai layu.
2. Blend kasar bahan A.
3. Tumis bahan A dgn 2 sudu minyak.
4. Bila bahan A dah masak masukkan kiwi, gula melaka dan garam.
Min hidang dengan tempe garing Kapten Chef dan Telur mata. Yum!
5 biji Limau Kasturi
5 biji Buah Markisa
5 gram Belacan
10 biji Cili padi hijau
5 biji Bawang merah
1/4 sudu teh Garam
1 sudu besar Gula
1. Tapis dan ambil jus buah markisa dan limau kasturi.
Wanita ini pernah dihina dan dinafikan haknya untuk menjadi isteri orang semata-mata penyakit vitiligo atau sopak yang menghantui dirinya. Hancur luluh hati wanita ini sampailah dia dipertemukan dengan jejaka PALAPES UPM yang mencintainya dalam diam sejak lama lagi.
Siti Nuur Hidayu menghubungi Mingguan Wanita, dia mahu berkongsikan kisah hidupnya. Sebelum ini ibu anak satu ini banyak bercerita tentang penyakit vitiligo di blog peribadinya. Kes sebegini banyak terjadi di Malaysia, namun tak ramai yang menyedari malah memahaminya.
Dia sendiri pernah ditolak bakal mentuanya dan dikatakan tak layak untuk berkahwin dengan anak lelakinya itu kerana vitiligo pada tubuhnya.
“Hikmahnya, saya sekarang bahagia dengan lelaki yang sangat memahami dan sabar melayan kerenah saya. Keluarga mentua juga sangat supportive.
“Di Facebook ada secret group untuk komuniti penghidap vitiligo Malaysia. Ramai yang hadapi masalah yang sama. Sebab masyarakat masih lagi belum terbuka tentang penyakit ini.
“Jadi saya tekad untuk usahakan apa yang saya mampu untuk educate masyarakat tentang vitiligo melalui blog, Facebook dan Instagram.”
Dalam istilah perubatannya dipanggil sebagai vitiligo. Atau orang kita selalu sebut sopak. vitiligo ni beri gangguan pada penghasilan pigmen di kulit.
Kulit saya normal macam orang lain. cuma tak ada warna di beberapa bahagian. Tahap kecerahan kulit seseorang bergantung kepada genetik.
Kalau dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai kulit yang gelap, maksudnya sel melanocyte menghasilkan melanin lebih banyak daripada orang yang mempunyai kulit cerah.
Tapi dalam kes vitiligo ni, fungsi melanocyte menghasilkan melanin terganggu. Kawasan kulit yang tidak boleh menghasilkan melanin akan jadi putih.
Setahu saya, masih belum jumpa punca sebenar kenapa vitiligo terjadi. Tapi ada beberapa hypothesis yang famous dibincangkan.sama juga kaedah rawatan.
Setakat ni setahu saya belum ada rawatan yang menjamin kesembuhan vitiligo. Hospital ada beberapa kaedah untuk control & rawat vitiligo.
Tapi still diorang tak jamin keberkesanan setiap orang, react differently.
Asalnya ibu jari saya luka. Lepas tu kekal parut warna putih. Masa tu saya di kolej matrikulasi tahun. Saya sedar tompok putih kat ibu jari makin membesar masa saya di tahun kedua di UPM.
Ada kajian, stress antara faktor yang menyumbang vitiligo ni merebak. Dalam masa setahun, tompok tompok putih mula agresif muncul di muka.
Ditambah dengan stress study, tambah lagi stress la bila tompok putih muncul di muka.
Tapi saya beruntung. Kawan kawan di universiti semua support saya. Diorang bagi moral support & tolong saya sama-sama cari & ajarkan make up untuk cover tompok-tompok putih kat muka.
Yang dekat tangan, makin hari tompok putih makin merebak. sampai sekarang, jari tangan saya 60% dah putih.
Episod duka saya mula lepas tamat belajar. Saya berkawan rapat dengan classmate saya masa tu. Biasalah, orang kata cinta itu buta. Dia terima saya seadanya. Tapi hubungan kami tak dapat restu dari pihak keluarga lelaki.
Ada beberapa tohmahan yang saya tak dapat terima. Bagi saya, penghinaan yang diberi bukan ke atas saya tapi, mak & ayah saya.
Jadi, saya redha dan undur diri. kerana saya yakin redha orang tua kunci hubungan kekal bahagia
Kecewa usah cakap. Memang kecewa.
Sekurang-kurangnya saya masih beruntung mempunyai keluarga & kawan kawan yang supportive.
Tak lama saya bersedih, rupanya teman 1 skuad dalam PALAPES UPM dulu dah lama menyimpan rasa. Dia terus datang berjumpa mak ayah saya. Dan dalam tahun yang sama kami bernikah.
Sungguh tiada perancangan saya kahwin secepat itu. Tapi perancangan Allah lebih baik.
Saya dapat keluarga mentua yang sangat baik. Kakak & abang ipar saya semuanya supportive.
Hasil perkahwinan, saya dianugerahi seorang anak lelaki yang comel. Semangat dan dorongan daripada suami, saya teruskan penulisan perjalanan hidup saya di blog tentang vitiligo.
Tak judah untuk saya lalui semua ini. Apa yang saya boleh simpulkan, pepatah Inggeris ada menyatakan ‘what doesn’t kill you, makes you stronger’
Dulu saya kecewa, sedih dan berkecil hati dengan penghinaan yang saya dapat. Lama kelamaan, masa dan orang yang benar-benar sayang saya lah yang mengubat semua luka-luka tu.
Sampaikan sekarang, saya dah lali. Nak kata apa kata lah. Saya dah kebal. Tahap kekebalan saya tu sampaikan sekarang ni saya boleh keluar tanpa secalit makeup pun untuk cover tompok-tompok putih vitiligo.
Anak saya? Comel macam anak orang lain yang sihat.
Saya nak buktikan kepada masyarakat dan kawan kawan saya di luar sana yang menghidapi vitiligo sama seperti saya. Vitiligo bukan penghalang untuk bahagia.
Saya harap masyarakat lebih memahami dan senstitif dengan golongan seperti saya. Sampai hari ini saya masih lagi berkongsi perkembangan vitiligo dalam blog saya : http://iyou90.blogspot.my
Ibu didapati bersalah amang seksual anak kandung sendiri. Seorang ibu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak bertukar sikap sebaliknya apabila melakukan perbuatan di luar...