“Kalau dulu terselak sana terselak sini, sekarang tutuplah, kita berhak merubah diri sendiri” begitulah pesanan yang diluahkan oleh Noorkhiriah Ahmad Shapie.
Pelakon yang berbadan genit ini sememangnya begitu suka berkongsi pelbagai pesanan di akaun Instagramnya. Bertujuan bukan saja untuk memberi pesanan kepada mereka di luar sana namun juga untuk dirinya sendiri.
Malah Noorkhiriah juga akui dirinya juga sentiasa mohon agar diberikan istiqomah. Bersama-samalah kita berdoa agar Allah sentiasa berikan yang terbaik buat kita semua.
“Kalau Dulu Terselak Sana Terselak Sini, Sekarang Tutuplah”
Noorkhiriah juga akui dia sangat bersyukur bila Allah berikan hidayah. Sebagai umatnya dan insan biasa janganlah kita membandingkan kehidupan orang lain dengan diri sendiri. Berikanlah peluang untuk diri berubah ke arah kebaikan.
“#BismillahiMasyaAllah
“Hidup ni proses, bagi peluang kat diri sendiri. Jangan tengok orang lain sebab taka da satu pun sama dengan sesiapa, yang menulis ni haru biru lagi tapi syukur bila Allah dah bagi.
Ads
“Tapi takyahlah jadi orang lain, maintain saja apa yang ada cuma hidupkan proses. Kalau dulu terselak sana sini. Sekarang tutuplah. Kita berhak merubah diri kita sendiri. Perlahan-lahan InsyaAllah Istiqomah.
Tak Mudah & Tak Susah Nak Berubah
“Tak mudah dan tak susah kalau betul-betul nak transform. Tapi jiwa kena kental sebab ada tika akak goyang gak.
“Share kebaikan bukan bermakna dah baik. Tapi jangan dipandang siapa yang menyampaikan tapi dengar apa yg disampaikan.
“Tiap manusia ada sisi gelap. Doakan akak. Bersama kita mendoakan yer. Tapi tolonglah jangan dipuji sebab akak pendosa. Allah tutup aib. Terima kasih Allah,” kongsi Noorkhiriah.
Rezeki, jodoh ajal dan maut tidak siapa yang tahu. Hanya Dia. Jika kita tahu bila kematian kita, bolehlah kita membuat persediaan.
Tidak dinafikan, setiap daripada kita akan merasai kematian, tiada yang kekal kecuali Allah. Tapi kita tak tahu bila dan di mana. Namun, sebagai umatNya, kita kena bersedia untuk menempuh keadaan ini.
Walaupun kita tak tahu bila ajal kita, tapi menjadi satu keperluan untuk kita supaya melengkapkan diri dengan ilmu. Lebih-lebih lagi bila berlaku kematian di kalangan ahli keluarga.
Perkongsian ini boleh membantu kita, jika berlak kematian ahli keluarga di rumah. Jangan cemas sebalikmya bertenang dan buatlah persediaan yang sepatutnya.
1. Telefon ambulans. Doktor akan sahkan kematian. Mereka akan bagi beberapa surat atau borang untuk dibawa buat laporan ke balai polis.
2. Call orang surau atau jiran yang terdekat
3. Bawa dokumen yang diberi doktor tadi. IC si mati, sijil lahir. Segala surat perubatan jika ada ke balai polis untuk buat laporan.
4. Ingat, bahagikan tugasan. Apabila disahkan oleh doktor tentang kematian. Sebelum hadirnya jiran-jiran
Urusan Di Rumah
1. Letak jenazah atas tilam, kaki ke arah kiblat. Muka mengadap kiblat.
2. Periksa seluar atau pampers jika ada terkeluar najis, terkencing. Jika ada cuci dulu.
3. Salin seluar baju yang bersih.
4. Cari perca kain bersih. Buat beberapa tali. Sedia kan minyak zaitun atau baby oil. Mulakan dari muka. Urut berlahan-lahan muka, rapatkan mulut dan ikat dari dagu ke kepala.
5. Urut mata perlahan-lahan, rapatkan. Jika tak rapat. letak duit syiling 50 sen di kelopak, bila dah rapat, keluarkan duit tu.
6. Tangan, siku urut perkahan-lahan. Kiamkan elok-elok, ikatkan kemas-kemas.
7. Punggung, paha rapat kan elok-elok. Urut perlahan-lahan.
8. Lutut rapatkan elok-elok, ikat tali.
9. Betis rapatkan. ikat tali.
10. Penggelangan kaki urut dengan minyak rapatkan dan ikat kemas-kemas..
11. 2 ibu jari dirapatkan dan ikatkan.
12. Ambik kain tudung bawal putih jarang, tutup bahagian muka..
13) Ambik kain batik panjang, tutup keseluruhannya.
Untuk Persiapan Lain
1. Siapkan dalam beg. Kain batik panjang 4 helai. Towel satu.
2. Daun pandan sepokok, dibersihkan dan kerat. Simpan dalam plastik.
3. Sebelum kedatangan jiran-jiran dan anak yang lain mesti tutup aib. Dengan cepat-cepat bersihkan rumah.
4. Bila jenazah di rumah dah siap semua. sementara tunggu urusan yang seterusnya. Cuba ambil kesempatan membaca surah.
Nota:
Tujuan urut tadi. supaya segala sendi-sendi tetap lembut sehingga memudahkan waktu nak mandi atau kapan. Buat perlahan-lahan sambil sedekah Al-Fatihah. Ini kerana jenazah yang tercabut nyawanya, di dalam keadaan perit dan sakit.
Wallahua’lam
Semoga bermafaat untuk semua.
Mingguan Wanita : Sedikit sebanyak ia memberi ilmu dan panduan, Siapa yang tidak sedih tapi tak perlu meratap. Lakukan khidmat terakhir untuk orang yang kita sayangi.
4 punca tidak bahagia, selalulah belajar curi hati pasangan, rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Saat diijab kabul, setiap pasangan melangkah masuk ke alam rumah tangga dengan pelbagai harapan dan jangkaan. Bayangan kehidupan yang indah memenuhi fikiran.
Namun adat berumah tangga, pasti ada ada pasang surutnya. Bahtera yang dilayari tidak sentiasa manis, kadang kala terselit juga kepahitan yang mematangkan perkahwinan.
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun Facebook Ebit Lew Channel pastinya dapat memberi panduan dapat mengekalkan keharmonian dan persefahaman antara satu sama lain. Seperti mana yang dikongsikan, Ustaz Datuk Kazim Elias pernah menyatakan terdapat empat punca kenapa satu-satu perkahwinan itu tak bahagia.
“Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
“Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
“Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi khabar kat laki hang “Awak, start harini saya tak nak basuh baju masak apa semua.”
“Tak tak. Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no.
“Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing. Nak jaga laki ni senang saja bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb.
2- Mana suami tu pergi, ikut ! Selagi hang boleh ikut, ikut.
“Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.”
“Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
“Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
“Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
“Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
“Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
“Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ya, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
“Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
“Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
“Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
“Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
“Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
“Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
“Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
“Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
“Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDA. Reda apa yang Allah bagi. Reda itu pasangan kita. Reda atas segala ujian Allah.
“Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
“Selalulah belajar untuk curi hati psangan. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang dahagakan pahala”.
Sumber : Facebook Elews Channel
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Masih ingat masa muda belia, kalau boleh nak ke mana saja mesti ada orang teman terutamanya masa berada di alam persekolahan. Rasa kurang yakin atau malu, semua ada.
Pelik pula, bila dah semakin meningkat dewasa, kurang yakin ini hilang sedikit demi sedikit. Tapi tak tahulah ada juga daripada kita masih di tahap yang sama. Kurang yakin dengan apa yang dia nak buat.
Perkongsian daripada Khairul Hakimin Muhammad ini boleh anda praktikkan untuk dapatkan keyakinan diri. Buat benda-benda simple je dulu.
Nak hancurkan perasaan selalu tak yakin kepada diri sendiri, buat ini:
1. Makan seorang diri di mana-mana restoran (makan sendiri di rumah tak di ambil kira). Sebab:
Kita akan belajar pesan makanan kita suka tanpa ikut ikutan orang lain.
Malah, kita akan berani bertanya apa yang paling sedap tanpa pengaruh orang lain (kawan atau keluarga).
2. Menonton wayang seorang diri (menonton seorang diri di rumah tak di ambil kira).
3. Pergi shopping beli barang seorang diri.
4. Bangun solat tahajjud seorang diri tanpa ada sesiapa pun tahu.
5. Berpuasa dan berusaha merahsiakan hal itu.
6. Apabila dapat kejayaan, hanya beritahu orang tersayang sahaja.
7. Apabila ketemu hal gagal, hanya beritahu Allah sahaja.
8. Sentiasa tulis perkara yang kita syukurkan. Contohnya seperti: Alhamdulillah hari ini dapat makan dengan keluarga. Syukur dapat sedekah subuh. Alhamdulillah ya Allah saya bangun lagi pagi ini. Syukur dan alhamdulillah saya dapat jumpa team saya.
Kawan-kawan,
Kena ada rasa kebergantungan kepada Allah. Kena yakin Allah sentiasa bersama kita. Jika kita letak keyakinan itu, apa sahaja perkara kita boleh laluinya.
Kita tak peduli kata orang. Tak kisah apa orang nak kata saat kita berjaya atau gagal. Kita yang tentukan kehidupan kita.
MaLah, kita yang nak berjaya, jadi kita kena yakin Allah bersama kita. Selagi kita buat benda betul, benda berpahala, yakinlah!
Begitulah.
Mingguan Wanita : Tak perlu bergantung pada orang lain. Usaha dan yakin dengan kebolehan dan keupayaan kita.
Ingin bayar PTPTN guna KWSP? Ketahui syarat kelayakan, langkah permohonan dan perkara penting sebelum membuat pengeluaran simpanan KWSP untuk bayaran pinjaman pendidikan.
Ramai peminjam PTPTN...