Dalam tempoh nak membesarkan anak-anak, macam-macam perangai yang boleh uji kesabaran mak-mak. Lebih-lebih lagi, bila anak lasak, ada saja akalnya sampaikan boleh hilang sabar mak-mak.
Walau bagaimanapun, anak lasak itu memang lumrahnya. Ini belum lagi ada anak yang melekat dengan mak 24 jam. Sampaikan mak nak buat kerja rumah pun tak boleh. Nak dukung, temankan depan televisyen dan pantang hilang saja mesti menangis.
Aduh, geram dan boleh stres mak-mak kalau jenis anak lasak dan melekat dengan mak setiap masa.
Tak perlu nak marah atau stres tapi sebagai mak kita raikan cara anak kita. Baginya tiada orang lain dan kitalah dunia buat anak-anak. Raikan perkembangan anak-anak sebab bila anak dah besar, kita pasti akan merindui momen ini.
Inilah yang dikongsikan oleh Maryam Jamadi tentang anak lasak dan suka melekat 24 jam. Ada nasihat terbaik yangboleh mak-mak hadamkan supaya tidak stres, sebaliknya raikan anak kita.
Semalam, saya mengadu dekat suami yang saya “burnout”.
Lagi-lagi anak kedua saya, Yuu umur 1 tahun lebih yang nak melekat 24 jam sebab masih fasa “separation anxiety”.
Saya pergi tandas sekejap, anak menangis macam kena dera. Nak bangun ke dapur, anak merengek. Saya masuk bilik ambil barang, dia buat drama sedih dekat depan pintu, Bila saya keluar beli barang sekejap, dia menangis cari saya keliling rumah. Kalau tidur siang sekejap-sekejap terjaga cari saya dan kalau saya tak ada habislah drama lagi.
Ads
Jika boleh nak saya duduk setempat melepet sahaja. Itu belum lagi dia melasak, memanjat sana sini dan memunggah barang
Suami saya kata, “Apa yang awak rasa stress, itulah yang I nak”
Iyalah, 2 orang anak semua melekat dengan saya.
Nak tidur cari saya, Bila nak makan cari saya, Sakit cari saya.
Bukan suami tak uruskan atau tak main dengan anak, tapi entahlah mungkin sebab menyusu badan penuh. Jadi, rapatnya lain macam sikit .
Suami saya teringin nak anak tidur dengan dia, nak anak menangis ikut ke tandas, masalahnya anak-anak hanya nak suami bila beliau dukung berdiri.
Nasihat Terbaik Buat Mak
Itulah, kadang-kadang bila setiap hari kita menghadap rutin yang sama, lagi-lagi bila dah jadi ibu, jadual kita terikat dengan anak-anak. Waktu anak makan, mandi, tidur, main-main, belajar, sekarang ini lagilah anak yang bersekolah PdPR.
Otak orang perempuan pula “complicated”, baju salah lipat pun nak stress.
Ads
Lagi bila tengok group deco, rumah cantik terkemas. Bila tengok rumah sendiri, merata-rata ada mainan. Anak umur 1 tahun, fasa suka punggah-punggah barang.
Kalau di rumah saya, semua kabinet ada ruang khas untuk barang selamat untuk dipunggah dan dibongkar. Jadi, bila waktu mengemas memang saya sumbat aje semua barang dalam ruang khas tersebut sebab tahu tak tahan lama pun. 30 minit lepas itu kena bongkar balik.
Anak siapa yang macam ini juga?
Jadi, ini nasihat untuk diri saya dan ibu-ibu yang lain:
1. Anak melekat dengan kita sebab dia sayang kita dan kitalah dunia bagi mereka.
2. Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang lain di media sosial sebab kita tak tahu ujian dan cabaran mereka.
3. Kita akan stres bila terlampau kejar kesempurnaan. Belajar lantakkan lipatan baju tak cantik, dah siap lipat pun dah elok sangat!
4. Ibu stres, anak stres
5. Raikan proses perkembangan anak, anak suka buat sepah juga adalah proses.
6. Suatu masa nanti kita akan merindui saat-saat ini bersama anak.
Kalau sebelum ini, bila stres boleh tengok kalendar dan menghitung hari untuk jalan-jalan, melancong atau cari makanan sedap. Sekurang-kurangnya dapatlah lupakan urusan rumah.
Tapi kali ini memang menguji kesabaran betul, dengan PKP yang tak nampak penghujungnya. Banyak sangat perkara tidak pasti.
Saya harap semua ibu-ibu dapat kekalkan kewarasan masing-masing. Agak-agak nak bertukar warna hijau, bebelkan sahaja dekat suami. Semalam saya baru sahaja bebel pasal politik, pkp, SOP dll.
Tak pasal-pasal anak saya cakap “lets not fight” sebab ingat kami bergaduh. Padahal tengah geram dengan perkara lain.
Ads
Semoga kita semua dikurniakan kesabaran dan kewarasan dalam menghadapi segala perkara yang mendatang.
*Inilah dia “koala bear” saya, macam kena dera kan?
Mingguan Wanita : Betul tu bila tengok rumah orang lain cantik kemas berbanding rumah kita, memang boleh stres. Buat ‘dono’ saja sebab masing-masing ada kehidupan tersendiri.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Sekarang ini musim jamuan raya anak-anak sekolah. Maklum sajalah, masih lagi dalam bulan Syawal. Di negara kita ini sememangnya unik, selagi belum habis bulan raya, selagi itulah akan diraikan.
Tak salah pun sebenarnya, sebab dengan cara ini pun dapat merapatkan ukhuwah dan silaturahim. Nak-nak dah dua tahun kan tak dapat meraikan Hari Raya dengan penuh meriah.
Baik dengan kawan-kawan mahupun saudara mara.
Pernah juga terbaca, satu isu diutarakan tentang jamuan raya anak-anak ini. Bila mana, makanan yang mak bekalkan pada anak, sayangnya juadah tidak berusik.
Sememangnya boleh terjadi hal-hal semacam itu. Lagi-lagi bila setiap anak-anak, masing-masing bawa juadah. Tapi, tentunya pihak sekolah pun meneliti hal sebegini.
Kalau tidak habis, bolehlah cikgu agihkan pada anak-anak. Masukkan makanan yang tidak berusik dalam bekas makanan yang anak-anak bawa. Ini pun satu cara juga.
Namun, apa yang menarik perhatian bila mana ibu ini Mumymaria Mohamad kreatif menyediakan juadah jamuan raya untuk anak-anaknya yang berada dalam tahun 1 dan tahun 5.
Akui ibu ini, inilah juga cara yang pernah dipraktikkan sebelum ini. Memandangkan dirinya tidak pandai memasak rendang apatah lagi membuat kuih muih.
Jadi, ibu berkreatif dengan kemahiran yang dimiliki.
Kongsinya, “jamuan sekolah.. selagi tak habis raya gini ler.. Acik memang tak pandai buat rendang, kuih muih bagai… pandai goreng bihun dengan fries je..
“Ni pun ulang teknik 4 tahun lepas… habis idea dah. Takpe lah janji menarik perhatian anak-anak kat jamuan tu nanti. Kalau tak membazir, sayang makanan..”
Sungguh.. lagi-lagi ketika ini boleh dikatakan agak sukar untuk mencari barangan makanan. Antaranya, ayam. Dalam berdepan kekurangan makanan ini, penting untuk mendidik anak-anak agar menghargai makanan yang terhidang di depan mata.
Semoga perkongsian ibu ini dapat memberi idea kepada mak-mak yang sedang berkira-kira untuk menyediakan juadah jamuan raya anak-anak di sekolah.
Menjadi tanggungjawab mak ayah, memberikan nama anak yang baru lahir dengan maksud yang baik-baik. Namun ada juga mak ayah yang memilih nama anak-anak berdasarkan sesuatu peristiwa dan situasi yang berlaku bagi memberi kenangan pada anak tersebut.
Bersalin Atas Perahu
Musim hujan yang berpanjangan menyebabkan berlakunya banjir, mengakibatkan jalan darat terputus hubungan.Seorang mangsa banjir di Indonesia yang sarat hamil terpaksa melahirkan anaknya atas perahu ketika dalam perjalanan ke hospital.
Wanita yang dikenali sebagai Ernawati dari Indonesia ini pada mulanya didatangi dua orang bidan untuk membawanya ke hospital.Namun keadaan banjir dikampung mereka agak teruk dengan hampir semua jalan raya ditenggelami air, menyebabkan mereka terpaksa menggunakan perahu untuk ke hospital.
Proses Bersalin Dibantu 2 Bidan
Sebaik sahaja menaiki perahu, wanita terbabit tidak dapat menahan kesakitan dan merasakan bayinya itu sudah mahu keluar.
Tanpa melengahkan masa, dua orang bidan yang berada dengannya membantu proses bersalin atas perahu yang dinaiki mereka dengan selamat.
Tidak lama kemudian, Ernawati selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 3.3 kilogram. Bayi itu diberikan nama Siti Noor Banjiriah, sempena tempat lahirnya atas perahu ketika musim banjir.
Baca Lagi Di Sini:
Doa Ibu Mustajab, SEBUTLAH NAMA Anak Satu Persatu Untuk Kebahagiaan Dunia Akhirat
Ayah Namakan Anak Ke-19 Baru Lahir, ‘Cukuplah’
MW: Macam-macam hal.Sebaiknya setiap mak ayah, letaklah nama yang baik-baik untuk anak-anak dan tak ‘memalukan’ mereka kelak. Semoga nama tersebut membawa maksud dan kehidupan baik buat mereka.
Bekas isteri Hisyam, Mel anggap perpisahan punya hikmah. Setiap hubungan rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Ada pasangan yang berjaya menjalani kehidupan sebagai suami isteri sehingga akhir hayat dan ada juga yang sebaliknya.
Mahligai yang dibina pelakon, Hisyam Hamid bersama Rosmawati Hanafi atau lebih mesra dengan panggilan Mel sejak 20 tahun lalu tidak dapat diselamatkan dan masing-masing memilih untuk berpisah.
Terbaru menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Mel menyatakan perceraian yang berlaku adalah satu kehilangan yang berat serta meninggalkan pelbagai pertanyaan kepada dirinya.
Bekas Isteri Hisyam, Mel Anggap Perpisahan Punya Hikmah
Ibu kepada dua cahaya mata itu walau bagaimanapun menganggap segala yang berlaku ada hikmahnya.
“Semua yang berlaku pasti bersebab. Setiap patah hati dan kekecewaan membawa rahmat yang tersembunyi. Saya mungkin berasa kehilangan sekarang, bergelut dengan soalan yang seolah-olah tiada jawapan.
“Saya melalui 1,000 perkara dalam hidup yang orang tidak tahu. Saya mengalami perkara-perkara yang menggoncangkan, mengubah, menghancurkan, membina dan mengajar saya lebih kuat yang pernah saya fikirkan.
“Hati saya mungkin terluka sekarang, tapi perasaan ini tidak akan kekal lama. Hati saya akan pulih semula pada masa yang terbaik.
“Namun buat waktu ini, sudah tiba masanya untuk jadi lebih kuat, reda dengan segala ketentuan dan memperbaiki diri,” luah Mel.
Semalam sewaktu menghadiri majlis sidang media pelancaran dua buah drama Astro, Hisyam Hamid telah mengumumkan perkahwinan yang dibina bersama Mel hampir 20 tahun sudah berakhir. Namun Hisyam enggan mendedahkan punca dan tarikh sebenar perceraian mereka.
Untuk rekod pasangan ini berkahwin pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nurish Syameliah,17, dan Haydeen, 15.
Pempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu bapa arwah Wan Ahmad Faris tak pernah putus asa 'berjuang' tuntut keadilan. Pada Disember 2013, Wan Ahmad Faris yang juga pelajar tingkatan empat ketika itu, ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas.